5.4.12

Serai sebagai ubat-ubatan.



Sekali sekala, sebagai seorang student farmasi, kena la kongsi maklumat pasai ubat. Hehe..  kalau nak tau, serai pon boleh buat ubat tau. So, lets cekidaut..


Nama saintifik : Cymbopogon citratus (DC.) Stapf
Keluarga : Graminae

Secara tradisional, serai selalunya digunakan untuk :

Membantu penghadaman makanan
Pelawas kencing / diuretic
Merawat demam
Menggalakkan pengeluaran peluh
Sebagai tonik untuk kesihatan badan
Minyak angin / urut
Untuk buang angin, masalah urat, dan sakit sendi
Merawat masalah buah pinggang
Merawat sembelit
Merawat sakit kepala
Sebagai mandian wanita selepas bersalin
Ekstrak – pengahalau nyamuk dan serangga kecil

Cara penggunaan tradisi :

Kegunaan utama
                                  - perisa dalam masakan
ditumbuk hancur  
                                  - disapu pada bahagian kepala untuk merawat sakit kepala.
                                  - disapu pada sendi untuk merawat rheumatism atau sakit sendi
Air rebusan
   -diminum untuk merawat kencing tak lawas, sakit perut, buang angin, serta sebagai tonik untuk kesihatan badan
   - air mandian untuk mengembalikan kesegaran tubuh wanita lepas bersalin (direbus bersama herba-herba yang lain)
Minyak dari pati serai
   - Dijadikan minyak urut / minyak angin untuk merawat rheumatism / sakit sendi dan terseliuh urat.


8 comments:

  1. assalamualaikum.. kita nak tya nih, apa maksud ujian munysi bila kita mohon usm ? awak dak usm kan ? leh terangg tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. err... mcm mna nk terang ni erk... hehehe

      ujian ni macam ujian personality je... TAK PERLU STUDY... cuma ujian nk test kita punya personality/logic/moral. contoh nya:

      "saya tak mudah putus asa apabila gagal - ya / tidak "

      semua soalan MCQ. just jawab ya or tidak je... ada jugak yg jenis ranking, contoh :

      "bagi saya, pelajaran adalah segala-galanya - sangat tak setuju; tak setuju; neutral; setuju; sangat setuju"

      macam tu je la lebih kurang. jangan risau, semua senang2 je... dia just nk tengok cara kita berfikir. bukan nk test apa yg kita tahu.

      cuma, kena cepat jawab. sebab soalannya BANYAK GILA. masa dia bagi sikit je... sejam kalau tak silap. just jawab apa yg terlintas kat kepala, tak payah pikir panjang2...

      err... tu je kot.. kalau tak silap la.. hehehe

      Delete
    2. ok2 tq.. ;) jasa mu d kenang :)

      Delete
  2. yang digunakan dalam masakan tu, masih beri kesan kepada kesiahatan kita ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. mungkin.. bergantung kepada beberapa aspek.
      serai mengandungi bahan kimia seperti sitral, linalool, geraniol, caprylic acid dan banyak lagi. kalau serai dalam masakan tu sekadar perasa, sikit saja, mungkin 'dose' bahan tadi tak cukup tinggi untuk sampai tahap therapeutic dose (dos minimum untuk sesuatu ubat memberikan kesan kepada badan).
      tapi, bergantung kepada individu jugak. therapeutic dose untuk sesetengah orang tak sama. mungkn ada yang amik sikit, tapi dah ada kesan.
      secara generalnya, rasanya mungkin ada kesan, tapi tak sekuat kesan kalau pakai maacam kaedah2 yg disebut kat atas tu (kisar, rebus, ekstrak, dsb)
      untuk maklumat lanjut, boleh tanya pada mereka yg pakar... hehehe
      wallahu a'lam....

      Delete
  3. ohh. untuk demam pun bole ehhh?
    baru tahu --'
    btw, thanks for the information :D

    ReplyDelete