17.7.12

Pendaftaran KSCP USM 2012



PENDAFTARAN KURSUS SEMASA CUTI PANJANG (KSCP)
SIDANG AKADEMIK 2011/2012

1. Jadual Aktiviti KSCP, S.A. 2011/2012

Tempoh Mengajar & Pembelajaran : 23/7/2012 (Isnin) - 3/8/2012 (Jumaat)
Peperiksaan : 7/8/2012 (Selasa) - 10/8/2012 (Jumaat)

2. Tarikh dan Tempat Pendaftaran Kursus

Pelajar yang terlibat perlu mendaftar kursus secara “online” pada 25 – 26 Julai 2012 (Rabu dan Khamis) di Pusat Pengajian masing-masing.

3. Senarai Kursus Yang Ditawarkan

Pelajar perlu menghubungi Pusat Pengajian/Pusat yang berkenaan untuk menyemak dan mendapatkan pengesahan senarai kursus yang akan ditawarkan sebelum tarikh pendaftaran kursus.

4. Asas & Syarat-Syarat Kelayakan Pelajar Mengikuti KSCP

(a). Keputusan peperiksaan “Provisional” Semester 2, S.A. 2011/2012 boleh/akan diguna pakai bagi tujuan pendaftaran kursus KSCP ini.
(b). Pelajar adalah layak mengikuti KSCP dengan syarat telah gagal (gred F) di dalam kursus berkenaan terlebih dahulu.
(c). Pelajar yang memperolehi gred ‘DK’ dibenarkan mengikuti KSCP. Pelajar yang mendapat keputusan ‘C-’, ‘D+’, ‘D’, ‘D-’ juga boleh mengulangi kursus semasa KSCP.
(d). Pelajar yang memperolehi gred ‘F*’ dan ‘X’ tidak dibenarkan mengikuti KSCP.
(e). Pelajar yang terlibat dalam latihan-latihan industri/mengajar/amali tidak dibenarkan mengikuti KSCP. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, Dekan boleh membenarkan pelajar yang mengikuti latihan-latihan industri/mengajar/amali untuk mengikuti KSCP.
* Sila ambil perhatian bahawa pelajar yang telah disahkan layak berijazah selepas pertimbangan keputusan peperiksaan Semester 2 adalah tidak layak lagi mengulangi mana-mana kursusnya semasa fasa KSCP.

5. Syarat-Syarat Pendaftaran Kursus

(a). Pelajar yang ingin mengikuti KSCP wajib mendaftar kursus di Pusat Pengajian masing-masing.
(b). Pelajar dibenarkan mendaftar maksimum 3 kursus dan tidak melebihi 10 unit. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, Dekan Pusat Pengajian boleh membenarkan pelajar mendaftar lebih daripada unit tersebut.
(c). Pelajar yang mengikuti KSCP tidak dibenarkan menambah ataupun menggugur kursus selepas minggu pertama.

6. Pelajar Tahun Akhir

(a). Pelajar di tahun akhir yang perlu mengikuti KSCP bagi tujuan pengijazahan perlu menghubungi segera Pusat Pengajian masing-masing supaya kursus-kursus yang perlu ditawarkan dapat dikenalpasti dengan segera.
(b). Pelajar tahun akhir yang telah memenuhi semua syarat pengijazahannya dan selanjutnya disahkan layak berijazah oleh Universiti selepas pertimbangan keputusan peperiksaan Semester 2, S.A. 2011/2012 adalah tidak layak lagi mengikuti KSCP.

7. Keputusan Peperiksaan Semester 2, S.A. 2011/2012

Keputusan peperiksaan “Provisional” (lulus/gagal) dijangka akan diumumkan pada 17 Julai 2012 manakala keputusan Rasmi (bergred) pada 31 Julai 2012 melalui perkhidmatan berikut :-

(a). TeleAkademik
- Dail 600-83-7899

(b). Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
i. Taipkan :
USM<>jarak<>RESULT<>jarak<>No. Kad Pengenalan Pelajar<>jarak<>Angka Giliran>
ii. Dan hantar ke 15888
( Contohnya = USM RESULT 760230075685 45687 )

(c). Portal “Campus Online” USM (campusonline.usm.my)

8. Keputusan Peperiksaan KSCP, S.A. 2011/2012

Keputusan dijangka akan diumumkan pada 6 September 2012, juga melalui perkhidmatan-perkhidmatan yang dinyatakan dalam perkara 7.


Tarikh luput : 7 September 2012

No comments:

Post a Comment