Aku Tumpang Gembira.


Hari ini, dan kelmarin, aku dikejutkan dengan tiga berita.  

Pertamanya, kelmarin, aku dapat jemputan kenduri kahwin member satu sekolah, bulan 12 ni. dekat dengan hari krismas katanya. Senang orang nak datang. Alhamdulillah. Seorang lagi member sama umur yang bakal melengkapkan iman beliau.

Yang kedua, tadi, buka sahaja facebook, ada event jemputan ke majlis perkahwinan senior satu sekolah, yang bakal berlangsung bulan depan. Alhamdulillah, seorang lagi member yang akan mendirikan masjid.

Dan berita yang ketiga, hmm... tak pe lah.. mungkin kurang sesuai kalau dia ceritakan disini. Cuma, aku harap semoga beliau tenang dalam membuat keputusan.

Back to the story, Bagai Bertubi-tubi aku dicuit oleh seruan perkahwinan. Orang lain yang nak kahwin, aku pulak yang exited. Tapi, sejak dua menjak ni, aku mula rasa apa yang Ted Mosby rasa.


Cuma aku masih berpegang dengan prinsip aku, “jangan mulakan apa-apa hubungan selagi ianya tak ada harapan ke jinjang pelamin dalam masa terdekat.” (dipetik dari buku “aku terima nikahnya” karya Hasrizal Abd Jamil - saifulislam.com)

Aku ni belajar pon terkontang-kanting. Dari tinggal lagi setahun, terpaksa ditunda hingga dua tahun. Cincai-cincai kira, paling awal pon lagi 4-5 tahun jugak la baru boleh menikah. Jadi, tak nak la mulakan apa-apa hubungan awal-awal.

Susah nak jaga hati selagi ianya tak halal.

Bagi sahabat-sahabat aku yang sudah dan bakal ke jinjang pelamin, tahniah buat korang. Semoga berbahagia hingga ke syurga.

Aku tumpang gembira...




Pha is
    

Comments

  1. betul tu, kalau kita tak ada komitmen nak ke jinjang pelamin, baik duduk diam2, jangan nak mengada2 nak bercinta hahaha.., yang penting jangan susahkan anak dara orang hihi

    pada yang bakal berkawin tu selamat pengantin baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... nada ayat mcm marahkan seseorang ja... pnah dikeciwakan ke..? hehehehe

      Delete
  2. setuju sangat, kalo sekadar nak suka2, tak payah gatal2 g tambah dosa untuk dapat tiket free ke neraka jahanam....

    ReplyDelete
  3. betul tu.. bila dah ade yang terikat ni.. rasa susah je nak buat ape2.. rasa tak bebas.. huhu
    so bila dah betul2 ready baru patut cari :)

    ReplyDelete

Post a Comment