botak : kelebihan dan kekurangan


Dah dua sem berturut-turut, bila lepas exam, aku botakkan kepala. Tak ada tujuan yang jelas pon sebenarnya. Saja-saja. Mungkin sekadar “bertahallul” lepas exam, atau mungkin juga sebagai nazar. Dan semester ni, sedang difikirkan sama ada aku nak botak jugak atau tak.

Jadi, berdasarkan pengalaman aku berbotak, saja nak list-kan kelebihan dan kekurangan botak.

Kelebihan botak

1. kepala sentiasa sejuk, terutama bila lepas mandi, duduk bawah kipas angin. Pergh.. memang ni’mat. Hehehe

2. Tak perlu fikir pasai sikat or minyak rambut.

3. Bila turun dari moto, tak perlu nak perbetul atau check rambut kat cermin sisi.

4. suatu hari, aku dan member pi keluar makan kat ABU. Masa tu orang memang ramai kat kedai tu. Kami semua order sekali, tapi makanan aku yang sampai dulu. Bila aku dah habis makan, baru makanan diorang semua sampai. pelayan tu ingat aku ni gangster kot. Hehee..

5. pi mana-mana pon, orang akan puji. “ pha is, lawa rambut!” hehehe

6. masa yang diambil untuk mandi akan kurang. badan cepat je basah sebab Air dari kepala cepat je turun ke badan. Tak perlu nak amik banyak masa untuk bilas rambut..

7.  orang kata, botak itu sexy. Teeett~~~

 
Kekurangan botak

1. helmet cepat rosak. Sebab bila rambut mula nak tumbuh, kepala akan sedikit “tajam” dan kasar(macam jari peter parker dalam citer spiderman). So, kulit kepala akan melekat kat bahagian dalam helmet. Bila nak keluarkan helmet, agak susah dan akan buat bahagian dalam helmet tu terkeluar sekali. (helmet murah. Kalau yg mahal tak pe)

2. mana saja korang pi, akan rasa diperhatikan, terutamanya oleh budak-budak. Tapi, tak pe, buat muka ganaz sikit, lepas tu jegil diorang. Troll yang tak pernah menghampakan. Hehehe...

3. kulit kepala lebih cepat berdaki. Ye la, kalau ada rambut, ada halangan untuk daki melekat. Jadi, walaupon tak berambut, tetap kena shampoo.




Hmm.. nak botak ke, tak...


Pha is

Comments

  1. Ahakz , mai suka lelaki botak , comel...hikhik .. syhhh rahsia2 jgn bgtau orang :P

    ReplyDelete
  2. psstt: botakler.. seksi.. hahaha..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. dua2 selesa.. tu yg pening dok pikir nih.. heheh

      Delete
  4. Ahahaha dieorg puji sbb nk ambik hati je ponnnn

    ReplyDelete
  5. tengok point no 2 untuk kekurangan botak . haaa sebab tu lah kami julingkan mata , kembungkan pipi . haha!

    ikut lah kita selesa yang mana ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk..? bajet mcm nk kena culik eh? hahah

      Delete
  6. Tersengih akak bila baca bab kekurangan botak tew, klakar la. Anyway botak nampak lebih manis, matang dan beriman. Teruskan berbotak k! hehe...

    ReplyDelete
  7. nampak lagi matang rasanya bila botak.. ^_^ my view..hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. lagi matang erk? ok2... sedang dipertimbangkan.. hehehe

      Delete
  8. botak licin ! pergh,,gangster seyh...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... tu la... muka nmpak ganas je.. baru brutal..

      Delete
  9. ptt letak gak gambar hero2 botak kat post ni. haha.. baru nmpk ganas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. ltak poster filem hitman ke.. hehehe

      Delete
  10. Saya pon botak. . Selesa , ilmu pun sng msuk dalam kepala..

    ReplyDelete

Post a Comment