3.9.12

Dilema Bekas Budak Agama


Baru sahaja selesai keluar minum dengan seorang member lama, si Faruk (bukan nama sebenar) Member satu sekolah menengah. Sekadar bertanya khabar dan mengimbau kenangan lama. Nak jumpa pun setahun sekali. Bila dah jumpa, macam-macam yang dibualkan.

Antaranya topic yang hangat dibincangkan, dilemma seorang bekas pelajar sekolah agama yang tak mahu dikenali sebagai ‘budak agama’ di universiti. Maklumlah, kami berdua datang dari SMKA, dari sekolah yang berlatar belakangkan agama. Sedikit sebanyak, tempias tetap ada bila masuk ke menara gading.

Ada sesetengah dari kalangan kami yang seboleh-bolehnya tak mahu ‘sejarah silam’ kami diketahui rakan-rakan university. Bukannya apa, Cuma takut expectation orang jadi tinggi.

 

Aku sendiri pernah mengalami perkara ni. contohnya, masa kat matrikulasi dulu, aku pernah diberi tazkirah ‘personally’ oleh seorang muslimah yang agak wara’ hanya kerana sikap aku waktu tu yang katanya langsung tak mencerminkan seorang bekas pelajar sekolah agama. Untuk cerita lanjut, boleh baca di SINI.

Member aku si Faruk ni pon dahulu boleh tahan orangnya. Salah seorang ahli majlis syura[1] masa kami tingkatan satu. semasa tingkatan 4, beliau manjadi ahli BTP[2] lujnah perhubungan. Aku mula kenal beliau pun masa pertandingan tilawah Al-quran masa kami darjah enam. (kebetulan kedua-dua sekolah rendah kami dalam satu kelompok yang sama)   

Kini, beliau dan aku lebih suka dianggap normal student with a normal life. Dalam perbualan kami, sempat juga Faruk ceritakan apa yang terjadi kepada beliau tika mana ‘rahsianya’ terbongkar.

Tapi, walau macam mana ‘Nakal’ sekalipun, sekolah tetap dirindui. Rancangannya, minggu depan beliau nak ajak aku melawat sekolah. Melawat asrama sebelum semester baru U bermula. Katanya, rindu nak jumpa ustaz Suhardi, rindu nak berjemaah di surau asrama. Alhamdulillah...



Nota Kaki:

[1] Majlis Syura (dalam konteks ayat) : sebuah jawatankuasa tak rasmi di asrama sekolah aku yang bertanggung jawab dalam sesebuah batch  di asrama yang ahlinya terdiri dari kalangan batch itu sendiri. contohnya, 'Majlis Syura Tingkatan 1'. 

[2] BTP (badan tertinggi pelajar) : sebuah pertubuhan rasmi di sekolah aku yang menyerupai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di university. kini, pertubuhan ini telah pun ditukar nama kepada MPP. 



Pha is

26 comments:

  1. ustaz suhardi??? wah,nama nak serupa tapi x semacam..^_^..( mood hepi )...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. knapa? nama nk sama ka? hehehe
      ke-happy-an terserlah.. hehehe

      Delete
  2. Ahadulillah...KY pun selalu lalu depan sekolah lama, rindu nak g sekolah lagi hiih

    ReplyDelete
  3. saya memang tak suka dikenali sebagai budak sekolah agama. tapi saya suka kongsi benda2 agama yang pernah saya belajar.

    saya taknak satu hari nanti, bila saya ada buat sedikit silap, orang akan kata, eh namanya sekolah agama maahad pulak tu tapi perangai mengalahkan syaitan.. saya tak suka. jadi saya buat seperti biasa saja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. btol3...

      eh, sayidah bdk skolah agama jugak ke..? hehehe

      Delete
  4. mind set kebanyakan org ni bila kita ckp je sekolah agama mest fikir owh dia ni nanti nk jadi ustaz/ustazah la kan. then kalau silap je org mula mencemuh, so baik jadi biasa2 je kan.. setuju jgk dgn kwn mu itu =)

    ReplyDelete

  5. besar peranan ex-skolah agama sbenarnya. n paling obvious kalau masuk matrikulasi.

    bila kenal orang baru, benda first yg depa nak tau is "dulu skolah agama or bukan"

    lastly akan end up dengan expectations yg entah apa-apa.

    time tu baru sedar, besarnya peranan kalau belajar agama lebih sikit. dalam masyarakat umumnya..dalam tempat belajar khususnya.

    anyway, mashoorian. hidup almashoor ^^

    ReplyDelete
  6. yup.. i just want to live a normal life without new person know my school history..

    ReplyDelete
  7. kita ada sebab kita yang tersendiri.. jadi tak perlu rasa risau..

    ReplyDelete
  8. Apa2 pon... Setiap manusia pasti ada kenangan ia tersendiri... ^_^

    ReplyDelete
  9. Apa salahnya kalau dipandang tinggi,lebih baik apa drp dipandang rendah. itulah balasan cerdik pandai agama, di dunia pon Allah dah bg kelebihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya kak, kita ni tak pandai agama mana pon.. biasa2 je.. lagipon, kalau buat silap sikit, di mata org, mcm dah buat kesalahan besar... tu yg susah sikit tu.. hehehe

      Delete
  10. hmmm yuyu pon student yg mempunyai latar belakang agama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... mcm mana life? pnah terperangkap dalam kes kat atas x? hehee

      Delete
  11. ssah kan bila org dh ltak expectation yg tinggi kt kita

    ReplyDelete
  12. hahahaha....malu FAROQ ang 2 wei.....

    ReplyDelete
  13. mcm tu jugak ex mrsm . semua org ingat bijak belake..padahal blur2 alang gak..sadis tul...

    ReplyDelete