Monday, February 13, 2012

tindih : bila la aku nak merasa


Dah banyak kali aku dengar cerita dari kawan-kawan dan family member pasai pengalaman diorang bila “kena tindih”.  setiap kali aku dengar diorang cerita, aku jadi jeles.

Jeles sebab diorang dah pernah rasa. Sejak kecil, aku tak pernah kena tindih. Aku pon teringin jugak nak rasa. Sampai satu tahap, aku sangat2 berharap agar suatu hari nanti, aku kena tindih. seriously.

Sehinggalah baru2 ni, aku alami mimpi yang pelik. Aku mimpi yang aku tengah baring atas katil yang aku tidur. Tapi aku Nampak ada makhluk yang sedang duduk kat tepi katil aku, sedang tengok kaki aku.

Dia tak buat apa2 pon. Just tengok kaki aku je. At first, aku rasa nak terajang je makhluk tu, tapi aku tak leh gerak. Aku jerit, tapi tak keluar suara.

Masa tu, aku rasa seronok pon ada. Sebab aku fikir, akhirnya, dapat jugak aku rasa macam mana kena tindih. so, aku tunggu, kot2 makhluk tu nak tindih aku. Tapi, malangnya, dia Cuma tengok je kaki aku tu. Tak buat apa2 langsung.

Bila terjaga dari tidur, aku agak disappointed. Tapi, rumate aku kata, dia ada dengar aku meracau malam tu. Hmm.. tak merasa la aku. 

sapa pernah kena? ceciter sikit..


Pha is

10 comments:

  1. boleh pulak teringin?adeh agak pelik di situ..org lain tak mau kena tindih, ni nak kena? ^_^ alhamdulillah tak penah gi...

    ReplyDelete
  2. adohai pelik tol.. nak sgt rasa ek.. hmm jgn la nk rasa.. penat tau tak nak menahan kena tindih tu, berat nk mati! hehe..

    ReplyDelete
  3. aku pernah rasa.. kali pertama tahun 1985/6, masa tingkatan 2 atau 3, masa tidur kat surau sekolah.. tengah-tengah malam, dalam pukul 1 pagi, tiba-tiba je rasa ada benda berat hempap badan aku yang menelentang.. langsung tak boleh bergerak, samada anggota tangan atau kaki, dan susah nak bernafas, nafas jadi terlampau pendek.. aku ingatkan nak kena sodom (sebab sekolah tu sekolah asrama all-boys & sebab pernah dengar cerita bahan kimia termasuk klorofom hilang dari makmal sekolah).. tapi tak nampak apa yang menimpa.. aku cuba jerit minta tolong tapi suara tak keluar.. tapi kawan-kawan lain yang tidur sekali (kami tidur ramai-ramai) dan abang-abang senior lain nyenyak je tidur.. last sekali, aku cuba baca ayat kursi.. lamalah juga, rasa dalam 1-2 jam, baru lepas dan badan boleh bergerak.. memang penat betul.. masa tu takut kena stroke atau lumpuh separuh badan je.. aku pun tak pasti, samada itu betul kena 'tindih' atau masalah kesihatan.. sebab tak nampak benda yang menimpa, cuma rasa dada dihempap benda berat.
    Kali ke-dua, tahun 2000, aku kena pukul 10 pagi, di ruang makan masjid pula, masa tu aku boleh dengar budak-budak sekolah agama rehat, tapi aku tak boleh bergerak langsung, mata pun tak boleh buka.. sebab dah pernah kena sekali dulu, aku tenangkan fikiran dan baca apa yang patut dalam hati sampai aku tertidur balik. Dekat waktu Zuhur baru aku terjaga, tapi badan berpeluh macam orang baru bersenam berat. Otot kaki & tangan serta dada rasa lenguh sangat...,
    kesimpulannya, mungkin itu 'ujian' atau masalah kesihatan.. walaupun masa tu aku cergas, selalu bersenam - tahun 2000 tu baru balik dari buat Full Marathon di Larian jambatan Pulau Pinang - tapi tak mustahil ada gangguan kesihatan. Kan ada kes ahli sukan mati sakit jantung masa main bola sepak? Kejadian 'kena hempap' ni tak menimpa semua orang.. aku rasa orang yang nak takkan dapat,, sebab 'benda' yang menghempap ni serang orang yang tak bersedia.. aku rasalah.. masa kena kali kedua tu pun aku terperanjat, sebab dah lama sangat tak kena (2000 dan 1985/6).. jangan minta, sebab aku takut kalau kau kena nanti, kau kuat sangat melawan, ada saraf boleh rosak.. nanti keluar suratkhabar, REMAJA KENA ANGIN AHMAR... Boleh jadi, bro, JANGAN DIMINTA.. takut jadi macam cerita budak yang nak rasa ALAM BARZAH macamana, dia pergi baring dalam lubang kubur, tertidur dan merasa kena pukul - sudahnya badan dan kaki 3 bulan bengkak, tak boleh berjalan 3 bulan... SENDIRI YANG SUSAH bro.. ada benda JANGAN DIMINTA dan JANGAN DICUBA, macam DADAH.. Itu pandangan aku lah.. sebab ini bukan benda yang menyeronokkan.. Wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuh.. panjang betol bro... tapi org kata ada penjelasan saintific... antara yg penah aku baca, antar puncanya, bila badan kita tak biasa aktif, tetiba kita buat aktivity berat yg guna banyak stamina.. badan terkejut, sebab tu kejang masa tidur... bila ko sebut pasal marathon kat penang bridge tu, aku terus teringat pasai ni... papepon, wallahu a'lam...

      thanks bro... ekceli aku tak mengharap sangat pon... cuma masa aku mimpi tuh, aku ingat lepas tu aku akan kena hempap, tapi tak kena.. tu je.. hehehe

      Delete
  4. Kena tindih ni ada jugak penjelasan saintifik dia. Tapi, tak berapa nak ingat la.

    Tapi, diri sendiri selalu mimpi konon kena tindih. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mimpi konon kena tindih..? hehehe.. setail...
      betol2, penah baca juga enjelasan saintifik di sebalik fenomena ni... ada something berlaku kat neuron.. ingat sikit2 je...

      Delete
  5. 1st time TK dgr ade org mintak nk kne tindih~

    ReplyDelete