isteri solehah readymade?


“Dalam usaha kita nak membina kembali khalifah islamiah, kita harus lalui beberapa tahap dan peringkat terlebih dahulu, bukan boleh terus mendirikan system khalifah.” Aku dan anak buah yang lain tekun mendengar.

“Kesemuanya ada 5 tahap, iaitu Tahap pembentukan pribadi muslim, Tahap pembentukan keluarga muslim yang Islami(baitul muslim), Tahap pembentukan masyarakat Islam, Tahap pembentukan negara Islam, dan akhir sekali barulah kita dapat mencapai Tahap pendirian khilafah Islamiyah.” Tambah naqib lagi.

“setiap peringkat ini amat penting, supaya asas sebuah kerajaan islam itu kukuh. Dan apa yang sedang kita buat sekarang ni, masih lagi di tahap pertama. Tahap pembentukan peribadi muslim.”

“bila peribadi muslim itu mantap, baru kita boleh ke peringkat seterusnya, iaitu tahap pembentukan keluarga muslim yang islami. Sebab itulah, ana cadangkan, sesiapa yang nak kahwin, dan belum ada calon, boleh beritahu ana.”

“boleh ana calonkan anta dengan salah seorang akhowat kita. Daripada anta cari calon luar, lebih baik anta menikah dengan akhowat kita. Mudah dalam nak membina keluarga yang islami. Anta tak nak ke calon isteri solehah yang Readymade..?”

Aku : 




Pha is

Comments

  1. Replies
    1. bukan sengih.. tapi terkejut.. heheh

      Delete
  2. apa2 kebaikan yg kita nak memang bermula dari diri sendiri dulu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. segalanya bermula dari individu...

      Delete
  3. untuk mengharapkn suami soleh, kita perlu jadi solehah trlebih dahulu. .

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. calon isteri dari geng2 usrah... hehehe

      Delete

Post a Comment