20.1.12

bukan yang pertama - episod 4/6


Sebenarnya, sudah lama aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia seperti itu. Tetapi, alangkah lebih bahagia rasa di hatiku sekiranya kebahagiaan tersebut dapatku kongsi bersama Ira. Itu pun sekiranya hubungan kami dapat diselamatkan.

“Shah, jom balik.” Tiba-tiba Ira bersuara sambil melihat jam tangan yang aku hadiahkan kepadanya sempena hari ulang tahun kelahirannya yang kedua puluh dua. Walaupun tidak semahal mana, namun jam tangan tersebut tetap tampak cantik di tangan Ira. Memang matching.

“Bagaimana dengan kata-kata Ira sebentar tadi? Ira nak biarkan begitu sahaja?” Soalku yang agak terkilan dengan sikapnya sebentar tadi. Langsung tak ambil serious hal ini. Seolah-olah hal ini merupakan suatu perkara yang remeh-temeh.

Tidak sedarkah Ira betapa gentingnya saat ini setelah apa yang Ira katakan. Sudahlah hari perkahwinan kami hanya tinggal seminggu, dia pula mula buat hal.

“Ira sedar tak situasi sekarang ini? Segala kad jemputan, dewan, dan persiapan perkahwinan kita yang lain telah pun siap. Kini, Ira mula keruhkan keadaan. Tidak kasihankah Ira kepada shah? Tidak kasihankah Ira kepada keluarga Ira? Ira jangan ingat ini hanya soal kita sahaja tetapi hal ini melibatkan maruah keluarga kita sekali. Ira sanggup?” Soalku kepada Ira dengan nada separuh marah.

“Kalau begitu, Shah nak Ira buat apa?” Soal Ira kembali.

“Shah nak membuat perhitungan dengan Ira hari ini juga.” Kataku sambil melihat jam tanganku. Masih terlalu awal untuk pulang. Selalunya, waktu seperti sekarang ini kami masih lagi asyik bersembang. Mungkin sebentar tadi Ira sengaja mengajakku untuk pulang awal kerana dia ingin mengelak daripada terus disoalku.

Tetapi, hati kecilku tertanya-tanya. Jika benar apa yang aku fikirkan, mengapa dia membangkitkan hal ini. Tidakkah dia terfikir sudah tentu dia akan ditanya bermacam-macam soalan sekiranya hal ini dibangkitkannya. Ah, mungkin dia hendak berterus-terang denganku. Tidak lagi mahu menipu aku.

“sejak bila, Ira?” Soalku dengan nada yang sedikit tenang.

“Ira tidak tahu.”

“Bagaimana pula Ira boleh tidak tahu sedangkan ini soal hati Ira.”

Dia terdiam. Tiada sebarang jawapan yang singgah di gegendang telingaku. Hanya bisikan kesunyian yang mengundang pelbagai misteri.

Entah mengapa, sedang asyik aku mencari jawapan, tiba-tiba kotak fikiranku tersingkap satu kenangan lama yang aku seakan-akan sudah hampir melupakannya. Kenangan yang menjadi suatu sejarah dalam hidup Ira dan aku. Suatu sejarah yang hampir memutuskan hubungan kami berdua. 


bersambung...


Pha is




p/s : semua skali ada 6 episod. disiapkan pada tahun 2006, masa aku form 4. ayat tobat boring kan..? hahaha. 

No comments:

Post a Comment