24.5.12

ramalan facebook aplication : kufur?

Sekarang ni, facebook Bukan lagi hanya sekadar laman bersosial. Macam-macam ada. Contohnya seperti game, application, dan macam2 lagi. pernah tak korang tengok kawan korang (or korang sendiri) try aplikasi2 yang contohnya macam ni :

atau macam ni :



Kadang2, kita (or kawan kita) tak sedar, yang perbuatan macam ni seolah-olah menilik nasib. Memang betul, kita tak percaya, just suka-suka, tapi, try korang baca soal jawab kat bawah ni :

Soalan:
salam ustaz..
saya ada beberapa kemuskilan yg perlu diutarakan berkaitan dengan kuiz-kuiz yang banyak di facebook yang berunsurkan ramalan dan tilikan.. terdapat kuiz-kuiz seperti itu yang melibatkan ramalan tahun kematian,cara kematian dan sebagainya melibatkan ramalan dan tilikan.. saya menasihati rakan-rakan saya yang terlibat dengan membawakan hadis ini:

'Barangsiapa mendatangi seorang dukun dan mempercayai apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya dia telah ingkar dengan wahyu yang diturunkan kepada Muhammad. (Abu Daud)'

kemudian mereka mendakwa sekadar suka-suka dan main sahaja, lagi pun mereka tidak mempercayainya.. menganggap sekadar hiburan.. kemudian mereka menggunakan kembali hadis diatas, 'mempercayai apa yang dikatakannya', mereka menganggap tidak termasuk dalam maksud hadis kerana tidak mempercayai ramalan tersebut..

diharap ustaz dapat memberikan pencerahan terhadap masalah ini.. moga ia dapat memberikan penyelesaian kepada mereka.. sekian, wassalam..

Jawapan:
Oleh: Ustaz Abd Rasyid Idris (Pengetua Institut Al-Qayyim)

Ada satu lagi hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya: "Barangsiapa mendatangi tukang tilik, lalu bertanya kepadanya tentang sesuatu (ramalan), nescaya tidak diterima baginya solat selama 40 malam".

Hadith ini tidak menyalahi hadith riwayat Abu Daud tersebut kerana dalam riwayat Abu Daud menyatakan kufur jika membenarkan tilikan itu. Hadith Muslim pula tidak menyebut tentang membenarkan tilikan, tetapi hanya bertanyakan tilikan, ia bererti bertanya tanpa percaya. Oleh itu ia seakan-akan sama dengan jawapan teman-teman saudara "sekadar suka-suka, bukan percaya..".

Kesimpulan hukum bertenung nasib atau mendatangi tukang tilik ialah:
1. Jika mempercayai tilikannya, kufur.
2. Jika tidak percaya, solat tidak diterima 40 malam.

Wallahu a'lam.


Semoga kita semua dijauhkan dari melakukan perkara diatas. Dan kalau kita dah terbuat, semoga Allah mengampunkan dosa kita semua.


p/s : aku pon baru je semalam dah ter try. then hari ni baru terbaca pasai soal jawab ni. astaghfirullahal a'zim...

Pha is


30 comments:

  1. a'ah.. macam2 ada kat FB tu tapi tak pernah lak nak mencubanya sebab hati ni tak teringin.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. tu la tgok kat fb bersepah bende2 gini.. bahaya boleh buat keliru umat islam

    ReplyDelete
  3. kan ? tgk skrg ramai je membe2 yg jwb application tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya, aku pon dah buat skali. pastu terus terbaca pasai bnde ni.. tu yg insaf kejap tuh. hehehe

      Delete
  4. aiyo.. walaupun main2 tetap ade keburukannya.. bahaya betul semua bende ni..

    ReplyDelete
  5. Bagoz pait ko buat blog psl bnda ni.. aku dah lama nk tegur diorg2 yg buat bnda ni tp aku x mampu.. bkan takot nk tegur.. bila kita tegur mula la diorg bahas blek kt aku, sabar jerk laa.. Terima Kasih pait..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tau.. aku dah perasan dah tweet ko mlm tuh... aku paham.. hahaha

      Delete
  6. pha is , nak mintak izin share kat fb .
    biaq member2 tau sikit pasai benda nih .

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila-sila... mklumat ni pon asalnya aku terbaca dari pesbuk jugak.. heheh

      Delete
  7. Replies
    1. kalau tak tahu, x pe.. dah tahu, kena la beringat.. hehehe

      Delete
  8. kalu sekadar suka2 boleh la..nk gelak2 kan..tapi kalu percaya, mmg salahlah.. ^_^

    ReplyDelete
  9. Jarang jugak main benda ni tapi saje2 laa suka2. Nak percaya tu, memang taklaa. :)

    ReplyDelete
  10. pernah dulu teringin nak buat, tapi tu lah, fikir-2 balik. takut kufur je sebab percaya benda2 ni. hurmm. anyway, nice sharing. :D

    ReplyDelete
  11. MasyaAllah, nasib baik tak try. fuhhh ~

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah. Nasib baik lah hati ni tak pernah teringin untuk mencuba benda-2 seperti itu :)

    ReplyDelete
  13. duluuuuuuuuuuuuuuuuuuuu lah ada . sekarang dah tak ada. lepas baca ni , lagi lah tak ada ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus la.. aku pon dah pernah terbuat.. hehehe

      Delete
  14. sib bek usm blog application cm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, aplication mcm dlm dua2 gambar kat atas tu, usm tak block la... hahaha

      Delete
  15. baru2 ni artis bernama gambit memberi alasan dia berjudi kerana ingin belajar psikologi. Hoho.. ntah btul tah. lOl

    ReplyDelete