Malam Jumaat


PG13


Masa aku berumur lingkungan 5 tahun, apa yang aku tahu, malam jumaat selalunya digambarkan sebagai malam keramat. Malam yang penuh mistik. Malam dimana hantu jembalang keluar menjelmakan diri.

Malam tersebut, kami cukup takut melalui kawasan-kawasan yang telah dikenal-pasti sebagai tempat yang  ‘keras’. Selalunya tempat-tempat yang ada busut, tanah perkuburan dan pokok buluh.

* * * * * 
Selain tu, malam jumaat juga beerti malam teghebey (lastik) cicak. Kata orang tua-tua, kalau dapat bunuh cicak malam jumaat dapat pahala. Katanya, cicak jahat. Cicak buat bunyi masa nabi Muhammad s.a.w sembunyi di gua hira’ dan cicak juga tolong tiupkan api semasa nabi Ibrahim dibakar.

Daripada Sanibah Maulah al-Fakih ibn al-Mughairah yang menemui Aisyah r.a di dalam rumahnya lalu beliau melihat di dalam rumah Aisyah r.a ada lembing, lalu ditanya tentangnya:
“Wahai umm al-mukminin, apa yang anda lakukan dengan lembing ini?”
Jawab Aisyah r.a
“Kami gunakannya untuk membunuh cicak-cicak, kerana Rasulullah s.a.w menceritakan kepada kami, Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api, tiada binatang melata di muka bumi semuanya berusaha untuk memadamkannya melainkan cicak, ia meniup (memarakkan api) ke atas Nabi Ibrahim, lalu Rasulullah s.a.w menyuruh kami membunuhnya.”
(H.R Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda
“Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan ditulis baginya 100 kebajikan, dan membunuhnya dengan dua kali pukulan ditulis baginya kebajikan kurang dari yang pertama, dan membunuhnya dengan tiga kali pukulan, kebajikannya kurang dari yang kedua.”
(H.R Muslim)

* * * * *  
Bila aku berumur 7 tahun, malam jumaat bererti malam baca yaasin. Selesai solat maghrib berjemaah di surau, ikut orang surau baca surah Yaasin. Baca ramai-ramai. Tak reti pon tak apa, yang penting, lepas solat isyak nanti, ada makan-makan.

Masa aku berumur 13 tahun di surau asrama sekolah menengah, malam jumaat masih lagi baca Yaasin. Cuma kadang-kadang baca surah Al-Kahfi. Ustaz kata, baca surah Al-Kahfi malam jumaat lebih afdhal. Tapi kami lebih sukakan Yaasin, sebab surah Yaasin 3 helai je, surah Al-Kahfi sampai 6 helai.

* * * * *  
Malam jumaat, satu malam yang ada pelbagai makna. Contohnya, bagi yang dah kahwin, malam jumaat ada maksud dan agenda lain pulak.

Hmm.. apa lagi yang ada pada malam jumaat?


Maa’ssalamah,
Pha is


Comments

  1. Malam jumaat ada slot cerita hantu kat Tv

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. malam jumaat je, citer hantu...

      Delete
  2. masa kecik2 dl mmg malam jumaat ni malam dikatakan hantu kuar ala2 hari senja. haha.. seram gak bila jalan pada malam jumaat.

    ada yang mengatakan malam jumaat merujuk kepada malam hari khamis namun, ada juga yang mengatakan malam jumaat keliwon merujuk kepada malam hari jumaat. apa pndgn bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab keliwon2 ni, tak pandai la bro... pestime dgr pon bila tengok citer keliwon kat tv3 tu... tu pon tak tengok sgt. so, x tau hujung pangkal...

      Delete
  3. KY masa kecik2 dulu pun macam tu jugak, selalu diberitahu tentang amalan2 malam jumaat, yg paling popularlah, mengaji, seperti surah2 yg tertulis kat atas tu,

    ReplyDelete
    Replies
    1. malam jumaat ni malam penghulu segala hari.. baca apa pon bagus..

      Delete
  4. kalau malam jumaat waktu nak ambik PMR dulu,tiap2 malam mak ajak pi umah2 jiran,baca yasin..kena paksa kot..hehehe..masa duduk hostel,malam jumaat la time nak tengok cita hantu..tak pun ronda2 1 sekolah..best kot..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mlm jumaat ronda skolah..? cari apa? hantu? hehe

      Delete
  5. Replies
    1. le wild comment appear..
      me gusta..!!!
      heheh

      Delete
  6. Malam Jumaat..emmm...pening nak pikiaq,apa lgi ye amalan mlm Jumaat.semua depa dah habaq.

    ReplyDelete
  7. sampai kebawah mcm lain pulak ceritanya ye.. hehehe.. follow sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. idea asalnya just nk cakap pasal yg kat bawah tu je... bila dikembangkan, gini le jadinya... hehehe

      Delete
  8. malam Jumaat je mesti lain macam takutnye.. hari lain tak pulak.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pulak.. ni mesti sbb dah terpengaruh dgn citer2 seram malam jumaat.. hehehe

      Delete
  9. malam jumaat adalah malam paling busy nak siapkan assignment untuk dihantar esok tu. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. paham2... ari jumaat dah last dateline.. kes buat keje last2 minit la ni.. heheheh

      Delete
  10. kecik-kecik dulu memang syok lah lestik cicak...walaupun tak pernah dapat...-__-"

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la.. kdg2 je dapat... yg lian mcm tembak dinding je.. eheheh

      Delete
  11. bagi saya malam jumaat ade mega movie kat tv3.. best kalau tengok dengan family.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mega movie tu jumaat mlm kan? bukannya malam jumaat.. ni citer pasal khamis mlm jumaat.. hehehe

      Delete
  12. penghulu segala hari yang jarang kita ambil peduli...sedangkan hari Jumaat banyak kelebihan yang diberi Ilahi

    ReplyDelete

Post a Comment