secara jujurnya, walaupon aku ni lelaki, tapi seriusly aku dah try buat step2 yang ditunjukkan dalam gambar ni. bukan sebab aku takut jadi mangsa rogol, tapi kerana aku kurang yakin akan keberkesanan teknik ni.
yang pertama sekali yang buat aku tak yakin, bila sampai step ke-3: menggunakan kekuatan otot kaki untuk menolak badan keatas supaya kepala 'mangsa' dapat menghantuk dagu 'pemangsa'. cuba korang try sendiri. bagi aku, ianya agak susah dan kurang efisyen sebab tujahan aku tak laju sangat, tapi sangat memerlukan banyak tenaga.
ok. mungkin sebab badan aku berat. sebab tu otot peha aku tak cukup kuat untuk hasilkan tujahan. tapi, aku rasa penyelesaian yang lebih efisyen, ialah sambil kaki kelonjak badan keatas, 'mangsa' boleh buat "uppercut".
sumber : google |
daripada guna kepala, gunakan penumbuk. mudah, ringan, dan tak menyakitkan kepala. hehehe... kalau tak yakin, buat uppercut guna kedua-dua tangan. kalau nak lebih berkesan, aim dekat tengkuk atau halkum 'pemangsa'. biar sampai tenggelam halkum beliau.
step ke-4 sangat-sangat digalakkan sebab itu antara kelemahan lelaki yang mudah diserang. hehehe
step2 yang selebihnya, terpulang la. rasanya kalau dah serang penyawa (istilah dalam silat yang merujuk kepada bahagian kemaluan lelaki), kalau nak lari pon dah boleh, sbb lelaki yang baru kena serang di penyawa ni selalunya nak berjalan pon dah tak betol dah. hehehe...
akhir kata, seelok-eloknya, prepare diri siap2. sekurang-kurangnya, kita berusaha menjaga diri. masuk je mana-mana kelas self defence. silat ke, tae kwan do ke, tak kisah la. sekurang-kurangnya ada ilmu didada. hehehe.
p/s : kalau nk mudah, untuk wanita terutamanya, boleh masuk silat cekak. tak perlu berkuda-kuda, tak perlu sepak-menyepak yang melebihi paras pinggang. tak ada lompat-melompat, guling-guling.
Pha is