Sunday, November 4, 2012

Makan2 Klate 5 | Nasi Kak Wook

coordinate :   6° 5'56.93"N 102°16'44.90"E

kali ni, aku nak membawakan kepada anda, nasi kak wook. setelah panas telinga aku mendengar puji-pujian member yang mengatakan nasi kat sini sedap, sedangkan aku tak pernah rasa lagi, akhirnya, sampai juga aku ke kedai nasi kak wook ni.

bila aku sampai je, aku rasa pelik. yang ada kat kedai tu cuma nasi putih, gulai ayam, ayam goreng, dan sambal. "itu je..?" dah la kat situ makanan dihidangkan dalam kertas bungkusan "nasi kerabu", walaupun makan disitu (tak bungkus bawa balik.)


tapi, bila dah pekena, terangkat beb. aku tak tau apa yang dia buh dalam gulai dia tu, tapi bak kata oghang kedah, "tobat sedap baq ang.." simple (dan agak manis sikit mengikut lidah orang penang) tapi sedap. harga pun berpatutan. dalam RM3.50. member aku si Hakim ni kata, kalau nak nasi lebih sikit, minta yang "4 ya" (RM4.00)

hakim makan tak tengok kamera dah..

kedai ni ada banyak cawangan. even kat depan hospital USM ni pon dah ada 2 cawangan. dekat-dekat plak tuh. tu baru yang aku perasan. kalau ada lagi cawangan kat area ni, aku tak tau la.


maa'ssalamah,

Pha is

20 comments:

  1. selalu jugak makan nasi kak wook.... sedapp...

    ReplyDelete
  2. mcm sedap jek weh,,bgkus bg kt aku satu,ahahaha

    ReplyDelete
  3. Hai,jom singgah sini?
    http://teenagersareawesome.blogspot.com/2012/11/year-end-giveaway-2012.html

    ReplyDelete
  4. lebih kurang macam nasi kukus lah ek?
    ada kuah ade ayam.. em sedapnya~

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. lebih kurg la.. cma dia tak bungkus siap2... bungkus on the spot. hehehe

      Delete
  5. teringin nak cuba makanan tuu ^^
    klau dah kate terangkat,,memang sure sedapp laa kan ..

    ReplyDelete
  6. nasi apa tu hahah msti cuba ni

    ReplyDelete
  7. walaupun saya tinggal di Kelantan, macam pha is pulak yang dah discover banyak kedai makan berbanding saya. terasa lame sebentar -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.... x de la lame sangat.. ni pon sbb dah memang masa nk mai kelantan dulu, dah tekad nak cari kedai makan kat kelantan ni... dapat pulak member yg dah pernah dok sini... tu yg banyak explore tuh.. hehehe

      Delete
  8. terliur da tgk :D nnti lau p kelantan nak cari kedai2 ni suma :D

    ReplyDelete
  9. oke.. nasi kat situ memg best.. masa paraktikal dekat usm tahun lepas..selalu gak g mkn situ.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu aku ckp praktikal dekat usm kk, semua tanya amik medic ke?? hehe.. x bijak sgt nk amik medic... :P

      aku amik engineering, praktikal dekat jabatan pembangunan :)

      Delete
    2. hahahha.. okay, paham2.. hehehehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...