11.11.12

Makan2 Klate 7 | Ajihs Nasi Lemak 80sen

day 1

malam tu, member aku kata nak bawak pekena nasi lemak pula. aku ikut je. beliau bawak aku ke kedai Ajihs Nasi Lemak 80sen. kedai ni terletak di Jalan Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan.  (coordinate : 6° 6'43.50"N 102°16'29.06"E)

coordinate ni mungkin kurang tepat sikit sebab agak susah nak cari kedai ni dalam google earth. tapi, yang pasti, kalau lalu ikut jalan guchil bayam tu, memang senang nak cari kedai ni sebab sign board dia agak besar.

nasi lemak kelantan, makanan kelantan, ajihs nasi lemak, nasi lemak bola, red warrior
Ajihs Nasi Lemak 80sen

malam tuh, kami semua pekena nasi lemak ayam. kalau tak silap aku, harganya RM 4.60. at first, sebelum aku makan, mesti la aku expect yang kuahnya akan manis. even kuah nasi lemak Subaidah  kat Penang pon manis.

tapi, bila aku makan, seriusly, aku terus cakap kat Hakim, member aku yang bawak aku ke situ. "Hakim, aku nak buat satu pengakuan jujur ni. semenjak aku ada kat kelantan, nasi lemak ni so far makanan yang paling sedap pernah aku makan kat sini. seriusly, tobat sedap..!!!"

dari kiri : ikrar, arief, dan hakim

nasi lemak Subaidah kat penang tu pun kalah kot. kuah dia tak manis sangat, secukup rasa. ayam dia, pergh.. lembut siot. rempah kat ayam goreng dia memang terasa. aku ratah ayam dia kalau boleh tulang pun aku nak makan sekali. hehe..

sebelum dan selepas

nasi dia, lembut dan wangi. aku tak sure bau wangi apa, sama ada daun pisang, halia, ataupun pandan. yang pasti, wangi dan sedap. serius tak tipu. sedap "baq ang".

day 2

malam tu, ramai member aku yang tak free sebab ada presentation. tinggal 3 orang je yang free termasuk aku. last2, kami bertiga pekena lagi sekali Ajihs Nasi Lemak 80sen buat kali yang kedua. walaupun semalam baru je first time pekena, malam tu rasa macam ketagih nak lagi kot.

nasi lemak ayam, nasi lemak kelantan,
aik, kali ni dia buh atas daun pisang pula?

so, dua malam berturut-turut kami makan kat situ. sedap punya pasal. tak cukup dengan tu, kali ni aku bungkus tambah bawa balik pulak. serius tak tipu.! untuk bungkus, aku try lauk limpa goreang plak. yang tu pun sedap. harga RM 3.60. tapi tak bleh challenge ayam rempah dia la.. hehehe...

husni dan arief

hairan tak? kata nasi lemak 80sen, tapi kenapa harga nasi lemak yang aku makan semuanya RM3 keatas? menurut Ajihs Nasi Lemak 80sen facebbok page, yang dikatakan nasi lemak 80sen tu ada, tapi yang macam kat bawah ni je :


okay la kan?

p/s : tadi saja round2 ngan moto, nampak plak kedai "Abe Long Nasi Lemak Gasing". nanti aku try sedap or tak. hehehe.

maa'ssalamah,
Pha is

24 comments:

  1. wah nasik lema...dap nyew..suka makan nasi lemak law ade timun ngan kacng tambah lagi sambal yan banyak.. awesome.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la.. sayangnya, nasi lemak ni x de kacang... hmm..

      Delete
  2. mmg suke makan eh?entry byk psl makanan je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. saja hobi.. bila dah datang kelantan ni, mmg igt saja nk explore makanan kat sini. nk bandingkan dengan penang...

      Delete
  3. napok gayonyo keno g try jugok nih.

    ReplyDelete
  4. aiiihhh... rasa nak balik kampung la pulak hehe...

    ReplyDelete
  5. setiap hari saya makan nasi lemak sampai naik muak dah. tapi kalau makan nasi lemak dekat atas ni mungkin akan makan lagilah kot. sebab awak kata sedap sangat.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira sedap untuk makanan kelantan la.. sbb ada lagi nasi lemak yg paling sedap yg pernah rasa seumur hidup.. nasi lemak kat perak. tak tau kedai mana sebab pha is makan nasi lemak tu dalam satu program/seminar kat sana.. lupa nk tanya nasi lemak tu catering mana. yg tu, so far mmg nasi lemak paling sedap bagi pha is.. hehehe

      Delete
  6. nasi lemak ni bertempat betul2 depan simpang nak pegi umah mak sedara aku.. kalau time kedai ni penuh, nak masuk ke simpang rumah dia tu punya laaa sudah.. aish

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk? tak tau plak aku mak sedara hg org sini... hahahha
      untong la...

      Delete
  7. nasi lemak ni yg di promot oleh pemain kelantan tu kan?..order satu ehheee

    ReplyDelete
  8. pehhh lagi sedap dr subaidah tu leh bygkan sedapnya cmne weh,,,=)

    ReplyDelete
  9. Ni peminat nssi lemak. ....kikikki

    ReplyDelete
    Replies
    1. minat la sikit.. x de la fanatik sangat.. heheh

      Delete
  10. tulah ingt kan siap ngn lauk ayam 80sen....hehe...tipah tertipu la ekk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. x de la tertipu.. igtkan 80sen tu just trademark je.. hehehe

      Delete
  11. nak balik kelate nnt confirm kena pi sini ni :)

    ReplyDelete