31.3.12

permataku cover by GVD [updated]


aku masuk youtube. ko hado...? hahahaha

thanks to shahrini. beliau la yang upload video rehesel aku tu ke youtube. tapi, ni video time rehesel je pon. bukannya time persembahan betol2. kalau time persembahan, rasanya ok lagi kot. hehehe.

Pha is



30.3.12

long time ago

just nak share sebuah video yang bertajuk "my generasi" ni.. . khas buat mereka yang lahir tahun 1990-an. nostalgic betol video ni... masih ingatkah anda..? hehehe


Malaysia dalam Batman Forever


sekarang, tengah marathon movie2 batman.. semua sekali ada 6 movie. dari cerita "Batman The Movie" tahun 1966, sampailah ke cerita "The Dark Night" yang dikeluarkan baru2 ni pada tahun 2008. saja2, nak tengok balik.

lagipon, dalam banyak2 hero, memang aku paling suka batman. tak caya, tengok sini.

apa2 pon, tadi, masa lepas tengok cerita "Batman Forever" (tahun 1995), tetiba, terperasan satu dialong yang menyebut nama "Malaysia"... fuh, sebagai rakyat malaysia yang mempunyai semangat patriotic yangt tinggi, aku rasa bangga beb...

tak caya, tengok sini :

malaysia dalam batman forever
tapi, pasai patung tu, macam tak betoi ja...


Pha is

29.3.12

Tips : hidung tersumbat



Dalam beberapa hari yang lepas, aku asyik selesema.  Kadang2, hidung berair. Yang paling tak tahan, bila time nak tidur malam, hidung tersumbat.

Aku memang pantang kalau hidung tersumbat time nak tidur. Sangat2 tak selesa. Sebabnya, kalau hidung tersumbat, komfom la nanti kena tidur bernafas guna mulut. Kalau bernafas guna mulut, nanti anak tekak aku akan kering.

Lagipon, Kalau tidur bernafas guna mulut, mesti la tidur mulut ternganga. Bila tidur mulut ternganga, air liur basi senang nak keluar. Hehehe..

Masa tuh, sampai satu tahap, aku rasa macam nak seterika je hidung aku ni. geram. Dan tiba2, aku dapat satu idea.

Aku masak air, basahkan tisu dengan air panas, lepas tu tidur sambil letakkan tisu panas tu atas hidung.  Akhirnya, Alhamdulillah, dapat tidur dengan aman..

So, sapa yang hidung tersumbat time nak tidur, boleh la try.. hehehe..


Pha is

isteri solehah readymade?


“Dalam usaha kita nak membina kembali khalifah islamiah, kita harus lalui beberapa tahap dan peringkat terlebih dahulu, bukan boleh terus mendirikan system khalifah.” Aku dan anak buah yang lain tekun mendengar.

“Kesemuanya ada 5 tahap, iaitu Tahap pembentukan pribadi muslim, Tahap pembentukan keluarga muslim yang Islami(baitul muslim), Tahap pembentukan masyarakat Islam, Tahap pembentukan negara Islam, dan akhir sekali barulah kita dapat mencapai Tahap pendirian khilafah Islamiyah.” Tambah naqib lagi.

“setiap peringkat ini amat penting, supaya asas sebuah kerajaan islam itu kukuh. Dan apa yang sedang kita buat sekarang ni, masih lagi di tahap pertama. Tahap pembentukan peribadi muslim.”

“bila peribadi muslim itu mantap, baru kita boleh ke peringkat seterusnya, iaitu tahap pembentukan keluarga muslim yang islami. Sebab itulah, ana cadangkan, sesiapa yang nak kahwin, dan belum ada calon, boleh beritahu ana.”

“boleh ana calonkan anta dengan salah seorang akhowat kita. Daripada anta cari calon luar, lebih baik anta menikah dengan akhowat kita. Mudah dalam nak membina keluarga yang islami. Anta tak nak ke calon isteri solehah yang Readymade..?”

Aku : 




Pha is

Makan dan tidur

Sedang minum2 di restoran nasi kandar khalel 24 jam. Ni la jadinya bila 2 nafsu bertembung. Antara nafsu makan dan nafsu tidor.

Mulanya, memang dah mengantuk sikit. Tiba2 member ajak keluar makan. Huh, kalau bab makan, aku on ja... Sesetengah orang lebih prefer tido walaupon dengan perut lapar. Tapi, aku pebih prefer keluar makan walaupon mata dah mengantuk.

Lagipon, dah alang2 keluar makan, boleh la niat sahur untuk esok... Hehee


posted from Bloggeroid

28.3.12

that's my girl..

petang tu, aku ada kelas pukul 2 dan aku dah agak lambat. tambah pulak, kelas seorang lecturer yang strict. kalau lambat masuk, beliau akan halau keluar. bukan boleh bawak main2..

so, agak kelam kabut la aku bawak ultimo aku tu ke kelas. nak cepat. at that time it was like : 

tapi, masa on the way, tetiba, ada seorang budak perempuan naik moto, potong aku dengan selambanya. ... and at that time, it was like : 


Pha is



Pencarian Bloglist Ini Kisah Tia Bulan April

sebuah segment dari seorang bloger bernama Tia... kalau nak joint, klik baner, sebelom 29 Mac 2012 jam 2.30 petang. ayuh..!!! hehehe


wordless wednesday #WW30

mata, twilight saga, breaking down, vampire eye, red eye, bella swan, eye, beautiful eye


wordless wednesday yang lepas :

pharmnight 2012

kalau tahun lepas, untuk pharmnight (majlis makan malam student farmasi usm) keje aku cuma baca doa je, kali ni, 3 keje aku kena buat. baca doa, jadi ajk teknikel, dengan buat persembahan main darbuka.

geng teknikel pharmnight 2012
kat bawah ni, video persembahan masa rehesel... time ni je sempat rakam... time persembahan betol2, smua pakat sibuk nak bergambar.. tak de org pon nk rakam.. sedih aku.. hehehe


seriusly, agak kurang best bila orang lain seronok2 dapat bergambar, aku kena keje jaga pentas. memang tak puas bergambar. gambar aku, sikit je yang ada kat kamera member2.. hmm.. sabor je la..

dah la aku keje ulang-alik pi tandas je... besiaq betoi.. lepas tu, tandas yang terdekat pulak, tak ada air, pakai tisu je. mana layan... so, satu hotel aku pusing cari tandas yang ada air. nasib baik last2 jumpa jugak.

tahun depan, aku nak pi diner untuk makan ngan enjoy the show je...


bila dah habis majlis, orang lain semua dok seronok2 lagi bergambar, aku pulak dah 'pengsan' kat belah kiri sekali tuh... penat dowh...!!!


Pha is

27.3.12

individual oral presentation

semester kali ni, untuk kelas BI, kena buat IOP (individual oral presentation). mula2, blur gila sebab tak tau nak buat tajuk apa. jenuh dok pikir. even sampai hari last untuk bagi draf IOP kat lecturer pon, tak fikir apa2 lagi. last2 dah tak tau sangat nak buat apa, aku bagi je tajuk kat bawah ni :

the art of silat cekak
dan lecturer aku pon tak kata apa2, so, on je la dengan tajuk ni. huh, fanatik giler aku nih. sampai oral BI pon buat tajuk pasai silat. hehehe..

bila time presentation, ada la sikit2 'demonstrasi' aku buat. at least, menarik la sikit, ye dok..? hehehe..


Pha is

26.3.12

birthday seorang forever alone

hari ni besday aku..so, hari ni jenuh la aku membalas wish member2 kat wall pesbuk aku tuh... tapi, dalam aku dok perhati, ada beberapa persamaan dalam wish2 besday diorang. kat bawah ni cuma beberapa yang sempat aku print screen.. cuba tengok kat bawah ni...



hmm... nampak sangat ke yang aku ni forever alone, hah..??? hehehehehe



Pha is

jamban tak best v2.0


Sebelum ni, aku penah tulis pasal jamban yang best dan jamban yang tak best. Kali ni, aku nak “preview” jamban yang paling tak best yang pernah aku lawati. Lebih tak best daripada yang sebelom ni.

Well, bak kata kawan aku, perut aku ni perut “cap X”. Sebab tu rajin pi jamban. Lagipon, aku memang suka buat lawatan sambil belajar ke jamban pon. Kata orang, bestnya sesuatu tempat tu bergantung kepada keadaan jamban disitu.

Specialnya, jamban kali ni ialah jamban di hotel. Al-kisah, student pusat pengajian aku ada buat majlis makan malam di hotel. Sebagai ajk teknikel, aku kena pi awal untuk susun barang, set P.A system, dan sebagainya.

Masa tengah buat kerja, tetiba perut meragam. Maka, dengan kadar segera, aku bergegas ke jamban terdekat. Malangnya, bila dah masuk jamban, belum sempat aku buka seluar, aku cari paip air tak jumpa.

Lantas, langsung selera aku nak berak terganggu. Last2, aku naik moto ultimo aku, dengan meluncur deras di jalan raya bagai mat rempit lagaknya, aku balik usm. Berak di sana.

Akhirnya, semua selamat. Alhamdulillah...

Pengajaran cerita, even jamban hotel sekalipon, kalau tak de air, tak layan....


Pha is

21.3.12

Ustaz Don Daniyal : Syarat Pakai Tudung yang sempurna


Dengar dan tengok betul2... Ikut 4 syarat cara pakai tudung yang sempurna ni, hangpa nak pakai lagu mana tudung tu pun xpa.. nak belit ka? nak pusing2 ka? nak boh ramu2 ka? mcm mana pun boleh... janji 4 syarat tu kena ikut...  




kerana dirimu begitu berharga...   (n_n)

(sumber)

wordless wednesday #WW29

demi masa, lensa cikai, ayat alquran, petunjuk, sumpah, masa, waktu, jam, jam tangan, watch, tazkirah
sumber : lensa cikai



wordless wednesday yang lepas :

20.3.12

main gitar


hasil gitar baru dan DSLR power
kredit to ea photography


Bila biasiswa JPA dah masuk, maka macam2 la gajet baru yang dibeli oleh member2 aku. Ada yang beli lens DSLR baru,  ada yang beli kasut baru, dan sebagainya. aku? hmm.. mungkin nak “make up” ultimo aku tu bagi cun sikit kot. Hehehe..

Tapi, so far, dah dua orang member aku yang guna duit baru tu untuk beli gitar. Sorang memang dah pandai main, dan sorang lagi baru nak belajar main. Dalam aku dok tengok sesi pembelajaran diorang, aku pon try la blajar sikit2.

Tapi, baru nak start belajar 1 chord, dah sakit jari. Terus malas nak belajar main gitar. kalau macam ni,  Aku main darbuka aku tu, sudah la. Cukup la jari aku ni sakit ketuk darbuka. Malas nak tambahkan lagi dengan sakit main gitar.

praktis main darbuka sampai berbalut jari
Bila aku tengok jari member aku tu, ada yang sampai dah “beghutu”. Kasar. Kemudian, aku terfikir. Awek2 yang pandai main gitar, mesti jari diorang kasar, kan?

Aku ni bukannya apa. Sebab bagi aku, perempuan yang pandai main gitar adalah sangat2 kiut. Hehehe…

kiut kan? (gambar hiasan)



Pha is

19.3.12

blog private : motif ?

blog di-private-kan? hmm.. terpulang la kat korang. blog sendiri kan? itu hak korang. aku ada je kawan bloger sorang ni, kejap open, kejap private. kejap tak boleh komen, kejap dah boleh. terpulang...

tambah pulak, sekarang ni, dunia dah canggih. boleh buat blog sebagai diary peribadi. kalau untuk tujuan yang sebegini, memang aku amat2 menyokong kalau blog tersebut di-private-kan.

tapi, kena ingat, bila teknologi makin maju, orang pon makin maju. blog diary yang private macam mana sekalipon, orang tetap boleh hack. so, yang berbuat demikian, kena la hati2. 

cuma, tadi, ada satu situasi yang betul2 buat aku pening. masa tu, aku rasa rajin nak berblogwalking. so, aku try la pulak godek2 link kat sebuah group blogger kat fesbuk ni. ada satu hamba Allah ni, promot blog beliau dengan share link blog beliau kat situ.

tapi, bila aku buka, "This blog is open to invited readers only"...

hmm.. apa motif beliau sebenarnya nih..? pening2...


Pha is
   

hikayat budak pening di bloglist mereka 4

sebuah lagi entry bagi menghargai jasa2 mereka yang telah meletakkan blog Hikayat Budak Pening ni dalam bloglist di blog2 mereka. macam mana aku boleh tau? sebab diorang dah TERKANTOI melalui tafic source yang aku check kat histats.com

untuk nak tahu mereka2 yang dah terkantoi sebelom ni, boleh tengok kat sini:
Hikayat Budak Pening di bloglist mereka 1
Hikayat Budak Pening di bloglist mereka  2
Hikayat Budak Pening di bloglist mereka  3

so, kat bawah ni senarai bloger yang baru terkantoi. lets cekidaut.


1. CIKBOLAT-BOLAT


blog dari cik bolat. sebuah blog yang gila-gila. heheh... gila-gila sama ada dari segi cara penceritaan mahupon dari segi gaya penulisan. nak tau gila2 macam mana, singgah la blog beliau. hehe..

follower beliau beriban, tapi tak sombong. masih lagi sudi singgah blog hikayat budak pening ni, siap letak dalam bloglist lagi. sape la blog aku ni jika nak dibandingan dengan blog beliau. terharu... thanks banyak2 yer cik bolat...  



2. CORETAN NURULASHYIKIN


bloger yang pada mula aku ingat orang bangi, tapi rupanya orang negeri sendiri. hehehe.. gaya penyampaian beliau lebih berunsur islamic. so, dari kita BW saja2, kalau singgah blog beliau, at least ada jugak manfaat yang kita boleh dapat. ye dok.? hehe..



3. MISH LOLLYPURP


beliau ni, kalau tak silap, seorang ahli farmasi. sebagai bakal ahli farmasi, aku seronok bila baca kisah seorang ahli farmasi yang dah kerja. boleh belajar sikit2 dengan pengalaman beliau. lagipon, cerita beliau best2. nak tau best macam mana, boleh singgah blog beliau..



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

cukup dulu 3 blog untuk kali ni. terima kasih banyak2 yer kepada yang sudi masukkan blog hikayat budak pening dalam bloglist korang.

kalau ada lagi yang sudi letakkan blog hikayat budak pening ni dalam bloglist korang, tapi belum lagi terkantoi, jangan risau. sebab aku selalu check trafic source. kalau ada trafic masuk, insyaAllah, nanti kantoi la..



Pha is

18.3.12

Cara-cara untuk “kena tindih” (sleep paralysis)


Dah ramai yang ada pengalaman kena tindih (sleep paralysis). tapi, masih ada yang belum pernah. So, sapa yang belum pernah rasa dan teringin nak rasa, boleh amalkan langkah2 kat bawah ni, sebelum tidur.

Untuk lebih efektif, pastikan sebelom korang tidur, korang betul2 penat.

1. baring secara melentang atas katil dengan tangan di sisi.

2. tutup mata, tapi pastikan yang korang berjaga.

3. jangan bergerak.

4. beberapa minit kemudian, korang akan mula rasa gatal2, rasa nak tukar posisi tidur, rasa nak kelip mata, dan sebagainya.

5. abaikan semua perasaan ni. pastikan korang masih lagi pejam mata, jangan bergerak dan jangan lena.

6. tunggu sehingga 20-30 minit, bila korang rasa dada korang kena tindih, korang dah boleh buka mata.

7. enjoy..!!! hahahahah



* penulis tidak akan bertanggung jawab atas segala yang berlaku. do at your own risk. sendiri buat, sendiri tanggung.


Pha is

USM lestari

Masa mula2 masuk usm dulu, tak habis2 kami kena “brain wash” pasal kelestarian. Berkenaan usaha dalam mengekalkan apa yang ada pada hari ini, untuk hari esok. Contohnya tentang alam sekitar, dan sebagainya.

Lepas tu, didedahkan dengan macam2 kempen. Antaranya, kalau nak bungkus, kena bawak bekas makanan sendiri. Tujuannya supaya sampah dari bekas makanan dapat dikurangkan.

Kalau tak bawak bekas untuk tapau, kena charge lebih untuk bekas pakai buang. Tapi, bekas pakai buang tu pon jenis yang mudah lupus. Memang tak best sangat kalau nak tapau pakai bekas tu sebab agak telap air.

Yang pasti, bukan jenis polystyrene. Kat sini bekas makanan polystyrene kena banned. Sebabnya, polystyrene lambat untuk dilupuskan (cemar alam sekitar) dan merupakan bahan carcinogenic – boleh meningkatkan risiko kanser.

Bila time bazaar ramadhan, ada kumpulan student yang buat ‘demonstrasi’, sambil melaungkan slogan “say no to plastic bags” di pintu masuk USM. Kalau dah baru balik dari bazaar ramadhan, paham2 je la. jari mesti penuh dengan plastic je..

Kalau diikutkan, aku tak ambik kisah sangat pon pasal benda alah ni. asalkan aku dapat grad kat university ni, sudah. tapi, kata orang, bila dah terbiasa, secara tak langsung dan secara tak sedar, perkara ni dah jadi tabiat harian.

Bila berkunjung ke uni lain, baru rasa ada beza. Bila tiba2 guna sudu plastic dan cawan plastic yang jenis “pakai-buang”, walaupon bukan untuk tapau. Agak awkward, sebab tak biasa.

Pha is

      

FINAS : festival nasyid UM 2012

FINAS UM

Semalam, baru balik dari Universiti Malaya atas program FINAS (festival nasyid) anjuran kolej kediaman ke-12 Universiti Malaya. Ni first time aku aku pi UM. Sebelom ni, asyik2, UUM, UPM, UKM, UPSI...

Walaupon tersingkir di peringkat saringan, kami tetap puast hati. Lagi pon, pertandingan kali ni pengalaman pertama bagi kebanyakan ahli. So, tak expect nak menang pon. Sekadar timba pengalaman. (ayat pujuk diri)

Apa2 pon, sekalung tahniah, syabas, dan terima kasih kami ucapkan kepada pihak penganjur. Sangat berpuas hati dengan layanan yang kami terima. Terbaek..!!! 


Pha is

17.3.12

pecah rekod

tanggal 17 mac 2012, satu rekod sudah dipecahkan. dalam kalangan student farmasi batch aku, sudah ada yang menamatkan zaman bujang semasa study. tahniah dan syabas buat nabil dan isteri, atas pernikahan korang.

semoga bahagia hingga ke syurga...

 

fuh, cayalah..!!!! you are the man, bro... hehehe..

nanti, bila aku dah kawen, boleh la mintak tips2 kat beliau. maklumlah, orang yang dah dulu makan asam garam.. time tu nanti, mesti la beliau dah ada banyak pengalaman.. hehehe




Pha is

16.3.12

cara-cara makan ubat dengan betul

tuan-tuan dan puan-puan, hari ini, kita akan belajar cara2 nak makan ubat dengan betul, ye. terutamanya ubat yang berbentuk tablet ataupon pill. langkah2 ini sangat penting ya, supaya ubat yang dimakan dapat memberikan kesan farmakologi yang optimum. so, let cekidaut...

how to take oral tablet/capsule.
 

senang kan? pesanan ikhlas ini dibawakan khas kepada anda, oleh MyPSA (malaysian pharmacy student association).



wanita : sepatu atau mahkota?


wanita, sepatu, dan mahkota
Ada seorang bijak duduk bersama dengan sekumpulan kaum laki-laki...
Lalu sebagian mereka menyampaikan tema tentang pernikahan, wanita, dan poligami...

Salah seorang dari mereka berkata, "Wanita itu seperti sepatu!! Seorang laki-laki mampu untuk mengubah dan mengganti wanita hingga dia menemukan ukuran yang sesuai baginya."

Maka orang-orang yang hadirpun melihat kepada orang bijak tersebut, seraya bertanya kepadanya, "Apa pendapat anda tentang ucapan ini?"

Orang bijak itu menjawab, "Apa yang dikatakan oleh saudara tersebut benar adanya...wanita itu seperti sepatu pada pandangan orang yang menganggap dirinya sendiri adalah kaki...dan wanita itu seperti mahkota pada pandangan orang yang menganggap dirinya sendiri adalah kepala...Maka janganlah kalian mencela orang yang berbicara tadi, karena dia berbicara dengan cara yang dia memandang dirinya sendiri."

Jawaban laki-laki bijak tersebut telah mengagumkanku...
Maka seorang wanita adalah sebuah anugerah yang Allah anugerahkan kepada seorang laki-laki...

Andai saja kaum laki-laki menghargai yang demikian, terutama bahwa wanita itu lebih besar keikhlasannya dari kaum laki-laki. Yang demikian itu adalah kita tidak pernah menemukan dalam hati wanita kecuali satu kamar yang hanya dimasuki oleh satu orang laki-laki. Sementara hati seorang laki-laki adalah hotel yang dipenuhi oleh berbagai kamar.

Sesungguhnya terjadinya cinta antara laki-laki dan perempuan terangkum dalam ungkapan bahwa seorang laki-laki ingin dialah orang pertama yang masuk ke dalam hati seorang wanita, sementara seorang wanita ingin dia menjadi orang terakhir yang masuk ke dalam hati seorang laki-laki.

Sekalipun demikian, wanita akan tetap menjadi permata termahal yang dicabut dari mahkota alami untuk menjadi perhiasan dan kebahagiaan seorang laki-laki. Maka jadilah seorang wanita merupakan hadiah terindah yang Allah khususkan bagi seorang laki-laki.

(Syaikh Mamduh Farhan al Buhairi)

15.3.12

kalau nak kahwin muda,


jom tengok tips dan cara-cara nak meyakinkan ibubapa, bagi sesiapa yang berhajat untuk mendirikan masjid di usia muda. hehehe..

1. Anda perlulah memilikki akhlak dan sasiah rupa diri yang baik dan elok. Bukan hanya di buat-buat atau berlakon. Tunjukkan rasa hormat anda kepada ibubapa anda dan ibubapa pasangan anda.

2. Pamerkan sifat anda yang matang terutama ketika berbicara. Berani untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri yang baik demi kepentingan bersama. Bukan hanya memikirkan diri anda seorang sahaja.

3. Sangat-sangat penting untuk anda menjaga amal ibadah anda. Pastikan solat cukup, rajin membaca Al-Quran dan berperlakuan tenang dalam apa juga situasi.

4. Matlamat anda ingin berkahwin bukanlah semata-mata kerana nafsu tetapi untuk mencari keredhaan Allah dan ingin mendekatkan diri anda lagi dengan Allah SWT.

5. Mempunyai simpanan dan pendapatan yang mencukupi. Jika anda masih belajar, anda boleh mulakan berniaga kecil-kecilan. Ataupun anda boleh bekerja secara part-time beberapa jam sehari atau di hujung minggu. Tapi pastikan ianya tidak menganggu prestasi pelajaran anda!

6. Jika anda berdua masih belajar, pastikan anda letakkan pelajaran di tangga Nombor 1. Janjikan perkara ini kepada kedua ibubapa anda. Setelah anda tamat belajar, barulah anda letakkkan rumahtangga anda di Nombor 1. InsyaAllah, jika pasangan anda seorang yang benar-benar memahami anda, pasti tiada masalah. Sama-samalah berusaha dan tahu tenggungjawab masing-masing.

7. Tanggungjawab sebagai suami-isteri perlu juga untuk anda tidak abaikan. Taat kepada suami dan berilah nafkah secukupnya kepada isteri anda.

8. Nyatakan secara spesifik kepada ibubapa anda dari mana sumber kewangan anda untuk menampung kos sara-hidup ketika anda sudah berkahwin kelak.

9. Bawalah pasangan anda ke rumah anda untuk makan malam bersama dan kenalkanlah dia kepada mereka.

10. Akhir sekali berbincang lah dengan lemah-lembut dengan ibubapa anda untuk menyatakan perancangan anda untuk berkahwin. Jangan sesekali anda nyatakan dalam nada yang mendesak. Berurusan dengan orang yang lebih tua ni perlulah secara lemah-lembut dan perlahan-lahan. Mereka amat mudah terasa dan sensitif.





p/s : hmm.. aku banyak yang tak lepas nih... korang..?

antara berpecah dan bersatu

Bagi aku, Kesatuan dan perpecahan sesuatu kumpulan masyarakat terlalu subjektif untuk di-quantitative analysis-kan. Sebab definisi ‘bersatu’ dan ‘berpecah’ mungkin saja berbeza bagi setiap individu.

Sebagai contoh, aku bagi situasi seperti yang berlaku kat asrama sekolah aku.

Bila baru masuk asrama masa form 1, dalam minggu orentasi, setiap student dalam batch kami di’paksa’ kongsi satu lollipop untuk satu batch. Maka, malam tu, merasa la kami kulum lollipop bekas air liur kawan2 yang kebanyakannya masih lagi belum kenal.

Dan setiap minggu, dalam sesi ‘usrah’, ada sesetangah usrah yang masih meneruskan budaya ni. Tapi tak extrim sangat, sekadar kongsi 1 biskut 4 segi untuk setiap ahli usrah, dalam lingkungan 10 orang.  

Setiap petang, lepas solat asar, satu batch kena berkumpul di surau, baca surah Al-Hujurat ramai-ramai. Supaya ukhwah kami kuat dan tidak berpecah.

Adakah macam ni baru dikatakan bersatu?

Bila dah jadi senior sikit, mula timbul puak-puak, bila ada persamaan minat dan aktiviti. Contohnya, ada geng surau, geng fly malam pi cc, geng lembut, geng bola, geng sembang deghaih masa waktu prep, dan banyak lagi.

Adakah macam ni sudah dikira berpecah?

setiap kita berbeza. jadi, tak salah rasanya kalau kita nak bersama dengan org yg ada persamaan (minat, aktivity, dsb) bagi aku, hal ni bukannya suatu benda yg negatif, tapi benda yg normal. berbeza tak semestinya berpecah.

Tapi, rambut sama hitam, hati siapa tahu. Dalam setandan pisang, tak semuanya elok. Cuma jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.





p/s : maaf andai entry ‘girls in my class’ mengundang spekulasi atau rasa tak puas hati mana2 pihak. I'm only responsible for what i say write, not for what you understand

13.3.12

kahwin masa belajar


muda-muda lagi dah kahwin
(gambar hiasan)


Baru dapat berita, hujung minggu ni ada satu lagi kenduri kahwin member aku. Huh, baru je minggu lepas ada kenduri kahwin seorang kawan. hujung minggu ni ada lagi..? seriously? Korang ni memang saja berpakat nak bagi aku jeles ke?

Tapi, malangnya, hari yang sama, 17 mac, aku ada pertandingan nasyid kat UM. So, tak dapat la aku nak pi. rasa rugi giler...

Dulu, bila dapat tahu team nasyid usm akan ke pertandingan nasyid di Universiti Malaya 17 mac ni, aku seronok sangat. Aku cakap kat ketua kumpulan, kalau pakai minus one pon(aku tukang main alat musik je) , aku nak pi jugak. Jadi penyokong pon jadi la.

Sebabnya, aku tak pernah lagi merasa menjejakkan kaki kat UM. Lagipon, adik aku sekarang study kat UM. saja nak tengok macam mana la uni yang adik aku sedang belajar sekarang. 

Tapi, bila dapat tau pasai kenduri kahwin tu, terus aku rasa down. Rasa macam nak tarik diri je dari pentandingan. Rasa rugi gila bila tak dapat hadiri walimatul urus seorang kawan.

Hmm.. apa boleh buat. Apa2 pon, buat sahabatku, aku doakan semoga korang berbahagia. Bila dah kahwin ni kena banyak bersabar, terutamanya bila kahwin time study...

Pha is


12.3.12

ustaz azhar idrus kembali ke penang


muslimin muslimat sekitar pulau pinang dijemput hadir ke majlis ilmu, kuliah maghrib perdana ustaz azhar idrus di masjid negeri Pulau Pinang pada 17 mac 2012 (sabtu) selepas maghrib.


Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : “Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu. 
(Hadis riwayat at-Tirmizi).



kembalinya seorang guru mengadap Tuhan



Mantan YM Guru Utama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Tuan Haji Ishak Bin Itam telah kembali ke rahmatullah pada Isnin 12 Mac 2012 jam 4:50 petang di kediaman beliau Mukim Tanah Liat, Bukit Mertajam.

Jenazah dijangka dikebumikan pada 13 Mac 2012 jam 10 pagi. Sama-samalah kita berdoa semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang-orang yang solih.

Al-fatihah.


tarik diri?

jujurnya, aku agak kechiwa. tapi, nak buat macam mana, mungkin dah bukan rezeki kita. he knows his body better. lagipon, everyone has a limit.
walaupon lin dan menang, chong wei tetap dihati


Pha is

11.3.12

Hukum Berkahwin


Alhamdulillah, baru balik dari walimatul urus sahabat satu sekolah. Seronok je bila aku tengok orang yang dah kawen ni. jeles pon ada jugak, sebab kawan aku ni dah pon menyempurnakan iman beliau. Aku ni, bila la gamaknya.

pengantin : syazwan dan hidayu.
dari kiri : nik, hisyam, khairi, luqman, pha is.
  “Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud katanya, Rasulullah SAW bersabda kepada kamu:  Wahai kumpulan anak-anak muda ! Barangsiapa di antara kamu yang mampu berkahwin hendaklah berkahwin. Kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa sebab yang demikian itu akan menahan nafsunya.”

Hukum berkahwin:

Asalnya hukum kahwin ni harus. Tapi dalam satu2 keadaan, boleh jadi  wajib, sunat, haram atau makruh. Sebabnya:

1. Perkahwinan yang wajib.
Orang yang diwajibkan berkahwin ialah orang yang sanggup untuk berkahwin, sedang ia khuatir terhadap dirinya akan melakukan perbuatan zina.

2. Perkahwinan yang sunat
Orang yang disunatkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin dan sanggup memelihara diri dari kemungkinan melakukan perbuatan yang terlarang.

3. Perkahwinan yang haram
Orang yang diharamkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin tetapi kalau ia berkahwin diduga akan menimbulkan kemudharatan terhadap pihak yang lain seperti orang gila, orang yang suka membunuh atau mempunyai sifat-sifat yang dapat membahayakan pihak yang lain dan sebagainya.

4. Perkahwinan yang makruh
Orang yang makruh hukumnya berkahwin ialah orang yang tidak mempunyai kesanggupan untuk berkahwin (dibolehkan melakukan perkahwinan) tetapi ia dikhuatiri tidak dapat mencapai tujuan perkahwinan.Oleh itu dianjurkan sebaliknya ia tidak melakukan perkahwinan.





Hmm.. aku ni, tak mampu lagi kot..
Pha is

talk to stranger

Baru dapat tau tentang omegle.com. sebuah site untuk sembang2 kosong dengan stranger. Totally stranger. So, aku pon try la masuk. Setelah cubaan yang ke berapa belas entah, akhirnya, dapat chat dengan budak kat bawah ni :   



You're now chatting with a random stranger. Say hi!
You: hi
Stranger: hi
Stranger: asl ?
You: 22 m
Stranger: 21 f canda
You: malaysia
Stranger: from :) ?
Stranger: cool
You: no, its hot here
You: J
Stranger: haha lucky you
Stranger: i wish it was warm here :>
Stranger: my name is iman btw
You: muslim?
Stranger: yes
Stranger: is that a problem :S
You: i'm faiz
Stranger: ow
Stranger: so ur muslim too :)
You: indeed
You: so, muslim in canada?
Stranger: my parents are from algeria
Stranger: so we live here :(
You: i see..
Stranger: how is Malaysia like ?
You: most of us muslim
Stranger: cool :)
Stranger: and the others ?
You: we actually have 3 major races
You: malay (muslim) chinese (budhist) and indian (hindu)
Stranger: cool
Stranger: and you live in the same country :) with peace i guess
You: alhamdulillah...
Stranger: alhamd lilllah because that how muslims are
Stranger: the media talk crap about us but in the reality we are really good ppl
You: yup
You: why muslim always seen as terrorist
You: while we can live in peace
Stranger: hahah yes !
Stranger: so we can let ppl say what ever they say
Stranger: well faiz i will go cuz my mother is callin me okay :)
You: ok
Stranger: take good care of yourself
Stranger: salam :)
You: salam.. :)




Pha is