Thursday, May 31, 2012

Komen Motosikal Wave 125X Ultimo


Dulu, aku penah tulis sikit review berkenaan motor aku, ‘Honda wave 125 x ultimo’. (panjang bebenor nama dia). Entry tu sebenarnya antara entry yang paling banyak orang baca dalam blog aku ni.

dalam entry tu jugak, ada banyak komen2 yang aku dapat dari pembaca-pembaca yang juga pengguna motosikal model ini. ada yang positif, dan ada jugak yang negative. Antara komen-komen yang terpilih, yang aku rasa sangat berinformatif terhadap pengguna motor jenis ni adalah seperti berikut.
 
* * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * *
* * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * *

wave 125 ada beberapa jenis. yg terbaru adalah ultimo. komen sebagai pengguna motor ni selama 3 tahun:

1) Speed dia mmg kurang, habis cecah 120km kalau tunduk kepala.

2) Tahan lasak dan mantap!

3) Paling best adalah jimat minyak! banding dengan lagenda dgn LC, minyak macam minum air. tapi wave rilek jer..


honda memang tahan lasak tapi dia tak laju. Minyak memang jimat janji jangan usik enjin atau modified. Mekanik honda bagi tau rahsia wave ni kalau nak laju tukar spoket 15-34 dan ekzos dia kena ejas sikit sebab dalam ekzos tu dia sekat angin.



* * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * *

Salam, ultimo memang kurang laju tapi mesra alam. Untuk makluman tuan puan kami penguna model ini selama 2 tahun untuk off road. Pengalaman selama 2 tahun menguna ultimo pada laluan (off road) dengan ketingian mendaki separuh gunung kinabalu menyebabkan saya sayang untuk melepaskan model ini.

Berbanding jenama lain, terbukti honda dengan tema the power of dream memang berkuasa dan tahan lama. Model ini sesuai digunakan hampir semua keadaan jalan di malaysia. Dengan hanya menukar tayar off road dan sproket 14 depan dan 42 belakang moto ini bersedia untuk mendaki dengan hebat.

Dalam tempoh tersebut syukur tiada masalah enjin berlaku. Jatuh pun body tak pecah. Memang kualiti produk honda tahan lasak. Sekali tengok memang tak caya, dah cuba saya akui kelebihan honda ultimo adalah tahan lama dan tahan beban tinggi



Yang aku reply :

fuh, sproket belakang 42...?? agak besar jugak la... so, ratio sproket = 42/14 = 3... besar tu bro... memang la pikap power... kalau macam tu, naik bukit konfom rilex je... hehehe

tapi sekarang aku pakai utk jalan raya. terutama bila kerap guna atas highway... so, lebih pentingkan top speed berbanding pikap. sekarang ni pon masih guna sproket yang asal, depan 14 belakang 35 (ratio = 2.5). dalam perancangan nak kurangkan saiz sproket belakang or tambah saiz kat depan.



* * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * *

salam, saya juga pengguna ultimo hampir 2 thn.. cuma nak komen saya x bersependapat kalo nak cakap ultimo ni bkn untuk kelajuan...
saya x nafikan saya pun bwk motor saya biaasenye dlm 110km/j je..

tapi saya tahu meter ultimo ni memang berat...so, kalo ikut entry awak pada no. 3 tu pun dah jelas...
[80KM/J ULTIMO = 100KM/J LC, SO.. BILE ULTIMO SAMPAI 110KM/J = LC DAH 130KM/J]...
KESIMPULANNYA, ULTIMO LEH CECAH SAMPAI 130KM/J (standard)........................x cukup laju ke?



* * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * *

aku dah pakai tiga wave125 dari first generation (lampu belakang tajam) ke second gen AN125F(kod moto dalam geran) dan sekarang Ultimo (AFP125) baru 2 minggu, memang betul kau cakap pun bawak nak sampai 100km/h pun payah, tapi yang aku heran meter tunjuk 90km/j je tapi moto dah laju semacam tak macam motor2 dulu, mungkin perasaan aku je kot.

Pikup motor nie tak berape kuat ,yang paling best adalah pikup motor first gen dulu mase baru2 keluar, aku rasa Boon Siew dah kurangkan sikit kot. pasal petrol aku tak boleh nak komen lagi sebab masih baru enjin masih ketat tapi rasa same je untuk tiga2 model.


* * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * *

beruntung le moto ko boleh cecah 110km/j.seumur aku beli moto ni, full terottle pun paling laju 85km/j je.100km/j pun x penah. aku cube tukar sprocket 38. naik sikit meter nye 99km/j.agaknye lagi besar lagi laju kot.


untuk komen ini, aku reply macam ni:

aik. pelik. sepatutla lagi besar sproket, lagi turun top speed. tapi, serius, moto aku pon macam tu. lepas tukar sproket belakang 36 (asal 35-sikit je pon naik), top speed naik jugak. skrg dh boleh cecah 120 km/j... heran2..

* * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * *
* * * * * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * *

Ok. kalau nak tau apa yang aku review pasal motosikal model ni, or nak tengok komen2 yang lain, boleh baca kat SINI.



Pha is

Wednesday, May 30, 2012

SEGMEN BUDAK PENING : BLOGLIST PENING JUN 2012

tetiba rasa teringin nk buat segmen. ok, ni segment pertama yang aku nak try. jadi ka, tak jadi ka, jadilah...!!! hehehe

so, jom la ramai2 joint. setiap yang joint akan diletakkan blognya ke dalam satu bloglist khas untuk bulan jun. cara-cara nak joint adalah seperti berikut :


1. buat satu entry yang bertajuk " SEGMEN BUDAK PENING : BLOGLIST PENING JUN 2012 "

2. amik gambar baner kat atas ni, tempek kat dalam entry tu dan link kan ke post ini.

3. kalau sudi (optional)
          a. follow blog ni
          b. like page facebook Hikayat Budak Pening (or boleh klik like "facebook page" kat sidebar tu)
          c. masukkan blog Hikayat Budak Pening (http://pening-pala.blogspot.com) dalam bloglist korang.

4. publish kan entry korang tu dan letakkan link entry tesebut dalam ruangan komen entry ini.

tarikh tutup : 30 may 2012 jam 11 malam.



Pha is

Tuesday, May 29, 2012

study week bermula

sebermulanya hari ini, maka dengan ini, hamba mengisytiharkan, bahawasanya, bermula lah sudah study week hamba bagi peperiksaan semester yang ini. maka, adapun segala aktiviti bloging, mungkin terpaksa hamba kurangkan.


adapun begitu, kalau hamba boring study (macam la tuan blog ni rajin study sangat) maka, akan hamba jeguk jualah hikayat budak pening ini, buat beberapa ketika.



Pha is

Monday, May 28, 2012

Google Translate VS Pusat Rujukan Persuratan Melayu


sebagai seorang student, memang tak boleh lari dari assignment. Kalau budak kos yang berasaskan sains, selalunya sibuk dengan lab report pulak. Kalau kena pensyarah yang cerewet sikit, kejap nak dalam BM, kejap nak dalam BI. Fuh, naya. Nak kena translate la pulak. 

Penyelesaian mudah, guna je google translate. Mudah dan pantas. Tapi, kurang reliable. Kan? Kadang-kadang, macam-macam perkataan pelik-pelik yang keluar. Yang tak pernah dengar pon ada. Dah la terjemahan pon tunggang langgang.

Jadi, sebagai penyelesaian alternative, aku cadangkan korang guna Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Kalau dah tahu, tak pe la. Saja nak kongsikan kepada yang belum tahu.

Bagi aku, kalau pakai PRPM ni, lebih reliable. Lagipon, kat laman tu, macam-macam yang korang boleh cari berkenaan persuratan melayu. sebagai contoh, kalau korang cari perkataan ‘pening’, macam2 sumber yang korang boleh guna.

Contoh kat situ, dari Kamus Bahasa Melayu, Kamus Bahasa Inggeris, Istilah Malaysia, Istilah MABBIM, Kamus Sains, dan termasuklah Kamus Thai Melayu Dewan. Atas tu pulak, korang boleh cari kegunaan perkataan tu dalam artikel, puisi, dan macam2 lagi. Pendek kata, macam-macam ada…

Hasilnya :

Pening (adjektif)
1. Bersinonim dengan sakit kepala: pusing kepala, berat kepala, lengar, tergayang, mumet, puyeng, pitam,
2. Bersinonim dengan bingung: keliru, runsing, celaru, serabut, buntu, habis akal, habis fikiran,

1. sakit kepala, pusing kepala; ~ kepala berasa sakit dan seakan-akan berpusing­-pusing; ~-~ lalat = ~-~ pikat berasa pening­-pening sedikit; 2. ki habis akal (fikiran dll), bingung, runsing; memeningkan = ~ kepala 1. memusingkan (menyakitkan) kepala; 2. ki menyebabkan tidak tahu apa yg hendak dibuat, membi­ngungkan, merunsingkan: Sharifah makin sehari makin liar terhadapnya, makin pendiam dan makin ~ kepalanya; kepeningan kesakitan kerana pening, rasa pening: ubat ini juga berkesan melegakan ~.
(kamus dewan edisi empat)

Bagi sesiapa yang perasan, kadang-kadang dalam entry aku, ada jugak aku letakkan maksud perkataan dari kamus dewan. Sebenarnya, aku tak ada pon kamus dewan. Tapi aku ambil dari laman ni la.  baru Nampak macam professional. Kan? Hehehe…

Kalau perkataan English pulak, jangan risau. boleh guna jugak. Taip je perkataan tu kat kotak search.  Cuma, setahu aku, kelemahannya Cuma dia tak boleh translate satu ayat penuh macam google translate. Cuma boleh translate satu2 perkataan.

Tapi, kalau boleh translate satu ayat sekalipon, kalau tunggang langgang, baik tak payah. kan?



Pha is
  

Sunday, May 27, 2012

blogger silat usm

masa diner budak silat pada 25 mei yang lalu, semua pakat nak bergambar. maklumlah, masing-masing dah melaram bagai nak rak, at least, mesti la nak bergambar buat kenang-kenangan. lagipon, ada yang dah tahun akhir. tahun depan dah nak grad. masa ni la nak bergambar sakan, sebelum meninggalkan USM terchenta.

dalam keriuhan, tetiba aku terfikir. "wei, jom la amik gambar blogger saja."
"ha ah. jom-jom."
"nak masuk jugak.."
"tak boleh. tak boleh. gambar ni khas untuk mereka yang bergelar blogger sahaja."
"ala...."

dan hasilnya :




3 blogger "terhebat"... menunjukkan semangat kegigihan kami menyediakan entry terbaik buat para pembaca. hehehe.. 


ada nampak persamaan tak antara nama blog dan exspresi muka masing2? hahahaha



Pha is


Saturday, May 26, 2012

Teori Kewujudan Hang Tuah (bahagian 2)

(untuk cerita penuh, boleh baca 'Teori Kewujudan Hang Tuah' Bahagian 1)

“hah, tadi kata nak sambung cerita.!” Sergah Awang, setelah habis nasi goreng pattaya dimakannya. Selepas itu, diteguknya pula air suam, sekadar membasahkan anak tekak.

“ok. aku sambung.” Ucap ali, selepas pinggan yang sudah kosongnya ditolak ke tengah meja. Setelah dihirup air teh o suam, dia menyambung cerita. “yang ketiga, aku pernah terbaca yang Hang Tuah ni sebenarnya jahat.! Dia tamak dan gila kuasa. Sebab tu dia sanggup bunuh Hang Jebat, semata-mata kerana sultan suruh. “

“Dan yang aku penah baca lagi, kononnya Tun Teja pon sebenarnya dah kena ‘tebuk’[1] dengan Hang Tuah, sebelum diserahkan Hang Tuah kepada Sultan.” Sambung Ali lagi.

“kalau Tun Teja dah kena tebuk, tak kan Sultan tak tau?” soal pian pula. Lantas, masing-masing mengangguk setuju terhadap soalan pian tadi.

“entah la. aku pon dah ingat tak beberapa nak ingat cerita ni. kat mana entah aku baca.” Jawab Ali.

Kemudian, Ali menghirup lagi teh o suam beliau yang sudah mulai sejuk. Sekadar membasakan anak tekak, sebelum disambung lagi cerita beliau. Saat itu, masing-masing diam, menunggu cerita Ali selanjutnya.

“last sekali, teori yang keempat, dan antara teori yang popular sebab dah banyak kali aku dengar, yang Hang Tuah ni sebenarnya perempuan.!”

“ha.! Betul-betul. Yang ni aku pon pernah dengar.” Celah Pali.

“kenapa pulak orang kata Hang Tuah ni perempuan?” soal Atan pula.

“sebab yang pertama, masa Hang Tuah bawa lari Tun Teja, Hang Tuah langsung Tak terpikat kat dia walaupun Tun Teja Lawa gila kononnya. Dan sebab tu juga lah, bila Tun Teja dapat tahu yang Hang Tuah ni perempuan, dia merajuk. Sebab tu last-last dia mau dekat Sultan.”

“sebab yang kedua, masa Hang Tuah lawan dengan Hang Jebat, kononnya diorang lawan samapai tujuh hari tujuh malam. so, masa tu, baju semua dah koyak rabak kena tirisan keris. Masa tu, baru Hang Jebat tahu yang Hang Tuah ni perempuan.”

“Jadi?” sampuk Atan.

“jadi, Hang Jebat malu sebab rupanya selama ni dia berlawan dengan seorang perempuan. Sebab tu dia sanggup tukar keris Taming Sari dengan keris sultan yang ada kat tangan  Hang Tuah. Sebab tu la Hang Jebat kalah.”

“pulak dah.” Celah Awang.

“macam yang aku cakap tadi,” kata Ali, “ni semuanya teori.  Betul atau tak, aku tak tahu. Aku Cuma cerita apa yang aku pernah baca dah apa yang aku pernah dengar.”

“Lagipun, dalam sumber cerita Hang Tuah sekali pon, ada jugak yang berselisih. Contohnya, kita semua tahu Hang Jebat yang mengamuk. Cerita ni berdasarkan cerita ‘Hikayat Hang Tuah’. Tapi kalau ikut dari kitab ‘sejarah melayu’, yang mengamuk bukannya Hang Jebat, tetapi Hang Kasturi!”

“Pulak dah” celah Awang lagi.

“tu la. la ni Aku dah cerita habis semua teori Hang Tuah yang aku tau kat hangpa. Jadi, sekarang ni, aku nak Tanya balik, hangpa rasa, Hang Tuah ni wujud atau tak?”





Daftar kata :
[1] TEBUK =
1. lubang yg tembus (lubang butang, lubang tali kasut, dll);
2. lekuk yg dalam (lubang lesung dll);
3. berlubang, tembus, tembuk; bertebuk (telah) ditebuk: biasanya kulit siput itu ~ di belakangnya supaya mudah dijadikan kalung; menebuk membuat lubang pd, melubangi, menembusi, menggerek: ~ lubang butang; kelapa ditebuk tupai prb gadis yg telah hilang daranya; tebukan hasil drpd menebuk, lubang dll yg telah ditebuk: jalan potong dan kadang-kadang ~ terpaksa dibina apabila jalan kereta api melalui kawasan bukit; penebukan perihal (kerja, proses) menebuk; penebuk alat utk menebuk: ~ gabus.

(Kamus Dewan Edisi ke-4)


Pha is

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JUNE AMERCORNER


sebuah segment dari blogger Am. untuk nak joint, klik baner, or klik SINI, sebelum 8 jun 2012 jam 11.59 pm.



Pha is

Friday, May 25, 2012

Teori Kewujudan Hang Tuah


“harap-harap, jadi la video LAGAK ni.” kata Ali kepada 4 orang sahabatnya, sesudah dihirupnya air barli yang masih lagi suam beberapa teguk. Kelima-lima mereka baru sahaja selesai melakukan penggambaran filem pendek yang diberi nama LAGAK, sebuah cerita yang berkisarkan perjalanan hidup seorang penuntut silat.


“insyaAllah, mesti jadi punya.” Jawab Awang, yang memegang watak utama dalam filem pendek tersebut. Setelah itu, diteguknya air milo ‘o’ ais, sementara menunggu makanan yang dipesan sampai ke meja mereka.

Selalunya, begitulah kebiasaan mereka. Setiap kali selesai sahaja apa-apa activity yang berkaitan silat, mereka akan keluar makan ke restoran Nazri Tomyam, sebuah restoran yang berdekatan dengan USM. Selain mengisi perut, dapat juga bersembang, menguatkan ikatan ukhwah sesama mereka. 

“kita ni dah la lima orang. Macam nak buat filem Hang Tuah la pulak.” Ucap Pian, disusuli dengan gelak tawa kecil.

“ha..! sebuat pasal Hang Tuah, hangpa rasa Hang Tuah tu wujud tak?” tiba-tiba Ali membangkitkan persoalan.

“kenapa? Hang tak percaya ka cerita Hang Tuah tu?” soal Pali kembali. Sedari tadi, dia hanya diam sahaja. Tiba-tiba sahaja dia bersuara.

“bukannya tak percaya.” Kata Ali. “tapi, aku penah dengar sampai 4 teori pasal Hang Tuah sahaja.!” Sambung Ali lagi.

“ceciter..ceciter..” kata Pian, dengan mengajuk dialog usop wilcha dalam cerita ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’.  

“ok. yang pertama, ada orang bagitau kat aku yang Hang Tuah ni sebenarnya tak wujud. Watak Hang Tuah sengaja direka ceritakan, kononnya seorang laksamana melayu yang terbilang, supaya orang melayu ada sesuatu yang boleh dibanggakan.” Kata Ali, setelah habis diteguknya air barli suam segelas. Kawan-kawan beliau yang lain khusyuk mendengar cerita Ali.

Belum sempat Ali menyambung ceritanya, datang seorang pelayan wanita bersama dulang yang dipenuhi beberap pinggan nasi goreng. Kemudian diletaknya pinggan2 tersebut dengan tertib di atas meja tempat Ali dan kawan-kawannya duduk. Setelah selesai, sebelum sempat pelayan wanita itu beredar, Ali sempat memesan air teh ‘o’ suam, oleh kerana air barli suamnya sudah habis.

“teori yang kedua,” sambung Ali setelah pelayan wanita itu beredar. “ada orang bagitau kat aku yang hang tuah sebenarnya bukan orang melayu.!”

“habis tu, orang mana? Orang putih?” sampuk Pian.

“ish. Bukan la. lain kali orang cerita jangan nak menyampuk.” Kata Ali. 

Setelah semua orang sudah mendapat nasi goreng masing-masing, Ali menyambung critanya. “ada orang bagitau kat aku, Hang Tuah ni sebenarnya orang cina.!”

“aik? Kenapa pulak?” soal atan, yang hanya diam sedari tadi. Baru kini dia bersuara. Mungkin agak berminat dengan teori yang ini.

“sebabnya, nama Hang Tuah tu sendiri. Kononnya, nama asal Hang Tuah ialah ‘Hang Tu Ah’. Nama cina.!”

“pulak dah?” soal Pian pula.

“hmm.. betul atau tak, wallahu a’lam. Ni dari apa yang aku dengar dan apa ang aku baca la.” jawab Ali, sebelum dijamahnya nasi goreng tomyam yang tersedia didepannya. Seketika kemudia, datang pelayan wanita tadi membawa teh ‘o’ suam yang dipesan Ali. Setelah gelas teh ‘o’ suam diletakkan diatas meja, cepat-cepat Ali mengambilnya. lantas dihirup air tersebut, sesudah ditiup beberapa kali.

“hangpa makan dulu. Sat lagi lepas makan, aku sambung lain.” Kata Ali. Lantas Kawan-kawanya yang lain turut menjamah nasi goreng masing-masing.

[bersambung]


>>bahagian 2>>




Pha is


PRU 13. come to papa...

alhamdulillah. dulu, ingatkan tak lepas.akhirnya, lepas jugak.

semakan pada 29 april

semakan semalam (25 mei)


mari lah mari
pergi mengundi
jangan lupa kewajipan
pada negara
lalalalal~~~~
MySpace
(sedang nyanyi dengan gumbiranya)



Pha is

Thursday, May 24, 2012

SEGMEN NASZ : BLOGLIST NASZ JUN 2012


sebuah segmen dari bro Nasz. sapa nak joint, bolek kelik baner beliau, sebelum 26 mei 2012 jam 11 malam.

p/s : hmm.. lpas ni nk try jugak la buat segmen bloglist.. hehehe..



Pha is




ramalan facebook aplication : kufur?

Sekarang ni, facebook Bukan lagi hanya sekadar laman bersosial. Macam-macam ada. Contohnya seperti game, application, dan macam2 lagi. pernah tak korang tengok kawan korang (or korang sendiri) try aplikasi2 yang contohnya macam ni :

atau macam ni :



Kadang2, kita (or kawan kita) tak sedar, yang perbuatan macam ni seolah-olah menilik nasib. Memang betul, kita tak percaya, just suka-suka, tapi, try korang baca soal jawab kat bawah ni :

Soalan:
salam ustaz..
saya ada beberapa kemuskilan yg perlu diutarakan berkaitan dengan kuiz-kuiz yang banyak di facebook yang berunsurkan ramalan dan tilikan.. terdapat kuiz-kuiz seperti itu yang melibatkan ramalan tahun kematian,cara kematian dan sebagainya melibatkan ramalan dan tilikan.. saya menasihati rakan-rakan saya yang terlibat dengan membawakan hadis ini:

'Barangsiapa mendatangi seorang dukun dan mempercayai apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya dia telah ingkar dengan wahyu yang diturunkan kepada Muhammad. (Abu Daud)'

kemudian mereka mendakwa sekadar suka-suka dan main sahaja, lagi pun mereka tidak mempercayainya.. menganggap sekadar hiburan.. kemudian mereka menggunakan kembali hadis diatas, 'mempercayai apa yang dikatakannya', mereka menganggap tidak termasuk dalam maksud hadis kerana tidak mempercayai ramalan tersebut..

diharap ustaz dapat memberikan pencerahan terhadap masalah ini.. moga ia dapat memberikan penyelesaian kepada mereka.. sekian, wassalam..

Jawapan:
Oleh: Ustaz Abd Rasyid Idris (Pengetua Institut Al-Qayyim)

Ada satu lagi hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya: "Barangsiapa mendatangi tukang tilik, lalu bertanya kepadanya tentang sesuatu (ramalan), nescaya tidak diterima baginya solat selama 40 malam".

Hadith ini tidak menyalahi hadith riwayat Abu Daud tersebut kerana dalam riwayat Abu Daud menyatakan kufur jika membenarkan tilikan itu. Hadith Muslim pula tidak menyebut tentang membenarkan tilikan, tetapi hanya bertanyakan tilikan, ia bererti bertanya tanpa percaya. Oleh itu ia seakan-akan sama dengan jawapan teman-teman saudara "sekadar suka-suka, bukan percaya..".

Kesimpulan hukum bertenung nasib atau mendatangi tukang tilik ialah:
1. Jika mempercayai tilikannya, kufur.
2. Jika tidak percaya, solat tidak diterima 40 malam.

Wallahu a'lam.


Semoga kita semua dijauhkan dari melakukan perkara diatas. Dan kalau kita dah terbuat, semoga Allah mengampunkan dosa kita semua.


p/s : aku pon baru je semalam dah ter try. then hari ni baru terbaca pasai soal jawab ni. astaghfirullahal a'zim...

Pha is


Hikayat Budak Pening di bloglist mereka 6


Entry “Hikayat Budak Pening di Bloglist Mereka” datang lagi..!

macam yang sebelum2 ni, entry ni khas bagi menghargai jasa2 mereka yang telah meletakkan blog Hikayat Budak Pening ni dalam bloglist di blog2 mereka. macam mana aku boleh tau? sebab diorang dah TERKANTOI melalui tafic source yang masuk ke blog aku ni.


untuk nak tahu mereka2 yang dah terkantoi sebelom ni, boleh tengok kat sini:

kali ni, senarai bloger terbaru yang baru terkantoi :





 A story falls from the sky
blogger : Bidadari Besi



 Senyum
blogger : CikMai


thanks semua...

Pha is



Wednesday, May 23, 2012

Kalau aku cakap something, korang Jangan sedih ye..


Di suatu petang yang indah, saat aku baru masuk bilik dari melahap di cafe, aku labuhkan punggungku yang gebu di di atas kerusi hitam kematu di sisi meja study sambil mengusap-usap perutku yang agak tersembul ke hadapan tanda kekenyangan selepas makan. Lantas, kulontarkan pandanganku kearah skrin computer riba yang sedia gelap, kerana sudah lebih 30 minit aku tinggalkannya tanpa disentuh.

Niat dihati, nak sambung marathon cerita Dragon Ball Z. Apatah lagi, bahagian cerita yang sedang aku tengok sudah mula masuk plot klimaks. Saat kali terakhir aku tengok cerita itu sebelum makan tadi, freza sudah bertukar ke bentuk yang kedua. Maka, tak lama lagi, keluarlah Goku dalam bentuk Super Saiya, buat kali yang pertama. Ah, cukup mengujakan.

Namun, niatku terhenti seketika tatkala roommate kesayangan menyapa aku.

“Pha Is..”

“awat?”

“ kalau aku cakap sikit, ko jangan sedih ye...” ucap roommate dengan riak muka yang penuh serius. Tambah lagi, saat beliau menuturkan kata-kata tersebut, anak mata beliau memandang tepat ke mata aku. Bahkan, kami sama-sama bertentang mata.

Sesungguhnya, mood aku sebelum itu yang sedang gembira kekenyangan, dengan drastiknya berubah. Sukar diungkapkan. Macam-macam perkara yang bermain di minda. Betul-betul saspen.

“perkara yang membuatkan aku sedih? Apakah?” monolog aku di dalam hati. Tak dapat nak dibayangkan betapa haru-birunya aku saat tu. Otakku masih ligat menduga dan memikirkan. Namun, tiada satupun yang betul-betul logik. Ah, sudah hilangkah kewarasan aku.?

Lantas, setelah kutarik nafas sedalam-dalamnya, dengan suara yang terketar-ketar, aku luahkan juga. “ok. apa dia?”

Sekali lagi mata kami bertentang. Riak wajah beliau waktu itu seakan-akan serba salah untuk memberitahu aku. Berat benar untuk diluahkannya. Aku, hanya mampu berharap dan berdoa agar perkhabaran yang bakal aku dengar ini tidak terlalu berat untuk aku terima. “Ya Allah, tenangkanlah hatiku dalam menerima berita ini, walau seperit manapun ia!”

Agak lama roommate aku diam seribu bahasa. Untuk seketika, bilik aku sunyi. Hanya desiran angin dari kipas yang ligat berputar sahaja kedengaran. Sesekali bunyi itu disambut bunyi deruman enjin motosikal yang lalu lalang di jalan RST, jalan yang betul-betul di sebelah blok bangunan M01.

Seketika kemudian, beliau mula menunjukkan tanda-tanda untuk bersuara. Mungkin sedari tadi, roommate aku sedang mengumpul kekuatan, untuk memberitahu aku perkhabaran itu. Mungkin juga ianya terlalu berat untuk beliau melakukannya.

“aku tak tau cerita ni betol atau tak. Tapi..” kata beliau, sebelum diambil nafas dalam, untuk dijadikan sebagai sebagai kekuatan.

“tapi, apa yang aku dengar......”


[bersambung]       




p/s : ah, tipu  je.. malas la nak sambung. Biarlah ianya rahsia antara kami... hehehe
pha is dan rumate. A****, jangan jeles yer.. hehe



Pha is

Tuesday, May 22, 2012

meme exam







*DUP = dewan utama peperiksaan

















last but not least,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.









Pha is

Sunday, May 20, 2012

mak dah ada calon.

petang tu, aku bawak mak pi ziarah mak lang aku yang kurang sihat. maka, kami pon sembang-sembang la sat.

mak lang : mak lang dah tak tarat dah pait oi... tu yang mak lang dok telefon tanya Lia (anak mak lang, sepupu aku), mak lang dok tanya, Lia tak dak orang (calon) lagi ka kat sana?  (p/s 1 : Lia sedang belajar medic kat mesir)

mak : tu la. rumah dah perbesaq dah. tinggai nak buat kenduri ja.

mak lang : hang pait, tak ada calon lagi ka?

aku : err.. tak dak lagi mak lang. balajaq dulu. susah2 sangat, suruh mak berkira la senang. berkat. hehehe...

mak : hang nak suruh mak berkira ka? hmm.. dah alang2 hang cakap macam tu, mak ada la seorang calon yang mak bekenan. takut nanti hang ja yang tak berkenan..

aku : erk..??? (dalam hati : alamak, menyesal tanya)

* * * * * * * *  * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

p/s 2 : berkira = istilah yang merujuk kepada "jodohkan" atau "pertemukan". selalunya, orang dulu2 bila nak kahwin, pihak keluarga yang tolong "berkira" (jodohkan). dalam erti kata lain, perkahwinan yang dirancang keluarga. contoh situasi, macam kat SINI

p/s 3 : Lia, aku tau hang silent reader blog ni. mak lang suruh aku bagitau hang, suruh hang kahwin cepat. hahaha..

p/s 4 : esok ada quiz, assignment pon tak siap lagi, migraine pulak tak ilang lagi. hmm, tak pa la.. buat slow2 mana yg dan....

p/s 5 : update blog boleh pulak walaupon migraine. hampeh..

Pha is

Friday, May 18, 2012

bila nama aku diseru


sedang asyik blogwalking, tiba-tiba terbaca satu entry dari Awan Nina yang bertajuk "Kami menggunakan penterjemah google". tersedak aku sebentar bila mula2 baca entry tu, sebab nama aku disebut disitu.



bila malam pulak, blogwalking lagi, tersedak lagi sekali, bila nama aku disebut lagi tapi oleh sang bidadari besi dalam entry beliau yg bertajuk "Permintaan Hati."


dalam satu hari, hari yang sama, 18 Mei, nama aku disebut-sebut sebanyak dua kali.





Pha is  

Thursday, May 17, 2012

16 Mei Hari Guru

Taat ke GURU membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika derhaka menjadi mudharat
kelak ilmu tiada yang lekat.

- Al-marhum ustaz Hj. Hanafi B Hj. Ahmad
(Pengasas Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia) 

walaupon 16 Mei dah lepas, tapi, kat sini, di blog Hikayat Budak Pening ni, dengan penuh rasa ta'zim, saya nak ucapkan selamat hari guru kepada semua guru, cikgu, teacher, ustaz, ustazah, muallim, muallimah, dan lecturer yang pernah mengajar saya, dan juga kepada semua guru-guru di seluruh malaysia.

selamat hari guru!



Pha is

permandangan belakang rumah

oleh kerana rumah aku betul-betul tepi bendang (sawah padi), so, just nak share permandangan belakang rumah aku. betul-betul belakang rumah. gambar kat bawah ni diambil dari kamera handphone lama aku, sony ericsson w610i.

ni masa waktu siang.

ni masa matahari terbenam.

untuk gambar matahari terbenam tu, kalau ada yang install google earth, try pi kat ccordinate ni :   5°31'9.29"N 100°23'46.88"E. kat situ ada gambar ni, kalau korang klik layer "photos".


now, i really miss my home...

Pha is

Tuesday, May 15, 2012

koleksi DP mogok lapar palestin

dah ramai kawan-kawan facebook aku yang tukar DP. kat bawah ni antara beberapa gambar yang aku perasan.


mogok lapar palestin

mogok lapar palestin

mogok lapar palestin

mogok lapar palestin

mogok lapar palestin

mogok lapar palestin


mogok lapar palestin

mogok lapar palestin

mogok lapar palestin

mogok lapar palestin

mogok lapar palestin

mogok lapar palestin

Diceritakan seekor burung kecil mengisi air dalam paruhnya lalu terbang menyiram ke atas api yang membakar. Berulang-alik. 

“Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang-alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.”

Lalu dijawab burung kecil, 
“Memang tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah, kerana Dia akan menyoalku nanti, apakah yang sudah aku lakukan untuk agama-Nya, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak.”



by the way, gambar yg bawah ni, aku punya.. hehehe... sedikit cilok janggut tony stark dan serban ustaz don daniyal.. 


lagi contoh profil picture, boleh tengok SINI