Wednesday, January 4, 2012

idea mencurah : mungkinkah?

sekarang tengah exam. tapi yang aku herannya, time2 exam macam ni la idea aku untuk menulis mencurah-curah tanpa henti bak hujan di kala tengkujuh hari. sungguh. malah, ideanya bukan calang2, tapi hebat. sukar untuk aku menolak godaan idea2 ni.

time yang sepatutnya aku memikirkan final exam ni, tiba2 otakku ligat memikirkan sesuatu yang tak pernah aku jangkau. idea untuk menulis sebuah novelog. (novel dalam blog). ah, GILA..!!!

tatkala musim exam macam ni, sekarang ni, dah ada lakarang jalan cerita yang bersarang dalam otak aku. membuak-buak minta dizahirkan ke alam nyata. sukar untuk aku menolak.

mungkinkah aku bakal mengikut jejak langkah kak melur jelita? menjadikan blog sebagai wadah penulisan sebuah cerita? mungkihkah? harap tidak hanya sekadar hangat2 tahi ayam.

maka, dengan ini, aku ingin memperkenalkan, novelog oleh pha is : "mungkinkah..?"


p/s : coming soon, lepas exam. hehehehe...


Pha is

No comments:

Post a Comment