jamban tak best v2.0


Sebelum ni, aku penah tulis pasal jamban yang best dan jamban yang tak best. Kali ni, aku nak “preview” jamban yang paling tak best yang pernah aku lawati. Lebih tak best daripada yang sebelom ni.

Well, bak kata kawan aku, perut aku ni perut “cap X”. Sebab tu rajin pi jamban. Lagipon, aku memang suka buat lawatan sambil belajar ke jamban pon. Kata orang, bestnya sesuatu tempat tu bergantung kepada keadaan jamban disitu.

Specialnya, jamban kali ni ialah jamban di hotel. Al-kisah, student pusat pengajian aku ada buat majlis makan malam di hotel. Sebagai ajk teknikel, aku kena pi awal untuk susun barang, set P.A system, dan sebagainya.

Masa tengah buat kerja, tetiba perut meragam. Maka, dengan kadar segera, aku bergegas ke jamban terdekat. Malangnya, bila dah masuk jamban, belum sempat aku buka seluar, aku cari paip air tak jumpa.

Lantas, langsung selera aku nak berak terganggu. Last2, aku naik moto ultimo aku, dengan meluncur deras di jalan raya bagai mat rempit lagaknya, aku balik usm. Berak di sana.

Akhirnya, semua selamat. Alhamdulillah...

Pengajaran cerita, even jamban hotel sekalipon, kalau tak de air, tak layan....


Pha is

Comments

  1. ahahah samala semua bgantung pd air baru selesa membuang,, tandas kat gurney pon tak best ,,

    ReplyDelete

Post a Comment