Skip to main content

feri tsunami - episod 3 (melawak)


Tarikh : 11 april 2012
Jam : 5.15 pm
Tempat : dalam feri langkawi-penang

“depa semua pakat nak dok atas. Dah penuh tu. Dok bawah je la.” kata seorang lelaki yang berkaca mata di depan kami. Umur beliau dalam lingkungan 40-an. Saat itu, beliau sibuk mengangkat bagasi birunya bersama lagi 2 orang wanita. Mungkin sekeluarga.

Begitu juga aku, daus, duan dan penumpang-penumpang yang lain. Masing-masing tak menang tangan mencari tempat duduk dan menyusun beg dan bagasi. Tapi aku lihat, seolah-oleh feri ini lengang. Banyak kerusi yang kosong. Mungkin betol kata lelaki tadi. Penumpang-penumpang yang lain masing-masing mengambil tempat di tingkat atas. Sangkaan aku, mungkin kerana dari tingkat atas, permandangan laut lebih cantik. ‘Mungkin’.

“banyak lagi kerusi kat bawah ni kosong, noh. Yang lain pakat nak duduk kat atas.” Tiba-tiba lelaki tadi menyapa aku. Pada hematku, ramah benar lelaki berkaca mata ini. Cepat sahaja menyapa aku yang langsung tak dikenali.

“kat atas Nampak laut lagi cantik kot.” Balas aku. Sekadar berbasa-basi.

“bukan sebab tu. Depa pakat takut pasai amaran tsunami tu la. tu yang pakat duk kat atas tuh.”

“owh. Pasai tu ka. Ada jugak tadi saya dok dengaq pasai gempa bumi tu.”

“hmm. Depa ingat depa duk atas tu boleh selamat kot.”

Terkesima aku sebentar. Betol juga kata lelaki tu. “Ajal maut ditangan tuhan. Tapi tak salah kan kalau kita berusaha?” sekadar persoalan dalam diri.

“patutnya, kalau jadi tsunami, lagi la baguih.” Tambah lelaki itu lagi. “tau dak sebab apa?” soal beliau pula.

“sebab apa?” soal aku kembali. Hairan. Baginya, tsunami itu suatu yang bagus?

“sebabnya, kalau tsunami, nanti cepat feri ni sampai. nanti dia boleh meluncur atas tsunami tu.” Jawab beliau diikuti dengan gelak tawa kecil. aku pula, hanya tersenyum nipis.

orang lain risau, dia boleh pulak main-main macam tu. “Jadi betul-betul, baru tahu.” Balas aku, tapi hanya dalam hati. Tak terluah di kerongkong.

Mungkin niatnya Cuma mahu melawak. Mungkin. 


bersambung...

sebelumnya : 

Pha is

Comments

  1. Haha.. sabar jelah pakcik tuh.. dasat betul lawak dia..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gaji Ahli Farmasi

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal