Thursday, April 12, 2012

feri tsunami - episod 7 (mesej kawan)


Tarikh : 11 april 2012
Jam : 6.15 pm
Tempat : atas dek feri langkawi-penang

Sedang asyik aku melihat memandang kearah laut, tiba2 telefon bimbitku berbunyi, tanda ada mesej masuk. Cepat-cepat aku seluk kocek kanan seluar untuk mendapatkan telefon aku. Setelah punat ditekan, tertera sebuah mesej dari seorang rakan sekuliah di usm, si izah.

[aslm, ada gempa bumi di sumatera, tlg maklum pd kwn2 pelajar usm supaya jauhi pantai2 di pulau pinang, langkawi, kedah, dan perlis dlm masa terdekat. Sekiranya ada apa2, hubung hepp ataupun jabatan keselamatan usm. Tlg forwardkan sms ini kpd semua kwn2 pelajar usm. Tq]-izah

Rajin benar beliau menyampaikan pesanan. Maklumlah, beliau salah seorang ahli majlis perwakilan pelajar (MPP) usm. Mungkin sms tersebut asalnya dari MPP. Menunjukkan betapa perihatinnya MPP usm dalam menjaga kebajikan para pelajar.

Tapi, jika difikirkan balik, sungguh ironi situasi kami pada waktu itu. Arahannya jangan hampiri pesisir pantai, tapi kami bertiga sudahpon belayar di tengah lautan. Lagi la buat aku panic. Lantas, aku membelas mesej tersebut.

[w’salam. Izah, aq mntak tlg sgt2 ni. aq, daus, ngan duan skrg ni ats feri lg. Dari langkawi straight ke penang. skrg still kt tengah laut. Tolong doakan kselamatan kami...]-aku

Beberapa minit setelah punat send ditekan, aku menerima balasan dari beliau.

[ya Allah! Aku doakan sgt2 korg cpt sampai. tsunami kalau sampai Georgetown myb pkul 9 mlm. Cepat2 balik ke usm. Lmbt lagi ke nk smpai tu?]-izah

[kmi djangka sampai kul 8.00 mlm. insyaAllah, sempat]-aku

[okey2. Cepat2 balik ye. insyaAllah takde pape..]-izah

“insyaAllah,” doa aku, dalam hati. 


bersambung...

sebelumnya : 
episod 6 


next >> episod 8

Pha is






3 comments: