29.10.12

Motif Turunkan Berat Badan



Aku tahu BMI (Body Mass Index) aku sekarang pada tahap overweight. Tapi, macam yang aku dah cakap dalam entry “Anda Rasa Anda Berat”, aku tak kisah sangat pun pasal berat badan aku. berat hanya sekadar nombor.

Tapi, sekarang, aku mula rasa nak turunkan berat badan sikit. Tapi bukan sebab aku nak sihat atau ‘fit’, or what so ever. Tujuan aku nak turunkan berat badan sebenarnya sebab moto.


Sebab yang pertama, aku kesian kat motor aku si Ultimo tu. Kalau aku berat sangat, kesian kat dia nak bawak aku merata-rata. Kesian kat absorber dan tayar belakang Timo aku, terpaksa tanggung pressure yang tinggi. Bila jadi macam tu, performance pun kurang la.

Sebab yang kedua, just because simple physics. Newton’s 2nd Law of motion state that force is equal to the rate of change of momentum. senang kata, kita ambil equation F=ma.

Andaikata berat aku sekarang 80kg dan berat motor aku 100kg (berat sebenar = 99.3kg berdasarkan spesifikasi dari internet). jadi a1 (acceleration) yang aku dapat adalah

a1 = F/180…….(1)

jika aku berjaya turunkan berat badan aku sampai mencapai BMI ideal, contohnya, BMI = 24, maka berat aku sepatutnya 69kg (turun sebanyak 11kg). untuk force yang sama, aku akan dapat acceleration terbaru, a2 sebanyak :

a2 = F/169…….(2)

jadi, percentage kenaikan acceleration yang akan aku dapat adalah sebanyak :

[(a2 – a1) / a1] x 100% =[ (F/169 – F/180) / (F/180)] x 100%
= 6.5%

Untuk lebih memudahkan, andaikan kalau dengan berat asal, aku boleh pecut dari 0-60km/j dalam masa 4 saat, (a = 15km/j/s) dengan berat terbaru,(peningkatan sebanyak 6.5%) aku akan dapat a = 16 km/j/s. jadi, aku dapat pecut dari 0-60km/j dalam masa 3.75 saat.
  
Jadi la. Hahaha…

maa'ssalamah, 
Pha is

27.10.12

Disclaimer Hikayat Budak Pening


setelah terbaca beberapa kepentingan untuk menyatakan "penafian" (disclaimer) dalam blog dari beberapa blog otai yang lain, lantas, aku pun buat je la. tak rugi apa-apa pun. 

style disclaimer ni pon aku  ambil "inspirasi" dari beberapa blog lain. lepastu, aku gabung-gabungkan mengikut kesesuaian. hasilnya, tadaa...!


©Hak cipta terpelihara. Blog ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat dan cerita yang diluahkan di sini adalah dari diri penulis sendiri, tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika dinyatakan sebaliknya. 

Setiap entri yang tersiar di blog Hikayat Budak Pening ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun harus dikreditkan kepada Hikayat Budak Pening untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersial, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Penulis terlebih dahulu.

Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kesilapan atau ketinggalan dalam maklumat dalam blog ini. Penulis juga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kecederaan, atau kerosakan daripada paparan atau menggunakan maklumat di blog ini.

Pendapat penulis dan penafian ini tidak semestinya kekal. ianya boleh berubah dari masa ke semasa bergantung kepada keadaan semasa. 

Pha is

25.10.12

Besan Emak

Saat aku dan mak berada di dapur buat ketupat daun palas untuk sajian Raya Aidil Adha esok hari, tiba-tiba mak menyampaikan berita yang agak mengejutkan aku.

ketupat pulut
ketupat daun palas
“mak nak bagitau ni, ada orang sungai petani ajak mak berbesan dengan depa.”  Kata mak sambil tangan sibuk menyumbat pulut ke dalam lipatan-lipatan daun palas.

“hah..! sapa?”

“kawan mak. kira adik-beradik jauh jugak la.” jawab mak. “tu la. mak dah cakap kat depa, “anak-anak aku semua belajar lagi”. tapi depa cakap, tak pa, depa sanggup tunggu.!” sambung mak lagi.

“Habis tu? mak nak terima ka?” soal aku.

“tak tau la. depa cakap esok depa nak mai.” Jawab mak.

“eh, sat. Anak dia tu laki ka perempuan?” soal aku kembali.

“lelaki la.” balas mak. “kawan mak tu cakap, anak lelaki dia tu dah tak sabar nak merasa makan nasi kat sini.”

Fuh..  selamat aku.!!! Takut gak aku kot-kot anak orang sungai petani tu, perempuan. Tapi lepas ni, tak tau la nasib adik perempuan aku ni. pandai-pandai la diorang nak hidup. hahaha..  




Maa’ssalamah,
Pha is



24.10.12

PRK | Suara Mahasiswa


Sebuah perbualan yang dibincangkan antara aku dan kawan-kawan bila kami berada dalam kereta dalam perjalanan nak ke restoran ”Nasi Kerabu Golok” di Kelantan. (nanti aku cerita)

“Aku heran la. dari dulu sampai sekarang air kat dalam kampus ni dok kuning macam tu jugak. Kat luar kampus ni, air okay je.” Kata Hakim, selaku pelajar yang paling lama menetap di kampus kesihatan ini antara kami.  

 
gambar sekadar hiasan (sumber : google)

“tu la pasal. Kalau kat luar air kuning jugak tak pe. Tapi ni kat dalam kampus ni je yang air kuning. Maknanya, ada problem kat sini je la.” balas Zul.

“ha ah. Aku masa mula-mula nak gosok gigi dulu pun nak fikir 3-4 kali. Takut nanti gigi jadi lagi kuning.” Tambah aku.

“tak ada ke student yang nak masukkan dalam manifesto  masa PRK (Pilihan Raya Kampus) nak tuntut supaya air dalam kampus ni jadi jernih? Kalau ada, konfom aku sokong.!” Kata Hakim lagi.

“eh, tapi semalam masa taklimat, BHEPP (Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar) cakap kampus ni tak ada PRK. Jenis dapat jawatan tanpa bertanding macam tu je.” Balas aku.

patut la...” ucap beberapa kawan aku yang lain. Hampir serentak!


maa'ssalamah,
Pha is 

23.10.12

makan2 klate 3 | D' Village Food Court


kali ni, aku tak jalan jauh. setakat depan USM kampus kesihatan ni je. sebelom ni, ada cik uci ulala (pemilik blog "Jalanan Pelangi") menyarankan kepada aku untuk ke kedai makan D' Village Food Court ni. katanya betul-betul depan USM kampus kesihatan. so, aku pon pi la try.


lokasinya, di jalan Jalan Raja Perempuan Zainab 2, Kubang Kerian, Kelantan. (coordinate : 6° 5'48.03"N 102°16'43.08"E). kat sini, aku tengok macam-macam ada. ada pizza, ada western food, ada burger grill, ada satay, dan yang paling menarik perhatian aku, ada belut (sup, paprik, pakpek, dan goreng).

kali ni, aku pekena nasi putih dan tomyam campur je dulu. kedai dekat je. nanti boleh try makanan lain pulak. member aku si Syafiq order mee rebus dan Husni order mee goreng.


bila dah rasa, pergh... kat sini aku nak buat satu pengakuan. tomyam kat kedai tu yang paling sedap yang pernah aku rasa. kuah cukup pekat, cukup masam (my feveret), dan pedas secukup rasa. memang "kaw" la..  harga pon tak mahal. nasi putih + tomyam campur + teh ais baru RM 7.50. standard la.

setakat yang aku pernah try, satay dia okay, kuah pun sedap. lagi satu, burger grill kat situ pun sedap gak. cuma bagi aku, nasi goreng dia "kureng" sikit. nanti, aku nak pi try belut plak, tak pon pizza. hehehe.. apa lagi, jom serang.!!!


maa'ssalamah,

Pha is

21.10.12

makan2 klate 2 | Yati Ayam Percik


Kali ni, member bawak aku pekena ayam percik pulak. Nama kedai ni “Yati Ayam Percik”. Lokasinya di Jalan Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan. (coordinate : 6° 7'41.58"N 102°15'23.77"E) kedainya okay. Siap ada pendingin hawa lagi.


Ayam percik dia boleh tahan. lembut. Cma personally bagi aku, agak manis dan kurang pedas. kalau pedas lagi sikit, mesti sedap. (biasa la, selera orang penang. sebab tu aku tak valid kalau nak 'judge' makanan Kelantan sebab akan bias.)

nasi putih + nasi kerabu + ayam percik + gulai kawah + sambal + keropok

Jadi, dari korang dengar cakap aku kata sedap or tak, baik korang datang rasa sendiri. Baru puas. Tapi yang pasti, gulai kawah dia memang sedap. Dagingnya lembut, pekatnya cukup. memang layan. selain tu, ada jugak kuih2, dan makanan sampingan yang lain.

maa'ssalamah,
 Pha is

Dugaan Hari Pertama


Alhamdulilah, selamat sampai di bumi Kelantan. Bila sampai je, setelah kemas barang sikit, kami keluar makan. Lapar kot. Bila tak tau nak makan kat mana, kami hentam je kedai mana yang kami Nampak dulu.

Hasilnya, sampai lah kami di kedai Ani Sup Utara, depan USM kampus kesihatan. Wow! Ada perkataan “utara”. Mengingatkan aku tentang penang yang aku tinggalkan. Hehe..

coordinate :   6° 5'51.23"N 102°16'43.74"E

Masuk kedai dalam pukul  6.40 petang. aku order nasi goreng ikan masin dan air bandung. Tapi, makanan sampai pada jam 7.40 malam. nak dekat sejam aku tunggu. Member aku si syafiq ni, around  7.50 malam baru bihun bandung beliau sampai.


Okay. Tak pe, aku sabar. Dugaan hari pertama. Nasib baik aku boleh buat solat jama’. Kalau tak, maghrib entah kemana. Nasi nak kata sedap pon, biasa je. Boleh la masuk tekak aku.

Time nak bayar plak, aku kena RM9.10 untuk nasi goreng ikan masin dan air bandung. hmm.. kalau cepat tak pe, ni, dah la lambat. Tak pe la, aku keluarkan duit RM 10 dari beg duit aku dengan hati yang pasrah je.  

Tak pe la, hari pertama. Belajar dari kesilapan. lepas ni tak pi dah la.
  

20.10.12

Makan2 Penang 3 | Mee Sotong Padang Kota Lama

penang memang terkenal dengan mee goreng mamak. rasanya kat mana-mana restoran nasi kandar pon akan ada menu mee goreng mamak. tapi kali ini, aku nak memperkenalkan kat korang Mee Sotong Padang Kota Lama.

kalau pi kat Padang Kota Lama, kat situ ada dua food court. satu yang baru dan satu lagi yang lama sikit. tempat yang baru tu makanannya mahal sikit (ekceli, mahal banyak) jika nak dibandingkan dengan food court yang lama ni. Mee Sotong yang aku maksudkan ni adalah Mee Sotong kat food court lama.

Padang Kota Lama, Pulau Pinang
coodinate : 5°25'15.01"N 100°20'35.33"E 

mee sotong ni, orang kata (bukan aku yang kata), kalau nk makan, mesti pekena sekali dengan coconut shake kat kedai sebelah tu. baru layan. keseluruhan, mee sotong RM 4.00, coconut shake RM 2.50.   

Mee Sotong  + Coconut Shake

kalau singgah penang, memang tak rugi la kalau nak try. aku masa first time pekena, memang terangkat beb.. sampai kesudah aku kempunan. tadi pun, dah pekena sepinggan, aku bungkus tambah bawa balik sbb tak puas makan. sedap sangat. hehehe.. 


p/s : masa entry ini dipublish-kan, aku on the way dari penang ke kelantan untuk menyambungkan pelajaran farmasi di hospital USM kubang kerian. doakan semoga aku selamat sampai. ameen... 

maa'ssalamah, 
Pha is

 

Majlis Silaturrahim Ummah

baru tadi, sambil makan bersama kawan-kawan kat restoran nasi kandar subaidah, kami didatangi seorang pemuda. dia bagi satu flyers mengenai sebuah program yang bakal dijalankan 28 Oktober ini.

malangnya, masa tu aku sudah di kelantan. jadi, dah aku tak dapat pergi, apa salahnya aku sebarkan benda ni. so, sapa orang penang yang free, boleh la pergi.


program : Majlis Silaturrahim Ummah,
Anjuran : Penang Muslim Network
Tarikh : 28 Oktober 2012
Hari : Ahad
Masa : 6.30 ptg - 11.00 mlm
Tempat : Speaker Corner Padang Kota Lama (Esplanade)

maa'ssalamah, 

Pha is



  

19.10.12

Penang | Ikan Lumba-Lumba Dan Penyu

masih ramai yang tak tahu bahawa Pulau Pinang ada ikan lumba-lumba dan pantai tempat penyu bertelur, walaupun orang penang sendiri. bila aku cakap, ramai yang buat muka pelik. macam susah nak percaya kan?

untuk tempat penyu bertelur, korang boleh tengok di Taman Negara Pantai Kerachut.(coordinate : 5°27'3.89"N 100°10'56.67"E). dulu masa aku tingkatan 4 (2006), aku pernah pergi Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS) kat situ yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang.

kem kesedaran alam sekitar Pulau Pinang 2006. antara aktiviti yang dijalankan.
malangnya, masa tu tak ada penyu yang turun bertelur. so, tak merasa la tengok penyu bertelur depan mata. tapi, kami berpeluang tengok anak penyu menetas. jadi la.

anak penyu di pantai kerachut. sumber gambar : utusan online

untuk ikan lumba-lumba (dolphin), kalau korang bernasib baik, masa lalu atas jambatan Pulau Pinang, korang akan nampak sekumpulan ikan lumba-lumba tengah berenang di perairan antara Pulau Pinang dan seberang perai. 

macam yang aku kata tadi, tu pon kalau korang bernasib baik la. aku baru pernah nampak sekali depan mata. kalau susah nak percaya jugak, kat bawah ni ada video yang aku ambil dari facebook.




maa'ssalamah, 
Pha is

17.10.12

#WW 41 | setting him free

lose somebody, setting him free
If you don't love him, let him go. you'll not lose him, you're just setting him free

p/s : I know that you can do it..

16.10.12

Nasyid | Kenapa Mesti Berpecah?


Dalam perbualan antara aku dan kawan-kawan lepas balik dari pekena nasi briyani kapitan baru-baru ni, tiba-tiba perbualan kami menyentuh isu era kejatuhan kumpulan nasyid di Malaysia.

Sayang kan? apabila kumpulan nasyid ni perpecah. Dah macam trend la pulak. Susah nak cari kumpulan nasyid yang bertahan lama.

Raihan yang dahulunya top pun boleh berpecah. Seingat aku, album kumpulan ni masuk the Malaysian book of record sebagai “Fastest Selling Album” (Jan 1997). Dato’ Siti Nurhaliza pon kalah tau! Kumpulan ni legend kot. Tapi last-last senyap macam tu je, terutamanya bila nazrey johari keluar.

kumpulan Brothers pun, dahsyat juga. Tapi kemudian, sorang-sorang keluar buat solo. Mulanya yasin, lepas tu akbar.

In-Team pula, Hisyam Ahmad keluar dan tubuhkan kumpulan Dehearty. (Dehearty pon tak dengar cerita dah sekrang ni) Suhaimi keluar buat solo.

Kumpulan UNIC yang paling aku sedih. Sebab aku minat gila kot masa sekolah menengah dulu. hafiz hamidun keluar buat solo. Lepas tu, sorang-sorang tarik diri. Fitri haris pun keluar buat solo. Baru je buat persembahan masa hari konvokesyen USM baru-baru ni.


Last-last, UNIC tinggal bertiga bila Fakhrul Radhi (bekas juara akademi al-quran) masuk. tapi, gabungan yang baru ni pon mantap juga. Terutama bila lagu-lagu diorang yang lama diberi nafas baru dalam bentuk acapella.  


Tapi, tambah menyedihkan, kumpulan nasyid yang sedang aku join sekarang ni pon dah nak berpecah jadi dua kumpulan.

Hmm.....


maa'ssalamah, 
Pha is   
   

15.10.12

Makan2 Penang 2 | Sup Hameed

kat penang ni, ada banyak jugak pilihan makanan untuk penggemar sup. antaranya Sup Tanduk Bukit Jambul, gerai sup di Padang Broom, dan banyak lagi. tapi kali ni, aku nak fokuskan kepada kedai Sup Hameed.

Kedai ni terletak di Penang Road, Georgetown. (coordinate :  5°25'18.35"N 100°20'1.41"E ). tepi jalan je. senang nak nampak. cuma kereta kalau nak parking susah sikit la.


kat sini, macam-macam jenis sup ada. sup daging, sup ayam, sup kambing, sup urat, sup perut, sup ekor, even sup torpedo pun ada.

sup kambing + roti benggali
kalau order sup, automatic akan dapat roti. nak makan atau tak roti tu, terpulang. kalau tak nak, jangan sentuh. (harga lain-lain). kalau nak makan dengan nasi pon boleh. kalau rasa tak cukup, sup boleh refill, tapi sekali je la.

kenangan yang tak boleh dilupakan, dulu aku ada ajak kawan aku makan kat situ. kami tanya sup apa yang ada. waiter tu pon list-kan semua jenis sup yang diorang ada. bila dia sebut sup torpedo, member aku ni tak tahu torpedo tu bahagian apa. last member aku tanya balik.

"sup torpedo tu sup apa?" tanya member aku.
"sup kote lembu." jawab waiter tu dengan slang india. hahahaha


maa'ssalamah,

Pha is


Mengidam Makanan Penang

minggu depan, aku akan bermusafir ke kelantan, untuk sambung belajar di hospital USM, kubang kerian. so, tak lama lagi la aku nak tinggalkan penang tercinta ni. nanti, akan ada banyak perkara kat penang yang akan aku rindui. yang paling utama, makanan.

well, penang ni kan syurga makanan. tambah pulak, yang bestnya, banyak kedai makan kat sini 24 jam. orang penang memang jenis makan tak kira masa. macam aku la. contoh paling mudah, the famous "nasi kandaq beghatoq". walaupon kedai nasi kandaq (makanan berat) tapi tengah malam baru nak buka.

jadi, aku target, sebelum aku ke kelantan, ada beberapa list makanan kat penang ni yang aku nak makan. sekadar merasa buat kali terakhir sebelum berangkat ke kelantan. antaranya:

briyani tandoori dan susu badam kapitan. sebelum ni masa aku makan, dihidangkan secara claypot. tapi semalam, mcm biasa je.
sup kambing + roti benggali di sup hameed, penang road, georgetown
mee sotong di padang kota lama

1. briyani tandoori dan susu badam kapitan, georgetown -  5°24'58.42"N 100°20'19.02"E (done)
2. sup hameed, georgetown -  5°25'18.35"N 100°20'1.41"E (done)
3. mee sotong, padang kota lama -  5°25'15.01"N 100°20'35.33"E (done)
4. ABU, georgetown -  5°25'11.22"N 100°19'54.83"E
5. cendol dan cucur udang, gelugor -  5°21'59.28"N 100°18'40.18"E
6. nasi kandar (terutamanya). untuk yang ni, banyak sangat kedai. rasa mcm nak makan kat semua kedai je.

kalau tak sempat makan semua, 2 atau 3 tempat pon jadi la... sekurang-kurangnya, dapat jugak aku ke kelantan dengan hati yang tenang.. hehehe..

maa'ssalamah,

Pha is

13.10.12

Joran, Gitar, dan DSLR

semalam, rancang nak pergi memancing. cadangan asalnya, nak ber-BBQ sekali sambil tunggu dapat ikan. tapi tak jadi sebab arang tak de. so, kami memancing sambil kedarah nasi kandar je la.

lokasinya, di bawah jambatan Pulau Pinang dari arah pulau. (5°21'34.69"N 100°18'59.40"E). kat situ tak ramai sangat orang memancing. tapi ada la juga 3-4 kumpulan.

sambil-sambil memancing, main gitar. boleh jugak menghilangkan rasa boring menunggu sementara nak dapat ikan. layan...


sambil-sambil tu juga, blajar main camera. bukan camera aku, tapi rumate punya. nak beli sebiji, rasanya passion aku dalam bidang fotografi ni masih suam-suam kuku. so, belajar dulu sikit-sikit. objektif aku malam tu, belajar cara nak buat spike. hasilnya, tadaaa...!!!


boleh la.. baru mula nak belajar. ye dok?


sapa cakap tak cantik, aku tumbuk..!!! hehee.. gurau je..

eh, lari tajuk pulak. okay, berbalik kepada aktiviti memancing tadi, Alhamdulillah, dapat jugak rezeki seekor ikan. (sekor je..??) jadi la kan, dari tak dapat apa-apa. lagipon, memnag tak expect nak dapat pon. just seronok-seronok nak berjimba je..

 

seekor pon, boleh tahan juga la saiz dia. ikan duri putih. berat anggaran lebih kurang setengah kg.


akhirnya, ikan duri tu pun dah selamat digulaikan pagi tadi, bersama-sama telurnya. kini, beliau sudahpun bersemadi dengan aman dalam perut kami. maka, tamatlah sudah riwayat ikan duri ni. sekian ~ ~


maa'ssalamah,

Pha is


12.10.12

Rukun Solat | 13, 14, atau 15 Perkara?




Kalau ada orang Tanya aku, “rukun solat ada berapa perkara?” aku susah sikit nak jawab. Sebabnya, jawapan aku ada 3 versi.

Dahulu, masa aku berumur 5 tahun, aku mula belajar mengaji Al-Quran dengan Allahyarhamah Long Teh, seorang guru mengaji di kampung aku.  Sambil mengajar mengaji, beliau juga mengajar asa-asas fardhu ain. Antara yang aku belajar dari beliau, rukun solat ada 14 perkara*.

1. niat
2. takbiratul ihram
3. berdiri bagi yang mampu
4. membaca surah Al-Fatihah
5. ruku’
6. i’tidal
7. sujud
8. duduk antara dua sujud
9. thoma’ninah
10. tasyahud akhir
11. selawat keatas nabi
12. duduk bagi keduanya (tasyahud akhir dan selawat)
13. memberi salam pertama
14. tertib

Masa sekolah rendah, dalam mata pelajaran pendidikan islam pula, sepertimana yang kita semua belajar, rukun solat ada 13 perkara* iaitu:

1. Niat
2. Takbiratul Ihram
3. Berdiri tegak bagi yang mampu.
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Rukuk dengan thoma`ninah.
6. I`tidal dengan thoma`ninah
7. Sujud dua kali dengan thoma`ninah
8. Duduk antara dua sujud dengan thoma`ninah
9. Duduk tasyahud akhir dengan thoma`ninah
10. Membaca tasyahud akhir
11. Membaca selawat ke atas nabi
12. Membaca salam yang pertama
13. Tertib

Yang terkini, dalam beberapa tahun lepas, dalam satu majlis ilmu yang aku hadiri, seorang ustaz ada sampaikan yang rukun solat ada 15 perkara* iaitu :

1. niat
2. takbiratul ihram
3. muqarranah niat
4. berdiri bagi yang mampu
5. membaca surah Al-Fatihah
6. ruku’
7. i’tidal
8. sujud
9. duduk antara dua sujud
10. thoma’ninah
11. tasyahud akhir
12. selawat keatas nabi
13. duduk bagi keduanya (tasyahud akhir dan selawat)
14. memberi salam pertama
15. tertib

kalau korang, nak pilih yang mana?

*penulis seorang manusia biasa yang mudah lupa. Jika terdapat kesilapan, ianya datang dari kekhilafan diri penulis sendiri. Untuk maklumat lanjut, silalah bertanya dengan ustaz atau guru-guru ugama yang lebih mursyid.

wallahu a'la wa a'lam...


Maa’ssalamah,
Pha is




11.10.12

Guitar chord | Anti Gravity by Faizal Tahir


sebelum ni, aku tak pernah pon share guitar chord untuk mana-mana lagu. tapi tadi member aku si Wan ni cakap kat aku, semalam dia cari kat internet chord lagu anti graviti Faizal Tahir ni, tapi tak jumpa. last2, dia buat sendiri. lepas tu, dia dia suruh aku upload kat blog aku.

so, bagi menyempurnakan hasrat beliau, maka, buat julung kalinya, aku share gitar kord lagu.   


Anti Gravity by Faizal Tahir

            G                   Bm
Saat gravity lepaskan kupergi
             D                    G      Dsus     G       Bm
Meninggalkan semua terbang kutinggi
                D
Ku mula semua baru

G    Bm   D   A
             G
Bebas berlari
Bm
Waktu tak kan menunggu
D                                  A
Walau jauh ku tetap milikmu

             G
Mahu ku satu
Bm
Mahu kau senyum selalu
D                                          A
Memikirkan diriku yang memikirkanmu selalu

G                 Bm
*Anti gravity aku
G       Bm    D    A
Graviti aku kamu
G                                 Bm
Saat gravity lepaskanku pergi
D                          G             Dsus      G                  Bm
Meninggalkan semua terbang kutinggi
                D
Ku mula semua baru

G             Bm
Biarkan bulan bersandarkan bahu
D             G        Dsus        G                         Bm
Bintang berlegar di kiri kanan aku
                A
Tetap pulangku padamu

G
Jangan bimbang
                Bm
Waktuku tamat disini
D             A
Dan bermula episode baruku oh oh oh
G
Mahu kusatu
                Bm
Mahu kau senyum selalu
D             A
Memikirkan diriku yang memikirkan mu selalu

Ulang*

Dsus
Berdegup laju
                 G
Menunggu saat bersatu
A            
Nantikan aku
Bm           D
Kembali kepangkuan mu
Em                 Dsus
Dapatkah kamu
                 G
Menerima aku
Dsus            E              Dsus
Mampukah waktu mengubati
        G
Segala pilu yang lalu

        G
Aku pulang
Bm
Aku pulang pada mu
          D
Kembaliku
A
Kembali padamu (ulang 2x)



      G       Bm
Biarkan bulan bersandarkan bahu
D             G     Dsus     G       Bm
Bintang berlegar dikiri kanan aku
                A
Tetap pulang ku pada mu



credit to : Wan guitarist

maa'ssalamah, 
Pha is








Seni Khat


Masa kat sekolah dulu, kami ada dua subjek pendidikan seni. Satu seni visual, satu lagi seni khat. Rasanya, kelas seni khat ni antara kelas yang boring waktu tu. Ye la, belajar tulis alif ba ta macam budak-budak tadika. Yang membezakannya Cuma kami pakai pen khat, atau pensel yang diasah macam pen khat.

Masa tingkatan 1, kami belajar tulisan khat nasakh.

sumber [3]

sumber [4]

Khat ni dinamakan Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Quran serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain. Ciri-cirinya ialah mudah dibentuk, praktikal dan mudah dibaca. Ia sesuai digunakan dalam penulisan al-Quran, akhbar dan majalah. [1]

Masa tingkatan 2, kami belajar khat rak’ah.

sumber [3]

sumber [5]

Rak'ah dari segi bahasa bermaksud cebisan kertas yang ditulis. ciri-ciri khat ni antaranya, huruf yang kecil dan dapat ditulis dengan cepat. Penggunaannya lebih tertumpu kepada tulisan nota ringkas.[2] Khat yang paling simple, nampak macam senang, tapi susah jugak nak buat.

Masa tingkatan tiga, kami belajar khat thuluth.

sumber [3]

sumber [6]

Khat ni dinamakan Khat Thuluth kerana huruf menegaknya ditulis dengan mata pen (qalam) yang ukuran lebarnya menyamai 1/3 (thuluth) lebar mata pen. Ia juga dikenali sebagai Ummul Khat (ibu tulisan) kerana kehandalan seseorang penulis khat tidak akan diakui kecuali setelah dia mahir dalam khat ini. Ia lebih bersifat dekoratif dan mempunyai ciri-ciri kesenian tersendiri. Sesuai digunakan untuk perhiasan dalam masjid, bangunan, papan tanda dan sebagainya. [1]

Khat thuluth ni memang fevered aku. Kadang-kadang, aku saja praktis balik khat thuluth ni. antara hasil kerja aku :
boleh baca tak apa yang aku tulis tu..?


yang ni, cop mohor nama aku. dah macam cacamarba je..


Sepatutnya, untuk tingkatan 4, kami akan belajar khat diwani. Tapi, tak tau kenapa, masa tu subjek pendidikan seni khat dimansuhkan. Mungkin sebab tak ada tenaga pengajar yang berpengalaman kot. so, tak sempat la aku nak 'berguru' untuk tulisan ni.

sumber [3]

Khat diwani ini mula terkenal setelah Konstantinopel (Istanbul) ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh pada tahun 857H. Tulisan ini berbentuk condng ke kiri, lembut, bundar dan melengkung, bersusun,bertindih-tindih dan tidak berbaris. Tujuan tulisan ini dicipta ialah untuk menulis surat rasmi, keputusan dan pekeliling pentadbiran kerajaan. Kini ia banyak digunakan untuk menulis sijil, watikah dan tulisan hias.[1]

Antara khat-khat lain yang popular termasuklah :

Khat Kufi
sumber [3]

Khat farisi
sumber [3]


sumber : 
[4] Firdaus Mahadi : Islamic Calligraphy 
[5] Khatcalligraphy : pengenalan khat riq'ah
[6] forum seni khat : hadith-1 (khat thuluth)


maa'ssalamah, 

Pha is

9.10.12

Tips | Kulit Terbakar Atau Melecur



Kalau dulu, aku geli-geleman bila masuk topic IO (Intra osseous– suntikan kedalam tulang), tapi tadi lagi teruk. Baru je tadi kami belajar pasal Burn. Sadis je bila tengok gambar kulit yang terbakar. Ngeri.  

Bagi yang belum tahu, burn terbahagi kepada 4 tahap.

First degree burn
Contoh : sunburn, melecur kena air panas.
Cuma kulit Nampak kemerah-merahan.


Second degree burn
Contoh  : kaki terkena ekzos moto (pengalaman sendiri)
Kulit menggelembung dan ada air.


Third degree burn
Contoh : terbakar api


Fourth degree burn
Contoh : hangus
Dah tak boleh nak buat apa dah.

Untuk third dan fourth degree, memang kena bawa pi hospital la. tapi untuk first dan second degree, antara rawatan awal yang boleh dilakukan ialah :

Sejukkan dengan air paip 5 – 10 minit.
Jangan letak minyak, mentega, kicap, atau ais.

Kalau nak lagi elok, boleh guna madu, Sapu kat kawasan lecur. Lagi satu, lecturer aku kata, banyak kajian yang menunjukkan ikan haruan elok untuk melecur. So, kalau dapat haruan spray, lagi bagus.



p/s : tu baru terbakar api dunia. belum lagi api akhirat

*sumber gambar : google

maa'ssalamah, 
Pha is 

Terjemahan | Kisah Orang Munafiq



sumber : google
Firman Allah Taa'la :

Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".

Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".

Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).

Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.

Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).

Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).

(Al-Baqarah, 2 : 8–18)

8.10.12

Jaga Hati jaga Pergaulan

saja nak share sebuah video dari Mahasiswa Berfikir Production yang bertajuk Jaga Hati Jaga Pergaulan. pergaulan kena jaga, terutamanya untuk berlainan jantina. so, lets check this out..


dah tengok? kalau kat dalam tu ada terangkan 5 tips dalam menjaga batas pergaulan, kat sini aku nak up sikit, kasi 6 tips. hehehe..

so, 6 tips dalam menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah :

1. menundukkan pandangan.

firman Allah :

"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya..... "
(an- Nuur, 24 : 30)

"Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya....."
(an- Nuur, 24 : 31)

tapi tak perlu la tunduk sampai berjalan berlaga tiang. kalau tengok sampai rasa 'syok' tu, cepat2 la kalih pandangan. sebab nabi kata, pandangan pertama dimaafkan.

Rasulullah juga pernah berpesan kepada Saidina Ali r.a. “Wahai Ali, janganlah kamu ikuti pandangan (pertama) itu dengan pandangan (berikutnya). Pandangan (pertama) itu boleh buat kamu, tapi tidak dengan pandangan selanjutnya. Kerana pandangan pertama untukmu (dimaafkan) dan pandangan kedua tidak untukmu (tidak dimaafkan).”
(Hadis riwayat Abu Daud).

2. menutup aurat

firman Allah Taa'la :

"....dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka....."
(an-Nuur, 24 : 31)

3. hijab

firman Allah Taa'la :

"Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab." 
(al-Ahzaab 33 : 53)

zaman sekarang mana nak cari hijab, ye dok. rasanya cukuplah dengan menjaga jarak. bak kata adik aku (budak SMKA campur), tak bleh dekat dalam jarak semeter. (aku tak tau sebab dulu aku sekolah budak lelaki saja.)

4. tidak berdua-duaan

sabda nabi :

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya.
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya.
(Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5. tidak melunakkan suara.

firman Allah Taa'la :

"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)."
(al-Ahzab,  33 : 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya.
(Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6. tidak bersentuhan

Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya.
(Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang- orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya.
(Ash-Shohihah 1/448)

akhir kata, ingatlah firman Allah Taa'la :

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
(al-Israa', 17 : 32)

langkah berjaga-jaga ni bukan semata-mata untuk menghindari zina je. banyak lagi benda-benda yang tak elok yang mungkin terjadi kalau batas pergaulan tak dijaga. contohnya, seperti apa yang terjadi kat diri aku sendiri dan kat beberapa member aku yang lain. kes "SENTUH TANPA NIAT"



maa'ssalamah, 
Pha is

7.10.12

Musafir di perantauan.



Lagi dua minggu,aku akan berangkat dari Pulau Pinang ke Kelantan, bagi meneruskan perguruan aku dalam bidang farmasi. Kalau sebelum ini, aku bergurukan pensyarah, kali ini aku akan mula bergurukan doctor dan ahli farmasi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.

Tanah Tok Janggut, tanah Tok Guru.!

Jika diikutkan tahap pencapaian akademik aku yg agak kurang cemerlang, aku boleh pilih untuk tidak ke sana. Namun, kata orang, jauh perjalanan, luas pandangan.

Sebelum in aku Cuma terperuk dalam daerah utara sahaja. Dari sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, sehinggalah ke university. Semuanya dalam daerah utara. Zon utara ni dah macam ‘zon selesa’ aku.

Kata orang, kalau asyik berada dalam zon selesa, tak kan kemana. Sebab tu lah kali ini, aku bertekad untuk pergi jugak ke kelantan. Aku nak keluar dari zon utara. Keluar dari zon selesa aku. Timba pengalaman dengan merantau ke tempat orang. (dalam Malaysia je pon. Cakap macam hebat sangat.)

Jadi, sebelum merantau, persediaan fizikal dan mental kena la ada. Petama sekali, kena praktikkan loghat Kelantan.

HUK ALOH...!!!!



Maa’ssalamah,
Pha is