2.3.12

murah rezeki


Sesungguhnya Allah Maha Pemurah. Kadang2, kita selalu mengungkit apa yang kita tak dapat sehinggakan kita terlupa betapa banyaknya kurniaan Allah yang selama ni kita dah dapat.
ayat seribu dinar

“dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”


Anyway, just nak share satu status fesbuk dari seorang kawan berkenaan rezeki. Kalau Dia nak bagi, kadang2, rezeki akan datang walaupon dari jalan yang tak disangka-sangka.

*****************

[ Rezeki murah...Alhamdulillah ]

Harini demam..rasa mual and headache.. jadi decide untuk puasa sebab memang xde selera pun nak makan kalau time demam..

lepas subuh kat tempat kerja - 'ha naim, meh makan nasik goreng kak muna hang masak ni' jemput kak ani tokey kafe bakti.. 'xpelah kak ani, saya puasa'

pukul 8pg ada urgent kawan call mintak hantarkan ke jeti sbb nak balik kg nenek dia nazak 'naim.. nah air milo (kotak) + roti sandwich.. 'err..terima kasih, naim puasa'

then singgah hosp lam wah ee sat nak bayar hutang kawan '' nah a.wan.. duit a.wan yang saya pinjam aritu..'' .... '' eh xpayah la naim.. a.wan halalkan.. lagipun a.wan baru dapat gaji arini.. jom makan kat kafe a.wan belanja.. ''err.. a.wan.. saya kena masuk kerja ni.. dah lewat dah.. next time ye''

tengahari lecturer call ' naim.. i'm quite busy.. can you please help me buy my lunch? i said ' okay dr..' .... n she said... 'u nak apa?' ...... ''err...saya xnak pape dr :) ''

petang pergi collcect quotation kat kedai atas pelita nasik kandar '' naim..ni auntie baru beli kat seberang ni.. makanlah pau 2'' .... ''saya puasa auntie gee '' ... ''kalau macam 2.. nah pau 2 biji, auntie bungkus buat bukak puasa ''

6 petang kat kafe bakti ''naim, kak ani beli kek tadi..kek harijadi kak ani minggu lepas..nnt amik bungkus buat bukak puasa ye'' ... '' terima kasih kak ani''

kak endan bihun sup bakti datang '' naim hang puasa ye? nnt dekat2 nak berbuka nnt, hang ambik bihun sup okey.. kak endan belanja...org puasa'' .... '' Alhamdulillah.. terima kasih kak endan''

siap2 buat air then pergi kedai air kat sebelah '' di.. nak amik ais sikit ye.. brape? '' di jawab.. ''eh..xpayah la.. sikit je 2.. ''

masa time berbuka.. org kat kafe bagi 3 bungkus nasik tomato and dapat sebungkus cucur udang..

p/s - sampai sekarang nasik tomato dgn kek xberusik lagi.. rezeki murah sangat hari ni..

bayangkan kalau harini saya xpuasa... :)


***************************



Pha is

8 comments:

  1. ak tau sapa..hehe..doa tu best,utk mncri rzki..bkn je dr segi duit tp rzki dr segi lain2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah terang2 ada nama abng naim, tak kan tak tau lagi.. hehehe

      Delete
  2. ada kwan, psscm jugak..dia pesan, amlkan selepas subuh dan selepas maghrib, baca ayat seribu dinar ni 3 kali..alhamdulillah...memang betul..murah rezeki dan rezeki tu tak pernah habis..inshaAllah.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm... org tua2 kata, ayat seribu dinar ni mmg elok diamalkan... dan kebetulan, "naim" (tuan empunya cerita) dalam entry ni pon ahli psscm... heheh

      Delete
  3. hehe..tau dah naim tu psscm.. ^_^ baguslah.amalkan naa..inshaAllah.. ^_^

    ReplyDelete