13.4.12

feri tsunami - episod 10 (Alhamdulillah)


Tarikh : 11 april 2012
Jam : 7.50 pm
Tempat : atas dek feri langkawi-penang


Kalau tadi, pulau pinang hanya kelihatan sayup mata memandang, kini, sudah dekat benar dengan kami. Sekurang-kurangnya, kerisauan aku, daus, dan duan terutamanya, sudah mula beransur surut. Sudah terlakar wajah kelegaan di raut muka masing-masing. Alhamdulillah. Segala puja dan puji bagi Allah, Tuhan seru sekelian alam.

duan, daus dan aku

Setelah hampir 3 jam di atas feri, kami selamat sampai ke perairan pulau pinang. Saat itu, feri yang kami naiki mula memasuki Swettenham Pier Cruise Terminal, tempat kapal-kapal mewah berlabuh di pulau pinang. Ianya tidak jauh dari jeti Pangkalan Raja Tun Uda, jeti tempat berlabuh feri yang menghubungkan seberang perai dan pulau pinang.

Tak sabar rasanya bila feri mula berlabuh. Tak sabar nak menjejakkan kaki atas tanah. Tak sabar nak turun dari feri yang terhoyong-hayang tanpa henti. Tak sabar nak pulang ke desasiswa restu di usm. Dan tak sabar nak telefon mak, menyampaikan khabar gembira bahawa anaknya ini sudah selamat sampai di pulau pinang.

Saat feri sudah berlabuh, berpusu-pusu para penumpang membanjiri pintu keluar. Mungkin mereka juga tak sabar nak jejak tanah, membebaskan diri dari termasuk dalam golongan yang paling berisiko tinggi menjadi mangsa serangan tsunami.

Bila kami sudah keluar dari feri, cepat2 aku call mak. Cakap dengan mak melalui telefon sambil berjalan kaki kerana nak cepat mencari teksi. Tak nak naik bas kerana takut tak sempat. Kerana khabaran bahawa tsunami mungkin sampai di pantai pulau pinang pada sekitar jam 9.00 malam.

Bila dah dapat teksi, terus naik. Dah tak peduli walaupun berapa harganya. Sanggup dibayar walaupun mahal. Saat sampai di bilik, baru rasa lega. Alhamdulillah, semuanya selamat.

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

-tamat-

Pha is
USM pulau pinang
13 april 2012 M / 21 jamadil awal 1433 H
3.30 pagi

rujukan :


sebelumnya : 


Pha is






7 comments:

  1. Replies
    1. syukur... masih lagi panjang umur dan berpeluang jumpa ko kat dalam dewan kuliah.. hahaha

      Delete
  2. huhuhuhu mesti scarykan....aloiii..tapi alhamdulillah semua slamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. scray la jugak... tapi, rasanya, scari lagi masa naik kereta kabel kat langkawi.. hehehe

      Delete