Etika menyampaikan maklumat kesihatan

Mungkin ada sesetengah blog yang menulis tentang maklumat kesihatan atau promosi produk kesihatan. Bagi blog-blog yang berkenaan, Seelok-eloknya cuba patuhi criteria-criteria kat bawah ni.


PRINSIP-PRINSIP HONcode

1. Kewibawaan
Sebarang nasihat perubatan dan kesihatan yang disedia dan dihoskan di laman web tersebut diperolehi hanya dari para profesional perubatan yang terlatih dan berkelayakan, melainkan ianya dinyatakan dengan jelas yang nasihat tersebut datangnya dari sumber individu atau organisasi yang bukan berkelayakan di bidang perubatan.

(well, nak bagitau siap-siap, aku baru student farmasi. Belum bertauliah lagi untuk memberi sebarang maklumat kesihatan. So, sebarang maklumat berkaitan kesihatan dalam blog ni, sekadar perkongsian biasa. Sebarang maklumat lanjut, sila rujuk doctor atau ahli farmasi yang bertauliah berdekatan anda. Hehe)

2. Ehsan
Maklumat yang disediakan di laman web tersebut dibentuk bertujuan untuk menyokong, bukannya mengganti hubungan yang telah sedia terjalin antara pesakit/pelawat laman web tersebut dengan doktor mereka.

3. Sulit
Data atau maklumat sulit termasuk identiti setiap pesakit dan pelawat laman web perubatan/kesihatan tersebut adalah dilindungi. Pemilik laman web berakujanji untukmematuhi atau memenuhi keperluan perundangan privasi maklumat perubatan/kesihatan yang digunapakai di negara tersebut dan menyatakan di mana laman web tersebut atau laman-laman web yang sama dengannya (mirror site) diletakkan.

(er, aku tak ada pesakit lagi. so, tak ada kaitan.)


4. Atribusi
Maklumat yang terkandung di dalam laman web tersebut, di mana yang sesuai, akan diperkuatkan dengan rujukan yang jelas mengenai sumber datanya dan dimana yang dirasakan perlu, akan disediakan pautan HTML tertentu ke data tersebut. Tarikh bila halaman klinikal tersebut dipinda atau diubahsuai akan dipamerkan dengan jelas (di bawah halaman berkenaan).

(contohnya, macam bahagian ‘sumber’ kat bawah tu)

5. Justifikasi
Sebarang dakwaan mengenai faedah/perlaksanaan usaha-usaha tertentu, produk atau khidmat dagangan, hendaklah disokong oleh bukti-bukti yang tepat dan munasabah sepertimana yang dihuraikan dalam Prinsip 4 di atas.

(Contohnya macam bahagian “rujukan” dalam entry “ubat gigi dan ulser mulut”)


6. Ketelusan Pengkaryaan
Para pereka laman web tersebut akan menyediakan maklumat yang jelas bersertakan alamat untuk dihubungi oleh pelawat-pelawat yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut atau bantuan tertentu. Pengelola laman web akan memaparkan dengan jelas alamat e-mailnya di seluruh laman web.

(contohnya, aku ada sertakan alamat email aku kat page “the boss”)

7. Ketelusan Penajaan
Sokongan terhadap laman web tersebut akan dimaklumkan dengan jelasnya termasuk identiti organisasi - organisasi dagangan atau bukan-dagangan yang turut menyumbang dana, khidmat atau bahan-bahan lain di laman web.

(blog ni ader iklan advertlets. Ini kira penaja jugak ke? Kalau kira sekalipon, rasanya tak ada kaitan sangat dengan produk kesihatan. So, insyaAlah, tak ada bias.)

8. Kejujuran pengiklanan/ Polisi Penyunting
Jika pengiklanan merupakan sumber dana yang diperolehi ia akan dinyatakan dengan jelas. Penerangan ringkas berhubung polisi pengiklanan yang diamalkan oleh pemilik-pemilik laman web akan dipaparkan pada laman web. Pengiklanan dan bahan-bahan promosi lain akan dimaklumkan kepada pengguna dengan cara atau dalam kontak yang dapat mempermudahkan perbezaan antara bahan tersebut dengan bahan asalnya yang dihasilkan oleh institusi pengendali laman web.

(so far rasanya aku tak de la promosi sebarang produk kesihatan.)



p/s : 8 kriteria ni budak farmasi kena hapal kot. Masuk exam. Harap2 kalau keluar soalan pasal ni, boleh aku jawab. Amen..



sumber dan rujukan

1. Health On The Net (HON) Code : PRINSIP-PRINSIP HONcode
(10 jun 2012)

2. nota kuliah FAR 251/2 - Pharmacoinformatic, (2011). Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia. 


Pha is

Comments

  1. Replies
    1. tambah2 kalau bkal ahli farmasi tu seorang blogger.. hehehe

      Delete
  2. wah..untuk bakal jer ke ahmad haziq?? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. untuk bakal je ke? kan? hhaha

      Delete
  3. bagus nye ade info macam ni..
    alang2 tu boleh jadi note.. hehe

    ReplyDelete
  4. waduhhh waduhhh! banyak betul polisinyaa.
    Hmm, ni tengah hafal nota exam sekali ke ape ni? Heehe

    ReplyDelete
  5. Lol. Ingatkan bro akan adakan khidmat kaunseling kesihatan kat sini. Tapi polisi2 ni mmg kena jaga sbb nak jaga hak individu dan mengutamakan pesakit gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. sbgai bakal ahli farmasi, kna tau pasal bnde nih.. hehe

      Delete

Post a Comment