Skip to main content

bila pak ngah baca blog aku


“pi la tambah nasi lagi tu” pelawa pak ngah setelah dilihatnya pinggan nasi kenduri aku sudah kian kosong.

“cukup dulu lah pak ngah. Sat lagi nak pi pekena ais kacang dengan laksa pulak.” Jawab aku. Semenjak dari tadi cuping telinga aku acap kali menangkap suara DJ bertugas yang tak henti-henti menyebut ais kacang dan laksa. Sejak itu, melilau-lilau anak mata aku mencari kelibat ais kacang dan laksa. Bila aku dah jumpa, cepat-cepat aku ‘serang’.

“pak ngah nak ais kacang tak? Kalau nak boleh saya pi ambil”

“ha, boleh jugak.” Jawabnya laju.

Lantas, kutinggalkan pak ngah yang sedang rancak bersembang denagn saudara mara jauh. Sekadar bertanya khabar mengimbau kenangan lama. Malas aku nak menyampuk. Kadang-kala, terasa asing aku apabila berada di tengah-tengah perbualan orang tua-tua.

Setelah beberapa ketika , datang aku membawa dua mangkuk ais kacang. Setelah duduk, aku suakan salah satu mangkuk ais kacang aku kepada pak ngah. Sambil disambutnya mangkuk ais kacang, langsung pak ngah Tanya aku.

“pait, hang ada tulis satu article pasai motor kat internet kan?”

“hah? Motor?”

“ha. Dalam blog budak pening apa ntah.”

“Owh.. pasal blog tuh. Ha ah. Pak ngah ada baca ka?”

“hmm.. pak ngah dah agak dah. Hang la rupanya P-H-A-I-S Tu...” 

Dalam tersenyum, hati aku terdetik, “fuh, nasib baik pak ngah tak baca entry yang INI.”



Pha is

Comments

  1. fuh.. kalau baca.. lagi panjangler borak sambil makan ais kacang tu.. kehkehkeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha... tu pon dah panjang dah borak...

      Delete
  2. haha..maju pak ngah pais eh....:P

    #mohon dibelanjakan ais kacang plis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la.. tengok naak sedara beliau la... hehe

      #datang la penang. nnti kita pekena ais kacang atas bukit bendera... heheheh

      Delete
  3. Pak Ngah, Pak Ngah femes nooo.. Pak Ngah masuk blog Phais.. :)

    ReplyDelete
  4. amboiii, sakan naa pak ngah dia :)

    ReplyDelete
  5. pak lang kita pun ada baca blog kita..
    rasa segan yang amat. ingatkan sedare mare takde yang bace.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. sama la.. tu la yg dirasa masa makan ais kacang tuh.. hehehe

      Delete
  6. Aisey.. pak ngah muda lagi ke pe? Siap boleh baca blog segala nih. Lama2 dia survey blog ni, memang akan kantoi post tu. haha..

    ReplyDelete
  7. nie mesti selalu buat keja kantoi...hahaha...p.ngah moden tu...caya lah! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. moden jugak pak ngah nih.. hehehe

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi