6.1.12

seluar singkat?



“faiz, hang nak pi mana? Ada latihan silat ka malam ni?” sapa hazimah tatkala melihat aku melintas di cafe dengan berpakaian unifom silat.


“ha a. Ada ujian malam ni.”

“aik..? awat aku tengok farah dok relaks ja dalam bilik? Dia tak ambik ujian ka?” soal hazimah lagi.

“tak. Ni ujian untuk budak 3rd year. Diorang tak cukup orang. Sebab tu aku masuk.”

“owh..”

“faiz, awat seluar silat hang singkat sangat?” soal izwan hairan. Mungkin sedari tadi asyik memerhatikan unifom silat aku. Dari atas ke bawah.

“sebab nak bagi senang sikit aku nak sepak orang. Hehehe...”


*****

Rasulullah SAW bersabda:

“Kain yang memanjang hingga di bawah mata kaki tempatnya di Neraka.”
(HR. Al-Bukhari, shahih).

“Pada hari Kiamat, Allah tidak akan melihat kepada orang yang menyeret bajunya (musbil, ketika di dunia) kerana takbur.”
(Muttafaq Alaih, shahih).

“Dan tinggikanlah kainmu hingga separuh betis, jika engkau enggan maka hingga mata kaki. Dan jauhilah olehmu memanjangkan kain di bawah mata kaki, kerana ia termasuk kesombongan, dan sungguh Allah tidak menyukai kesombongan.”
(HR. Abu Daud dan At-Tirmidzi dengan sanad shahih , At-Tirmidzi berkata, hadits ini hasan shahih).

*Adapun kaum wanita, mereka diwajibkan menutupi tubuhnya hingga di bawah mata kaki, kerana ia termasuk aurat.

Dipetik dan diolah dari :
Wan Muhd Ali, Kesalahan Pakaian Lelaki Dalam Islam, cahayaislam.net
http://wanwma.com/aurat/kesalahan-pakaian-lelaki-dalam-islam/

2 comments:

  1. mata kaki tu buku lali la kan? pahtu laki yang pakai seluar slack, jeans bwh mata kaki tu mcm mane?

    ReplyDelete
  2. yup. buku lali.. pasai tu, kna tnya yg lebih alim la... saya bukan ahli dalam bab2 macam ni... hehehe

    ReplyDelete