Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Motosikal Idaman

dulu, jentera motosikal impian aku ialah kawasaki ninja 250r. aku tau, cc nya masih dalam katagori kelas bawahan. idea asalnya, kerana aku nak pakai untuk pergi kerja je, bukan pakai racing. hehehe.. lagi pun, aku fikir, aku malas nak ambil lesen moto lagi sekali. (B full). sebab untuk lesen B2, 250cc dah boleh pakai.


kemudian, melalui pembacaan di forum-forum, ramai cakap kalau pakai kawasaki ninja 250r tak berbaloi. kata mereka, kalau stakat ninja 250r, kawasaki kips 150rr pun dah boleh potong. (orang yang kata, bukan aku) so, akhirnya ninja 250r aku tolak tepi.

orang kata, kalau pakai kips 150rr pun, dah puas hati kalau setakat nak jalan biasa. sebab utama, murah. kelajuan pun okay (untuk kelas 150cc), dengan pawer-valve systemnya lagi. cuma aku tak berkenan dengan bunyi kips. macam motor mat rempit je bunyinya. (2-stroke)

dalam banyak-banyak jentera bawah 250cc, antara yang paling orang rekemen dalam forum-forum, yang aku perasan, ialah kawasaki zx2r (250cc). bunyi okay, enjin pun…

Makan2 Klate 18 | Restoran Khaleel Nasi Kandar

asyik-asyik makanan sempoi-sempoi, je. kali ni kita ke makanan biasa (harian). kalau orang penang, makanan harian yang biasa, selalunya nasi kandaq. so, aku nak membawakan kepada anda, restoran khaleel nasi kandar di Jalan Sultan Yahya Petra, kubang kerian. (coordinate:  6° 5'44.90"N 102°16'17.25"E). kelantan pun ada kedai nasi kandaq tau..!!



kedai ni biasa je. tak la semeriah restoran Khaleel kat penang yang 24 jam tu. kat sini aku tengok pukul 11.00 malam dah tutup. menu pun tak de la semeriah yang kat penang. tapi, kira okay la. beriani ada, tandoori ada, naan ada, roti canai, tosai, mee goreng mamak dsb. kira barang standard untuk kedai nasi kandar semuanya ada la.

nasi kandar dia kira okay la. ada la rasa nasi kandar. janji kuah kari tak manis. beriani pun kira okay. tapi tak dapat challenge beriani kapitan penang la. keseluruhannya, okay la untuk restoran nasi kandar yang beroperasi di kelantan. (aku tak nak expect tinggi sangat)

kalau nak tahu, sepanjang cuti…

Release The Kraken

semenjak dua menjak ni, kebanyakan entry yang aku publish adalah entri peram. entri yang aku telah siap taip tapi aku simpan, tak publishkan. ada yang sampai aku peram berbulan-bulan. bila aku rasa nak publish, baru aku publish.

aku rasa, kadang-kadang, entri ni macam jeruk. makin diperam, makin sedap. hehehe..

then, bila aku rasa masanya dah tiba untuk aku publish entri tu, sambil aku tekan button "publish", i said to myself :





maa'ssalamah,

Pha is

Video | Who is Prophet Muhammad?

sumber gambar [2]
After the release of the hate film /trailer ('The innocence of Muslims'), more people in the west want to know about Prophet Muhammad now. And they usually have not more than 5 minutes to spare for doing that.

Hence we decided to make an English language film/video for western audiences. The idea was not to attack any person or country or seek revenge for the lame film that insulted the Noble Prophet. The idea behind this 5 minute film is to provide quick information to the curious audiences who are now thirsting for more information on the Holy Prophet -information other than what their own media is showing them.

The offensive and blasphemous film is rightly and clearly seen by western audiences as being 'vicious', 'hateful' and 'far from the truth'. This is how the world has rightly perceived 'The innocence of Muslims'. But this has left unanswered questions in their minds. If that film was so obviously 'false', then…

Makan2 Klate 17 | Selera Cik Siti

kali ni, aku nk membawakan kepada anda restoran Selera Cik Siti, di Taman Kenangan (Jalan Abdul Kadir Adabi), Kota Bharu, Kelantan. (coordinate :   6° 7'27.71"N 102°15'53.07"E - lebih kurang). sebenarnya, dah lama dah aku dengar pasal Selera CIk Siti ni. dah ramai yang recommend kat aku, sejak aku kat penang lagi. so, agak popular la jugak kiranya kedai ni.

orang kata, kat situ popular dengan makanan western, antaranya chicken chop. tapi, malam tu entah macam mana, aku kempunan lamb chop. so, aku order satu. harga kalau tak silap dalam RM14.00. agak murah jika nak dibandingkan dengan Mr. Cook Western Food.[2]


tapi, dari segi rasa, aku lebih prefer lamb chop yang kat Mr. Cook Western Food tu [2]. daging kat sini agak liat. serius liat. sampai lenguh tangan aku dok hiris daging kambing ni. seriusly..!!! rasa pun kureng sikit. lepas tu, saiz pun tak memuaskan. so, kesimpulannya, untuk lamb chop sahaja, aku lebih prefer Mr.Cook Western punya, walaupun yang tu mahal siki…

Kahwin Awal Melemahkan

perkahwinan yang melemahkan di sini bukan bermaksud melemahkan tenaga batin yer. hehehe.. entri ini asalnya berkisarkan perbualan aku dan seorang sahabat di laman twitter. berkenaan senarai perkara yang ingin dibuat dalam hidup sebelum kahwin.


dulu, aku pernah terbaca satu artikel dalam blog saifulislam.com (aku cuba cari balik artikel tu, tapi tak jumpa). dalam artikel tu, ustaz hasrizal pernah ditanya pendapat beliau tentang perkahwinan di usia muda / ketika masih belajar. (kalau tak silap).

dan jawapan yang diberikan oleh ustaz, adalah jawapan yang sangat aku tak sangka. beliau seolah-olah tidak menggalakkannya, walaupun (kalau tak silap aku) beliau sendiri berkahwin semasa masih belajar di luar negara. sebabnya, kata beliau perkahwinan di usia muda melemahkan, terutamanya bagi anak muda yang berjiwa aktif.

tapi, jika difikirkan, betul juga kata beliau. kalau bujang, nak buat apa pun orang tak kisah. contoh yang paling mudah, merantau ke tempat orang, bermusafir melihat keindahan …

Kawan Kahwin | Izzul

~muqaddimah~
aku : mak, tadi kat depan sekolah tu kenduri siapa?
mak : owh, tu kenduri arwah. Dato' Bakar yang buat. esok baru ada kenduri kahwin. hang pi la esok.
aku : eh, esok cek nak pi kenduri kahwin kat BM (bukit mertajam). kawan satu sekolah cek yang kahwin.
mak : kawan hang, lagi..!

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

okay, seorang lagi member aku yang sama umur yang dah kahwin. (cobaan..!!!) apa-apa pun, tahniah dan selamat pengantin baru buat izzul rahimi dan nur liyana. semoga jodoh berkekalan hingga ke syurga. ameen...

sebenarnya, ini antara tujuan utama aku balik penang dalam waktu study week ni. nak meraikan sahabat yang telah "berjaya" menamatkan zaman bujangnya. yes, "BERJAYA" (ingat kahwin tu senang?)

so far, setahu aku, kalau tak silap, jika dikira balik, dah 4 orang member satu sekolah aku yang sama umur yang dah kahwin. hmm.. dalam kalangan kami sendiri, masing-masing tengah mengagak siapa yang akan kahwin next.

yang pa…

Ketegar

itu la. ketegaq sangat. dah nampak tanda amaran laluan ditutup sebab banjir, nak redah jugak. ini la yang orang kata ketegaq. 
lepas tu redah buat bodo je. konon adventure la tuh. sampai nampak amaran ke-2 pun redah jugak. ketegaq betol..!! tiba-tiba, nampak kereta kat depan pusing nak patah balik.

haa.. baru nak kalot. tu la.. tadi dok buat ketegaq sangat. nak jugak redah jalan yang ditutup. lepas tu, nak kena patah balik. kan dah susah..! 

lepas tu, dengan muka tak malunya, keluarkan henset ambil gambar. bajet saja je nak redah jalan yang ditutup, kononnya sebab nak tengok dengan mata sendiri, macam mana jalan yang melimpah banjir. tak nak mengaku jugak yang diri tu ketegaq.


haish... ketegaq sungguh...!!!

*lokasi:
laluan D22
rantau panjang - lebuhraya gerik-pasir putih
tepi sungai golok
coordinate : 5°55'29.94"N 101°55'51.91"E


**ketegar (sebutan "ketegaq" dalam loghat utara) : tidak mahu menurut kata (nasihat) orang, tegar (keras) hati, keras kepala.
(ka…

Banjir | Jalan Kelantan Ditutup

hari ini, aku dan beberapa orang kawan akan berangkat dari penang ke kelantan. balik ke kelantan setelah "bercuti" di penang waktu study week. sebab exam kami kena ambil di USM kelantan.

malangnya, dengar khabar banyak jalan kelantan ditutup disebabkan banjir. maklumlah, musim tengkujuh. so, agak cuak jugak la, takut tak sampai USM. kalau tersangkut, nanti tak ambil exam pulak kami ni.

malam tadi, aku buat sedikit research. sekadar persiapan untuk esok. ada kawan aku yang nasihatkan supaya aku call balai polis di sepanjang jalan yang akan kami lalu. no. tel balai polis aku dah cari kat internet. harap-harap no tu still valid. (lihat penghujung entri)

bila aku check jalan yang ditutup plak, secara teorinya, jalan yang tersenarai tu kami tak lalu. harap-harap nanti jalan yang akan kami lalu tak banjir la.


permudahkanlah ya Allah...


IPD Pasir Mas 097450999
Balai Polis Rantau Panjang 097950222
IPD Tanah Merah 099556222

rujukan:
e-bencana alam JKR malaysia:
http://bencanaalam.jk…

Sama Ja

sekarang dah masuk minggu study week. so, aku balik penang kejap. aku rindu penang. bila dah balik penang, boleh jumpa member2 yang dah hampir 3 bulan ditinggalkan, boleh merasa makanan penang, dan boleh jumpa mak sebelum exam. tambah pulak, kelmarin member satu sekolah aku punya kenduri kahwin. memang kena turun penang la...

bila dah sampai penang, aku jumpa salah seorang member penang. kat bawah ni perbualan kami:

baq : lama tak nampak. aku tengok hang ni sama ja...
aku : habis tu, apa yang hang expect aku akan berubah?
baq : ha la, aku tengok hang ni kat kelantan kerja makan ja. tapi balik sini aku tengok badan hang tak besar-besar pun. sama ja..

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
aku rasa, baru 3 bulan aku tak balik rumah, tapi dah macam-macam perubahan yang dah berlaku kat rumah dan kampung aku.

contohnya, tak jauh dari rumah aku, dulu ada satu kawasan yang telah diratakan untuk buat rumah. last time aku balik, kawasan tu baru bertanah merah. belum buat apa-…

Makan2 Penang 4 | Hero Burger Bakar

dah selalu sangat aku buat pasal makanan kat kelantan. hari ni, aku balik penang kejap. so, tadi ajak member keluar makan, sebab aku dah rindu makanan penang. mulanya ingat nak pergi pekena biryani clay pot kapitan georgetown, tapi last-last tukar rancangan, kami pekena burger bakar  kat kedai Hero Burger Bakar ni.


kedai ni terletak di Astaka Stadium Bandaraya Pulau Pinang. dekat perak road. (coordinate : 5°24'40.27"N 100°18'57.22"E). kat sini, ada pilihan burger daging lembu, ayam, dan kambing. untuk nak tahu menu sacara lebih detail dan harga, boleh tengok kat gambar bawah ni :


malam tu, aku dan member keluar agak lambat. lepas tu, sembang kat kedai tu sampai dah lewat malam. so, sempat la aku tengok diorang sedang proses daging untuk burger bakar tu. (mungkin untuk keesokan harinya). daging burger tu diorang proses sendiri. 

dan hasilnya, tadaa....!!!


kedai ni terletak dalam area food court. so, ada macam-macam jenis makanan lagi la kat situ. malam tu, lepas peken…

Kucing dalam Islam

aku ni, nak kata minat sangat kucing, tak de la sangat. tapi, kat rumah aku ada je sekor dua kucing. bukan kucing kami pun, tapi dah orang buang, lepas tu dia mai kat rumah. mak aku pun bagi je la dia makan dengan apa yang ada, selalunya lebihan makanan kami. 
ni la kucing kat rumah aku. kesian beliau, tengah tunggu kami nak buka puasa, sampai tertidur.  (gambar diambil masa bulan ramadhan)
adik aku dan kucing 
last2, kucing tu stay kat rumah. tak kemana, sampai lah dah beranak pinak. lepas tu, bila dah dapat anak comey2, orang pakat mintak kat mak aku, nak ambik bela. mak aku pun bagi je la. macam tu la lebih kurang kitaran kucing kat rumah aku.

macam tu la manusia. yang buruk, orang buang. yang comel, orang mintak. hmm...

banyak sebenarnya kelebihan bela kucing ni. dalam hadis nabi pun banyak menyebut tentang kucing. even dalam kehidupan nabi dan para sahabat pun ada yang melibatkan kucing. antaranya:

1. hadis berkenaan seorang wanita diseksa di neraka kerana menyiksa kucing :


Abd…

Memories In Kelantan

tajuk entry bajet macam cerita korea memories in bali. hahaha...

sedag tak sedar, dah 3 bulan aku di kelantan. rasa macam sekejap je masa dah berlalu. sekarang ni pun dah minggu clerkship di hospital usm. lepas ni, study week, then exam. lepas tu, terus balik penang. sem depan belajar kat penang balik. 
sepanjang aku di kelantan ni, macam-macam kenangan ada. best. mana dengan jelajah tempat makan, keluar jalan-jalan dengan member, kenangan bersama ahli farmasi di HUSM ni, smuanya memorable.


member aku si aqmar ada buat video untuk jamuan makan yang kami buat baru-baru ni bersama lecturer. like she says, it's always a good time..!!! err.. vdeo ni mungkin hanya boleh ditonton oleh budak farmasi usm batch aku je disebabkan video ni datang dari private fb group. ianya just slideshow gambar2 knangan kami kat kelantan ni. so, kalau anda x bleh tengok, abaikan je la. hehehe

dulu, sebelum datang kelantan, aku target bila dah 3 bulan berada di kelantan, mesti aku dah fasih kecek klatey. t…

Makan2 Klate 16 | Nasi Lemak Kopi O

malam tu, aku migraine. so, aku tidur awal. then, pukul 2 pagi, aku bangun, konon nak qada waktu study. bila dah dok kejap, tetiba rasa lapar pula. (ye la, dah tak makan malam lagi).

maka, di keheningan malam di musim tengkujuh ini, (hujan baru berhenti) aku merempit sambil menggigil kesejukan tanpa jaket ke sekitar KB dari kubang kerian untuk mencari kedai makan yang masih buka pada pukul 3 pagi.

akhirnya, aku terhenti di restoran Hayaki 24 jam. aku berhenti, ushar-ushar kedai tu dari luar, tak tau kenapa, aku tak rasa nak singgah. maka, aku pun patah balik ke kubang kerian, ingat nak pekena 'cotek' sekeping dua. kata member aku, kedai cotek berdekatan USM kampus kesihatan ni pukul 4 pagi pun buka lagi.

malangnya, bila aku sampai, kedai cotek tu dah nak tutup. nak makan KFC (lebih kurang 500 meter dari situ) rasa macam tak ada mood plak. kemudian, aku jalan-jalan lagi, ingat nak singgah kat restoran D'Klasik 24 jam. tapi hampeh betol, sebab kedai tu tutup. nama je 24 jam.…

Makan2 Klate 15 | Dlah Maggi Ketam Corner

kali ni, kami satu group E clerkship husm jalan-jalan makan maggi ketam. tempat ni cik Izzah yang tunjuk. kami follow je. kedai ni terletak di jalan pauh sembilan, dekat area bachok kalau tak silap. (coordinate :   6° 4'50.85"N 102°21'47.71"E - lebih kurang, sebab situ kawasan kampung. susah betul nak cari kedai pakai google earth)


bila sampai, aku tengok kedai ni macam gerai biasa-biasa je. tak de la nak nampak special sangat. dah la terletak di dalam kawasan kampung. nampak pun macam gerai makanan yang biasa-biasa je. mula-mula, aku agak skeptic sikit terhadap kedai ni. macam biasa-biasa je..

tapi, kat kedai tu ramai orang kot. lepas tu, bila kami nak try duduk kat satu meja tu, waiter tu cakap, meja tu dah di-reserve. pergh.. lepas tu, dia tanya aku pulak, kami datang sini buat tempahan atas nama siapa? pergh.. kedai macam ni pun nak kena buat reservation? giler grand..!

lepas tu, pandangan aku terhadap kedai tu terus berubah 180 darjah. bak kata orang, don't…