28.2.12

suami berhias untuk isteri?


Al-kisah..

Suatu hari, seorang wanita bersama suaminya menemui Khalifah Umar bin al- Khattab. Dengan wajah seribu harapan, wanita tersebut meminta Khalifah Umar agar mengizinkan dirinya bercerai dengan suaminya.

"Wahai Amirul Mukminin, aku bukan bagi diriku dan bukan pula bagi suamiku ini. Bebaskanlah aku daripadanya," ucap wanita itu penuh mengharap.

Tetapi Umar tidak segera menjawab permohonan itu. Beliau memandang suami wanita itu. Rambutnya kusut-masai, kukunya panjang, janggutnya tidak terurus, wajahnya pula pucat lesi dan cara berpakaiannya benar-benar tidak sedap mata memandang.

Lalu Umar mengisyaratkan kepada lelaki itu. Beliau menyuruh lelaki itu mandi, memotong kuku, memotong rambut dan menyisirnya dengan rapi. Maka lelaki itu pun melaksanakan perkara yang diperintahkan oleh Umar.

Tidak beberapa lama kemudian, lelaki itu datang kembali. Lalu Umar mengisyaratkan supaya lelaki itu memegang tangan isterinya. Isterinya yang tidak mengenali suaminya itu terkejut lantas berkata, "Wahai Hamba Allah, Apakah engkau tidak malu melakukan perkara sebegini di hadapan Amirul Mukminin?"

Melihat adegan tersebut, Umar tersenyum lalu menjelaskan kepada wanita tersebut bahawa lelaki yang mengenggam tangannya itu ialah suaminya sendiri.

Dengan tersipu-sipu, wanita itu berkata kepada khalifah bahawa ia ingin membatalkan permintaannya sebelum ini. Akhirnya, pasangan itu pun kembali dengan mesra bergandingan tangan.

"Begitulah seharusnya para suami mempersembahkan diri kepada si isteri. Sesungguhnya isteri lapang hatinya apabila suami berhias untuk mereka. sebagaimana suami berasa tenang dan senang apabila isteri berdandan untuk mereka," kata Umar mengakhirinya.


Sumber Asal: Asyik Nak Bini Cantik, Sedap Mata Memandang Jer ... Lelaki? |HASRULHASSAN.COM™ 

4 comments:

  1. wahh.. jarang aku dengar pasal ni.. i likesss.. :)

    ReplyDelete
  2. memang patut pun...mana boleh isteri je berhias.ye dak? ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. betol2... apa salahnya kalau suami yg berhias pulak... hehehe..

      Delete