Skip to main content

Allah Balas


Dalam banyak-banyak budak yang mak aku mengasuh, ada la jugak sorang dua yang nakal. Budak-budak. Biasa la tu kalau nakal sikit-sikit. Tapi, sorang budak ni, (umur 6 tahun) agak nakal banyak la. memang agak susah nak control.

Mak aku cakap, kalau aku tak ada kat rumah, lagi la dia suka buat hal. Tak boleh duduk diam langsung. Ada saja hal. Nak itu, nak ini. sikit-sikit gaduh dengan budak lain. Dengan adik sendiri pon dia nak gaduh.

Baru-baru ni, cuti raya, seminggu jugak la beliau tak datang rumah. Cuti sakan. Bila dah habis cuti, beliau datang dengan parut dimuka. Kata ibubapanya, beliau kemalangan. Jatuh bukit katanya.

Sejak itu, perangai beliau pon dah mula berubah sikit. Dah kurang sikit nakalnya. Bila ditanya bagaimana beliau dapat parut di muka tu, mula-mula beliau senyap je.

Lepas tu, beliau cakap dengan suara yang agak sayu dan dengan nada yang penuh hiba :

“Allah balas.”




Pha is

Comments

  1. lps ni confirm bdk tu akan berfikir dulu sblm buat apa2. pengajaran yg berguna tu,

    ReplyDelete
  2. budak ni la yg akan jadi modal insan kat membe2 dier nanti . :D

    ReplyDelete
  3. Ala kesiannya.. tapi elok lah, dia dah tak nakal dah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. masa mula2 dgr tu, mcm sedih pon ada.. hehehe

      Delete
  4. cutenyaaa.... kesian betul.adat la budak2 nakal tu, kalau pasif sgt risau pulak.... tp kadang2 rasa nak cepuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. rasa mcm nk tumbuk2 je... heheheh

      Delete
  5. jawapan dia ringkas tapi maksud tu sampai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah... menusuk kalbu sungguh jawapan beliau...

      Delete
  6. syukur pada perubahan budak tu membawa kebaikan pada dirinya dan semua kan.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. ada la juga perubahan...

      Delete
  7. ni mesti mak ayah dia yang bagi jawapan macam tu..
    kesian ia. tapi bgus juga..takdelah dia nakal lagi lepas ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami syak mcm tu jugak.. agaknya mak bapak dia yg kata mcm tu.. hehehe

      Delete
  8. Bagusnya, kecik2 dah faham akan erti pembalasan Allah swt...

    ReplyDelete
  9. Pha Is,
    Aku bagitau cerita ni kat orang rumah aku.
    Lepas tu dia cerita pula kat sedara mara, pakcik2 makcik dia.
    Kira otai2 lah tu.
    Semua pakai gelak, pada hujung cerita tu.
    hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..
      bagus lah... lpas ni kalau ada budak2 yg nakal sgt, gitau je cerita ni.. mna tau kot2 diorg boleh insaf.. hehehe

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

Gaji Ahli Farmasi

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal