Sunday, March 18, 2012

USM lestari

Masa mula2 masuk usm dulu, tak habis2 kami kena “brain wash” pasal kelestarian. Berkenaan usaha dalam mengekalkan apa yang ada pada hari ini, untuk hari esok. Contohnya tentang alam sekitar, dan sebagainya.

Lepas tu, didedahkan dengan macam2 kempen. Antaranya, kalau nak bungkus, kena bawak bekas makanan sendiri. Tujuannya supaya sampah dari bekas makanan dapat dikurangkan.

Kalau tak bawak bekas untuk tapau, kena charge lebih untuk bekas pakai buang. Tapi, bekas pakai buang tu pon jenis yang mudah lupus. Memang tak best sangat kalau nak tapau pakai bekas tu sebab agak telap air.

Yang pasti, bukan jenis polystyrene. Kat sini bekas makanan polystyrene kena banned. Sebabnya, polystyrene lambat untuk dilupuskan (cemar alam sekitar) dan merupakan bahan carcinogenic – boleh meningkatkan risiko kanser.

Bila time bazaar ramadhan, ada kumpulan student yang buat ‘demonstrasi’, sambil melaungkan slogan “say no to plastic bags” di pintu masuk USM. Kalau dah baru balik dari bazaar ramadhan, paham2 je la. jari mesti penuh dengan plastic je..

Kalau diikutkan, aku tak ambik kisah sangat pon pasal benda alah ni. asalkan aku dapat grad kat university ni, sudah. tapi, kata orang, bila dah terbiasa, secara tak langsung dan secara tak sedar, perkara ni dah jadi tabiat harian.

Bila berkunjung ke uni lain, baru rasa ada beza. Bila tiba2 guna sudu plastic dan cawan plastic yang jenis “pakai-buang”, walaupon bukan untuk tapau. Agak awkward, sebab tak biasa.

Pha is

      

2 comments:

  1. haha.. kalau ko kena basuh, aku lagiiii lah nya..

    tapi banyak2 uni, memang USM the best! huhu :)

    ReplyDelete
  2. tak penah lagi tau ada uni buat mcm ni..hehe

    ReplyDelete