15.11.12

Makam Tok Janggut


petang tu, aku ingat nak pusing-pusing area Tumpat. so, aku google je la tempat-tempat menarik kat Tumpat, dan antara yang berjaya menarik perhatian aku ialah Makam Tok Janggut. malangnya, bila aku tanya member aku yang dok tumpat, beliau tak pernah pergi lagi kat situ.

setelah aku cari cara nak ke sana melalui internet, malangnya, apa yang aku dapat hanyalah tunjuk arah secara bertulis. tak ada peta. bila aku cari dalam google earth pun tak ada. kata bloger yang bernama Muhammad QulAmirul Hakim ni, makam ni terletak dalam sebuah kampung. kena rajin tanya orang kampung untuk ke sana.

"Makam Tok Janggut terletak di Pasir Pekan, sebuah kampung selepas anda merentasi jambatan KB-Tumpat.  Kampung ini terletak di sebelah kanan jalan, jadi kena pusing balik/cari jalan untuk ke kanan. Selepas mendapat pandangan seseorang di tepi jalan, jalan untuk masuk ke kampung ini terletak selepas sungai kecil sebelum jambatan panjang tu. Setelah masuk ke dalam kampung, pening juga nak cari Makam Tok Janggut ni, tak ada papan tanda pun!!! 

Akhirnya, hamba dapat idea. Tanya dua org budak yang sedang naik 1 basikal dan mereka tahu tempat yang dituju. Jadi, hamba ikut budak2 nilah....hingga sampai ke Makam Tok Janggut. Bagi budak2 ni sorang 50 sen dan ucapkan terima kasih. "[1]

walaubagaimanapun, akhirnya berbekalkan semangat kependekaran yang tinggi, sampai jugak aku kat situ. betul kata bloger tu, kalau cari sendiri, memang susah nk jumpa sebab tak ada dalam peta dan tak ada sign board langsung untuk tunjuk arah. aku berjaya sampai pon sebab tanya orang kampung.

jadi, kalau ada sesiapa yang nak kesana, boleh tengok peta kat bawah ni. kalau nak lebih tepat, ambil coordinate kat bawah tu, masukkan dalam google map.

Coordinate :  6° 7'56.82"N 102°13'38.33"E

jika tengok melalui google map (map view), memang nampak macam tak ada jalan untuk ke situ. tapi try klik "satellite view" , ataupun kalau ada download google earth, paste-kan coordinate tu di situ. korang akan nampak macam kat bawah ni:

coordinate tu betul-betul pada bulatan merah.

dari area kampung pasir pekan tu, masuk kot lorong ni. 

kawasan Makam Tok Janggut

Makam Tok Janggut


Tok Janggut atau nama sebenarnya Haji Mat Hassan bin Panglima Munas mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Tok Janggut dikatakan ada pertalian dengan Sultan Muhammad IV dimana bonda baginda diriwayatkan adalah adik beradik ayah atau ibu Tok Janggut. Ada riwayat mennyatakan bahawa beliau adalah anak murid Tok Ku Paloh. [1]

tentang sejarah dan latar cerita penentangan dan kebangkitan Tok janggut, rasanya semua dah sedia maklum kot. kan dah belajar dulu masa ambil SPM. 

dulu, aku ada jumpa seorang kawan dalam satu kem. kem "Penulis Muda Nilam". beliau memang minat dalam bab sastera ni. tak silap aku, beliau sekarang sedang menuntut di ASWARA. apa yang mengkagumkan aku, masa tu beliau hafal sajak Tok Janggut dan boleh deklamasikannya dengan sangat baik.

masa beliau deklamasikan sajak tu (dalam kem), meremang bulu roma aku. sampai sekarang aku ingat walaupun dah hampir 6 tahun masa tu berlalu. kat bawah ni sajaknya.

Tok Janggut

Kuharung sungai kususur bukit tujuh gua yang silam
Aku murba perkasa kau tuduh penderhaka celaka
Aku tidak pandai berselindung dengan tembang dan senandung
Suaraku tak mungkin semerdu seruling
Aku tak rela tanah darahku diinjak dijajah
Aku tak rela hasil bumiku dicantas dipulas
Aku tak rela Melayu bangsaku dipandirkadukkan
Aku tak rela Islam agamaku disendatemehkan
Tok Janggut Haji Mat Hassan namaku
Tujuh lapis langit terpikul di bahu
Tujuh lapis bumi tercengkam di kaki
Aku pulang dari tanah Makkah yang putih dan suci
Ingin kulihat tanah darahku tanpa penjajah
Kubaca Jamaluddin Al-Afghani, kuhafal reformis Muhammad Abduh
Dan kugenggam ideologi Rashid Redha

Tok Janggut Haji Mat Hassan namaku
Anak Kelantan kelahiran Pasir Putih
Kampung Saring mahupun Jeram
Adalah padang permainanku
Adalah gelanggang silat
Tempat aku memperlimaukan diri
Aku pulang dengan siap sedia asal mula
Sebagai lelaki anak jantan perkasa
Aku siap sedia menitiskan darah ke ranting cempaka
Ini tanah darahku, tak akan kurela kaukikis habis
Kuoleng mangkuk mimpi para tiran
Inilah nafasku angin bergugus menyebarkan tandus
Dan, nah! darah matahariku akan terpercik ke tanah Pasir Putih
Ringkik angin topan, sedialah kau
Akan kuamuk kegetus kantung nyawaku
Kalaupun aku mati di tangan bangsaku
Aku mati sebagai pembela sejati
Mutiara tetap mutiara
Meskipun terpendam
Di perut tiram
Jauh pada dasar lautan!

-Rahimidin Zahari



saja aku nak pergi ziarah makam Tok Janggut ni, sebagai memperingati pahlawan agama dan bangsa yang pernah berjuang di tanah melayu ni. tambah pula, sebagai seorang yang pernah belajar ilmu pesilatan, aku rasa macam terpanggil untuk ziarah makam allahyarham. apa-apapun, semoga roh allahyarham ditempatkan bersama para pejuang yang syahid dijalan Allah.

sumber : 



maa'ssalamah,
Pha is



14 comments:

  1. KY pun belum pernah pergi kat situ..nak juga, nantilah ada masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada kesempatan, boleh la pergi.. pha si ni pon sbb dah alang2 ada di kelantan ni, teringin nak ziarah.. hehe

      Delete
  2. belom pernah pergi jugak. mungkin tiada signboard diletak sebab kan banyak kes orang puja kubur.. tambah tambah Tok Janggut orang alim ulamak dulu kala. Thanks share ya. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga.. takut2 ada aktiviti yg tak sepatutnya dari pihak yg tak bertanggung jawab...

      Delete
  3. Salam Ma'al Hijrah,dari pakjoe sori lambt ucap :)

    ReplyDelete
  4. SEJARAH . wahhhh
    syioknya dapat pergi tempat sjrah cem ni .

    ReplyDelete
    Replies
    1. syiok? mgkin rasa teruja sikit.. hehe.. tapi nk kata syiok tu, x de la.. hehehe

      Delete
  5. emmm...penah carik 1 makam dengan lecturer & kawan-kawan 1 course masa dekat trg dulu...da lupa da makan apa...huhuh

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. ntah.. tak silap aku banyak silat yg claim datang dari tok janggut. antaranya silat tapak suci... member aku ada sorg... hehehe

      Delete
  7. Tahun 90an ada drama TV cerita Tok Janggut.. yang jadi heronya ialah Eman Manan, siap pakai serban dan janggut putih lagi.. mungkin Eman Manan jadi pilihan sebab dia antara pelakon yang datang dari dunia silat & teater.

    Phais,
    Bila lapang, cari makam Tok Kenali pula ye? Wali Besar tu.. Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. dah lama tak tengok eman manan blakon.
      eh, baru tau makam tok kenali kat area usm kelantan ni je.. lagi dekat. insyaAllah, ada masa saya cari ziarah..

      Delete