13.5.12

facebooker low profil



Sekarang ni, aku tengok dah ramai yang tukar nama kat facebook ke nama yang pelik-pelik, atau/dan letak profil picture yang bukan gambar sendiri. Memang tak salah. Tapi, kalau boleh, jangan sampai menyusah kan orang.

untuk part gambar, aku tak kisah sangat. mungkin mereka ada sebab kenapa tak nak letak muka sendiri. mungkin sebab malu dan sebagainya. terutamanya perempuan. well, perempuan yang bersifat malu itu sangat cantik. kan? lagipon, Kalau perempuan, mungkin tak nak tayang muka, takut nanti ada lelaki bernafsu tengok (mana la tahu) or takut ada orang curi gambar korang edit yang bukan-bukan. 

kalau lelaki, aku tak tau la apa motif korang. Ok. fine. itu hak korang. korang punya wall, korang punya suka. Tapi, kalau dah muka bukan muka sendiri, at least, letak la nama yang orang boleh kenal, atau nama panggilan. Sekurang-kurangnya, kawan2 yang kenal boleh tahu, siapakah anda. Senang nak tag, kalau nak sampaikan maklumat2 penting. be professional.

Kalau nama pelik-pelik pon, kalau dah memang pakai sejak azali, dan memang tak tukar-tukar, tak pe la jugak. At least, kawan-kawan dah biasa dengan nama tuh. Masalahnya, dah la gambar tak ada, lepas tu nama pula suka-suka hati je tukar. Hari ni nama “naloxone,” esok pulak nama “kekasih setia”, lusa pulak tukar jadi “makhluk terindah”, dan macam-macam lagi.

Tapi, kalau nak buh nama lain jugak, boleh je korang buh kat “alternate name”. (account setting > general > name > edit > alternate name). Bila orang tengok profil, ada dua2 nama. Nama “glamer” dan nama sebenar. Tak la menyusahkan sangat.

Ok. fine. Aku cakap je lebih. Nama aku sendiri kat facebook bukannya nama ejaan betul pon. Nama aku faiz, tapi eja “Pha Is”. Sekurang-kurangnya, sebutan ada la jugak nak sama. Kan? kan? hehehe...





Pha is

10 comments:

  1. hah tudia, keluaq dah lagi skali insan bernama kekasih tu . haha
    tapi memang pun, kadang macam keliru. tiba tiba ada nama salam sejahtera mesej . esok lusa mentari apa ntah pulak mesej . tengok tengok orang sama =,='

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. tu la pasal... mencik, mencik.. hehehe

      Delete
  2. ade yg pnjang berjela "insankekasihyangsukakekasihberkasihcurangpula" perghhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh.. ada gak seorang member ni. namanya "ambobukanbokbongmatomeroh".. hahaha

      Delete
  3. macam tajuk lagu dah. ekekeke

    ReplyDelete
  4. hehe..Ckin Kembaq forever..sebab nama sendiri org slalu eja salah..nanti kalu search mmg takkan jumpa sebab silap taip kan.. ^_^ so sebab tu letak mcm tu.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ckin kembaq dah ok dah tu... at least org tau yg tu adalah ckin.. hehe

      Delete
  5. stuju sgt dgn entry ni. nm bukan2, gmbr too general, xde info. smua private. klau xmo expose diri langsung baik x yah buat fb. pstu xde sbrg update dibuat. keje jd lurker je. 100 mutual fren? i dun give a damn to approve. :D

    ReplyDelete