Wednesday, February 29, 2012

heroin specky

vanilla coklat

dulu, sebelum citer ni keluar kat tv3, memang aku ader dengar khabar yang tv3 akan keluarkan citer baru, yang bertajuk vanilla coklat. tapi aku tak amik port pon.

tapi, bila terpandang "iklan" macam gambar kat atas tu, terus aku rasa tertarik nak tengok. "waaa... heroin pakai speck..!!!!" dan disebabkan aku agak tertarik dengan perempuan yang berkaca mata, so, aku pon try la tengok cerita tuh.

tapi, bila tengok, hampeh..!!! heroin tak pakai spek pon. pakai kejap2 je, masa study. terus aku tak de selera nak tengok. sekian....



Pha is

girls in my class


Kadang-kala, bila difikirkan, kalau kat mana-mana pusat pengajian sekalipon, mesti student perempuan akan ada beberapa jenis puak. Well, aku akui, lelaki pon lebih kurang sama je, Cuma tak menonjol sangat.

Jadi, kat sini, aku just nak senaraikan beberapa puak2 yang mungkin wujud dalam kalangan student wanita kat kelas aku. Khasnya perempuan melayu. Cuba try check tengok. Mana tau budak2 perempuan kelas korang pon macam ni jugak.


1. tudung labuh clan (TLC)

So far aku rasa group ni yang paling popular. Dari matrik sampai ke ipt. Mesti ada group ni. geng muslimah bertudung labuh, geng selalu terlibat dalam program2 islami, contohnya dari PMI dan sebagainya.

Kalau nak cari calon isteri solehah, cari dalam group ni la. muka pon selalunya boleh tahan lawa jugak. Yang penting, sedap mata memandang. Sejuk je hati bila tengok perempuan bertudung labuh ni. kan?

Jangankan tengok muka, aku tengok tangan pon dah rasa tenang.

2. parti socialist

Ok, ‘parti’ ni aku perasan ada kat ipt aku je. Kat tempat lain, aku tak tau. Geng ni bukannya jenis bersosial dengan cara yang negative. Tapi dengan cara yang positive.

Maksud aku, kalau ader apa-apa program, kebanyakannya ahli2 dalam parti ni la yang terlibat, sama ada dalam jawatan tertinggi, mahupon sebagai ajk biasa. Pendek kata, diorang ni rajin la.

Dan kalau tak terlibat pon, muka diorang jugak yang akan joint program-program. Kira aktif la katakan. Well, it’s good for them. Mereka tahu bagaimana nak enjoy, dengan cara yang sihat.   

3. geng elit

Ok, kalau dalam cerita kat tv tentang mana2 “high school” kat barat, mesti ada geng “popular girls”. Tapi kat kelas aku ni, kumpulan ni tak menonjol sangat. Lagipon, diorang ‘glamer’ masih dalam budaya ketimuran. Hehehe..

4. geng merayau.

Firstly, kumpulan ni bukannya jenis yang berpeleseran tak tentu hala, tapi geng yang jenis suka jalan-jalan makan angin. Kalau tengok gambar kat pesbuk, mesti banyak gambar2 diorang keluar melancong bersama, sama ada jarak jauh mahupon dekat.

Minggu ni tour pusing satu penang. minggu depan pulak pergi pantai, minggu seterusnya pulak, makan kat restoran mewah. Kira tiap2 minggu, ader je tempat yang diorang nai pergi.

**********

So, kat tempat korang macam mana pulak?  


Pha is

Tuesday, February 28, 2012

suami berhias untuk isteri?


Al-kisah..

Suatu hari, seorang wanita bersama suaminya menemui Khalifah Umar bin al- Khattab. Dengan wajah seribu harapan, wanita tersebut meminta Khalifah Umar agar mengizinkan dirinya bercerai dengan suaminya.

"Wahai Amirul Mukminin, aku bukan bagi diriku dan bukan pula bagi suamiku ini. Bebaskanlah aku daripadanya," ucap wanita itu penuh mengharap.

Tetapi Umar tidak segera menjawab permohonan itu. Beliau memandang suami wanita itu. Rambutnya kusut-masai, kukunya panjang, janggutnya tidak terurus, wajahnya pula pucat lesi dan cara berpakaiannya benar-benar tidak sedap mata memandang.

Lalu Umar mengisyaratkan kepada lelaki itu. Beliau menyuruh lelaki itu mandi, memotong kuku, memotong rambut dan menyisirnya dengan rapi. Maka lelaki itu pun melaksanakan perkara yang diperintahkan oleh Umar.

Tidak beberapa lama kemudian, lelaki itu datang kembali. Lalu Umar mengisyaratkan supaya lelaki itu memegang tangan isterinya. Isterinya yang tidak mengenali suaminya itu terkejut lantas berkata, "Wahai Hamba Allah, Apakah engkau tidak malu melakukan perkara sebegini di hadapan Amirul Mukminin?"

Melihat adegan tersebut, Umar tersenyum lalu menjelaskan kepada wanita tersebut bahawa lelaki yang mengenggam tangannya itu ialah suaminya sendiri.

Dengan tersipu-sipu, wanita itu berkata kepada khalifah bahawa ia ingin membatalkan permintaannya sebelum ini. Akhirnya, pasangan itu pun kembali dengan mesra bergandingan tangan.

"Begitulah seharusnya para suami mempersembahkan diri kepada si isteri. Sesungguhnya isteri lapang hatinya apabila suami berhias untuk mereka. sebagaimana suami berasa tenang dan senang apabila isteri berdandan untuk mereka," kata Umar mengakhirinya.


Sumber Asal: Asyik Nak Bini Cantik, Sedap Mata Memandang Jer ... Lelaki? |HASRULHASSAN.COM™ 

kenduri kahwin dan silat



Dah banyak akali aku buat demonstrasi silat untuk kenduri kahwin. Dari atas pentas, sampai la ke atas jalan tar. Dari dewan ber-ekon sampai la ke tengah padang. Macam-macam stail.


Nanti, bila aku kahwin, mesti la aku nak rasa tengok persembahan demo pulak. Bila fikir pasai ni, tiba2 aku dapat satu idea.

Apa kata, kalau masa part “umum” (seorang hero lawan dengan ramai orang), instead of aku tengok saja, lebih baik aku yang jadi “hero”.

Masa demonstrasi tengah berjalan, tiba2, aku masuk. Then, semua pesilat tu serang aku. Hehehee..... macam ni boleh..?

(sudah la faiz ooii... jangan dok berangan sangat. Lambat lagi ko nak kawen.)

Pha is
  

Monday, February 27, 2012

video pendekar

just nak kongsikan video pendekar ni. video promosi malam pendekar usm 2012. aku berlakon tau dalam video ni. tapi sebagai orang jahat je. apa2 pon, enjoy.

video dari cik nani saat yang paksa suruh aku cakap yang dia tu comel

kalau nak tau aku yang mana satu, tengok minit yang ke 1:08. yang tengah bersandar kat motor kawasaki ninja kips 150r biru tu...hehehe


Pha is

a new beginning..


skuad demo elit psscmusm 2012 (credit to sarah ashila)


Selesai sudah program malam pendekar. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Sekarang, aku dah boleh tumpukan kepada hal-hal yang lain pulak.

Sejak buka sem, aku Cuma pikir malam pendekar je. Even barang2 aku pon tak kemas2 lagi. baju2 masih dalam kotak walaupon dah seminggu buka sem. (terok3)

Sekarang, dah boleh mula tumpu study. insyaAllah, kena tingkatkan usaha supaya dapat grad farmasi sekali dengan member-member yang lain. (walaupon rasanya macam tak sempat je aku nak grad dalam masa 4 tahun)

Harap2, sem ni aku lulus semua paper. Tak nak lagi sangkut2. Kalau tak, kesian kat pesakit aku. Layakkah aku nak dispense ubat untuk diorang?

Ya Allah, permudahkanlah...

Pha is

Friday, February 24, 2012

makan pisang kembar, dapat anak kembar.


Dulu, masa kecik-kecik, sebelom aku masuk tadika, ayah aku dah hantar aku belajar mengaji dengan seorang guru ugama kat kampong aku. Kami panggil beliau Long Teh. Beliau dah lama meninggal. Tapi, Alhamdulillah, aku sempat khatam dengan Allahyarhamah sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Dulu, beliau memang garang. So, far, denda yang paling keras aku pernah kena dari beliau la. orang dulu-dulu, mengajar dengan rotan, baru anak murid paham.

Yang bestnya masa tuh, kadang-kadang, ada orang kampong yang sedekah makanan kat kami. Bila semua dah “bertalaqi” dengan Long Teh, ada saja jamuan kecil. Mungkin orang-orang kampong rasa lebih berkat sedekah kat orang yang belajar mengaji.  

Kadang-kadang, pulut kuning. Kadang-kadang, bihun goreng. Tapi, yang paling popular, buah pisang.

Satu hari, masa ada orang bagi buah pisang, kami terkejut sebab dalam tu, ada pisang kembar. Lantas, Long Teh kata, “sapa yang nak anak kembar, makan la pisang tu.”

pisang kembar. sumber gambar

Beberapa hari selepas tu, kebetulan, masa kat sekolah rendah, masa aku ambik makanan RMT (Rancangan Makanan Tambahan), tiba-tiba, aku dapat pisang kembar.

So, dengan bangganya, aku cerita la kat kawan-kawan sekolah rendah aku tu, ‘kalau makan pisang kembar, nanti boleh dapat anak kembar’. Tapi, kebetulan jugak, cikgu aku yang baru je kahwin, terdengar perbualan aku tu.

Cikgu azwan : Faiz, mana kamu tau kalau makan pisang kembar nanti boleh dapat anak kembar?”

Aku : cikgu yang ajaq saya mengaji yang bagitau, cikgu.

Cikgu azwan : owh.. pisang tu, kamu bagi kat saya boleh?

Aku : nah, ambik la cikgu...
  


Pha is

Thursday, February 23, 2012

kelebihan barli


“Hang ni, hari-hari barli suam. Sedap sangat ka?”

Soal saifudin tatkala aku memesan minuman. Dia sepertimana biasa, hanya memesan teh o ais. Penat-penat sebegini, memang sedap pekena air berais. Apatah lagi kami baru saja habis latihan silat.

“hang pa tak pa la, pekena ayaq ais. Aku ni nak kena jaga tekak. Esok lusa masa demo silat untuk kenduri nanti, aku jugak yang nak kena komand.”

“hahaha. Nasib la...”

Seketika kemudian, datang pelayan membawa minuman kami. Satu persatu gelas diletakkan diatas meja. Tertib. Lantas, aku menghulurkan barli suam aku kepada saifudin. “try la. baru tau sedap ke tak. lagipon, barli ni baguih.”


“baguih untuk suara ka?” soal saifudin, sebelum dihirupnya barli suam yang aku hulur. Diminumnya seteguk, kemudian diletakkan kembali barli suam itu di atas meja.

“hmm.. boleh tahan.” Kata saifudin lagi.

“Bukan la. bukan untuk suara. Tapi aku pernah terbaca yang barli ni antara makanan kegemaran Nabi”

“betui ka?”

“ha la.. aku pernah terbaca. Kat blog mana entah.”

“hang tak habih-habih dengan blog.”

“hehehe.. biasa la.. tapi, budak yang satu usrah dengan aku pernah kata yang barli ni baguih untuk kesuburan lelaki. Bagi banyak air mani.”

“owh..”

*********************************

Keesokan malamnya...

“Minum apa bang?” soal seorang lelaki sambil menulis sesuatu atas buku nota kecil yang dipegang kemas.

“barli suam satu” pesan saifudin.

“aik..? lawan taukey Nampak..” sinis aku.


Pha is

Wednesday, February 22, 2012

honda 125x baru tak laku?


Rupanya, bila tengok carta search engine, ramai yang masuk blog aku sebab search pasai moto wave 125 x ultimo. Agaknya sekarang ni makin ramai orang yang minat moto ni.

Dulu, masa mula2 aku beli ultimo, rasanya tak ramai lagi masa tu yang pakai moto ni. susah nak jumpa kat jalan raya. tapi, sekarang, aku tengok, bercambah.  

Apa2 pon, apa yang aku nak kongsikan, antara carian yang membuatkan orang masuk ke blog aku yang aku perasan, ialah “punca motor honda 125x baru tak laju”. So, bila aku try google tengok, keluar macam ni :



“punca motor honda 125x baru tak laku”...????

Amboi...!!! pak cik google oooii... sedap2 je ko kata moto aku tak laku..!!!!

Pha is

Tuesday, February 21, 2012

anda rasa anda berat?


Dalam beberapa minggu yang lepas, even sehingga kini, setiap hari aku ada latihan silat.  Kalau dulu, persediaan untuk karnival waja diri, kali ini, untuk persembahan malam pendekar.

Aku target, bila dah tiap2 hari ada latihan, berat badan aku mungkin akan turun la sikit. Terutamanya bila untuk persediaan karnival waja diri, setiap pagi kami ada latihan stamina.

Tapi, malangnya, bila dah habis pertandingan, berat badan aku naik. Hampir 6 KILO..!!! fuh.. kejadah..???

Agak kechiwa disitu. Tapi, bila difikirkan balik, ah, persetankan dengan berat..!!! ada apa dengan berat? Tak lebih dari sekadar nombor.. Berat berlebihan tak semestinya obes. Tak caya? Meh sini nak terangkan.

Selalunya, orang selalu kaitkan berat dengan BMI (body mass index). Ratio antara berat badan dan ketinggian. Cara nak kira, berat (dalam kg) bahagi tinggi (dalam meter) kuasa dua.

\mathrm{BMI} = \frac{\mbox{mass} \ \mbox{(kg)}}{\left( \mbox{height}(\mathrm{m})\right)^2}

Dah kira? Bagus. sekarang, bandingkan jawapan korang dengan range kat bawah ni:

< 16.0             =          severely underweight
16.0 – 18.5    =          under weight
18.5 – 25.0    =          normal
25.0 – 30.0    =          overweight
30.0 – 35.0    =          obese clas 1
35.0 – 40.0    =          obese class 2
> 40.0             =          obese class 3

Okey, aku mengaku, aku dalam katagori “overweight”. TAPI, nanti dulu...!!! Lecturer aku cakap, BMI tak boleh pakai sangat. Sebab BMI hanya ukur ratio antara berat dan ketinggian. Tapi berat badan kita pulak terdiri dari beberapa komponen.

Contoh yang paling mudah, berat badan kita banyak sebab berat lemak, atau berat otot? Sebab otot sebenarnya lebih berat dari lemak. So, mungkin aku berat, sebab banyak otot berbanding lemak. Hehehe..
aku dan rumate.

Kalau tak caya, try Tanya berat or BMI orang macam sazali samad, atau yang paling sinonim dalam dunia bloger, bro Ben Ashaari. Tak kan nak kan nak kata diorang obes? 


Pha is








Monday, February 20, 2012

cinta monyet

Hmm.. kenapa kena pergi sekolah.? Mesti la untuk belajar.. kan? tapi dulu, pernah jugak pergi sekolah sebab crush kat seorang perempuan ni. hehe

Maklumlah, masa tu baru darjah enam, kata orang, baru nak baligh, so, ada sikit ketidak seimbangan hormon. (eh, laki pon ader tau, bukan pompuan je). Mungkin, side effect dari kesan baru baligh tu, mula la suka kat perempuan. Well, at least, tu membuktikan yang aku tak gay.

Tapi, aku tak pernah pon luah apa2 kat perempuan tu.. pendam je.. lagipon, cinta monyet je pon.. budak2.. bila masuk sekolah menengah, terus lost contact. Lama2, aku pon dah boleh “tenang” dari perempuan tu, setelah 3-4 tahun.

Yang bestnya, bila dah masuk U, bila dah ada akaun fesbuk, aku try cari profil budak tu. Last2 jumpa. Tapi, bila aku tengok gambar budak tu, serius aku rasa nak tergelak.

“haish... macam mana la dulu aku boleh tersangkut kat budak ni..?”

Pha is

Saturday, February 18, 2012

kahwin..!!!

Siapa kahwin? Aku??
Bukan lah. Aku masih lagi single. So, gadis2 sekelian tak perlu risau. Korang masih lagi ada chance... hehehe

Huh, jauh aku merepek. Dah2. just nak bagitau betapa exitednya bila dapat jemputan kenduri kahwin dari member satu sekolah.

Dulu masa kat sekolah, main sama2, belajar silat sama2, prep sama2, tidur sama2 (1 dorm dengan aku kat asrama), fly pergi cc sama2, tup tap sekarag dah nak kahwin.

Mula2 dua-pupu kahwin. Sekarang ni kawan pulak. Makin lama makin awkward. Hmm.. Aku ni, bila la gamaknya...

Apa2 pon, buat sahabatku Juan (syazwan sufi) dan isteri, barokallahu lakuma wa baroka a’laikuma.... semoga korang bahagia bersama hingga ke syurga.

BTW, diorang kahwin siap ada video... jeles aku. Hehehe.. layan... 




Pha is

Thursday, February 16, 2012

Festival Simfoni Mahabbah VS Malam Pendekar


Tiba2 tadi ternampak satu poster dari wall fesbuk kawan.



Program : Festival Simfoni Mahabbah – sempena persidangan dan ekspo halal antarabangsa Pulau Pinang 2012

Tarikh : 25 Febuary 2012 (sabtu)

Tempat : P.I.S.A.(Penang International Sport Arena), Penang

Aturcara :
9.00 pagi – pertandingan nasyid
2.30 petang – bicara artis
8.30 malam – konsert bisikan hati

Personality yang bakal hadir :
Mawi
Akhil Hayy
Waheeda
Hijjaz
Ustaz Don Daniyal
Ustaz Roslan Che Rus

sumber gambar : laman web rasmi jabatan agama islam pulau pinang 

malangnya, pada masa yang sama (malam), kami ada buat program Malam Pendekar di Dewan Tunku Syed Putra, DTSP USM. juga terbuka untuk orang ramai. so, persaingan agak sengit disitu. 



Pha is

How I Meet Your Mother VS The Big Bang Theory



Dulu, aku layan cerita How I Meet Your Mother (HIMYM). Tapi, baru2 ni (tak la baru sangat), “supplier” aku untuk cerita HIMYM ni ada cadangkan supaya aku tengok cerita The Big Bang Theory (TBBT)  pulak. Katanya, cerita TBBT ni pon best jugak.

Tapi, setelah aku marathon tengok sampai season 2 cerita TBBT, aku rasa cerita HIMYM masih tetap menjadi pojaan hatiku.

Tapi, dari sudut yang positif, aku rasa cerita TBBT lebih sesuai untuk budaya ketimuran. Sebab kalau nak dibandingkan, HIMYM asyik2 lawak lucah je. Cerita TBBT ni kebanyakannya lawak yang educated, dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Tu pon kalau korang paham la lawak dalam cerita TBBT. Sebab lawaknya agak komplikated. Aku yang student university ni pon macam susah je nak paham apa yang diorang cakap.

Tapi, bagi peminat2 cerita sitcom, aku rasa tak rugi kalau korang try layan TBBT pulak. Mana la atau kot2 cerita ni kena dengan citarasa korang.

p/s : Lepas ni, nak try cerita Two And A Half Men pulak. ‘suplier’ aku cakap, dia dah download.


Pha is

Wednesday, February 15, 2012

Monday, February 13, 2012

hikayat budak pening di bloglist mereka 2

entry ni adalah rentetan dari entry "hikayat budak pening di bloglist mereka". entry bagi menghargai bloger-bloger yang telah "kantoi" di detect meletakkan blog hikayat budak pening ni di bloglist mereka. mereka2 adalah :


1. JUST CALL ME NANI SAAT (http://dakupermysury.blogspot.com)


bloger ni bernama nani saat. well, obviously... hehehe... beliau member aku kat usm. kenal sebab silat cekak. yup, pemilik blog ni juga ahli silat cekak. jangan main2... sekarang, beliau memegang jawatan dalam Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia USM. kiut orangnya... hehehe.. but taken..

2. KISAH HATI SI BUDAK KECIK (http://thesadhepy.blogspot.com)



beliau juga member silat kat usm. kecik molek orangnya. tapi pandai mengarang cerpen. di blog beliau ada beberapa cerpen hasil nulikan beliau. kalau nak baca, boleh la singgah di sana. hehehe..

3. FIRDAUS LIFE (http://aku-freaky-falcon.blogspot.com)


ok, yang ni aku agak terkejut. firdaus ni dah macam katagori bloger otai kot. follower pon dah beribu. rajin buat segment pulak tuh. tapi beliau letak blog hikayat budak pening di bloglist beliau. siap dalam katagori "blog yang otai" pulak tuh.

memang agak terkejut. aku masih baru lagi. follower pon tak sampai 600. rasa macam tak layak je aku nih dalam bloglist beliau. papepon, firdaus, terima kasih la banyak2... (n_n)

............

buat bloger2 yang lain, kalau korang masih belom terkantoi, jangan risau, insyaAllah, nanti akan ada lagi entry macam ni. harap bersabar lah yer...


Pha is

aurat di facebook : beringat-ingatlah.

dulu popular kejap pasai video mengenai aurat yang didedahkan dalam laman facebook. tentang apa yang akan berlaku bila kita mati, kalau dalam facebook kita masih ada gambar2 yang tak tutup aurat.

tapi kini, perkara ni benar2 dah terjadi. terbukti. bila tak sempat delet gambar yang tak tutup aurat sebelum mengehembuskan nafas terakhir.



so, beringat-ingat la. kita mati tak kira masa, tak kira usia. sanggup ke nak tanggung dosa walaupon dah meninggal dunia?


Pha is

twitter : gosip?


Akhirnya, Berjaya mencampakkan diri ke lembah twitter. saja seronok-seronok. So, sapa yang nak follow, boleh tengok pi kat sini

Hmm.. so far, aku dah ada fesbuk, blog, google+, formspring, dan twitter. so, lepas ni, apa lagi ye..?

menurut seorang member aku yang dah lama berkecimpung dalam dunia twitter, ramai classmate kami (budak perempuan especially) yang rajin bergosip kat twitter.  so, kalau boleh, tak nak la aku ketinggalan. Hehehe..

Baru je sign up, baru je follow beberapa orang, dah ada 1 tweet dari classmate yang agak menarik perhatian aku.


Owh... rupanya ni keje korang yer...  hahaha...



Pha is

tindih : bila la aku nak merasa


Dah banyak kali aku dengar cerita dari kawan-kawan dan family member pasai pengalaman diorang bila “kena tindih”.  setiap kali aku dengar diorang cerita, aku jadi jeles.

Jeles sebab diorang dah pernah rasa. Sejak kecil, aku tak pernah kena tindih. Aku pon teringin jugak nak rasa. Sampai satu tahap, aku sangat2 berharap agar suatu hari nanti, aku kena tindih. seriously.

Sehinggalah baru2 ni, aku alami mimpi yang pelik. Aku mimpi yang aku tengah baring atas katil yang aku tidur. Tapi aku Nampak ada makhluk yang sedang duduk kat tepi katil aku, sedang tengok kaki aku.

Dia tak buat apa2 pon. Just tengok kaki aku je. At first, aku rasa nak terajang je makhluk tu, tapi aku tak leh gerak. Aku jerit, tapi tak keluar suara.

Masa tu, aku rasa seronok pon ada. Sebab aku fikir, akhirnya, dapat jugak aku rasa macam mana kena tindih. so, aku tunggu, kot2 makhluk tu nak tindih aku. Tapi, malangnya, dia Cuma tengok je kaki aku tu. Tak buat apa2 langsung.

Bila terjaga dari tidur, aku agak disappointed. Tapi, rumate aku kata, dia ada dengar aku meracau malam tu. Hmm.. tak merasa la aku. 

sapa pernah kena? ceciter sikit..


Pha is

Sunday, February 12, 2012

kwd 2012, selesai

Alhamdulillah, setelah praktis selama hampir 3 minggu, akhirnya, hari pertandingan dah selesai. walaupon tak menang, at least ada jugak pengalaman baru. merasa merantau di universiti orang. hehehe.. universiti "kebanggaan" malaysia, UKM....

segala penat lelah, lebam, luka, melecet, dan sebagainya memang berbaloi. seronok. apatah lagi dapat jumpa kawan2 lama. sampai ada yang aku tak perasan muka. nasib baik beliau yg tegur dulu. hehehe

kini, cuma tinggal preparation untuk demo malam pendekar je.

kat bawah ni aku ambik salah satu katagori yang kami bertanding. katagori umum tangan kosong dan umum kaki. so, enjoy...


maaf, video telah di delet atas sebab2 keselamatan.
Pha is

lagi pasal ubat generik


Kalau sebelom ni aku ada post berita tentang pelancaran buku “apa yang anda perlu tahu tentang ubat generic”, oleh pensyarah pusat pengajian sains farmasi USM, kemuadian disusuli dengan dakwaan presiden Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia (MMA), Dr Mary Suma Cardosa berkenaan ubat generik.

Kali ni, bagi yang masih keliru apa dia yang dimaksudkan dengan ubat generic, boleh baca petikan artikel ini:

MELIHAT senarai nama ubat untuk merawat penyakit sama membuatkan sesetengah orang keliru sehingga tidak tahu memilih atau menentukan mana yang baik dan sesuai untuk masalah mereka.

Lebih mengelirukan, bagi ubat yang lebih kurang sama, harganya jauh berbeza hingga timbul persoalan — adakah ubat yang murah itu tiruan? Jika anda membeli ubat daripada farmasi berdaftar, klinik atau hospital, anda tidak perlu bimbang isu ubat tiruan.

Secara umumnya, ubat dibahagikan kepada dua kategori — ubat asal (berjenama) dan ubat generik. Harga ubat asal (berjenama) jauh lebih mahal berbanding ubat generik tetapi kesan kedua-dua jenis ubat adalah sama.

Apa itu ubat generik? Ubat generik ialah ubat dihasilkan sama seperti ubat berjenama di segi dos, keselamatan, kekuatan, cara pengambilan, kualiti, keupayaan (keberkesanan) dan tujuan penggunaannya.

Ia biasanya dihasilkan selepas ubat asal tamat tempoh patennya (hak cipta bagi satu-satu syarikat mengeluarkan ubat berkenaan).

Bila ubat generik boleh diperoleh? Ada beberapa keadaan yang membolehkan pengusaha mengeluarkan ubat generik, iaitu apabila:

1.  Tamat tempoh paten atau hak cipta satu-satu ubat berjenama. Semua ubat baru dihasilkan mengikut perlindungan akta hak cipta atau paten. Ini bermakna semua langkah penyelidikan adalah hak mutlak sesebuah syarikat farmaseutikal hinggalah tempoh paten ubat terbabit tamat

2. Pengusaha ubat generik dapat membuktikan paten ubat asal adalah palsu atau tidak sah

3. Ubat yang tiada perlindungan paten atau di negara yang tidak mewajibkan penggunaan paten seperti India dan China

Menurut Pengurus Pentadbiran Pusat Penyelidikan Klinikal Kementerian Kesihatan, Loh Choon Shane, usaha menghasilkan ubat bukan mudah sebaliknya melalui proses panjang dan rumit.

Semua ubat yang dihasilkan kini sebenarnya berasaskan tumbuh-tumbuhan. Apabila penyelidik mengenal pasti satu-satu tumbuh-tumbuhan itu mempunyai nilai perubatan, kandungan kimianya akan dikaji.

Komposisi kimia tumbuh-tumbuhan sangat unik dan kompleks. Pada peringkat awal, penyelidik biasanya menemui sehingga 10,000 kandungan kimia satu-satu jenis tumbuh-tumbuhan.

Kemudian syarikat farmaseutikal membuat persediaan untuk penyelidikan yang mengambil masa tiga hingga empat tahun. Selepas itu, penyelidik mengecilkan jumlah komponen kimia yang dikaji (kepada 1,000 komponen) dan proses ini biasanya memakan masa lebih kurang setahun.

Seterusnya ujian metabolisme, farmakokinetiks dan toksikologi (kesan racun) dilakukan ke atas 1,000 komponen tadi dan fasa pembangunan klinikal ini mengambil masa antara enam hingga lapan tahun.

Ini adalah fasa mencari 10 komponen kimia aktif paling bermanfaat kepada kesihatan yang dilakukan dalam tiga peringkat ujian klinikal ke atas manusia (fasa kedua dan ketiga membabitkan pesakit).

Penyelidikan diteruskan selama dua hingga tiga tahun untuk mencari satu komponen kimia utama dan apabila ia ditemui, baru ubat boleh dihasilkan. Ketika ini badan penyelidikan ubat dan makanan membuat analisis sebelum ubat berkenaan diberikan lesen dan boleh dipasarkan.

“Ini sebabnya apabila ubat sampai kepada pesakit, tempoh paten ubat berkenaan separuh tamat. Apabila tempoh paten ini tamat, syarikat pengeluar ubat lain boleh menghasilkan ubat dengan komponen kimia sama dan ubat ini dipanggil ubat generik,” katanya pada bengkel Penjagaan Kesihatan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKEA) menerusi Pelan Transformasi Ekonomi Negara anjuran Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).

Adakah ubat generik sama bagus dan berkesan seperti ubat asal (berjenama)? Ya. Ubat generik biasanya datang tanpa jenama khusus. Ia diiktiraf Peraturan Pemakanan dan Dadah Amerika Syarikat (USFDA) sebagai selamat dan berkesan; seperti ubat asal.

Oleh kerana ubat generik menggunakan bahan aktif dengan kuantiti sama, maka keberkesanan, manfaat dan kesan sampingannya sama seperti ubat asal. Ubat generik ini bagaimanapun boleh mengandungi bahan tidak aktif yang berbeza dengan ubat asal.

Malah, pengusaha perlu mematuhi peraturan ketat untuk mengeluarkan ubat generik dengan memastikan ia setanding dengan kualiti ubat berjenama mengikut garis panduan ditetapkan kerajaan sesebuah negara.

Di Amerika Syarikat, contohnya, USFDA menjalankan kira-kira 3,500 pemeriksaan setahun bagi memastikan kualiti ubat untuk jualan kepada orang ramai.

Bagaimanapun, rupa dan warna ubat generik berbeza sedikit dengan ubat asal kerana walaupun tempoh patennya tamat, ubat asal masih dilindungi hak cipta untuk bentuk fizikal (rupa).

Malah, kehadiran ubat generik membuatkan pengeluar ubat asal menurunkan harga produk mereka. Namun, bukan semua ubat ada versi generik.

Mengapa ubat generik jauh lebih murah? Pengarah Bersekutu Pemasaran Sanofi Aventis, Tham Kong Weng, berkata banyak faktor membuatkan ubat generik lebih rendah harganya iaitu:

1. Syarikat pengeluar ubat generik tidak perlu membuat penyelidikan. Tanpa perlu melabur untuk semua proses penyelidikan dan permohonan paten, pengeluar ubat generik boleh menjual ubat pada harga 30 hingga 50 peratus lebih rendah berbanding ubat asal

2. Tidak perlu mengeluarkan belanja untuk mendapatkan paten kerana peluang menghasilkan ubat generik terbuka kepada semua pihak selepas perlindungan hak cipta yang khusus untuk satu-satu jenis ubat tamat

3. Tiada pelaburan sebenar untuk mengeluarkan ubat generik

4. Ada banyak syarikat yang boleh membekalkan komponen aktif pada harga berpatutan

5. Pasaran tersedia dan tidak perlu mengeluarkan belanja besar untuk promosi dan pemasaran — ia sudah dilakukan oleh syarikat farmaseutikal yang mengeluarkan ubat asal ketika ubat itu diperkenalkan

6. Lebih ramai pesakit mampu membeli ubat generik dan ia membolehkan pengusaha mengeluarkan ubat dalam jumlah besar

Bila perlu kekal dengan ubat berjenama?

1. Apabila ubat berjenama mudah didapati untuk rawatan akut contohnya bagi masalah batuk, selesema, alahan atau kesakitan

2. Apabila kos ubat tidak menjadi isu untuk merawat penyakit kronik, contohnya kencing manis. Maknanya jika anda mampu, boleh teruskan mengambil ubat berjenama tetapi boleh beralih kepada ubat generik jika ada kekangan kewangan

3. Ketika mengalami jangkitan serius di hospital atau penyakit sampai ke tahap serius, di mana keberkesanan ubat sangat penting

4. Dalam keadaan genting; apabila perubahan yang kecil pun akan mempengaruhi kesihatan pesakit

Mengapa kita perlu ada ubat generik?

1. Ada permintaan besar untuk ubat generik kerana ubat berjenama lebih mahal

2. Kombinasi terapi ubat untuk rawatan kronik contohnya sindrom metabolik, kencing manis, obesiti, tekanan darah tinggi dan masalah kolesterol tinggi

3. Doktor berpeluang memberi rawatan terbaik kepada pesakit menggunakan ubat generik berkualiti tinggi

4. Wujudnya agensi kawalan perubatan yang memantau dan memastikan ubat generik mencapai standard ditetapkan

5. Adanya kesedaran doktor dan pesakit untuk menggunakan ubat generik berkualiti tinggi

6. Oleh kerana negara kita menuju ke arah negara berumur (mempunyai ramai penduduk warga senior), ubat generik dapat mengurangkan beban kos penjagaan kesihatan di hospital kerajaan. Malah, warga senior boleh menikmati hidup dengan lebih baik tanpa dibebani kos penjagaan kesihatan tinggi.


KWD 5 : tahniah PSSCMUKM

baru je sampai bilik, dari karnival waja diri Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia kali ke-5 di UKM. kali ke-2 aku masuk karnival waja diri ni tapi tak menang-menang jugak. tak pe la.. kalah menang adat bertanding.

apa-apa pon, sekalung tahinah dan syabas buat ahli-ahli PSSCMUKM kerana dengan jayanya telah melaksanakan program ni dengan baik. rasanya lebih baik dari yang tahun lepas punya.. (PSSCMUPSI, no offence..)

tahun depan, nak buat kat UiTM Melaka pulak.. so, ke Melaka la pulak aku tahun depan.. hehehe



Pha is

Friday, February 10, 2012

make it short..


dulu, masa mula-mula aku mencampakkan diri ke lembah bloging ni, entry aku kalau boleh nak panjang-panjang. berjela-jela. tapi sekarang, kalau boleh, aku pendek-pendekkan je.. tak nak panjang-panjang.

aku rasa aku lebih selesa dengan rentak aku sekarang. simple. lagipon, kalau aku BW, aku sebenarnya lebih suka baca entry yang pendek-pendek. mudah.

Asalkan ‘mesej’ tu sampai, cukup la. 

Pha is


Antara zombie dan vampire


Kalau alam mistik melayu, ada macam2 spesis hantu. Toyol, Pontianak, hantu raya, penanggal, pocong, kum kum, dan macam-macam lagi.. terlalu banyak untuk disenaraikan semua.

Kalau alam mistik barat pulak, rasanya tak sebanyak yang melayu punya. Werewolf,  vampire, zombie, roh yang mati tak aman dan beberapa lagi. Tapi kali ni, dalam banyak2 spesis, kita ambik 2 contoh. Zombie dan vampire.

Zombie, mayat hidup yang lembik, jalan pon terseret kaki, nak bergerak pon macam tak larat, tapi dalam citer or filem barat, digambarkan macam dahsyat sangat. Contoh, resident evil dan the walking dead.

Vampire pulak, kuat, pantas, hisap darah, tapi dalam cerita or filem, digambarkan jenis yang jiwang mat bunga la pulak. Contoh, twilight dan the vampire diaries.


Pha is 

Wednesday, February 8, 2012

wordless wednesday #WW26



wordless wednesday yang lepas :

doktor vs farmasi


baru-baru ni, aku ada post tentang penerbitan sebuah buku yg bertajuk "Apakah Yang Anda Perlu Tahu Tentang Ubat Generik" oleh USM melalui Pusat Pengajian Sains Farmasi (PPSF). tup tap, member aku pulak share satu artikel dari harian metro: 


KUALA LUMPUR: “Ubatan jenama asli lebih selamat digunakan daripada ubatan generik,” kata Presiden Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia (MMA), Dr Mary Suma Cardosa.

Katanya, ubatan asli dan lebih mahal sudah melalui ujian ‘bioequivalence’ (BE) yang rapi dan kajian terperinci dibuat sebelum ubat berkenaan dihasilkan serta dipasarkan.

“Kita tahu ubatan generik tidak melalui ujian terbabit dan ia sangat berbahaya kepada pesakit. Lagipun, ubatan ini dihasilkan kebanyakan pengilang yang belum tentu boleh dipercayai kerana belum melalui ujian BE,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan pensyarah Fakulti Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Jayabalan Thambyappa yang menyatakan doktor memaksa pesakit membeli ubat mahal seperti dilaporkan sebelum ini.

Katanya, pendapat itu tidak profesional apabila dengan sewenang-wenangnya menuduh kumpulan profesional iaitu doktor menerima insentif mahu pun keuntungan daripada penjualan ubat mahal.

Malah, katanya, satu lagi pendapat tidak boleh diterima apabila beliau (Dr Jayabalan) menyatakan tempoh setahun untuk mempelajari subjek farmasi menyebabkan doktor tidak tahu selok-belok atau tidak mempunyai kemahiran yang cukup mengenai ubat-ubatan.

“Tempoh setahun adalah masa cukup untuk mempelajari ubat-ubatan. Tambahan pula, mereka sudah terdedah dengan ubat sejak menuntut kursus berkaitan,” katanya.

Mary berkata, mulai tahun lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewajibkan semua ubatan generik perlu melalui ujian BE sebelum boleh dipasarkan untuk kegunaan pesakit.

“Jadi, boleh dikatakan ubat generik selamat, tetapi saya percaya masih ada syarikat pengeluar ubat generik yang belum mematuhi perkara ini,” katanya.



well, aku student lagi.. tak nak kata apa-apa.. belum bertauliah.. hehehe... apa-apa pon, bagi semua pengamal dan bakal pengamal perubatan, pandai-pandailah anda menilainya.. 

Pha is

secret and lie



Entry kali ni berkisar status fesbut kawan aku ni. “A true relationship is when u can tell each other anything and everything. No secrets n no lies”


 bagi aku, no lies in relationship? Yes. Indeed... But no secret? Hmm...

Setiap orang ada sejarah silam dan sejarah hitam. Bagi aku, Ada yang boleh dikongsi dan ada yang tak perlu dikongsi. Tapi, terpulang la kepada individu.

Kadang2, tak semua orang boleh terima kenyataan. dan tak semua orang bersedia untuk mengetahui hakikat. 

berahsia tak bermakna menipu. betol tak?


Pha is