Monday, October 1, 2012

Hadis | Tempat Solat



Alhamdulillah, baru sahaja selesai hari interaksi di pantai teluk bayu. dari pagi sampai petang. untuk solat zohor, kami sembahyang atas pantai, berwudhukkan air laut. memang ni'mat. ditambah dengan bayu laut yang tanpa jemu meniup manja dan bunyi desiran ombak yang mendamaikan. 

lain benar rasanya masa tuh. rasa tenang tu cepat je menusuk dalam hati. subhanallah... 


Nabi sallallahu-alaihi-wasallam telah bersabda: Kamu diberikan kelebihan atas manusia dengan 3 perkara: Dijadikan barisan-barisan kamu seperti barisan para malaikat, dijadikan bumi seluruhnya sebagai tempat solat dan dijadikan bagi kamu debunya sebagai penyuci apabila kamu tidak mendapatkan air.
riwayat Imam Muslim, Misykat al-Masabih, 1/725/186.

Telah dijadikan bumi untukku menjadi alat bersuci dan tempat bersujud. Kerana itu hendaklah seseorang di antara kamu solat di mana sahaja ia dapat
Maksud sebahagian dari hadith yang panjang, Sahih Bukhari - no: 1/418.

sabda beliau: Di mana sahaja kamu dapati solat maka kerjakanlah ia. Semua tempat adalah masjid (bagi kamu)
 hadith riwayat Imam Ahmad, Koleksi Hadith-hadith Hukum as-Shiddieqie -  no: 0564.

sebagaimana yang diterangkan oleh isteri beliau - Maimunah radiallahu-anha: Beliau (Nabi) mengerjakan solat di atas sehelai tikar yang kecil yang dianyam dari pelepah-pelepah kurma (al-Khumrah)
Maksud hadith dari Sunan Abu Daud - no: 0626.

Dari Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu bahawa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam melarang untuk solat di tujuh tempat: tempat sampah, tempat penyembelihan hewan, pekuburan, tengah jalan, kamar mandi, kandang unta, dan di atas Ka'bah.
 Maksud hadith dari Sunan Ibnu Majah - no: 0746. Hadith ini diriwayatkan melalui dua jalur dan kedua-duanya pada asal adalah berkedudukan daif tetapi hadith ini mempunyai banyak sokongan dan hujah penguat dari berbagai riwayat-riwayat yang lain. Walaupun tidak sama susunan kata tetapi mempunyai pengajaran yang sama. Lihat keseluruhan himpunan hadith dan perbincangan mengenainya dalam Nail-ul-Authar, vol 2, ms 244-262

hadis-hadis dipetik dari:


maa'ssalamah,
Pha is

26 comments:

  1. ya Allah, best nyaaa.. teringin nak rasa macam ni. tambah lagi air laut yg cantik.. subhanallah :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. :) sejuk mata memandang.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...walau dimana kita berada, perkara wajib itu tidak seharusnya dilupakan kan?

    atas pantai ek? hehe

    ReplyDelete
  4. hmm. blom pnah lagi rasai suasana ketika solat cmnie uhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau berkesempatan, nnti merasa la..

      Delete
  5. kalau kaum muslimat boleh buat yg sma..teringin jugak:)dekat pantai yg cantik ciptaanNya, pasti rasa lebih dekat dengan Dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tuh, muslimat kami buat tempat khas. tapi still area tepi pantai...

      Delete
  6. solat tak kira mana kita berada...

    ReplyDelete
  7. Subhanallah..bestnya..mesti damai je rasa.

    ReplyDelete
  8. Pantai Teluk Bayu katne ek?x penah dgr pun.

    Jom baca nie plak

    http://enciksuami.blogspot.com/2012/10/tahniah-utk-anak-ayah.html

    ReplyDelete
  9. saya pernah sembahyang dalam kapal terbang.. lain benar rasanya.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh.. pha is x pnah rasa lagi.. hehehe

      Delete