28.9.12

Masbuk Solat Jumaat

tadi, entah macam-mana, aku terlambat ke masjid untuk solat jumaat. sampai-sampai je, imam dah sujud. nak masuk dalam masjid, dah penuh. so, aku solat kat atas jalan tempat orang lalu-lalang bersama makmum lain yang lambat macam aku, tanpa sejadah. ingatkan, baru rakaat pertama aku tertinggal. rupa-rupanya dah tahiyat akhir.!

nak buat macam mana. masuk saf je la. tapi niat solat zohor. sebab aku pernah belajar dulu, kalau imam dah bangun dari ruku' untuk rakaat kedua dalam solat jumaat, kalau masbuk (tertinggal 2 rakaat dengan imam), kena ganti dengan 4 rakaat macam solat zohor biasa.

yang hairannya, bila aku nk gantikan rakaat yang ketiga, makmum lain yang solat sebelah aku semuanya dah bagi salam dan dah blah dari situ. aku sorang je buat 4 rakaat. yang lain hentam dua rakaat je. akhirnya, solatlah aku sorang-sorang tengah jalan dikelilingi orang yang baru keluar dari masjid.

nampaknya, masih ramai yang tak tahu nih. so, muslimin sekelian, lain kali, kalau masbuk dan masuk saf untuk solat jumaat masa tahiyat akhir, kena ganti 4 rakaat tau.! bukan 2.

wallahu a'la wa a'lam


p/s : peringatan untuk diri sendiri. lain kali jangan pi lambat lagi....

maa'ssalamah,

Pha is

27.9.12

Tilt-Shift Photography

macam yang pernah aku cakap dulu, aku ni sikit-sikit, ada la jugak minat bidang fotografi. tapi tak la se-fanatik member aku si jemey dan maimon ni. aku stakat minat suam-suam kuku je.

tanpa cakap banyak, kat bawah ni, aku nak share gambar-gambar tilt-shift photography. gambar ni gambar orang/tempat yang betul-betul. tapi nampak macam miniature je.  cantik kan?

Screenshot 

Screenshot

Screenshot

sumber 

kata member aku si jemey ni, tilt-shift photography ni ada lens khas. tapi kalau pakai lens biasa, edit photoshop pon boleh. hehee.. maka, aku pon try la buat. hasilnya, TADAA...!!!

tempat : atas puncak gunung Mat Cincang, Langkawi


tempat : kereta kabel Bukit Bendera, Pulau Pinang.


amacam?

maa'ssalamah, 
Pha is

26.9.12

Tutorial | watermark "HBP style"

tetiba dapat satu komen dari saudari Sayidah Nafisah Ruslan. berkenaan watermark 'Hikayat Budak Pening' (HBP).







mula-mula, blur jugak aku, tulisan apa yg dimaksudkan. mungkin watermark gambar aku kot. contohnya macam dalam gambar ni:


so, atas permintaan cik Sayidah Nafisah Ruslan, aku pon buat la tutorial ni. watermark tu sebenarnya dibuat dengan menggunakan photoshop. rasanya version yg mana pon boleh. aku pakai photoshop CS4 je (latest CS6). stepnya :

1. pilih gambar, open dengan photoshop.
2. kemuadian klik "horizontal type tool".

3. tulis apa yg korang nak tulis. contohnya, "hikayat budak pening". tulisan, saiz dan sebagainya, boleh edit sendiri ikut kehendak hati.
4. bila dah okay, klik "magic wand tool".

5. klik kat mana-mana tempat dalam gambar. (jangan klik tulisan). pastikan tulisan tu ada garis putus-putus macam ni. PERHATIAN : jika ada huruf yang 'berlubang' (contoh huruf 'O, A, D, dan sebagainya), kena klik jugak dalam lubang tu. sebab tu aku guna font "stencil' sbb font tu tak kan ada huruf berlubang yg tertutup.

6.klik SELECT > INVERSE (atau shortcut CTRL + SHIFT + I).
7. klik layer background, kemudian tekan CTRL + J.

8. klik kat lambang mata kat tepi layer tulisan tadi supaya tulisan tu hilang.

9. double klik layer "layer 1". a) pilih "drop shadow".  b) edit "distance, spread, dan size" sampai nampak bayang-bayang tulisan tu jadi macam gambar kat bawah ni. (c)

10 .  klik "stroke", edit "size" dan "opacity" sampai berkenan dihati.bila dah setel, klik "OK"


kalau nk diikutkan, macam ni pon dah dikira siap. cuma, nak bagi nampak 'pro' sikit (kononnya), aku buat spaya tulisan tu berada kat belakang kepala senior aku tu. perasan tak?


untuk yang ni, caranya:

1. klik "pen tool"

2. klik kat bucu topi, sampai jadi macam dalam gambar kat bawah ni.

3. right click kat gambar, pilih "make selection". pastikan "feather radius" = 0 pixel. then,  klik OK.

4. klik pada layer "background". lepas tu tekan CTRL + J. pastikan lepas tu ada layer baru diatas layer background.
5. drag layer baru tu ke bahagian atas sekali.

6. siap. dan boleh save.




sory la kalau tutorial ni agak kelam kabut sikit. rasanya ni first time buat tutorial photoshop. kalau tak faham macam mana, boleh tanya kat komen. nanti aku try jawab setakat yang mampu.. (n_n)


maa'ssalamah,

Pha is

#WW 38 | Duit Habis


24.9.12

senior graduation day 2012

tahun ni, senior aku si anha dah grad. seronok betol tengok orang yang tengah grad ni. senyum je memanjang. maklumlah, dah habis belajar. lepas ni fikir pasal kerja pulak.

malangnya, tahun depan, sepatutnya aku yang grad, tapi kemungkinan besar aku perlu extent. so, dalam 'keluarga farmasi' aku, tahun depan kami tak ada sesiapa yang grad la. sedih betol.

keluarga farmasi aku. 
berdiri dari kiri : fahima, mazidah, adilah, anha, syauki dan imran
duduk dari kiri : amirul dan aku

kalau kurang faham, kami ada program 'senior n junior.' setiap seorang akan ada seorang (atau dua) junior. so, bila disambungkan, jadi macam satu family la. contohnya mcm carta organisasi kat bawah ni.


so, tahun depan (2013), kelauarga kami tak ada yang grad. tapi, bila sampai tahun 2014, 3 orang grad serentak.! hahahha... jenuh la junior2 nak belikan hadiah... hehehe..

maa'ssalamah,

Pha is

23.9.12

PRK USM | poster






Aspirasi USM







pro-mahasiswa USM



p/s : poster aspirasi macam nak tak nak je buat.. tu pon susah betol nak cari...

22.9.12

Pilihan Raya Kampus (PRK) USM 2012

marilah mari
pergi mengundi
jangan lupa kewajipan pada negara universiti.
la la la la ~ ~ ~


sementara menunggu PRU-13 yang aku dengar akan dijalankan pada febuari tahun depan (sumber = tak diketahui), kita layan dulu PRK. dari kita tengok BN dan PR bertelagah tak sudah, kita enjoy dulu perlawanan antara PRO-M dan ASPIRASI.

25 september ni, student USM kampus induk dah kena mengundi. dari hari penamaan calon jumaat lalu, bahang PRK sudah mula terasa bila calon2 mula berkempen. kesian aku tengok diorang. bertungkus lumus sampai pukul 2-3 pagi.

calon konstituensi umum pro-mahasiswa USM. dua daripadanya adalah student farmasi.


aku ni tak ader la nak sokong mana-mana parti sangat. aku letak poster pro-M ni pon sebab kat wall facebook aku, dah tak larat dah nak tengok poster ni. poster aspirasi tak nampak rupa pulak. kurang kempen ke?

kat bawah ni pulak, video kempen dari saudara Muhammad Firdaus Abdul Rahim, calon konstituensi umum.


p/s : junior aku tu... hehehe

akhir kata, buat para mahasiswa sekelian, aku ucapkan selamat mengundi. masa depan universiti kini terletak di tangan anda. so, jadilah pengundi yang bijak.

maa'ssalamah, 

Pha is

Intraosseous | suntikan ke dalam tulang


Dulu masa aku darjah 6, perkara yang paling ditakuti ialah suntikan BCG(suntikan vaksin untuk penyakit TB). Masa tu, macam-macam yang aku dengar. Kononnya suntikan tu kena cucuk sampai ke tulang la, cucuk dengan jarum panas la, dan macam-macam lagi.

bila dah belajar farmasi ni, baru aku tahu yang suntikan BCG tu, cucuk sampai kat otot je (intra muscular – IM). Cuma baru-baru ni, kami belajar suntikan IO (Intraosseous Infusion). Suntikan sampai ke tulang.

Meremang je bulu roma aku masa dalam dewan kuliah tu. Tambah pula, lecturer aku siap pasang video lagi. kat bawah ni salah satu dari video yang kami tengok.



Video yang ni je yang aku sanggup tengok sebab katun. Video yang lain tunjuk orang betul-betul.  Yang tu, aku jeling-jeling je. Rasa ngilu nak tengok. Nasib baik ahli farmasi tak kena buat suntikan ni. kami Cuma kena ambil tahu je.

Fuh, lega.

maa'ssalamah,
Pha is 



segmen | Jom tingkatkan followers sampai lebam

sebuah segmen dari Sa Michaisi. sila klik banner atau klik SINI untuk join.

follower skarang baru seramai 958 orang.



19.9.12

#WW 37 | Kenangan Kawad

pasukan kawad kaki sekolah S.M.K.A Al-Mashoor (L) 2007


jika nk dibandingkan dengan sekarang, dulu kurus la sikit..


wordless wednesday yang lepas :

18.9.12

Sentuh Tanpa Niat



Apabila seorang lelaki menyentuh kulit wanita ajnabi[1] dengan tanpa syahwat, tidak membatalkan wudhu’nya, menurut mazhab imam Malik.[2]  Tapi, macam mana pula kalau seorang lelaki ‘tersentuh’ hati seorang wanita tanpa niat untuk ‘menyentuh’?

Faham tak? Kalau kurang faham, aku bagi situasi. Katakan, seorang lelaki bernama Extremities[3] telah lama berkawan rapat dengan seorang perempuan yang bernama Diaphoresis.[3] disebabkan Extremities ni seorang lelaki yang baik lagi kacak, maka lama kelamaan si Diaphoresis pon terpikat dengan Extremities.

Ditambah pula dengan layanan dan perhatian Extremities terhadap Diaphoresis yang agak istimewa pada pandangan Diaphoresis , telah menguatkan lagi perasaan cinta Diaphoresis terhadap Extremities. Akhirnya, setelah tak tertahan lagi, Diaphoresis pon meluahkan rasa cintanya kepada Extremities.

Malangnya, Extremities selama ini hanya menganggap Diaphoresis sebagai seorang kawan sahaja. Pada pandangan Extremities, segala layanan dan perhatiannya terhadap Diaphoresis tidak lebih dari seorang kawan.

Maka, kecewalah hati si Diaphoresis apabila mendengarkan penjelasan si Extremities tersebut.
Lantas, si Diaphoresis pun merajuk membawa diri, tidak lagi mahu berkawan dengan Extremities.

Semenjak itu, Pada wall facebook Diaphoresis acapkali terpampang gambar-gambar seperti dibawah ini:

Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia...
Jangan buat wanita jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia...
Jangan memberi wanita harapan kalau anda tak pasti...
Jangan sakiti hati wanita kalau anda tiada hati untuknya...
Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya...
HARAM jika jadikan wanita kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya...
-Ustaz Azhar Idrus


 Pesanan buat adam :
Jangan gurau sebarangan dengan hati perempuan. Mungkin Nampak teguh, tapi hakikatnya hati ini mudah terusik.
“jangan sentuh jika tidak berniat mahu memetik.”



Tolong jngan curi hati nih kalau tak tau nak menghargai
Tolong jangan curi hati nih kalau sekadar nak melukai
Dan tolong jangan curi hati nih jika ingin membuat diri ini derita

Dan bermacam-macam lagi yang di-share oleh Diaphoresis di wall facebook beliau. Hal ini membuatkan Extremities merasa benar-benar serba salah. Sesungguhnya Extremities memang tak ada niat langsung mahu menyentuh hati Diaphoresis, apatah lagi memetiknya.

Akhirnya, dua-dua merana, Diaphoresis kecewa, Extremities pula diselubungi perasaan serba salah. Dan tali persahabatan mereka juga akhirnya putus begitu sahaja. Dalam situasi ni, boleh dikatakan si Extremities telah tersentuh hati si Diaphoresis dengan tak sengaja dan tanpa niat.

Jadi, situasi ini salah siapa?
Adakah salah Extremities yang terlalu melayan Diaphoresis sehingga menyebabkan Diaphoresis menaruh harapan pada Extremities?
Atau salah Diaphoresis yang salah menafsir layanan dan perhatian Extremities yang hanya sekadar layanan seorang sahabat, dan dengan mudahnya jatuh hati terhadap Extremities?

Apa korang rasa?



 p/s : cerita dipetik dan diolah berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman beberapa member lelaki yang lain.


Daftar kata dan rujukan :

[1] ajnabi = orang yg sah dikahwini, bukan mahram.


[3] Extremities and Diaphoresis (medical terminology)
 Extremities = The distal or terminal portion of elongated or pointed structures.
Diaphoresis = Sweating, especially of a profuse type.


maa'ssalamah,
Pha is

zyraroxx: follower datang bertubi-tubi

sebuah segmen dari zyraroxx. sila kelik baner atau klik SINI untuk join, seblom 30 september 2012

jumlah follower 919

maa'ssalamah,

Pha is

16.9.12

Kahwin | aku lambat lagi


First of all, Selamat hari Malaysia.!!

Minggu ni, walaupon cuti 3 hati, tapi aku agak sibuk dengan jemputan kenduri kahwin. Hujung minggu ni sahaja, ada dua kenduri kahwin dari budak sekolah aku.


Hari sabtu, kenduri kahwin senior sekolah aku, Ibrahym Bin Ahmad bersama isteri, Azlia Shakiela Binti Mohd Yusof yang juga merupakan kakak kepada member aku. Makna kata, senior beliau dah jadi abang ipar la.

Hari ahad pula, kenduri kahwin member satu batch satu sekolah, Firdhus Jasmi dan isterinya Nurul Nadia. Haish... semakin ramai member yang sama umur yang dah menamatkan zaman bujang. Aku bila la pulak gamaknyer. Untuk kenduri yang ni, tak sempat aku nak bergambar dengan pengantin sebab tiba-tiba pengantin lesap.    

Buat masa sekarang, aku tabahkan je la hati aku menghadiri kenduri kahwin member-member. Member aku yang lain ada yang dah kahwin, dah bertunang, dan dah dilamar. aku je la yang masih single. 

Dah la kenduri tadi aku pi sorang-sorang je. sadis kan? forever alone betul..! 

Disebabkan aku terpaksa extend study, lagi lambat la aku boleh kahwin. So, terpaksa la aku postpone kan dulu mode mencari calon isteri. Hmm.. sabor je la...





p/s : Awak... awak tunggu saya yer... 


maa'ssalamah,
Pha is

14.9.12

Don't You Ever Read My Blog?


Situasi  1 : Perbincangan dalam sebuah meeting untuk hari family day.

Hasan : tak ada cadangan tempat lain ke, selain kat tanjung bungah ni?

Hasni : macam mana dengan taman perbandaran? Hari tu aku pi tengok, macam-macam ada.

Pha is :kat situ pun boleh, Cuma ramai sangat orang. Lagipun, selalu sekolah buat program kat situ. Program kita pun dah nak dekat. Takut ada orang lain dah tempah la. kalau nak senang, kita buat je kat teluk bayu. Kat situ tak ramai orang. Pantai pun luas. Boleh buat activity pantai.
berjimba di pantai teluk bayu

Hasan : okay sangat la tu. Eh, mana ko tau tempat tu ha?

Pha is :




* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Situasi 2 : Perbincangan dalam meeting untuk siapkan assignment.

Brian : lepas dah siap, semua hantar kat Izzy. Nanti dia kumpul dan print.

Izzy : okay. Just send it through my email. But before that, is this the new USM’s logo? Its for the report's cover page.
logo lama usm


Pha is : no. That’s the old one. The new one is like this. See the different?
logo baru usm

Izzy : ya, ya... thanks...

Pha is : (dalam hati)

Rujukan blog :  Oh Logo USM...!!!


maa'ssalamah, 
Pha is

segmen | Bloglist HASRULHASSAN.COM

sebuah segmen dari Encik Hasrul Hassan a.k.a HH. boleh klik sini untuk join. terhad kepada 200 blog terawal. (harap2 sempat la)

rasanya aku agak dah lama mengikuti blog HH ni. semenjak beliau belum berhijrah kearah 'blog informasi' lagi. tak rugi kalau korang letakkan blog beliau dalam bloglist korang, sebab nanti akan ada banyak maklumat-maklumat baru berkenaan dunia blog ni yang boleh korang baca dan belajar.

maa'ssalamah, 

Pha is

Segmen : " Hanif Idrus Segmen Menerjah"

sebuah segmen dari Hanif Idrus. sila kelik baner atau kelik SINI untuk join sebelum 30 september 2012

hmm.. nak tulis apa yer? entah la. so, marilah sama-sama kita 'mengimarahkan'* segmen ni. hehehe



p/s : banyak pulak rasanya aku jon segmen semenjak dua menjak ni..




*daftar kata :

mengimarahkan : 
menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid atau surau dgn pelbagai kegiatan berfaedah, biasanya berbentuk keagamaan: usaha ~ masjid perlu dilaksanakan oleh pelbagai pihak, termasuklah generasi muda; mereka tidak harus dipencilkan dlm usaha ~ masjid dan syiar Islam.
(Kamus Dewan Edisi ke-4)


maa'ssalamah, 

Pha is

12.9.12

SEGMEN : Bersama warna kegemaranku

sebuah segmen dari Chot. sila kelik baner atau kelik SINI untuk join.


setelah aku ditag oleh cik EdoHayra, maka aku pon join la segmen ni. caranya agak mudah, cuma ceritakan berkenaan warna kegemaran.

dan warna kegemaran aku of course la kaler biru. dah description blog ni pon "pada awan biru aku melakar kata-kata". sebab apa aku suka biru? hmm.. yang tu susah aku nak jawab. macam susah je aku nak cari sebab kenapa aku suka biru. dah aku suka tu, aku suka la. so, kesimpulannya, aku suka warna biru sebab aku suka kaler biru. hehehe..

sebagai memenuhi syarat, kat bawah ni gambar aku berbaju biru. baju tu baju raya 2 tahun lepas punya. aku recycle dan reuse sebab aku malas nak beli lain sangat suka kaler dia. hehe..


sebagai memenuhi syarat, disini aku nk tag
CikMai
Nurulasyikin
Sayidah Nafisah Ruslan


maa'ssalamah.

Pha is

11.9.12

HARAM duduk atas kerusi



Masa aku tingkatan satu dulu, first time belajar bahasa arab. Kat sekolah aku, semua wajib ambil subjek Bahasa Arab Komunikasi untuk PMR. Mula-mula tu, memang agak nervous. Maklumlah, belajar bahasa baru.

Masa tu, kami belajar dengan Ustaz Muhammad Noor Zawawi. Tak garang, tapi tegas. Setiap kali beliau masuk kelas, ini yang terjadi :

Ketua kelas : Qiaman.!!! (berdiri..!!!!). Assalamua’laikum ustaz.

Pelajar : Asslamua’laikum ustaz.

Ustaz : waa’laikumussalam.

[setelah doa habis dibaca, semua pelajar duduk]

Ustaz : la tajlisu..!!! (jangan duduk). HARAM..!!!

sebenarnya, masa tu kami semua kena berdiri sebab beliau akan Tanya soalan. Sapa boleh jawab, baru boleh duduk. Masa mula-mula tu, aku terfikir jugak. Suka hati je ustaz ni kata duduk atas kerusi haram.


maa’ssalamah,
Pha is