Skip to main content

Makan2 Klate 9 | KB Burger Bakar

burger bakar kota bharu
KB burger bakar
tempat ni dah lama dah kami target nak pergi. masa first time pergi, masa tu malam minggu. ramai giler orang. dia cakap siap-siap, kalau nak beli burger, "nak ghoyat lalu, lagi 40 minit", sebab ramai sangat tempahan. so, hari tu, kami tak jadi la nak beli.

daging yang sedang dibakar. (sumber : KB Burger Bakar facebook page)

bila dah tak jadi, terus kempunan nak makan. akhirnya, dapat juga kami merasa burger bakar ni. kedai ni terletak di Jalan Padang Garong, Kota Bharu, berhadapan dengan pizza hut kota bharu.
(coordinate : 6° 7'40.19"N 102°14'28.02"E)

burger bakar
aku dan hot beef 

aku try yang biasa dulu. just nak try sedap or tak. kalau sedap, nanti try yang lain pulak. so, aku try "hot beef", RM 6.70. member aku try "hot beef with cheese", RM 7.70. saiz burger memang puas hati, memang berpatutan la dengan harga. sebabnya, dari anggaran kasar mata aku, ketebalan dagingnya hampir setebal 1 inci kot. boleh la kalau nak mengenyangkan bagi orang biasa. (tapi tak bagi aku)

burger daging 1 inci, daging burger, daging burger tebal
lebih kurang 1 inci la. rasanya macam lebih sikit.

dari segi kesedapannya plak, kira okay la. cuma, bagi aku, burger grill di "D'Village" depan pintu pagar USM kampus kesihatan lagi sedap. cuma burger grill di "D'Village" tu dagingnya setebal  daging burger biasa. harga pun murah sikit, dalam RM5.00 untuk burger daging biasa dan RM5.50 kalau "with cheese". dari segi kekenyangan, yang tu, aku buat pencuci mulut je. hehehe...

(untuk keterangan lanjut mengenai D'village, lihat entry "Makan2 Klate 3 | D' Village Food Court")

so, kalau nak merasa burger bakar yang puas sikit (dari segi ketebalan), boleh la try KB burger bakar tu. kalau nak yang sedap sikit (bagi selera aku), dan murah, boleh try grill burger yang kat D'Village depan USM kampus kesihatan ni.

itu kalau burger bakar dan burger grill. kalau burger biasa, aku prefer burger paduka. yang ni agak puas hati dan sedap. nanti aku buat review yer.. hehehe

maa'ssalamah,

Pha is

Comments

  1. Biasa lah pha is, tempat best kunjungan ramai orang memang lama lah sikit nak siapkan. Fie even dok kb tak pernah lagi makan nie. hehe

    ReplyDelete
  2. belum penah try lagi burger2 bakar ni,,=) tp nmpk cm sedap jek

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. hahaha.. sabar2.. cover sikit yg meleleh tu.. buat malu kat org je.. heheheheheh

      Delete
  4. tak pernah try lagi..

    psstt: lepas ni bolehler ai gedik manja kat en. suami ajak g makan burger bakar.. hahaha..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. bagus.. misi membuatkan org lapar berjaya. hehe

      Delete
  6. tak pernah makan burger bakar nie..makan burger cap pasar malam yg sebijik singgit tu ja..tapi 2 hari lepas km baru makan burger dekat Marrybrown Shahab Perdana...1st time masuk Marrybrown..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. pha si x pnah lagi masuk marrybrown tuh... hu~~

      Delete
  7. KY suka sangat bugger, order satu ok? heee

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. nak kata kuat makan tu, kuat jugak la.. hehehehe

      Delete
  9. nak kena try bila balik kelate nnt ni :)

    ReplyDelete
  10. Menunggu lama pun takpe asal sedap...puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. tapi ikut keadaan jugak.. kalau tgh emergency nk cepat, kna cari burger lain la..

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi