Tuesday, January 31, 2012

HASRULHASSAN.COM - Inilah BlogKu


Nama anda sebagai blogger
Pha is

Nama blog:
Hikayat Budak Pening

Tagline blog:
Kerana Dunia Dan Kerana Migraine

bila mula berblog:
rasanya hujung tahun 2010

mengapa dan kenapa berblog :
pada mulanya, berblog sebab saja-saja. suka-suka. sekadar sebuah medium untuk luahan pendapat dan pandangan. 

inspirasi anda untuk berblog:
pada awalnya, blog ni diinspirasikan oleh blog sahabat aku, si gplover. lama-kelamaan, sedikit sebanyak contohi bloger-bloger lain. dan sekarang, sedang mula mencari rentak sendiri.

Wanita, Bulan dan Matahari?


Dulu, pernah terbaca perumpamaan ni. bila wanita diibaratkan sebagai bulan dan matahari. Ader kaitan ke?

Adakah wanita mahu menjadi seperti bulan. Cantik, indah mata yang memandang. Bersinar bercahaya di malam hari. Memukau, sentiasa menarik pandangan, hingga terpegun, buat yg melihat. Dan saban malam, menjadi dambaan sang pungguk.

Tapi sayang, cahayanya palsu. Hanya pantulan semata.

Atau adakah wanita mahu menjadi seperti matahari. Memancar cahaya ke seluruh pelusuk bumi, memberi manfaat buat setiap hidupan. Cahayanya asli, sinarannya pasti. Menundukkan pandangan buat mata yang melihat.


Pha is

Monday, January 30, 2012

mimpi : boleh pakai ke?


Kata orang, mimpi mainan tidur. Ada jugak yang kata mimpi ni mainan syaitan. So, maksudnya mimpi ni tak boleh pakai ke? Tapi ada jugak aku pernah terbaca yang dahulu kala, ada banyak kisah dimana ada ulama’ yang ahli dalam mentafsirkan mimpi.

So, mana satu yang betol? Mimpi ni boleh pakai or tak? Sekadar bayangan tanpa makna, atau sebuah mesej yang tersirat?
 
masa kat matrik dulu, aku penah baca buku yang bertajuk “ kuasa minda separa sedar” oleh Mohd Rozani Pawan Chek. Menurut buku tu, kalau tak silap aku (sebab dah lama dah aku baca) antaranya ialah kadang2, minda separa sedar kita cuba menyampaikan satu mesej kepada kita dalam bentuk mimpi.

Sejak aku baca buku tu, aku mula take serius apa yang aku mimpikan. Tapi tak semua. Kalau aku rasa mimpi tu merapu, aku biarkan je. Tapi, kadang2, ada mimpi yang betul2 membuatkan aku berfikir.

contohnya, baru2 ni, mimpi kononnya kawan aku meninggal (sedangkan dia masih hidup – semoga Allah panjangkan usia beliau dalam mentaati-Nya). Bila aku tengok ‘jasad’ kawan aku tu (dah siap dikapankan), terus aku insaf dan aku rasa betapa singkatnya hidup ni (masih dalam mimpi).

Lepas tu, dalam mimpi tu jugak, aku berdoa, memohon ampun kat Allah, sambil menangis-nangis. Bila terjaga, aku fikir, kalau betul mimpi tu mainan syaitan, tak kan syaitan nak suruh aku bertaubat?

p/s : bila dah bangun, check pesbuk kawan aku tu, Alhamdulillah, beliau masih sihat wal afiat.

Pha is

persahabatan adalah...

disebabkan entry semalam, aku teringin nk buat satu entri berkenaan persahabatan. tak nak tulis panjang, just a few picture about friendship. enjoy..!










sumber gambar


Pha is

Sunday, January 29, 2012

mukmin yang kuat

baru je cerita pasai lemahnya stamina aku, then baru2 ni terbaca satu artikel dari dakwat.org yang bertajuk "kenapa ramai ikhwah yang lembik dan lemau?" bila aku baca, terus tersentap. terasa habes..!!!


antara petikan artikel tu :

Berada dalam suatu suasana yang selesa menjadikan manusia malas untuk bersusah susah. Akibatnya, banyak dari seni kemahiran hidup, tidak mereka pelajari. Jika belajar pun, mungkin sedikit. Tersangat sedikit. Tidak terlepas dari bahana itu semua, sudah semestilah seorang ikhwah.
Ya. Seorang Ikhwah.
Masa kadangkala memang begitu. Jika anda hidangkan ikhwah masakini dengan kisah ikwah masa dahulu, mereka pasti teruja. Teruja dengan kekentalan jiwa-jiwa mereka.
Namun, akibat arus modernisasi yang semakin melampau…
Ikhwah zaman ini jadi semakin lembik dan lemau..
Stamina tidak “fit”
Berat badan mudah naik.
Kesihatan tidak stabil.
Selalu sahaja sakit.
Mudah letih, mengantuk.
Tidak tahu seni mempertahankan diri .
Tidak tahu berenang .
Maaf. Namun ini hakikat. Hakikat kerana, kecuaian seorang ikhwah itu sendiri dalam mentadbir hidupnya. Anda bayangkan, sebagai contoh. Jika stamina anda tidak fit ? Kesihatan anda tidak menentu ? Mudah letih ? Layakkah anda berada dalam saf peperangan di atas ?
Layakkah anda ? Juga saya ?
(ini hanya petikan. untuk artikel penuh, boleh baca kat sini)

tapi, sekurang-kurangnya, aku tahu la jugak seni mempertahankan diri. cuma stamina je yang lemah. apa2 pon, lepas ni kena berusaha. untuk menjadi lebih baik, untuk menjadi lebih kuat, untuk menjadi lebih sihat dan lebih fit.


kerana bukankah mukmin yang kuat lebih disukai Allah dari mukmin yang lemah?


Dari sahabat Abu Hurairah, Bersabda Rasulullah, “Mu’min yang kuat lebih dicintai Allah dari mu’min yang lemah, dan masing-masing memiliki kebaikan. Bersemangatlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangan merasa malas, dan apabila engkau ditimpa sesuatu maka katakanlah “Qodarulloh wa maa syaa’a fa’al”, Telah ditakdirkan oleh Allah dan apa yang Dia kehendaki pasti terjadi”
(HR Muslim)





Pha is

That Awkward Moment...



Dulu, masa mula2 aku beli henset, rajin la jugak SMS mesej2 foward ni. yang mesej ayat berbunga-bunga tuh. tentang persahabatan, tentang iman, tentang perhubungan, dan sebagainya.

Tapi rasanya sejak aku masuk U, dah jarang dah aku forward SMS yang macam tuh. Terutamanya sejak setahun yang lepas, rasanya memang tak de langsung kot. kalau nak wish besday sekalipon, pakai fesbuk je.  Mudah dan menjimatkan.

Sampai sekarang ni, henfon aku guna untuk bende penting2 je. Tu pon call orang je. SMS just kalau aku call tapi orang tu tak angkat. Even kalau nak taip SMS pon dah kekok. Memang lembab giler aku taip.

Lagipon, aku tak pernah ada awek. so, memang tak la aku nak SMS ayat bunga2 ni.. (forever alone)

Tapi baru2 ni, lepas je habis latihan silat, bila tengok fon, ada 1 SMS dari seorang kawan. mesej tentang persahabatan. At first, rasa awkward giler. Sebab dah lama sangat tak dapat benda-alah ni.

Apa-apa pon, thanks kawan...  (n_n)

Pha is

Saturday, January 28, 2012

padah bila jasad pasif


Inilah Padah bila tak aktif sukan. Bila sentiasa beralasan setiap kali bersukan. Jadi budak yang pasif. Tika di bangku sekolah rendah, konon jadi budak ‘baek’. Bila menjejaki sekolah menengah, kononnya pelajaran lebih penting, sukan dipandang enteng.

Bila tiba temanya sukan, hanya lawan sorak. Masa merentas desa, masuk pasukan pertolongan cemas. Tatkala rakan2 lain main bola petang2, “Please, bola is not my type.”

So far, sukan yang disertai Cuma kawad kaki dan silat. Kawad? berjalan je pon. Apa susah sangat? Silat? Silat Ini silat seni. Silat aplikasi teknik. Kurang guna kudrat. Sebab itu silat ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat, termasuk yang kurang stamina, macam aku.

Hasilnya, bila saat stamina amat diperlukan, semput. Daki bukit, cramp. Jogging sikit, terseliuh. Semuanya Hampeh.! Pertandingan semakin dekat, tapi satu badan seolah tak dapat lagi bertahan.

Inilah padahnya, bila tak aktif bersukan.

Pha is

Thursday, January 26, 2012

persediaan karnival waja diri


cameraman : Encik Azman


Sekarang ni tengah cuti semester, tapi aku masih lagi di USM. Sebabnya, bagi persediaan untuk pertandingan Karnival Waja Diri Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (KWD PSSCM) yang bakal berlangsung di UKM.

Tahun lepas aku masuk gak. Tapi masa latihan rilex2 je. Latihan silat pon malam je. Siang tak buat apa2. Tapi tahun ni siap ada jadual latihan stamina lagi. pagi petang siang malam ada je latihan.  

Dalam 3 minggu ni mungkin aku akan (perasan) sibok sikit kot. Papepon, harap2 semuanya berjalan lancar. Harap2 tak jadi macam tahun lepas, ada yang terseliuh, retak, terbelah dagu masa latihan.

Harap2 kali ni semuanya ok. Amen..


Pha is

Monday, January 23, 2012

Nur Kasih VS The Vampire Diaries

Tiba2, aku terperasan yang drama Nur Kasih ada banyak persamaan dengan series The Vampire Diaries. Antara persamaan tersebut ialah :


so? amacam?

Pha is 

Saturday, January 21, 2012

happy Chinese New Year



sumber gambar : fizgraphic.com

tulisan doktor


Kat bawah ni adalah contoh beberpa tulisan tangan doctor dalam sesebuah preskripsi. Dan dengan tulisan2 yang macam ni, para doctor expect ahli-ahli farmasi dapat paham tulisan tangan mereka.

Cuba bayangkan kalau korang jadi pesakit dan nyawa korang bergantung sama ada ahli farmasi dapat paham or tak tulisan ni. kalau tak faham, ok lagi. tapi macam mana kalau ahli farmasi tersalah faham?

So, sebagai bakal ahli farmasi, kepada bakal doctor sekelian, tolonglah jaga tulisan tangan anda. Anda mampu mengubahnya..!!!!








(sumber : lecture note pharmacy practice)

Pha is

Friday, January 20, 2012

bukan yang pertama - episod 6/6


“Kalau bukan Hazeem, siapa lagi?” Soalku lagi. Seperti mana tadi, Ira tetap diam tanpa berkata sepatah pun.

“Mengapa Ira tak nak beritahu Shah?”

“Sebab Ira tak mahu menyakiti hati Shah.” Jawab Ira pantas.

“Kalau Ira tak mahu lebih menyakiti hati Shah, lebih baik Ira beritahu Shah siapa lelaki itu.” Kataku cuba memujuk hatinya untuk membuka rahsia. Namun, dia masih lagi diam seribu bahasa.

“Ira boleh beritahu Shah tapi………..”

“Tapi apa? Katakan sahaja.” Desakku.

“Shah mesti janji yang Shah tidak akan marahkan Ira dan Shah tidak akan menyesal.”

Aku mengangguk tanda setuju.lantas dia membetulkan duduknya sambil menarik nafas panjang. Hatiku sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui siapa lelaki tersebut. Namun, aku tetap menanti dengan penuh sabar.

“Yang pertama di hati Ira sebenarnya…………”

“Katakanlah, Ira. Shah redha.”

“Sebenarnya, Dia ialah pencipta Ira dan Shah, iaitu Allah dan yang kedua di hati Ira ialah nabi kita iaitu nabi Muhammad. Yang selebihnya ialah ibu dan ayah Ira.” Jawab Ira sambil tersenyum.

Sejuk hatiku mendengar pengakuannya sebentar tadi. Tidakku sangka yang Ira akan berfikir sampai begitu sekali. Aku tersenyum kerana telah berjaya diperdaya oleh Ira. Dia turut tersenyum. Selepas itu, berkumandanglah suara ketawa kami berdua. Pandai Ira buat lawak!

“Shah dah janji tak akan marahkan Ira, bukan?” kata Ira yang masih lagi belum berhenti ketawa.

“Lain kali, Ira janganlah main-main soal ini. Kecut perut Shah tau!” Balasku setelah ketawaku sudah reda.

“Ha, tahu pun takut.” Kata Ira sambil merengek manja.

“Tapi, ada lagi satu lagi perkara yang Shah belum puas hati.” Soalku dengan muka yang serius. Ira berhenti ketawa dengan serta-merta. Suasana yang penuh dengan gelak ketawa sebentar tadi lengang seketika.

“Apa?” Soal Ira kehairanan. Ada riak tanda tanya di wajahnya. Sengaja aku  menunggu untuk beberapa ketika. Biarkan dia rasa apa yang aku rasakan sebentar tadi.

“Shah Cuma nak tahu, selepas itu, siapa di hati Ira.” Soalku sambil tersenyum. Ira turut tersenyum sama.

“Ada lah seorang tu……….” Kata Ira sambil tersenyum lagi lalu menjeling ke arahku. Lantas, dia terus bangun dan berlari.

“Hey, beritahulah!”





Pha is
27 JUN 2006 /1 JAMADIL AKHIR 1427
4: 30 p.m.

bukan yang pertama - episod 5/6


Mungkin benarlah kata-kata yang telah dilafaskan oleh George Santayana dalam bukunya, The reason of life yang bermaksud `sesiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya`. Pada ketika ini, aku amat berharap agar kata-kata tersebut tidak jatuh atas batang hidungku sendiri.

Dahulu, ketika aku dan Ira belum lagi mengikat tali pertunangan, hubungan kami telah dihalang oleh seseorang yang cemburu akan keintiman kami. Lelaki yang aku maksudkan ialah Hazeem.

Sebenarnya, dari dahulu lagi Hazeem telah menyintai Ira. Namun, Ira telah menolak cintanya sebelum Ira berkenalan denganku lagi. Tetapi, setelah aku menyampaikan hasrat hatiku untuk menjadi teman istimewanya, dia menerima. Maka, bertambah sakitlah hati hazeem terhadap kami berdua.

Sejak itu, Hazeem tetap cuba untuk merampas Ira dariku. Pelbagai cara telah dilakukannya sehinggakan ada diantara rancangannya yang membuatkan aku hampir-hampir terbunuh. Alhamdulillah, kejadian itu telah benar-benar menginsafkan Hazeem. Itu pun setelah aku terlantar di hospital selama seminggu. Walau bagaimana pun, aku tetap memaafkannya. Aku tidak kisah. Sebagai lelaki, aku faham atas perbuatannya. Siapa yang tidak menjadi gila sekiranya cinta kita ditolak begitu sahaja.

Kini, hati kecilku terdetik. Mungkinkah Hazeem yang menjadi penghalang antara aku dan dia? Ah, tidak mungkin Hazeem. Aku tidak percaya yang Hazeem telah berjaya berada di hati Ira. Walau bagaimana pun, aku tetap akan menyoal Ira untuk mendapatkan kepastian.

“Adakah Hazeem yang………”

“astaghfirullahala`zim……… Tak kan lah Ira menyintai dia stelah apa yang telah dilakukannya terhadap Shah.” Jawab Ira pantas setelah beristighfar panjang sebelum aku sempat menghabiskan soalanku. Dia seolah-olah sudah tahu akan maksud yang tersirat di hatiku.

Sememangnya aku mengetahui bahawa Ira masih lagi tidak dapat memaafkan Hazeem atas apa yang telah dilakukannya terhadapku. Walaupun aku telah memaafkan Hazeem, Ira tetap mengatakan yang Hazeem tetap bersalah dan tidak patut dimaafkan. Maklumlah, hati perempuan. Sensitif!

“Kalau begitu, bukan Hazeem lah ya?”

“Bukan……….” Jawab Ira tenang.

Hatiku berbunga riang. Dari jawapan yang diberikan Ira sebentar tadi telah jelas menunjukkan bahawa dia masih lagi mencintaiku.


bersambung...


Pha is




p/s : semua skali ada 6 episod. disiapkan pada tahun 2006, masa aku form 4. ayat tobat boring kan..? hahaha. 

bukan yang pertama - episod 4/6


Sebenarnya, sudah lama aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia seperti itu. Tetapi, alangkah lebih bahagia rasa di hatiku sekiranya kebahagiaan tersebut dapatku kongsi bersama Ira. Itu pun sekiranya hubungan kami dapat diselamatkan.

“Shah, jom balik.” Tiba-tiba Ira bersuara sambil melihat jam tangan yang aku hadiahkan kepadanya sempena hari ulang tahun kelahirannya yang kedua puluh dua. Walaupun tidak semahal mana, namun jam tangan tersebut tetap tampak cantik di tangan Ira. Memang matching.

“Bagaimana dengan kata-kata Ira sebentar tadi? Ira nak biarkan begitu sahaja?” Soalku yang agak terkilan dengan sikapnya sebentar tadi. Langsung tak ambil serious hal ini. Seolah-olah hal ini merupakan suatu perkara yang remeh-temeh.

Tidak sedarkah Ira betapa gentingnya saat ini setelah apa yang Ira katakan. Sudahlah hari perkahwinan kami hanya tinggal seminggu, dia pula mula buat hal.

“Ira sedar tak situasi sekarang ini? Segala kad jemputan, dewan, dan persiapan perkahwinan kita yang lain telah pun siap. Kini, Ira mula keruhkan keadaan. Tidak kasihankah Ira kepada shah? Tidak kasihankah Ira kepada keluarga Ira? Ira jangan ingat ini hanya soal kita sahaja tetapi hal ini melibatkan maruah keluarga kita sekali. Ira sanggup?” Soalku kepada Ira dengan nada separuh marah.

“Kalau begitu, Shah nak Ira buat apa?” Soal Ira kembali.

“Shah nak membuat perhitungan dengan Ira hari ini juga.” Kataku sambil melihat jam tanganku. Masih terlalu awal untuk pulang. Selalunya, waktu seperti sekarang ini kami masih lagi asyik bersembang. Mungkin sebentar tadi Ira sengaja mengajakku untuk pulang awal kerana dia ingin mengelak daripada terus disoalku.

Tetapi, hati kecilku tertanya-tanya. Jika benar apa yang aku fikirkan, mengapa dia membangkitkan hal ini. Tidakkah dia terfikir sudah tentu dia akan ditanya bermacam-macam soalan sekiranya hal ini dibangkitkannya. Ah, mungkin dia hendak berterus-terang denganku. Tidak lagi mahu menipu aku.

“sejak bila, Ira?” Soalku dengan nada yang sedikit tenang.

“Ira tidak tahu.”

“Bagaimana pula Ira boleh tidak tahu sedangkan ini soal hati Ira.”

Dia terdiam. Tiada sebarang jawapan yang singgah di gegendang telingaku. Hanya bisikan kesunyian yang mengundang pelbagai misteri.

Entah mengapa, sedang asyik aku mencari jawapan, tiba-tiba kotak fikiranku tersingkap satu kenangan lama yang aku seakan-akan sudah hampir melupakannya. Kenangan yang menjadi suatu sejarah dalam hidup Ira dan aku. Suatu sejarah yang hampir memutuskan hubungan kami berdua. 


bersambung...


Pha is




p/s : semua skali ada 6 episod. disiapkan pada tahun 2006, masa aku form 4. ayat tobat boring kan..? hahaha. 

bukan yang pertama - episod 3/6


“Kalau begitu kata Ira, bagaimana dengan hubungan kita, pertunangan kita?”

Sekali lagi dia diam tanpa sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Sambil menghela nafas panjang, dia melontarkan pandangannya jauh ke tengah-tengah tasik  yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia dengan keindahannya dan dengan kewujudan `Eye On Malaysia` di sini.

Gelojak di hatiku semakin menggila. Aku bertambah risau. Takut-takut kalau Ira ingin meminta tali pertunangan yang telah kami bina selama ini diputuskan. Walau apa pun yang terjadi, aku tidak rela untuk berpisah dengannya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa kuatnya cintaku terhadapnya.

“Sekurang-kurangnya, beritahulah Shah siapa lelaki itu.”

Dia sedikit terkejut dengan pertanyaanku sebentar tadi. Biarlah. Aku sudah tidak dapat lagi menahan kesabaranku. Jauh di lubuk hatiku tertanya-tanya siapakah yang telah berjaya mengalahkan aku dalam perjaungan untuk memenangi hati Ira. Aku hendak lihat sehebat mana lelaki itu sehingga aku berjaya ditewaskannya.

“Terlalu awal untuk Ira beritahu Shah.”

“Mengapa?”

“Kerana Ira rasa sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk Ira beritahu Shah siapa dia.”

“Kalau begitu, bila?” soalku lagi. Aku tidak faham. Mengapa sekarang bukan masa yang sesuai. Bila lagi masa yang sesuai selain dari sekarang.

Sekali lagi dia terdiam. Tiada sebarang kata yang terucap. Tiada sebarang kenyataan yang terungkap. Tiada sebarang jawapan yang tersingkap. Kini, hanya aku dengan harapan yang kian malap.

Aku menghela nafas panjang. Aku tarik nafas sedalam-dalamnya. Tersinggah bunyi dengusan kasar di gegendang telingaku. Anak mataku melilau mencari sesuatu. Dari kiri ke kanan, tiada suatu pun yang menrik perhatianku. Walau seindah mana sekalipun tempat ini, segalanya telah tawar di hatiku.

Entah mengapa, tiba-tiba anak mataku terhenti pada sebuah keluarga yang sedang berkelah tidak jauh dari tempat kami berada. Aku dapat melihat kemesraan yang terjalin antara ahli keluarga tersebut yang amat erat. Tentu keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan tiga orang anak tersebut hidup dalam kegembiraan. Sinar kebahagiaan jelas terpancar dari setiap raut wajah mereka.


bersambung...


Pha is




p/s : semua skali ada 6 episod. disiapkan pada tahun 2006, masa aku form 4. ayat tobat boring kan..? hahaha. 


bukan yang pertama - episod 2/6


“Sebenarnya apa, Ira? Tidak cukupkah lagi apa yang telah Ira katakana tadi? Belum puas hati Ira melukai hati Shah?” soalku bertubi-tubi dengan nada separuh marah.

“Maafkan Ira, Shah. Ira terpaksa memberitahu perkara ini demi tali pertunangan kita dan Ira harap sekali lagi Shah boleh faham apa yang tersirat dalam hati dan perasaan Ira.” Jawab Ira dengan mudahnya.

Selepas ini, aku tidak tahu apa pula yang akan menanti. Adakah dia ingin memutuskan tali pertunangan kami seperti yang berlaku pada Mawi dan Ina? Adakah kali ini pertunangan antara Shah dan Ira pula yang akan mengalami kehancuran?

Ira membetulkan duduknya. “sebenarnya, bukan seorang sahaja yang telah berada di hati Ira selain Shah tetapi……..” Dia menarik nafas panjang. Aku sahaja membiarkan Ira menghabiskan kata-katanya. Biarlah dia meluahkan segala-galanya tanpa sebarang paksaan dan tekanan. Terserahlah kepadanya sama ada untuk terus menerangkan hal ini atau pun tidak.

“Pokoknya, sekali lagi Ira harap Shah betul-betul dapat memahami soal hati dan perasaan Ira ini.”

Aku beristighfar panjang sambil tertanya-tanya. Mengapa sehingga begitu rendah sekali nilai cintaku di hatinya? Apa kekurangan aku? Tidak cukupkah segala kasih yang telah aku curahkan kepadanya?

Aku dan Ira sebenarnya  sudah lama berkenalan. Namun, perkenalan kami hanya secara kebetulan.aku maih ingat lagi pertemuan kami buat pertama kalinya. Pada hari itu, aku sungguh bernasib baik kerana telah dipertemukan dengan dia. Di sini jugalah kami dipertemukan. Di Taman Tasik Titiwangsa.
“Shah……”



Lamunanku terhenti. Aku kembali ke alam realiti. Bunyi deruan angin masih kedengaran di hujung cuping telingaku. Cepat-cepat aku menoleh ke arah Ira.


“Ira, tak kan Ira hendak biarkan hubungan kita terputus begitu sahaja. Tidak ingatkah Ira tentang segala kenangan indah kita bersama? Ira hendak lupakan segalanya begitu sahaja?”

“Bukankah tadi Ira sudah katakan. Ira minta maaf. Bukan niat Ira untuk melukai hati Shah. Tapi, ini soal hati dan perasaan Ira.”

“Kalau begitu, hati dan perasaan Shah bagaimana? Ira hendak biarkan begitu sahaja?” Soalku dengan perasaan kesal atas tindakan Ira. Cepat sungguh dia berpaling arah. Seperti mana tadi, Ira tetap diam seribu bahasa. Segala persoalanku dibiarkan begitu sahaja. Dia hanya tertunduk. Anak matanya hanya asyik memandang ke bawah.


bersambung...


Pha is


p/s : semua skali ada 6 episod. disiapkan pada tahun 2006, masa aku form 4. ayat tobat boring kan..? hahaha. 


bukan yang pertama - episod 1/6


Maaf. Sebenarnya, Shah bukannya orang yang pertama di hati Ira. Ira minta maaf. Sebenarnya, sudah lama Ira ingin beritahu Shah tapi, hari ini baru Ira berkesempatan.”

Hatiku hancur luluh mendengar pengakuan Ira sebentar tadi. Kata-katanya itu telah menyentap seluruh salur arteriku sehingga membuatkan aku hampir-hampir tidak sedarkan diri. Permandangan yang indah di Taman Tasik Titiwangsa ini sudah tawar bagiku. Hal ini adalah dek kerana pengakuan Ira sebentar tadi. Telatah kanak-kanak riang yang bermain-main dan tiupan angin yang mambelai pohon-pohon nan rendang sudah tidak aku ambil peduli. Walau seindah manapun dan secantik manapun suasana di sini, ianya tetap tidak dapat menenteramkan hatiku yang bergelojak menahan pilu.

       Apakah kelemahanku? Siapakah dihatinya selain aku? Soalan demi soalan menyimbah dari segenap penjuru dalam kotak fikiranku. Namun, aku lihat Ira hari ini tenang sahaja. Tiada secuit rasa risau walau sedikit pun tersirat di raut wajahnya. Dia begitu asyik menikmati keindahan di taman itu sepuas-puasnya tanpa mengendahkan sedikit pun kata-katanya ebentar tadi.

“Tapi, mengapa sekarang?mengapa tidak dari dahulu lagi Ira beritahu Shah.” Soalku sambil menatap wajahnya yang agak seiras dengan Wardina Safiyyah dengan tudungnya yang dipakai kemas. Hatiku kehampaan kerana sepatah kata pun tidak dibalasnya.

“Ira, lagi seminggu sahaja lagi kita akan ke jinjang pelamin. Mengapa sekarang pula Ira berpaling arah? Bukankah dahulu Ira sudah berjanji untuk sehidup semati dengan Shah?”

“Itu Ira tahu, tapi, ini soal hati dan perasaan. Hati dan perasaan Ira tak boleh dipaksa-paksa.”

Sekali lagi aku melontarkan pandangan mataku ke arah tunangku. Aku serba salah. Takut-takut tali pertunangan yang telah kami bina setelah sekian lama terputus begitu sahaja. Hatiku bertambah risau mengenangkan masa hadapan yang terpaksa aku tempuhi sekiranya tali pertunangan antara aku dan Ira terputus. Mati akal aku memikirkannya. Tentu hatiku akan kekosongan. Dan yang aku pasti, kekosongan tersebut tidak akan dapat diisi oleh mana-mana insan kucuali dia.

“Ira minta maaf. Bukan niat Ira untuk melukai hati Shah tapi, hal ini tidak dapat Ira mengelaknya. Ira harap Shah boleh memahami hati Ira. Sebenarnya……..”


bersambung...


Pha is



p/s : semua skali ada 6 episod. disiapkan pada tahun 2006, masa aku form 4. ayat tobat boring kan..? hahaha. 

Thursday, January 19, 2012

rahsia kejelitaan terbongkar.


fuh, ni yang membuatkan aku lebih bersemangat nak mendalami ilmu photoshop ni. lepas ni boleh la aku make up muka aku yang beghutu ni jadi hensem. hehehe

Pha is

Jalan Teluk Bahang : "Canyon" NFS Carbon


Baru2 ni, lepas boring sangat2 bila dah abes exam, aku main balik career Need For Speed : Carbon buat kali yang ketiga. habis dalam 2 kali main dan rekod terbaru, kalahkan ketua last sekali dalam ‘acara’ canyon dalam cubaan yang ke-3.

Lepas tu pulak, juga baru2 ni, aku dan member2 pi mandi air terjun titi kerrawang. Apa yang specialnya kat titi kerawang ni ialah, untuk ke sana, kita perlu melalui Jalan Teluk Bahang di lereng2 bukit yang lebih kurang macam perlumbaan canyon event dalam NFS : carbon.

air terjun titi kerawang
latitude :   5°24'11.52"N
longitude : 100°13'20.85"E

Jarak jalan lereng bukit tu lebih kurang 8.5km kalau dari dari empangan teluk bahang dan 3 km kalau dari balik pulau. Masa aku lalu jalan tu, memang layan habis la. macam tengah main game NFS : Carbon.

 
sumber : google

Tengah syok ‘melayan corner’, tiba2 ada sorang budak naik moto EX5 modify potong aku. Bunyi moto tu dah macam ada firing system. Meletup-letup bunyi kat ekzos. Boleh tahan jugak laju. Aku apa lagi, follow belakang la. tengok boleh catch up or tak. Budak tu dah macam jadi aku punya “drafter”. (sapa penah main, mesti paham)

Memang layan....

Pha is

Wednesday, January 18, 2012

memilih dan mengharap.


Baru tadi aku terbaca satu artikel dari iluvislam.com. tajuknya, “Memilih Calon:Antara Gedik Dan Realistik?” serius aku nak tergelak bila baca artikel tu. Pertamanya, sebab watak dalam kisah tu bernama “Faiz”.*tersentap* Kedua, sebab giler dahsyat dia punya cirri-ciri calon “zaujah”. Sampai 24.!


Nasib baik “Pha Is” yang ni tak sama denan “Faiz” yang tu. Aku ada la jugak pernah senaraikan ciri-ciri, tapi tak de la banyak sangat. Rasanya dalam 4 ke 5 ciri-ciri gitu je. Hehehe


Sebenarnya, aku takut untuk terlalu memilih dan mengharap. sebab sejak kebelakangan ni, aku jarang dapat apa yang aku harapkan. contohnya macam masa aku nak beli moto dan laptop aku dulu. Lain yang aku hajatkan, lain yang aku terbeli.

Dan kadang-kala, walaupon aku dapat apa yang aku hajatkan, perkara tu tetap tak menjadi seperti apa yang aku harapkan. maknanya aku tersalah pilih. Seperti mana masa aku memilih kos farmasi.


So, sekarang aku lebih banyak redha dan terima seadanya dari terlalu mengharap. Terutamanya dalam soal akademik. Bukan bermakna aku putus asa. Aku berusaha jugak, setakat yang aku mampu. Selebihnya, “ya Allah, ini usaha aku. Sesungguhnya hanya sanya Engkau lah yang lebih layak menilainya. Apa sahaja keputusannya, apa nak jadi, jadilah

Que sera sera
Whatever will be will be
The future's not ours to see
Que sera sera

Akhir kata, bersederhanalah dalam memilih dan mengharap. Kerana kita bukan penentu mutlak masa depan kita. 



Pha is