Skip to main content

feri tsunami - episod 1 (amaran)


Tarikh : 11 april 2012
Jam : 5.00 pm
Tempat : jeti pulau langkawi

Saat daus menyerahkan tiket feri kepada konduktor feri yang bertugas, tiba2, telefon bimbit Samsung ace-nya berdering. Kalut beliau menjawab panggilan tersebut. Kelam-kelibut. Sebelah tangan menghulurkan tiket, sebelah lagi menyeluk kocek kiri seluarnya, lantas mengeluarkan telefon mudah alih tersebut. Cepat-cepat titekapkan telefon itu di cuping telinga kiri. Mungkin, beliau lebih selesa menggunakan anggota badan sebelah kiri untuk kerja2 yang lebih rumit. Maklumlah, daus kidal orangnya.

Saat itu, sememangnya aku dan duan menyerahkan bulat2 urusan pembelian tiket kepada daus. Kerna beliau lebih berpengalaman. Lagi pula, beliau anak jati langkawi, lebih tahu selok-belok kawasan langkawi, Lebih tahu kadar harga kebiasaan. Tambah lagi, sesetengah tiket yang dijual di langkawi lebih murah jika pembelinya berkad pengenalan dari langkawi. Kelahiran langkawi.

“betoi ka ni? ha. Tak pa tak pa. Sat lagi apa-apa hal, bagitau la. ok. Assalamualaikum.” Talian dimatikan. Setelah Samsung ace tersebut kembali ke dalam kocek, daus menghampiri aku dan duan. Mukanya pucat!

“wei, hangpa tau dak yang kat penang tadi ada gempa bumi?”

“hah? Mana hang tau?” soal duan kembali.

“tadi, abang aku call. Dia yang cakap. Dia kata, siap ada amaran tsunami lagi.”

“pulak dah. Habih tu kat sini ok ja. Macam tak ada apa-apa pon.” Aku pulak mencelah.

“ni kita ni nak naik feri ka dak? Aku dah risau ni.”

“naik je la. insyaAllah, tak da apa-apa.” Kata aku. Sekadar meredakan hati mereka dan juga hati aku, yang mula berombak kerisauan.





bersambung...



Pha is

Comments

  1. Berani betul pha is.. still nak naik walaupun kawan bagi tau berita tuh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

Gaji Ahli Farmasi

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal