Saturday, July 21, 2012

jadual waktu berbuka dan imsak Pulau Pinang

saja tetiba gatal tangan nak buat menatang nih. untuk negeri lain, sory la eh. malas pulak nak buat untuk semua negeri. bagi orang penang, boleh la amik gambar ni buat wallpaper laptop ke, simpan ke, tak kisah la. hehehe...

ada dua version. kartun lelaki dan perempuan. ikut suka hati korang la nak yang mana satu.




selamat menjalani ibadah puasa..!!!


Pha is

Thursday, July 19, 2012

Dark Knight Rises punya pasal

19 julai 2012

Pagi itu, aku bangun dengan sedikit pening kepala. Berdenyut-denyut rasanya. Tak cukup dengan itu, pagi itu sahaja, aku ke jamban dua kali. Rupanya cirit semalam belum reda. Memulas-mulas perut rasanya.

Kucapai henset di atas meja. Tiada miscall dan tiada mesej yang masuk. Hanya terpapar di skrin henset tarikh hari ini. 19 julai 2012. Inilah hari yang sangat-sangat aku tunggu sejak setahun yang lalu. ya, hampir setahun aku menunggu detik ini. Sejak aku terbaca satu artikel dalam laman Wikipedia tahun lepas. Inilah harinya. Hari dimana filem “Dark Knight Rises” mula ditayangkan di pawagam.   

Tapi, kepala aku masih berdenyut dan perutku pula masih memulas. Namun, semua itu sama sekali tidak mematahkan semangat aku untuk menghayati filem batman kegemaran aku. Lantas, berbekalkan dua biji panadol dan sekotak pil “chi kit teck aun”, aku meluncur laju ke Quensbay Mall dengan motosikal ultimo aku.

Setelah 40 minit perjalanan, aku tiba di pusat beli-belah yang terpanjang di Asia Tenggara itu sekitar jam 3.10 petang. Saat itu, sebenarnya pertama kali dalam hidup aku membeli tiket panggung wayang sendiri. Sebelum ini, kawan aku yang tolong belikan. Agak nervous, tapi Dark Knight Rises punya pasal, aku sanggup buat apa sahaja.

Akhirnya aku masuk ke "teater hall 1" jam 3.30 petang. Seterusnya, selama 3 jam aku disitu. 3 jam yang paling bermakna buat aku, hingga kadang-kala membuatkan bulu roma aku meremang. Jalan ceritanya dapat kuhayati dengan mudah kerana semalam, sudah aku ulang tengok filem ‘batman begins’ dan ‘dark knight’.

Tiba-tiba, aku terdengar bisikan beberapa penonton yang berada di sebelah. “eh, dia ni sapa pulak?”

“Entah.” Jawab yang seorang lagi.

Lantas, dengan bangganya, aku mencelah. “dia ni la Ra's Al Ghur, ketua Leage of Shadow. Orang jahat dalam cerita batman begin”

“owh...”

p/s 1 : aku tak boleh bagi rating, nnti akan bias sebab aku suka sangat2 cerita batman. kalau markah persepuluh, aku bagi 11. kalau bintang, aku bagi 6 dari 5 bintang. kalau peratus, aku bagi 120%. see...!!! aku akan bias, kan? hehehe...


p/s 2 : aku kena tengok awal2. nanti dah masuk bulan ramadhan. dalam bulan lain, sekali sekala tak pe. dalam bulan ramadhan kena kurangkan benda lagho... astaghfirullahal a'zim....

Pha is


Salam Ramadhan


bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak, disini, saya faiz zakaria selaku penulis tunggal blog hikayat budak pening ni, memohon ampun dan maaf andai terkasar bahasa dalam mana-mana penulisan dan komentar yang diutarakan.

dengan ini, saya ingin mengucapkan, selamat menyambut ketibaan bulan Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa. semoga bulan Ramadhan kali ini dapat memberi seribu makna buat kita semua.

"permulaan (awal) ramadhan itu rahmat, pertengahannya keampunan, dan akhirnya (penghujung) pembebasan dari api neraka."
(riwayat sahih ibnu khuzaimah)

sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : 
Allah Taala berfirman, "setiap amalan anak adam adalah untuknya melainkan puasa. Ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya."
(H.R. Bukhari dan Muslim)  

"apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup segala pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan"
(H.R. Bukhari, Muslim, dan Nasaei)


p/s 1 : gambar pokok kat atas tu kat tengah bendang belakang rumah je. 
p/s 2 : eh, korek hidung batal puasa tak?


Pha is


Wednesday, July 18, 2012

#WW 36 | it's not who you are underneath


"It's what you do that defines you"


wordless wednesday yang lepas :

Tuesday, July 17, 2012

Pendaftaran KSCP USM 2012



PENDAFTARAN KURSUS SEMASA CUTI PANJANG (KSCP)
SIDANG AKADEMIK 2011/2012

1. Jadual Aktiviti KSCP, S.A. 2011/2012

Tempoh Mengajar & Pembelajaran : 23/7/2012 (Isnin) - 3/8/2012 (Jumaat)
Peperiksaan : 7/8/2012 (Selasa) - 10/8/2012 (Jumaat)

2. Tarikh dan Tempat Pendaftaran Kursus

Pelajar yang terlibat perlu mendaftar kursus secara “online” pada 25 – 26 Julai 2012 (Rabu dan Khamis) di Pusat Pengajian masing-masing.

3. Senarai Kursus Yang Ditawarkan

Pelajar perlu menghubungi Pusat Pengajian/Pusat yang berkenaan untuk menyemak dan mendapatkan pengesahan senarai kursus yang akan ditawarkan sebelum tarikh pendaftaran kursus.

4. Asas & Syarat-Syarat Kelayakan Pelajar Mengikuti KSCP

(a). Keputusan peperiksaan “Provisional” Semester 2, S.A. 2011/2012 boleh/akan diguna pakai bagi tujuan pendaftaran kursus KSCP ini.
(b). Pelajar adalah layak mengikuti KSCP dengan syarat telah gagal (gred F) di dalam kursus berkenaan terlebih dahulu.
(c). Pelajar yang memperolehi gred ‘DK’ dibenarkan mengikuti KSCP. Pelajar yang mendapat keputusan ‘C-’, ‘D+’, ‘D’, ‘D-’ juga boleh mengulangi kursus semasa KSCP.
(d). Pelajar yang memperolehi gred ‘F*’ dan ‘X’ tidak dibenarkan mengikuti KSCP.
(e). Pelajar yang terlibat dalam latihan-latihan industri/mengajar/amali tidak dibenarkan mengikuti KSCP. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, Dekan boleh membenarkan pelajar yang mengikuti latihan-latihan industri/mengajar/amali untuk mengikuti KSCP.
* Sila ambil perhatian bahawa pelajar yang telah disahkan layak berijazah selepas pertimbangan keputusan peperiksaan Semester 2 adalah tidak layak lagi mengulangi mana-mana kursusnya semasa fasa KSCP.

5. Syarat-Syarat Pendaftaran Kursus

(a). Pelajar yang ingin mengikuti KSCP wajib mendaftar kursus di Pusat Pengajian masing-masing.
(b). Pelajar dibenarkan mendaftar maksimum 3 kursus dan tidak melebihi 10 unit. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, Dekan Pusat Pengajian boleh membenarkan pelajar mendaftar lebih daripada unit tersebut.
(c). Pelajar yang mengikuti KSCP tidak dibenarkan menambah ataupun menggugur kursus selepas minggu pertama.

6. Pelajar Tahun Akhir

(a). Pelajar di tahun akhir yang perlu mengikuti KSCP bagi tujuan pengijazahan perlu menghubungi segera Pusat Pengajian masing-masing supaya kursus-kursus yang perlu ditawarkan dapat dikenalpasti dengan segera.
(b). Pelajar tahun akhir yang telah memenuhi semua syarat pengijazahannya dan selanjutnya disahkan layak berijazah oleh Universiti selepas pertimbangan keputusan peperiksaan Semester 2, S.A. 2011/2012 adalah tidak layak lagi mengikuti KSCP.

7. Keputusan Peperiksaan Semester 2, S.A. 2011/2012

Keputusan peperiksaan “Provisional” (lulus/gagal) dijangka akan diumumkan pada 17 Julai 2012 manakala keputusan Rasmi (bergred) pada 31 Julai 2012 melalui perkhidmatan berikut :-

(a). TeleAkademik
- Dail 600-83-7899

(b). Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
i. Taipkan :
USM<>jarak<>RESULT<>jarak<>No. Kad Pengenalan Pelajar<>jarak<>Angka Giliran>
ii. Dan hantar ke 15888
( Contohnya = USM RESULT 760230075685 45687 )

(c). Portal “Campus Online” USM (campusonline.usm.my)

8. Keputusan Peperiksaan KSCP, S.A. 2011/2012

Keputusan dijangka akan diumumkan pada 6 September 2012, juga melalui perkhidmatan-perkhidmatan yang dinyatakan dalam perkara 7.


Tarikh luput : 7 September 2012

Monday, July 16, 2012

USM | kerana nila setitik


masa mula2 dengar kes ini dalam berita, sedih jugak aku. penat2 aku belajar kat USM, senang2 je orang yang tak bertanggung jawab buat pemalsuan sijil. last2, student USM jugak yang kena tempias.

haish. geram.. sabor je la...



Pha is

Sunday, July 15, 2012

what are you seeking for?

petikan dari siri "Alcatraz"


ada orang mengejar syurga
ada orang mengejar pahala
ada juga yang mengejar fadhilat
tapi aku mencari redha-Nya.

apakah yang anda cari?


Pha is

Saturday, July 14, 2012

the apple doesn’t fall far from the tree


Suatu hari dalam kelas English, tiba-tiba lecturer B.I aku buat satu quiz dalam bentuk game berkumpulan. Wakil dari setiap kumpulan perlu ‘berlakon’ atau melukis di white board tanpa mengeluarkan suara berkenaan English proverb yang diberikan, dan ahli kumpulan perlu meneka proverb tersebut.

Sampai giliran kumpulan aku, antara pembayang yang dapat kami teka dalam proverb tu Cuma perkataan “apple” dan “tree”. Lantas, aku teringat sebuah dialog dalam filem “batman begins.” Dialognya seperti dibawah ni:


Maka, dengan yakin dan lantangnya, aku pon cuba menyelesaikan proverb tu dengan jawapan “the apple has fallen very far from the tree”. Malangnya, jawapan aku silap kerana jawapan yang sebetulnya “the apple doesn’t fall far from the tree”.

Cis, tak guna punya cerita batman. Mentang-mentang la aku ni “kipas susah mati” batman. Sampai aku tak tahu dah berapa kali aku dah ulang tengok cerita tu, apesal la korang putar belit proverb nih? Kan aku dah pening!

p/s : tak sabar untuk dark knight rises.



Pha is

Friday, July 13, 2012

what is Love?

gambar sebuah pokok herba di taman rimba herba, perlis.

Soalan physiology tentang cinta

Question : 
what is Love? (10 marks).

Answer :

Definition:-
It is serious disorder of heart due to the relationship between men & women that can sometimes cause death of 1 or both depending on the resistance associated.

Types Of Love:-
 1 sided
 2 sided

Occouring Age:-
It usually start to occur in teens.

Symptoms:-
 Tension
 Day dreaming
 Insomnia
 Addicted To Phone
 No Concentration

Treatment:-
Marriage


dipetik dan diolah dari : medical humor 

p/s: kalau betul-betul soalan keluar macam ni, mesti boleh skor. Kan?

Pha is

Wednesday, July 11, 2012

#WW 35 | Dark Knight Rises cooming

(facebook)

"move out of my way Parker"

wordless wednesday yang lepas :

short sem, special sem, dan KSCP


Sekarang cuti semester. Terperap je la kat rumah. Tambah-tambah pulak sekarang penang musim hujan. Lagi la.

Saban tahun, setiap kali cuti semester ke dua (cuti sidang), mesti aku kena buat Kursus Semasa Cuti Panjang (KSCP). Dalam erti kata lain, “short sem.” USM panggil KSCP. Maklumlah, aku ni bukannya budak pandai sangat. Banyak subjek yang tak lepas. Pointer pon cukup-cukup makan.

Cuma kali ni, special sikit, sebab short sem dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak. So, betol la kata adik aku (budak UM). Kat UM, short sem dipanggil  “special sem”. Special la sangat. Kan?

Aku ingat, kali ni aku buat KSCP kat rumah je la. study kat rumah. tak payah bayar untuk desasiswa (asrama). boleh cut cost sikit. Makan pon free. So, dok ket rumah buet mengabih bogheh jo...

Lagipon, KSCP masa bulan puasa. Sekarang ni, pak long Hussein, imam surau kampung aku pon dah tak beberapa nak larat. Kesian dia. Terawikh nanti, boleh gak aku tolong2 gantikan. Hehehe...


Pha is

Tuesday, July 10, 2012

life's simple



You make choices, and you don't look back


source  
The Fast And The Furious : Tokyo Drift

Saturday, July 7, 2012

Naluri seorang ibu


Tatkala aku melangkah ke dalam rumah seusai dari solat maghrib berjemaah di surau, kulihat mak masih di tikar sejadah. Belum sudah wiridnya. Diratibnya dengan penuh khusyuk, sehinggakan tak sedar aku sudah masuk ke dalam rumah. Tanpa menghiraukan mak, lantas Kopiah putih di yang sedari tadi melekat teguh di atas kepala kuletakkan di atas meja sambil kurebahkah diri di atas sofa lama. Sofa peninggalan arwah tok wan.

“ha, dah balik?” soal mak tatkala keluar dari bilik beberapa minit kemudian.

“ya, mak. balik sat. Kat surau tak ada apa-apa pon antara maghrib isyak.” Jawabku.

“hmm.. malam ni memang tak dak apa-apa. Esok malam kalau tak silap ada orang baca kitab. “ balas mak. “tadi, hang jadi imam ka?” soal mak kembali.

“ha ah.” Jawabku ringkas.

“patutla. Tadi macam mak dengaq suara hang jadi imam.” Kata emak.

“yer ke mak? anim tak dengaq pon!” tiba-tiba adikku menyampuk.

“eh, ada la. tadi mak dengaq.”

“er... tapi mak, tadi cek jadi imam kat surau tak pakai mikrofon  pon.”

“kalau macam tu, perasaan mak je kot”. Jawab mak. lemah.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *  ** * * * * * * * *  *

Sememangnya, kalau aku lapar, aku tak boleh tidur. Kulihat jam sudah pun pukul 4 pagi. Mata aku pun sudah kian memberat. Tapi, perut aku tak henti-henti meronta minta untuk diisi. Serba salah aku. Kalau di USM, sudah lama aku keluar cari nasi kandar 24 jam.

Tapi, sekarang ni, aku dirumah, bukan di USM. Malas pulak rasanya nak keluar. Kedai nasi kandar kat sini bukannya dekat. Nak masak di dapur pon aku rasa malas. Lantas, kubuka laptop, tengok filem yang masih berbaki dalam external hard drive sampai subuh. Esok pagi, aku makan je la apa yang mak aku masak untuk sarapan.

Selepas subuh, tepat jam 7 pagi, aku ke dapur dengan perut yang meronta kelaparan. Kulihat mak sudah ada di situ. Kalut benar mak. Masak air, pukul telur, dan sebagainya. Bila mak nampak kelibat aku, belum sempat aku menyapa, mak terus bersuara.

“sat sat. Mak nak buat cucoq. Sat lagi siap la.”  

Terpana dan terkesima aku sebentar. Mak ni macam tau-tau je yang aku ni tengah lapar menggila.

“bawang lebih ye mak.”

“kalau nak lebih, ambik bawang dalam raga tu, potong sendiri banyak mana mau.”

Maka memotong lah daku akan bawang-bawang itu sehingga menitis air mataku di pagi yang hening itu... 





Pha is

Friday, July 6, 2012

aku dan budak-budak


Di rumah aku, tak pernah lengang dari suara budak-budak. Ada sahaja suara budak-budak berlari, menangis, dan sebagainya. Itu lah pekerjaan tetap mak aku sekarang. Mengasuh budak. Dari yang umur beberapa bulan, sehinggalah ke budak tadika.

Kalau cuti semester, ada jugak adik-adik aku tolong mak aku. Tolong mandikan, bancuh susu, dan tolong ‘bermain’ dengan budak-budak tu. Tapi, aku tak rapat sangat dengan budak-budak tu. Bukan sebab aku tak suka budak-budak. Cuma mak aku yang suruh aku buat macam tuh.

Kata mak aku, kalau aku ada kat rumah, semua budak-budak tak berani “buas”. Sebab diorang takut kat aku. Kalau diorang buat bising, aku sua je muka aku, semua senyap.  Kalau diorang ngada-ngada nak main dengan barang-barang dalam rumah, bila mak aku cakap yang barang tu aku yang punya, sorang pon tak berani sentuh.

macam ni la lebih kurang kalau aku jegil kat budak-budak tu

Kalau mak aku suruh diorang mandi, tapi diorang tak nak, sekali aku suruh je, terus masuk bilik air. Sama jugak kalau diorang tak nak makan. Kalau aku suruh sikit je, langsung diorang tak berani bantah. Takut giler la diorang kat aku.

Kadang-kadang, bila difikirkan balik, lawak pon ada. Muka aku ni ganas sangat ke? Hmm... macam mana la nasib anak-anak aku nanti. kan best kalau anak-anak aku nanti boleh behave macam tu..  

Hahahaha... apa punya bapak lah aku nih...

Pha is

Wednesday, July 4, 2012

Segmen : Bloglist Julai - Ogos by Mizz Wenn

sebuah segmen by Mizz Wenn. kalau nak join, sila klik baner atau klik SINI sebelum 5 julai 2012



#WW34 | blog kembar

Monday, July 2, 2012

bila pak ngah baca blog aku


“pi la tambah nasi lagi tu” pelawa pak ngah setelah dilihatnya pinggan nasi kenduri aku sudah kian kosong.

“cukup dulu lah pak ngah. Sat lagi nak pi pekena ais kacang dengan laksa pulak.” Jawab aku. Semenjak dari tadi cuping telinga aku acap kali menangkap suara DJ bertugas yang tak henti-henti menyebut ais kacang dan laksa. Sejak itu, melilau-lilau anak mata aku mencari kelibat ais kacang dan laksa. Bila aku dah jumpa, cepat-cepat aku ‘serang’.

“pak ngah nak ais kacang tak? Kalau nak boleh saya pi ambil”

“ha, boleh jugak.” Jawabnya laju.

Lantas, kutinggalkan pak ngah yang sedang rancak bersembang denagn saudara mara jauh. Sekadar bertanya khabar mengimbau kenangan lama. Malas aku nak menyampuk. Kadang-kala, terasa asing aku apabila berada di tengah-tengah perbualan orang tua-tua.

Setelah beberapa ketika , datang aku membawa dua mangkuk ais kacang. Setelah duduk, aku suakan salah satu mangkuk ais kacang aku kepada pak ngah. Sambil disambutnya mangkuk ais kacang, langsung pak ngah Tanya aku.

“pait, hang ada tulis satu article pasai motor kat internet kan?”

“hah? Motor?”

“ha. Dalam blog budak pening apa ntah.”

“Owh.. pasal blog tuh. Ha ah. Pak ngah ada baca ka?”

“hmm.. pak ngah dah agak dah. Hang la rupanya P-H-A-I-S Tu...” 

Dalam tersenyum, hati aku terdetik, “fuh, nasib baik pak ngah tak baca entry yang INI.”



Pha is

Sunday, July 1, 2012

Kenduri | dahulu dan kini


Baru-baru ni, aku pi kenduri kahwin saudara-mara jauh. Hanya aku dan pak ngah sahaja golongan lelaki yang pergi kenduri. Selebihnya adik perempuan aku, mak, dan juga mak ngah. Yang perempuan makan di khemah perempuan, manakala aku dan pak ngah makan di khemah lelaki.

Sekarang ni, susah nak jumpa kenduri yang memisahkan khemah antara lelaki dan perempuan. Ingat lagi aku tatkala kenduri kahwin kakakku yang bongsu dan kenduri kahwin mak cik aku sekitar awal tahun 90-an dulu. Masa itu, khemah tempat makan dibahagikan kepada dua. Untuk lelaki dan perempuan. Tiada percampuran.

Tambah lagi, kalau dahulu makan kenduri jenis ‘berhidang’. Masuk khemah, duduk sahaja. Nanti ada sahaja orang yang datang hidangkan. Kalau sekarang, trend-nya buffet. Nasi dan lauk ambil sendiri. Cedok sendiri banyak mana yang nak.

Makanan pulak, kalau dahulu masak sendiri. Gotong royong sesama ahli kampung. Sekali kenduri, ‘tumbang’ lembu 2-3 ekor. Sama-sama lapah, sama-sama masak. Lauk pon tak banyak beza. Nasi kawah, gulai pesamah dan air asam. Sekarang ni, pakai catering sahaja. Senang dan mudah.

Cuma satu yang tak pernah berubah. Pergi kenduri, cari tuan rumah, salam ‘berisi’


Pha is