3.3.12

Jalan hidupku.


antara silat, nasyid, dan da'wah

 “hujung minggu ni kita ada program. Jadi, ana minta, semua ahli halaqah kita dapat hadir.” Kata naqib halaqah aku, sebelum halaqah kami bersurai.

“maaf, hujung minggu ni ana ada persembahan demo silat. Jadi, tak dapat hadir.” Balas aku. Bukan beralasan. Sememangnya aku sudah “ditempah” untuk waktu tersebut..

“anta ni, setiap kali halaqah kita buat program, mesti anta ada hal silat. Hari tu bukan anta cakap dah drop silat ke?.” Soalnya heran.

“betul, ana dah drop. Tapi tu drop untuk markah ko-k. Ana sekarang masuk bawah persatuan.” Terang aku, cuba membuatkan naqib aku paham akan situasi aku sekarang.

“hmm.. anta ni, asyik-asyik silat. sampai bila anta nak bersilat?” soal naqib aku lagi. kedengaran seolah-olah ada nada sarcastic disitu.

“insyaAllah, sampai mati..” balasku ringkas.

Naqibku hanya menggeleng kepala.

*******************************

“akhi, malam ni ana nak minta diri awal sikit. Sebab ana ada latihan nasyid pukul 11 malam nanti.”

“tak cukup dengan silat, Nasyid pula?” soal naqibku hairan. aku hanya mampu tersenyum.  “ala, tak payah la pergi....” Kata beliau lagi.

********************************

Bila sebut da’wah, konfom orang selalu kaitkan dengan ceramah, tazkirah, usrah, dan sebagainya. Tapi sebenarnya, perjuangan da’wah itu meluas maksudnya. Kan?

Dalam usrah, berda’wah cara usrah. Saling mengingatkan ahli untuk sentiasa mempertingkatkan ibadah kepada Allah. Mengabdikan diri kepada Allah, untuk menjadi mukmin a’bid.

Dalam nasyid, berda’wah dengan cara bernasyid. Mengajak manusia mengingati Allah, walaupon dalam berhibur. Berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah. Hanya apabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah.

Dan dalam silat, berda’wah dengan cara silat. Ya! Korang tak silap baca. Bagi aku, Silat merupakan salah satu jalan da’wah. Silat (silat cekak Malaysia khasnya) Mengajar diri aku sentiasa mentauhidkan Allah dan tidak menyekutukan-Nya. Agar sejahtera hidup di dunia dan selamat kembali ke akhirat.

ketiga-tiganya umpama perdu, ranting, dan daun. tanpa perdu, tak guna. tanpa ranting, tak da makna. dan tanpa daun, tiada warna.


 Pha is

27 comments:

  1. Replies
    1. stuju saja... tapi kelas latihan malas nk turun.. hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. edit main letak je.. tak pandai nk edit bagi nmpak real sangat..

      Delete
  3. exkius me!smlm ak turun ea....grrr....sem lpas ak xtrun sbb ak bz ngn rkn mude ckit..mgu lpas ak xtrun sbb de mslh ksihatan..sekian~haha

    ReplyDelete
  4. salam.

    Baguslah ada pendirian macam tu. Banyak benda mampu kamu buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... oh, aku terlupa sesuatu.. bloging pon salah satu jalan da'wah jugak.. hehehe

      Delete
  5. kwn pun ckp perkara yg sama...dalam psscm ni, perkara pertama adalah mentauhidkan Allah ..rasa bermint sngt nak join dulu, tp tergendala..haih ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh... terkejut gak basa komen yg sebelum ni.. ingatkan dah ahli psscm.. hehehe

      Delete
    2. belum lagi..dulu berminat...teringin sangat...tp kan...tula..tak da kawan...huhu pmpn biasa lah..kalu ada kwn, senang sikit.. ^_^ bila dah sem 4, baru kenal ngan adik2 junior yang masuk psscm..rugi betul tak join..lmbat sangt dah kenalnya..hehe

      Delete
    3. owh.. hmm.. lagipon, pompuan kalau nk blajar silat, mmg elok ada kawan.. sbb kelas silat selalunya buat malam dan mungkin habis lambat. at least, masa balik, tak la sorg2.. bahaya...

      Delete
    4. yup..sebab malam..and nanti balik sorang2..tu yg payah.. ^_^

      p/s : alasan biar munasabah..hehe

      Delete
  6. Pha Is,

    Betul tu.. dakwah perlukan badan yang sihat.

    Kdg2 ada juga orang yg tak faham bab ni..
    Niat dia baik (untuk fokus pada amar makruf),
    tapi dia lupa keperluan diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. sambil berda'wah kepada org, diri sendiri pon perlu dida'wahkan...

      Delete
  7. ingatkan diri sendiri dan orang disekeliling kita...

    ReplyDelete
  8. dulu ingt cekbolat,kalau silat ni die 'dekat' dgn makhluk2 halus.. seram >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semua silat macam tu... tapi ader je silat kebatinan yg ada makhluk halus...

      contohnya :
      http://pening-pala.blogspot.com/2011/06/silat-hantu-raya-kebatinan-dalam.html

      Delete
  9. pada saya, saya setuju dakwah banyak jalannya. bidang dakwah terlampau luas. tp dalam keadaan sekarang kita perlu lebih cepat bergerak untuk islahkan diri dan umat. saya setuju dengan saudara yang silat merupakan satu wadah untuk kita menyihatkan badan. Tp dalam usrah juga kita ada wasilah2 untuk ke arah tersebut. Dalam halaqah, kita ikut muwasofat tarbiyah dan salah satunya "sihat tubuh badan". Tiada istilah dalam halaqah ini tidak mementingkan aspek kesihatan tubuh badan. Dalam kita mencapai sarana halaqah juga kita ada program mukhyam untuk menguji kemantapan fizikal kita sebagai seorang muslim. saya xcakp pergi ke silat atau nasyid itu salah, tp saudara boleh bagi alasan nak skip halaqah dan program dengan alasan nak pergi nasyid dan silat, mengapa tidak boleh bagi alasan yang sama nak skip nasyid dan silat dengan alasan nak pergi ke halaqah?? ..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, saudara muhajir, saya tahu, dalam halaqah ada program2 bertujuan untuk menyihatkan tubuh badan seperti mukhayam, rehlah, riadah, dan sebagainya.. tapi yang saya maksudkan disini dengan "silat" bukanlah sebagai wadah untuk menyihatkan fizikal. tetapi sebagai satu tariqat dalam mendekatkan diri kepada Allah.
      berkenaan dengan alasan skip silat dan skip nasyid kerana halaqah, maaf, saya tak bermain dengan alasan. jika saya rasa ada keperluan, ada janji untuk program lain, saya pergi. jika saya rasa kehadiran saya lebih diperlukan untuk sesebuah program, saya pergi. tak kira nasyid, silat, ataupon usrah...

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah saya jumpa juga dengan situasi ini. Silat dan Usrah. saya juga adalah ahli PSSCM dlm pada masa yg sama menyertai kumpulan usrah . Sebenarnya kita dapat mengembangkankan pemikiran kita. taklah berfokus pada satu perkara sahaja. info tak diterima dan percaya bulat-bulat daripada satu sumber semata-mata. kita dapat banding dan lebih bijak

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn pendapat saudara. walaupun jalannya berbeza, matlamat tetap sama. cma kita kna pandai menilai.. mana yang baik, kita ambil, yg buruk kita tinggalkan...

      Delete