Skip to main content

feri tsunami - episod 8 (mak call)


Tarikh : 11 april 2012
Jam : 6.25 pm
Tempat : atas dek feri langkawi-penang

Aku masih lagi melayan angin yang bertiup. Kuat. Mungkin kerana feri yang kami naiki pada waktu itu meluncur laju membelah samudera. Namun, walaupun tepiasannya agak kuat, angin yang bertiup di tengah lautan itu masih lagi ni’mat. Menepis-nepis cuping telinga sehinggakan tiada apa yang dapat didengar melainkan bunyi tempiasan angin dan bunyi enjin yang kuat menderam.

Antara kami bertiga, aku rasa daus yang paling banyak melayan angin yang bertiup. Rambut daus agak panjang dan lurus jika dibandingkan dengan aku dan duan. Oleh yang demikian, sepanjang masa rambut daus cantik menggerbang indah bersama alunan tiupan bayu. Mesti seronok kalau rambut aku selurus dia!

Seketika kemudia, aku mendapat panggilan dari mak. Nasib baik pada waktu itu, telefon aku sudahpon disambungkan dengan ‘earphone.’ Kerana sebelum itu, aku rancak mendengar lagu dari telefon sony ericsson xperia arc aku. kalau tak ada earphone, memang susah nak dengar, sebab bising angin dan enjin feri.

“assalamualaikum. Hang ada kat mana sekrang ni?”

“waalaikumussalam, mak. Sekarang ni ada kat atas feri lagi. lambat lagi nak sampai.”

“Aik? Feri tu tak singgah kat mana-mana ka? Kat kuala kedah dulu ka...”

“tak la mak. Dia pi teruih ke penang. tak singgah mana-mana dah.”

“la... kalau dia singgah mana-mana, hang turun je la. seriau mak. Sebab mak cik hang bagitau, kat phuket, semua pelabuhan dah tutup. Kot la feri yang hang naik tu singgah dulu kat mana-mana ka. Bahaya tu.”

“owh, tak tau la pulak. Tapi feri ni teruih straight ja pi penang. sekarang ni pulau pinang dah Nampak dah, tapi jauh lagi la. la ni dah pukul 6.30.  Ingat, lagi sejam lebih, sampai la tu. insyaAllah, tak da apa-apa”
pulau pinang dari arah utara

“hmm.. harap macam tu la. sat lagi kalau sampai teruih call tau!”

“ha. Ok ok.”

“jangan lupa tau!”

“Ya, ya. Nanti bila sampai, abang call la. Assalamualaikum, mak.”

“waalaikumussalam.”    

Talian dimatikan.



bersambung...

sebelumnya : 
episod 6
episod 7 

next >> episod 9


Pha is



Comments

Entri popular bulan ini

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gaji Ahli Farmasi

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal