Thursday, July 19, 2012

Dark Knight Rises punya pasal

19 julai 2012

Pagi itu, aku bangun dengan sedikit pening kepala. Berdenyut-denyut rasanya. Tak cukup dengan itu, pagi itu sahaja, aku ke jamban dua kali. Rupanya cirit semalam belum reda. Memulas-mulas perut rasanya.

Kucapai henset di atas meja. Tiada miscall dan tiada mesej yang masuk. Hanya terpapar di skrin henset tarikh hari ini. 19 julai 2012. Inilah hari yang sangat-sangat aku tunggu sejak setahun yang lalu. ya, hampir setahun aku menunggu detik ini. Sejak aku terbaca satu artikel dalam laman Wikipedia tahun lepas. Inilah harinya. Hari dimana filem “Dark Knight Rises” mula ditayangkan di pawagam.   

Tapi, kepala aku masih berdenyut dan perutku pula masih memulas. Namun, semua itu sama sekali tidak mematahkan semangat aku untuk menghayati filem batman kegemaran aku. Lantas, berbekalkan dua biji panadol dan sekotak pil “chi kit teck aun”, aku meluncur laju ke Quensbay Mall dengan motosikal ultimo aku.

Setelah 40 minit perjalanan, aku tiba di pusat beli-belah yang terpanjang di Asia Tenggara itu sekitar jam 3.10 petang. Saat itu, sebenarnya pertama kali dalam hidup aku membeli tiket panggung wayang sendiri. Sebelum ini, kawan aku yang tolong belikan. Agak nervous, tapi Dark Knight Rises punya pasal, aku sanggup buat apa sahaja.

Akhirnya aku masuk ke "teater hall 1" jam 3.30 petang. Seterusnya, selama 3 jam aku disitu. 3 jam yang paling bermakna buat aku, hingga kadang-kala membuatkan bulu roma aku meremang. Jalan ceritanya dapat kuhayati dengan mudah kerana semalam, sudah aku ulang tengok filem ‘batman begins’ dan ‘dark knight’.

Tiba-tiba, aku terdengar bisikan beberapa penonton yang berada di sebelah. “eh, dia ni sapa pulak?”

“Entah.” Jawab yang seorang lagi.

Lantas, dengan bangganya, aku mencelah. “dia ni la Ra's Al Ghur, ketua Leage of Shadow. Orang jahat dalam cerita batman begin”

“owh...”

p/s 1 : aku tak boleh bagi rating, nnti akan bias sebab aku suka sangat2 cerita batman. kalau markah persepuluh, aku bagi 11. kalau bintang, aku bagi 6 dari 5 bintang. kalau peratus, aku bagi 120%. see...!!! aku akan bias, kan? hehehe...


p/s 2 : aku kena tengok awal2. nanti dah masuk bulan ramadhan. dalam bulan lain, sekali sekala tak pe. dalam bulan ramadhan kena kurangkan benda lagho... astaghfirullahal a'zim....

Pha is


9 comments:

  1. wah.. bagus2. Bila dah baca post ko ni, saya pun nak tengok dengan segera citer ni. hahaha.. peminat batman jua.

    ReplyDelete
  2. hehe, xpenah tengok cite batman.. ;)

    ReplyDelete
  3. insha allah saya nak tengok esok.. hehe

    ReplyDelete
  4. aku xfollow dr dulu cite ni,, time tgk asyik tanye jek,ahahah dhla lame weh

    ReplyDelete
  5. weh best x cite ni??/wuaaa...nk tenok nk tenok......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...