3.4.12

birthday present


dah lama tak dapat hadiah besday.. akhirnya, tahun ni, ada jugak orang nak bagi. Alhamdulillah...  rezeki jangan ditolak, maut tak payah dicari, dia datang sendiri.

ok. hadiah untuk hari lahir. perlukah? walaupon agak teruja bila terima, tapi sedikit sebanyak, deep down in my heart, aku rasa agak awkward. mungkin sebab aku tak biasa.

dalam famili aku, birthday is just a day. dan personally, kadang2, aku terfikir, layakkah aku terima suatu pemberian hanya semata2 kerana beberapa tahun yang lalu, pada tarikh tersebut, aku dilahirkan.

macam yang aku cakap tadi, aku fikir macam tu mungkin sebab aku tak biasa. sambut besday pon rasanya aku tak ingat. bila entah kali terakhir aku sambut. tambah pula bila kat sekolah berasrama, besday tu macam nightmare.

bila kat asrama, kalau boleh semua orang jangan tau besday aku. kalau tak, naya. sekali kena prank, memang hard core. masa tu, besday macam suatu yang sangat tak best.

TAPI, sekarang ni, kalau ada yang nak bagi hadiah (not a prank), aku terima je dengan redha. jangan sampai menyusahkan, sudah la. hehehe..



p/s : excited tunggu hadiah dari seseorang tuh.. hehehe



Pha is

6 comments: