Skip to main content

bukan yang pertama - episod 5/6


Mungkin benarlah kata-kata yang telah dilafaskan oleh George Santayana dalam bukunya, The reason of life yang bermaksud `sesiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya`. Pada ketika ini, aku amat berharap agar kata-kata tersebut tidak jatuh atas batang hidungku sendiri.

Dahulu, ketika aku dan Ira belum lagi mengikat tali pertunangan, hubungan kami telah dihalang oleh seseorang yang cemburu akan keintiman kami. Lelaki yang aku maksudkan ialah Hazeem.

Sebenarnya, dari dahulu lagi Hazeem telah menyintai Ira. Namun, Ira telah menolak cintanya sebelum Ira berkenalan denganku lagi. Tetapi, setelah aku menyampaikan hasrat hatiku untuk menjadi teman istimewanya, dia menerima. Maka, bertambah sakitlah hati hazeem terhadap kami berdua.

Sejak itu, Hazeem tetap cuba untuk merampas Ira dariku. Pelbagai cara telah dilakukannya sehinggakan ada diantara rancangannya yang membuatkan aku hampir-hampir terbunuh. Alhamdulillah, kejadian itu telah benar-benar menginsafkan Hazeem. Itu pun setelah aku terlantar di hospital selama seminggu. Walau bagaimana pun, aku tetap memaafkannya. Aku tidak kisah. Sebagai lelaki, aku faham atas perbuatannya. Siapa yang tidak menjadi gila sekiranya cinta kita ditolak begitu sahaja.

Kini, hati kecilku terdetik. Mungkinkah Hazeem yang menjadi penghalang antara aku dan dia? Ah, tidak mungkin Hazeem. Aku tidak percaya yang Hazeem telah berjaya berada di hati Ira. Walau bagaimana pun, aku tetap akan menyoal Ira untuk mendapatkan kepastian.

“Adakah Hazeem yang………”

“astaghfirullahala`zim……… Tak kan lah Ira menyintai dia stelah apa yang telah dilakukannya terhadap Shah.” Jawab Ira pantas setelah beristighfar panjang sebelum aku sempat menghabiskan soalanku. Dia seolah-olah sudah tahu akan maksud yang tersirat di hatiku.

Sememangnya aku mengetahui bahawa Ira masih lagi tidak dapat memaafkan Hazeem atas apa yang telah dilakukannya terhadapku. Walaupun aku telah memaafkan Hazeem, Ira tetap mengatakan yang Hazeem tetap bersalah dan tidak patut dimaafkan. Maklumlah, hati perempuan. Sensitif!

“Kalau begitu, bukan Hazeem lah ya?”

“Bukan……….” Jawab Ira tenang.

Hatiku berbunga riang. Dari jawapan yang diberikan Ira sebentar tadi telah jelas menunjukkan bahawa dia masih lagi mencintaiku.


bersambung...


Pha is




p/s : semua skali ada 6 episod. disiapkan pada tahun 2006, masa aku form 4. ayat tobat boring kan..? hahaha. 

Comments

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi