6.4.12

Hikayat budak penakut


Al-kisah, maka tersebutlah kisah, seorang budak dari negeri yang dipanggil tanah seberang utara. Dan adapun, nama budak tersebut ialah phaieez.

Sejak Sebermula riwayat kisah hidupnya, Saban malam, tatkala beliau masih kecil, ada sahaja mimpi seram yang bertandang di minda beliau sewaktu beliau tidur. Setiap malam. Dan disebabkan itulah, beliau menjadi seorang budak yang sangat penakut.

Adapun, Imaginasi beliau pada saat itu sungguh kuat.  Setiap hari, ada sahaja gangguan mistik yang dibayangkan beliau, walaupon kadang-kala tak logik dek akal yang waras.

Beliau anak sulong lelaki. Akan tetapi, adik2 beliau lebih berani dari beliau. Hatta adik perempuan beliau pon lebih berani dari beliau.

Arakian, apabila budak tersebut meningkat dewasa, maka berdaganglah dia ke sebuah pulau untuk menuntut ilmu. Di pulau itu, beliau berguru di sebuah madrasah yang mashoor. Di situ, Bermacam jenis ilmu yang dituntut. Dari ilmu dunia, hinggalah ke ilmu akhirat. Dari ilmu baca, hinggalah ke ilmu silat.

Hatta beliau hampir khatam ilmu persilat pon, sifat penakut masih melekat. Susah untuk ditinggalkan. Beliau masih lagi sering berimaginasi yang bukan2, terutamanya dikala malam nan gelita.

Pada suatu hari, datanglah guru silat beliau menyampai pesan. “jika serahkan segala takutmu hanya pada Tuhan, akan hilanglah takutmu pada makhluk.”

Dan berusahalah beliau mulai saat itu, agar segala ketakutannya diserahkan hanya pada Pencipta, Tuhan seru sekelian a’lam.

Sekian..






Bahan yang berkaitan : silat boleh melawan makhluk halus?


Pha is

10 comments:

  1. pernah sekolah kat al mashoor ke

    ReplyDelete
  2. Muka ja ganas...tapi penakut..heh..kalah pompuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah nama pon al-kisah... cerita ja... bukan betoi2 pon...

      Delete
  3. takutkan Allah lebih dari makhluk.. ^_^ inshaAllah...

    ReplyDelete
  4. itulah yang sebaik-sebaiknya kan.. serahkan ketakutan kepada Allah.. akak pun penakut juga.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe.. kena manage.. tak boleh biarkan bertambah teruk..

      Delete