Thursday, February 23, 2012

kelebihan barli


“Hang ni, hari-hari barli suam. Sedap sangat ka?”

Soal saifudin tatkala aku memesan minuman. Dia sepertimana biasa, hanya memesan teh o ais. Penat-penat sebegini, memang sedap pekena air berais. Apatah lagi kami baru saja habis latihan silat.

“hang pa tak pa la, pekena ayaq ais. Aku ni nak kena jaga tekak. Esok lusa masa demo silat untuk kenduri nanti, aku jugak yang nak kena komand.”

“hahaha. Nasib la...”

Seketika kemudian, datang pelayan membawa minuman kami. Satu persatu gelas diletakkan diatas meja. Tertib. Lantas, aku menghulurkan barli suam aku kepada saifudin. “try la. baru tau sedap ke tak. lagipon, barli ni baguih.”


“baguih untuk suara ka?” soal saifudin, sebelum dihirupnya barli suam yang aku hulur. Diminumnya seteguk, kemudian diletakkan kembali barli suam itu di atas meja.

“hmm.. boleh tahan.” Kata saifudin lagi.

“Bukan la. bukan untuk suara. Tapi aku pernah terbaca yang barli ni antara makanan kegemaran Nabi”

“betui ka?”

“ha la.. aku pernah terbaca. Kat blog mana entah.”

“hang tak habih-habih dengan blog.”

“hehehe.. biasa la.. tapi, budak yang satu usrah dengan aku pernah kata yang barli ni baguih untuk kesuburan lelaki. Bagi banyak air mani.”

“owh..”

*********************************

Keesokan malamnya...

“Minum apa bang?” soal seorang lelaki sambil menulis sesuatu atas buku nota kecil yang dipegang kemas.

“barli suam satu” pesan saifudin.

“aik..? lawan taukey Nampak..” sinis aku.


Pha is

8 comments:

  1. betul tu..barli sedap... and berkhasiat.. ^_^

    ReplyDelete
  2. amboi siap transparent lagi...

    tak minat barli

    ReplyDelete
  3. bubur barli pn sedap gak..lmenye xrse...

    ReplyDelete
  4. lau demam mama suka rebus barli, lau balik cuti pun mama suka rebus barli.. sedapppp ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak sebenarnya kelebihan barli ni.. heheh

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...