23.5.12

Kalau aku cakap something, korang Jangan sedih ye..


Di suatu petang yang indah, saat aku baru masuk bilik dari melahap di cafe, aku labuhkan punggungku yang gebu di di atas kerusi hitam kematu di sisi meja study sambil mengusap-usap perutku yang agak tersembul ke hadapan tanda kekenyangan selepas makan. Lantas, kulontarkan pandanganku kearah skrin computer riba yang sedia gelap, kerana sudah lebih 30 minit aku tinggalkannya tanpa disentuh.

Niat dihati, nak sambung marathon cerita Dragon Ball Z. Apatah lagi, bahagian cerita yang sedang aku tengok sudah mula masuk plot klimaks. Saat kali terakhir aku tengok cerita itu sebelum makan tadi, freza sudah bertukar ke bentuk yang kedua. Maka, tak lama lagi, keluarlah Goku dalam bentuk Super Saiya, buat kali yang pertama. Ah, cukup mengujakan.

Namun, niatku terhenti seketika tatkala roommate kesayangan menyapa aku.

“Pha Is..”

“awat?”

“ kalau aku cakap sikit, ko jangan sedih ye...” ucap roommate dengan riak muka yang penuh serius. Tambah lagi, saat beliau menuturkan kata-kata tersebut, anak mata beliau memandang tepat ke mata aku. Bahkan, kami sama-sama bertentang mata.

Sesungguhnya, mood aku sebelum itu yang sedang gembira kekenyangan, dengan drastiknya berubah. Sukar diungkapkan. Macam-macam perkara yang bermain di minda. Betul-betul saspen.

“perkara yang membuatkan aku sedih? Apakah?” monolog aku di dalam hati. Tak dapat nak dibayangkan betapa haru-birunya aku saat tu. Otakku masih ligat menduga dan memikirkan. Namun, tiada satupun yang betul-betul logik. Ah, sudah hilangkah kewarasan aku.?

Lantas, setelah kutarik nafas sedalam-dalamnya, dengan suara yang terketar-ketar, aku luahkan juga. “ok. apa dia?”

Sekali lagi mata kami bertentang. Riak wajah beliau waktu itu seakan-akan serba salah untuk memberitahu aku. Berat benar untuk diluahkannya. Aku, hanya mampu berharap dan berdoa agar perkhabaran yang bakal aku dengar ini tidak terlalu berat untuk aku terima. “Ya Allah, tenangkanlah hatiku dalam menerima berita ini, walau seperit manapun ia!”

Agak lama roommate aku diam seribu bahasa. Untuk seketika, bilik aku sunyi. Hanya desiran angin dari kipas yang ligat berputar sahaja kedengaran. Sesekali bunyi itu disambut bunyi deruman enjin motosikal yang lalu lalang di jalan RST, jalan yang betul-betul di sebelah blok bangunan M01.

Seketika kemudian, beliau mula menunjukkan tanda-tanda untuk bersuara. Mungkin sedari tadi, roommate aku sedang mengumpul kekuatan, untuk memberitahu aku perkhabaran itu. Mungkin juga ianya terlalu berat untuk beliau melakukannya.

“aku tak tau cerita ni betol atau tak. Tapi..” kata beliau, sebelum diambil nafas dalam, untuk dijadikan sebagai sebagai kekuatan.

“tapi, apa yang aku dengar......”


[bersambung]       




p/s : ah, tipu  je.. malas la nak sambung. Biarlah ianya rahsia antara kami... hehehe
pha is dan rumate. A****, jangan jeles yer.. hehe



Pha is

33 comments:

  1. grrrrrrrrrrrrrr .. hahaa .. mana sambungannnn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tu dah cakap awal2.. jgn sedih.. hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. ala man, ckpa je la yg ko jeles dengan keintiman kami.. hahahaha...
      BTW, A**** tu, err... ntah.. hehehe

      Delete
  3. kuangasam tol la,,hahaha debo ni tau tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. berdebar - debar ,, debo weh bace cite ko ni,ahhaha

      Delete
    2. owh.. debar.. aku ingatkan mcm "pukul" ke aper... hahahah

      Delete
    3. jauh sgt tu ke pukul,,weh bile sambungannye ni ? menangis tggu

      Delete
    4. erk.. kan aku dah cakap dalam "p/s" tu... malas la nk smbung... ni rahsia kami sesama roomate.. hehehe

      Delete
  4. baru nak baca dengan penuh semangat tgk2 terhenti lak.. errkkkk

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. rilex la akak.. sbb tu dah ckap awal2, jgn sedih... hehehe

      Delete
  6. Grrrrrrrrrrrrrr~ Boleh pulak bersambung-2 macam drama tibi! AHAAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. rilex2.. jgn marah.. ni kan cerita sedih... cerita sedih tak leh marah2.. hehehe

      Delete
  7. erghhhh nyesal baca .
    buat rugi ja aku suspen awai awai :3 :3 :3
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... rileks2.. jgn sedih2.. hehehe

      Delete
  8. sedih gile cite ni...sebakul tisu habis (T__T)v
    grrrrrrrrr~

    ReplyDelete
  9. bikin suspenslah pha is ni.. ;)

    ReplyDelete
  10. Pha Is

    Hang memang cirit !!

    hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. eh, mana tahu? mmg skrg tgh cirit.. hehehe..

      Delete
  11. laa...awat x cakap habis...haru2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. saje nk bagi korg sedih bila baca.. sedih tak? heheheh

      Delete
  12. ayat kemain lagi..boleh buat novel kot..hahaha
    last2 tak bagitahu..geram neh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pnah menyimpan hasrat di dasar lubuk hatiku sejak sekian lama untuk menjadi penulis novel. tapi, apakan daya, jodoh tiada.... hehehe

      Delete
  13. Haha.. mcm si#l. lol. mcm cerita sedih je tp yg pasti bukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. x pe lah.. disebabkan entry ni dah lama dah, so, nk dedahkanlah cerita apa yg sedih tu. ekceli, rumate aku gitau yg crush aku dah bertunang.. hehehe..

      Delete