Skip to main content

Hadis | Solat Atau Makan Dahulu?


Aku ni memang jenis kuat makan dari dulu lagi. masa aku tinggal kat asrama masa sekolah menengah, lepas sekolah, kami sepatutnya pergi surau untuk solat zohor. Tapi aku selalunya pergi dewan makan asrama dulu, (sebelah surau je) sebab perut dah tak tahan lapar.

Lepas tuh, selalu la juga kena tegur dengan rakan sekelas. Kata mereka, solat awal waktu itu lebih utama. Kemudian, aku cakap kat diorang balik, aku pernah terbaca satu hadis yang nabi suruh makan dahulu, baru solat. Tapi diorang tak percaya. Aku sendiri pun masa tu, dah lupa kat mana aku terbaca tentang hadis tu.

Dan maghrib tadi, tetiba je aku terbaca tweet member aku kat bawah ni. lantas, aku teringat pasal kisah lama aku tadi tu. so, aku pun cari la hadis berkenaan dan akhirnya, hadis tu berjaya dijumpai. Yes.! so, betul la selama ni apa yang aku baca.


* * * * * * * * * * * * * *

“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah makan sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah semasa makan malam kamu.”
(Sahih al-Bukhari & Muslim)

“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai.”
(Sahih al-Bukhari & Muslim)

Riwayat di atas juga menambah bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan, walaupun beliau mendengar bacaan imam.

Kata al-Imam an-Nawawi dalam Sharh Sahih Muslim mengulas hadis-hadis berkaitan:

“Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk”.
(An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut)

Dalam Faidh al-Qadir l-Imam al-Munawi pula menyebut bahawa arahan ini merangkumi semua solat dengan katanya:

Hadis tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat Maghrib. Namun ia juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk.”
(al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir)


*hadis dipetik dari :

maa'ssalamah, 
Pha is

Comments

  1. ooo baru tau. tapi kalau bulan puasa memang sohih la makan sampai kenyang dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. tu pun kalau ikut tak elok juga.. seelok-eloknya makan ala kadar dahulu. lepas solat mangrib nnti boleh sambung makan...

      setengoh org berbuka dengan kurma sahaja, lepas magrib baru makan berat.

      setengah orang berbuka dengan makanan berat sikit, tapi sekadar sikit je.. kemudian, lepas terawikh, boleh sambung makan.. hehehe

      Delete
  2. oh peringatan yg bagus ni,,biase aku mkn dulu,hahah mane tahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe.. makan dulu.. nnti x khusyuk plak. hehhe

      Delete
  3. makan dulu...tapi ala kadar sudah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. kenyang sangat pon susah jugak nk solat...

      Delete
  4. betul tu sebab nanti mcm yg dicakap akan menggangu hati dan menyebabkan solat tak khusuk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecuali la kalau iman tu betol2 kuat.. hehe

      Delete
  5. Btl..bila sembahyang ingat makanan...hilang khusyuk...
    Bai mkn dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha.. nnti time makan teringat solat plak... hahha

      Delete
  6. Baru tahu. terima kasih bro :)

    ReplyDelete
  7. kalau perut lapar susah juga nak solat, nanti teringat makanan jeee...kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. tapi ada setengah org tu, kalau mkn dulu, nnti dia tak khusyuk mkn sbb teringat solat.. woha..!

      Delete
  8. Tapi kalau dah kenyang nanti mengantuk. Nyamuk gigit pun tak sedar. Mungkin kusyuk.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu lain citer plak.. makan kena berpada-pada..

      Delete
  9. ok, tambah ilmu pengetahuan baru :) tq

    ReplyDelete
  10. nnt perut krukk krukk bunyi mana nak khusyuknya kan .
    mcm puasa la,makan alas prut dlu . lepas trawih bru mkn2 berat2 .
    kan ^_^V

    ReplyDelete
  11. gendang gendut tali kecapi kenyang perut sunang hati, bg akak la kalu dah perut berkeroncong ngan hidangan atas meja, uiiih mana nak khusyuk solat, tak gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. kalau makanan dah hidang, makan la dulu..

      Delete

  12. jom kita join segmen pakjoe senang je bkn susah pun ....kita blh tambah kenalan baru seperti aaron aziz,farid kamil hahaha http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2012/11/segmen-jom-tukar-dan-kenal-rakan-blogger.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm menarik.. nnti saya pi tengok...

      Delete
  13. singgah sini nak jemput join segmen : http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2012/11/pencarian-bloglist-musim-1-diari-farisha.html

    ReplyDelete
  14. pernah gak dgr hadis tu. makan dulu sebelum solat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus lah.. dulu masa aysa ckap ada hadis ni, ramai yg tak percaya...

      Delete
  15. betul tu..saya kalau tak dapat makan, pe benda saya buat pun serba tak kene.

    ReplyDelete
  16. info yang baru aku tau..ty bro.

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi