Skip to main content

feri tsunami - episod 4 (gelisah)


Tarikh : 11 april 2012
Jam : 5.25 pm
Tempat : dalam feri langkawi-penang

Sudah 10 minit feri bergerak. Meluncur laju di permukaan air laut yang membiru. Kelihatan feri yang aku naiki baru sahaja melepasi beberapa gugusan pulau-pulau kecil yang terdapat di sekitar pulau langkawi. Sememangnya dari jeti langkawi sekalipon, sudah boleh Nampak beberapa pulau berdekatan dengan mata kasar. Cukup dekat, cukup cantik.  

Namun, kecantikan ciptaan Allah tersebut langsung tidak dapat menarik perhatian kami pada saat itu. Masing2 resah gelisah. Risau. Duan sedari tadi masih berkerut muka. Risaunya bertambah-tambah. Tak pernah berkurang.

Dia langsung tak senang duduk. Sekejap tengok aku, sekejap tengok tingkap, sekejap buka beg pakaian, dan macam-macam lagi yang dilakukan. Kemudian, dicapainya bungkusan plastic berwarna oren di bawah kerusi. Mungkin setelah disedari adanya jaket keselamatan di situ.

Setelah diletakkan bungkusan plastic oren tersebut di atas riba, dibukanya pula ikatan plastic itu. Aku dan daus Cuma melihat perlakuannya. Setelah dibuka ikatan, bungkusan yang mengandungi jaket keselamatan tersebut diletakkan semula di bawah kerusi.

“buka la siap2 jaket keselamatan tu. Nanti senang nak ambik.” Kata duan setelah melihat aku dan daus hanya melihat perlakuannya. Daus akur. Dilakukan juga perkara yang sama. Aku pon, ikut sahaja. “Better safe than sorry!”

Seterusnya, dibukanya pula kasut adidas putih yang terpakai kemas dikaki. Sekali lagi, aku hanya melihat perlakuan duan. Lantas, dia bersuara, “aku ingat, nak pakai selipar la.”

Kali ini, aku pula cepat2 mengikut langkah duan. Buka kasut dan tukar dengan selipar. Senang nak berenang kalau jadi apa-apa.


bersambung...

sebelumnya : 

Comments

  1. hmm dpt bygkan kerisauan korang.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. X terjangkau kerisauan pha is ngn rakan2..tetibe seram sejuk..

    ReplyDelete
  3. X terjangkau kerisauan pha is ngn rakan2..tetibe seram sejuk..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi