selamat tinggal 2011...
31.12.11
30.12.11
bila jam pon tak nak aku study..
setelah
beberapa jam mata aku mengadap nota, meniti informasi yang bakal disoal pada
peperiksaan yang bakal tiba tak lama lagi, aku pon mengalihkan pandangan pada
skrin laptop. Niat di hati nak berehat sekejap, menghilangkan kebosanan yang
bersarang di hati dan mengurangkan ketepuan yang termendak di kotak minda.
Ku
lihat jam ditangan, sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. malam yang sepi.
Setelah melihat nota2 yang belum terusik, aku bertekad, hanya akan ‘online’ buat beberapa ketika sahaja. Tak sanggup
untuk lebih lama. Sasaran aku, 20 minit. Itu sudah memadai. Malah lebih dari
cukup.
Lantas,
skrin yang tadi gelap, kini bercahaya, bila tanganku menyentuh tetikus biru tanpa
wayar. Kubuka browser google chrome, meluncuri laman muka buku. Sambil jari
telunjukku memutar laju roda hitam di hujung tetikus, satu persatu status
kawan-kawanku aku imbas.
Setelah
selesai beberapa komentar, aku lihat jam di tangan. Jarum panjang tepat pnunjukkan
angka 3. Baru 15 minit aku habiskan, masih berbaki 5 minit. Aku buka pula blog ‘Hikayat
Budak Pening’, terus ke bahagian bawah, memantau ‘bloglist’ aku.
Dengan
5 minit masa yang masih tersisa, rasanya tak sempat untuk aku melawat banyak blog.
Jadi, cukuplah menziarahi blog2 kenalan rapat. Itupon kalau ada yang dikemas
kini. Dan aku bernasib baik, kerana blog ‘sifu’ aku, si fatihah tertera dengan
tajuk entri terbaru.
Sekali
lagi kulihat jam di tangan, masih lagi belum menunjukkan pukul 12.20 tengah
malam. Lantas, dengan senang hatinya, pautan ke blog beliau aku klik. Dan terteralah
di skrin computer riba aku akan laman blog beliau. Entri pendek beliau kubaca. Santai.
Dan sepertimana biasa, entri beliau tidak pernah mengecewakan. Selalu buatku
tersenyum.
Entah
buat yang keberapa kalinya, sekali lagi aku tatap jam di tangan yang kian lusuh
talinya ditelan masa. Walaupun permukaan kacanya sudah terpalit toresan-toresan
halus dan garisan-garisan yang mencalar, namun tak pernah jemu mengingatkan aku
tentang masa dan waktu.
Dan
pada saat itu, jam lusuh itu juga masih belum menunjukkan pukul 12.20 tengah
malam. Walaupon aku sedikit hairan, tapi tidak aku endahkan. kerana hatiku
senang, kerana masih ada sisa masa yang berbaki untuk aku meninggalkan sedikit
komentar pada entri ‘sifu’ aku.
Sekali
lagi jam ditangan aku tatap. Juga belom menunjukkan pukul 12.20 tengah malam.
kali ini, aku mula ambil peduli. Sekali lagi aku perhatikan jam tangan hitam
itu. Terperinci. Mencari dimana salah dan silapnya. Jam yang tersilap masa, ataukah
mata aku yang tersalah baca?
Setelah
beberapa ketika, barulah kusedar yang jarum saatnya kaku, sepi dari sebarang
putaran dan pergerakan. Jam aku mati. Lantas, cepat-cepat aku ketuk permukaan
jam dengan jari, setelah dahiku kutampar-refleks semulajadi. Mujur, jarum saat
itu berjalan kembali.
Dan
seberapa pantas, aku menghalakan cursor penunjuk ke arah ‘task bar’, bagi
membolehkan aku melihat jam computer riba kerana aku telah ‘auto hide’-kannya. Saat
itu, jam di skrin computer riba sudah hampir menunjukkan pukul 1.00 pagi. Maknanya,
dari 20 minit, rupanya sudah hampir sejam masa telah aku bazirkan.
Jam
oh jam. Sesungguhnya kau benar-benar memahami aku. Kerana kau pon tak nak aku
study, tapi membiarkan aku leka ber-online. Sayang kau ketat-ketat... hehehe...
Pha is
28.12.11
Fiksyen 302
Tadi saja jalan2 tak tentu arah dan hala tuju ngan kawan2. Entah macam mana, tiba2
kami terdampar kat kedai buku popular. So, melepak la kejap dalam tu. Sambil tengok2
buku. (ye la, dah nama pon kedai buku).
Tapi,
dalam kami bermain ushar2, tiba2 anak mata aku terhenti pada sebuah novel
terbaru Ramle Awang Murshid, “novelis thriller no. 1 malaysia”, yang bertajuk “Fiksyen
302”. Pergh..!!! rasa macam terus nak grab dan pi ke kaunter bayaran je.
Tapi,
langkah dan niat aku terhenti bila mengingatkan kes yang pernah terjadi keatasku
suatu masa yang tak bebrapa lama dahulu. Masa tu, aku beli novel “Cinta Sufi”,
juga karya Ramlee Awang Murshid (RAM).
Tapi,
bila aku bawak balik rumah, rupa2nya adik bongsu aku awal2 lagi dah beli dah
novel tu. So, macam rugi je aku beli. Sampai sekarang, novel “Cinta Sufi” aku tu
aku tak buka2 pon plastic dia. Masih tersimpan elok.
Well,
memang kami satu family (terutamanya adik bongsu aku) memang peminat setia
novel RAM. Aku yang mula2 perkenalkan novel karya RAM kat adik aku. Masa tu,
aku bagi diorang baca novel trilogy “Tombiruo”.
(my fevered dalam banyak2 novel RAM)
So,
bak kata orang, aku tak mau la pisang berbuah dua kali. Rasanya adik bongsu aku
mesti dah beli novel ni. tambah2 pulak beliau sekarang ni baru habis SPM. Konfom
tak tau nak buat apa. Dah la PLKN pon tak panggil.
Dan
aku sekarang pon tengah study week. Tak de masa aku nak layan novel2 ni. baik
aku study dulu. (tapi ader je masa update blog. hampeh). Aku ingat, lepas exam
nanti, baru aku nak start baca.
So,
bye bye dulu “Fiksyen 302”... nanti2 kita jumpa lagi yer.. jangan nakal2 tau...
sob sob...
p/s:
dalam istilah medical, “sob” bermaksud “short of breath” (pengetahuan am).
Pha is
27.12.11
kempen anti zina bersama ustaz azhar idrus
Saban
tahun, ada ja pembuangan bayi. Dan kebanyakan kes dilaporkan sekitar penggal
kedua setiap tahun, bermula sekitar julai. Kata orang, ni semua akibat membuktikan
dan menzahirkan ‘cinta’ di malam tahun baru dan malam valentine’s day.
Yang
sedihnya, selalunya yang terlibat orang melayu yang mengaku islam. Jadi, bagi
menghindari perkara ni, maka amat bertepatanlah kempen anti zina bersama ustaz
azhar idrus ni.
Sapa
yang berkesempatan, boleh la pi joint...
Pha is
26.12.11
melepak
Alhamdulillah, baru selamat kembali ke penang dari
KL. Sepatutnya perjalanan kali ni nak meraikan member yang bertunang, tapi
disebabkan sedikit masalah yang tak dapat nak dielakkan, kami terlewat sampai. Bila
sampai pon, “anak teruna” dah nak bertolak balik dah.
Maka, merayaulah kami berpeleseran di sekitar KL,
melepak tanpa arah tuju sepertimana anak2 muda yang tak ada matlamat hidup dan
tak ada harapan pada bangsa dan Negara.
Jika diikutkan balik, setiap kali study week, mesti
ada kerja gila yang aku buat. Kalau sem lepas, time study week, masa orang
tengah sibok study, aku pi hiking bukit bendera sampai nak pitam di
pertengahan jalan. Study week sem ni pulak, aku naik bas pi merayau kat KL.
Yang bestnya, masa aku tengah melepak kat sebuah
pusat membeli belah yang aku tak tau nama apa, masa nak turun dari escalator,
tiba-tiba aku ternampak pak ngah aku. KANTOI..!!!! Huh, gelabah kejap aku masa tu.
Then, aku tarik nafas, tenangkan diri, dan buat muka
tak bersalah, dan pi jumpa pak ngah aku tu. Masa tu, Mau tak terkejut diorang. Tiba2
je jumpa anak sedara dari penang.
Pha is
24.12.11
aku, motosikal, dan kereta...
Kalau
perlu aku memilih antara motosikal dan kereta, aku lebih suka motosikal. Dan aku
ingat, bila dah bekerja nanti, aku tetap nak pakai motosikal. So, korang boleh
kata yang aku ni mat moto. tapi aku bukan mat rempit.
Walaupon
pernah suatu hari, mak aku pernah cakap kat aku, “nanti bila hang dah kerja,
boleh mak merasa naik kereta hang.” Tapi, aku balas, “cek malas la nak pakai
kereta. Kalau mak nak, nanti kami share duit, beli kereta untuk anim (adik aku).
Lepas tu, nanti boleh la mak merasa naik kereta dia.”
Walaupon
aku tau kereta lebih selesa, lebih selamat, dan lebih effisyen terutamanya kat Malaysia
yang berada dalam kawasan ‘hutan hujan tropika’, tapi moto tetap menjadi pojaan
hatiku.
Walaupon
aku nak pakai moto, tapi kalau aku ada duit lebih sikit, at least boleh jugak
aku angkat super bike. Rasanya, kalau aku dah jadi ahli farmasi nanti, tak de
hal la... heheh..
Target
aku sekarang, Kawasaki ninja 250r pon dah cukup. Tak payah cc banyak2 sangat
sampai 1000. Aku nak pakai pi keje je... Bukannya nak buat racing. hehehe
Tapi,
sebelom aku kawen, aku rasa nak tak nak aku kena jugak ada 1 kereta. Bukannya apa,
sekarang ni ramai orang (tapi tak semua) jenis materialistik. Orang pandang
harta benda. Manusia sekarang (terutamanya lelaki) dinilai dengan kereta, wang
ringgit, dan sebagainya.
Kalau
tak ada kereta, jangan harap la nak lepas meminang anak dara orang. “kereta pon
tak ada, ada hati nak meminang anak dara kita..!!” karang tak pasal2 aku kena
macam ni.
Lagipon,
aku rasa, kerata ni satu keperluan jugak, terutamanya bila dah berkeluarga. Kalau
tak ada kereta, macam mana aku nak angkut anak bini kalau ada emergency. So,
penting la jugak.
Apa2
pon, kereta tu nanti, aku bagi je la kat bini aku. Suka hati dia la nak buat
apa pon. Aku ni kalau dah ada moto, dah cukup puas hati dah.
Pha is
Test post entry pakai android
Saja nak try. Application yg aku pakai, bloggeroid. Sapa yang ada android, search je application ni kat market.
Tapi macam renyah la pulak kalau nak taip pakai android. Tak biasa...
-pha is
posted from Bloggeroid
22.12.11
Ramlee Awang Murshid di USM???
Aarrgghh...!!! aku terlepas.... program berjalan pagi tadi.. tapi dah petang
baru aku ternampak poster ni... rugi2... kalau tak, boleh jumpa Ramlee Awang
Murshid (RAM). Dapat bergambar sekeping dua pon cantek gak... Walaupon aku
bukan peminat novel yang tegar, tapi novel yang aku selalu baca kebanyakannya
karya RAM. Dari trilogy Tombiruo, sehinggalah ke sutera bidadari.
Rugi2...
Pha is
USM UNIVERSITI PERTAMA TERAJU PROGRAM KEUSAHAWANAN BIDANG FARMASEUTIKAL
Pulau Pinang, 16 Dis. – Universiti Sains Malaysia
(USM) mencatat sejarah apabila buat pertama kali dipilih oleh syarikat kimia
berprestij negara, Kumpulan Chemical Company of Malaysia (CCM) sebagai
universiti pertama Malaysia menerajui bidang keusahawanan dalam bidang
farmaseutikal.
Program yang dinamakan Jalinan
Universiti dan Industri (JATI) di bawah Chemical Company of Malaysia (CCM)
telah memilih USM sebagai peneraju dan kolaborasi bersama bagi mensasarkan 500
usahawan muda dari bidang Farmaseutikal sehingga tahun 2020.
Menurut Prof. Dato’ Omar
Osman, Naib Canselor, Universiti Sains Malaysia (USM), program kerjasama di
antara CCM dan Pusat Pengajian Sains Farmasi USM diharap dapat membuka dimensi
baru buat pelajar yang bergraduan dalam bidang tersebut, bukan sahaja menjadi
seorang ahli Farmasi berjaya,malah dibentuk menjadi ahli perniagaan dan
usahawan masa hadapan.
“Sekiranya program JATI
CCM-USM diambil penelitian secara terancang, saya percaya ia mampu melatih
pelajar agar tidak terikat kepada sudut pandangan konservatif dan memupuk
graduan agar berkeupayaan menjadi berbeza dengan yang lain melalui penyebaran
ilmu untuk faedah masyarakat keseluruhannya,” katanya ketika merasmikan program
Jalinan antara Universiti dan Industri (JATI) CCM-USM di Kompleks Cahaya, USM.
Tambahnya lagi, Pusat Pengajian Sains Farmasi bukan
sahaja perintis di dalam bidang penghasilan ubat-ubatan, malah telah melahirkan
ramai graduan yang berdikari dan bekerja sendiri melalui bidang perniagaan.
“Graduan Farmasi USM
senantiasa diperlengkapkan sebaik mungkin bukan sahaja ilmu tetapi juga
pengalaman, cantuman ini saling melengkapi dan pastinya akan menguntungkan
negara kelak”
Selain itu, Dekan Pusat
Pengajian Sains Farmasi, Prof. Syed Azhar Syed Sulaiman berkata, Pusat
Pengajian Sains Farmasi telah menghasilkan sumber rujukan pertama di dunia
untuk penghasilan perubatan menggunakan sumber bahan yang halal, iaitu
Pharmacopia.
“Pihak PPSF melalui kerjasama dan buah idea para
pensyarah dan penyelidik telah berjaya menghasilkan Pharmacopia, sumber rujukan
pertama dunia untuk ahli farmasi merujuk dan menganalisis bagi mencipta
ubat-ubatan menggunakan bahan yang sah dari segi kehalalannya,” katanya selepas
majlis perasmian.
Katanya, sekiranya tiada
apa-apa halangan, Pharmacopia bakal dilancarkan pada tahun hadapan dan USM
merupakan perintis pertama dunia yang menghasilkan sumber rujukan tersebut.
Turut hadir pada majlis
tersebut adalah Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan Kumpulan Chemical
Company of Malaysia (CCM) dan Prof. Sudesh Kumar, Pengarah Jaringan Industri dan
Masyarakat USM.
21.12.11
bersalah...
Pada mulanya, aku fikir, aku sememangnya tak nak
terjebak dalam hal ni. Tapi, bila tiba detik kejadian, macam aku tak dapat nak
buat apa-apa. Walaupon secara zahirnya, aku boleh menolak, tapi, jujurnya,
perasaan inkuiri tu tetap ada.
Jadi, aku pon buat, something that i don’t proud of.
Masa aku buat, aku cuba ikhlaskan niat. Tapi, hati manusia.... tak mungkin
sempurna.
Bila segalanya selesai, aku mula bermuhasabah diri. Menilai
kembali segala yang aku lakukan. Patutkah? Dan kini, aku mula rasa bersalah. Bertambah-tambah
bila terdengar ada yang tak puas hati.
Aku masih rasa bersalah. Sangat-sangat...
Pha is
18.12.11
Makan2 penang 1 : jalan datuk koyah
Bila sebuat pasai tempat makan di penang, selalunya
mesti ‘orang luar’ akan sebut nasi kandar “line clear”. Secara jujurnya,
walaupon aku dok kat penang, tapi aku tak pernah lagi makan kat situ. Member aku
cakap, orang yang pi nasi kandar line clear ni selalunya orang luar dari penang
je. Orang penang dah jarang pi sana. Kata mereka, kotor. Tapi, betul or tak,
aku tak pasti.
Oleh kerana aku ni agak kuat nafsu makan, dan
pantang kalau ada member2 ajak makan, aku ingat, lepas ni, aku aku nak try post
entry yang berkaitan dengan tempat2 makan kat dalam penang ni. saja. At least boleh
la korang2 try nanti bila korang datang kat penang.
Sebagai permulaan, aku nak memperkenalkan “ABU”. Ada
sesetengah orang panggil kedai ni “datuk koyah” oleh kerana kedai makan ni
terletak di jalan datuk koyah. Kat sini, menu utamanya ialah roti. Walaupon terdapat
menu2 sampingan seperti nasi , mee, dan magi goreng.
koordinat : 5°25'11.22"N 100°19'54.83"E
Antara roti yang pernah aku dan member2 aku order
selalunya roti L.A, roti Hong Kong, roti samurai, roti taj mahal, dan banyak
lagi. pernah satu hari tu, kami nak order roti millennium tapi nasir (pelayan
kat situ) cakap, roti tu Cuma jual pada malam tahun baru ja.
Bila aku sebut roti, kalau ada yang dok fikir “eh,
makan roti je? Boleh kenyang ke?”, korang boleh try sendiri. Aku takut nanti
tak larat nak habis je, terutamanya roti taj mahal. Rekod kami, habiskan roti
taj mahal dalam masa 18 minit. Siap sempat pi tandas lagi. Hehehe..
Dan bagi aku, tarikan utamanya ialah kat nasir,
pelayan kat situ. Korang mesti terpukau la dengan skill dia masa dia “kira”. Ni
video yang sempat aku ambik. Tapi tak dengar sangat sebab bising.
Pha is
17.12.11
street of london
pada mulanya, Prof. Yuen minta Jasper nyanyikan lagu "street of london" masa hari presentation kami. Saja2, seronok2.. tapi at last, kami semua 1
kelas decide untuk nyanyikan lagu ni dedicated khas buat Prof. Yuen.
Memang terharu. Terutamanya bila ucapan Prof Yuen
lepas lagu tu... (ekceli masa tu mata aku dah berair dah.. hehehe)
So, layan...
p/s : video ni diambil beberapa hari yg lepas.. post lambat sbb nk ambik video ni dari member...
Pha is
16.12.11
denial phase
Sejak
akhir2 ni, aku sering mimpikan arwah tok wan. Semua mimpi tersebut seolah-olah
beliau masih hidup. Salah satunya yang aku ingat, macam tok wan baru bangun
dari koma yang panjang.
Mungkin
kerana aku sendiri sebenarnya masih susah untuk percaya yang tok wan dah pergi.
Mungkin aku masih lagi dalam Fasa penafian
(denial phase). Minda separa sedar aku masih kuat
mengatakan yang tok wan masih ada.
saat
pemergian tok wan, saat mak mengejutkan aku pada jam 2 pagi untuk memberitahu tok
wan dah pergi, aku tak percaya. Dalam fikiran aku, mungkin mereka silap. Lantas,
aku pergi lihat muka tok wan. Kaku. Aku lihat dada tok wan, sunyi dari sebarang
pergerakan.
Aku
pegang tangan beliau. Sejuk. Perlahan-lahan aku cari denyutan nadi di tangan. Tiada.
Aku masih lagi tak puas hati. Lalu, perlahan-lahan aku sentuh leher arwah,
mencari “carotic pulse” tanpa pengetahuan sesiapa. Sekali lagi aku hampa.
Walau
bagaimanapon, aku masih susah nak percaya. Walaupon lepas tu, aku sendiri yang
membuat laporan kematian di balai polis. Hati aku masih susah nak percaya.
Pada
tengah hari itu, aku tolong memandikan jenazah. Aku tolong mengkafankan, solatkan,
bawa ke tanah perkuburan, angkat jenazah ke liang lahad, sehinggalah mendengar talkin
pak imam. Tapi bagi aku, seolah-olah aku rasa yang arwah masih hidup.
Yang
pergi telah pergi. Tak mungkin kembali. Ya Allah, sesungguhnya aku redha atas
ketentuanMu. Maka Kau tenangkanlah hatiku. Kau cucurilah rahmat keatas roh tok
wan ku. Moga-moga rohnya dapat bersemadi dengan aman di sana.... Ameen.
Dalam
kenangan,
Ahmad
bin Che Tom
Kembali
menghadap Pencipta pada 29 Ogos 2011 M, bersamaan 29 Ramadhan 1432 H
Pha is
15.12.11
demo silat
Kalau
sebelom ni, rekod aku buat demo silat 2 malam berturut2, tapi esok, aku bakal
memecahkan rekod aku sendiri dengan mengadakan 2 persembahan silat dalam 1
malam. Berturut-turut.!!!
Persembahan pertama atas jemputan dari sebuah majlis. Lepas habis buat
persembahan tu, kami kena balik ke tempat latihan untuk UJIAN demonstrasi
silat.
Tak cukup dengan tu, keesokan harinya, kami kena jadi tester untuk ujian
buah umum level 200 (tahun 2). Malam tu, kami ni seolah-olah macam “punching
bag” untuk budak2 tahun 2.
Apa yang dapat aku bayangkan sekarang ni, hujung minggu ni, at least 1
atau 2 lebam akan melekat kat badan aku.
Harap2, semuanya berjalan lancar.. insyaAllah...
malam pendekar 2012
InsyaAllah,
pada 25 febuari 2012, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Sains
Malaysia (PSSCMUSM) akan menganjurkan majlis persembahan demonstrasi seni bela
diri yang diberi nama “Malam Pendekar”.
Majlis
Malam Pendekar ini diadakan bersempena dengan sambutan perayaan ulang tahun
PSSCMUSM kali ke-35 yang bertemakan “Ilmu Bela Diri Tunggak Jati Diri Negara.”
Pada
malam tersebut, antara seni bela diri yang dijangka akan membuat persembahan
termasuklah:
1.
Seni Silat Cekak Malaysia
2.
Seni Silat Gayong Malaysia
3.
Seni Silat Lincah Malaysia
4.
Seni Silat Gayong Fatani Malaysia
5.
Kelab Kung Fu USM
6.
Pertubuhan Silambam Pulau Pinang
Majlis
akan diadakan di Dewan Tunku Syed Putra (DTSP) University Sains Malaysia Pulau Pinang.
Tiket masuk hanya RM5 sahaja. Sebarang soalan dan keterangan lanjut boleh
menghubungi saudara Isra (0137964234) atau saudari Yana (0134776404)
14.12.11
orang mana?
Kisah 1
Situasi
: masa orang nak mai memanggil*, sekitar musim kenduri.
Jiran
: mak long, ni kami nak mintak sila la mai kenduri kahwin kat rumah 20 hari
bulan 12 nanti.
Mak
: insyaAllah... sapa yang kawen?
Jiran
: si faisal tu la..
Mak
: owh.. dengan orang mana?
Jiran
: dengan orang Terengganu mak long oi.. Orang dekat2 dia tak mau. Jenuh kami
masa nak pi meminang. Nasib baik jumpa rumah.
Mak
: biaq pi la kat depa. Dah jodoh.
Jiran
: hang pait, bila nak menikah?
Aku
: (senyum)
Jiran
: tak pa la mak long, saya mintak diri dulu la. assalamualaikum..
Mak
: waalaukumussalam..
(lepas
jiran dah blah)
Mak
: hang pait, nanti tok sah dok cari orang jauh2 sangat. Dekat2 sudah.
Aku
: (-_-')
Kisah 2
Situasi
: beberapa kawan aku singgah mai rumah aku. Ada lelaki dan ada perempuan. Lepas
diorang balik, adik2 aku menyakat aku, kononya aku “dengan” salah seorang yang
mai rumah tadi.
Adik
: abang, tadi bakal kakak ipar ka?
Aku
: haish, mana ada. Kawan biasa2 ja.
Adik
: hmm.. ye la tu...
Mak
: yang mana satu ni? (tiba2 menyampuk)
Adik
: yang duduk kat area Selangor tu, mak... hehehe
Mak
: jauh jugak tu... hang ni pait, cari la yang dekat2 sikit..!
Aku
: (=_=')
Kisah 3
Situasi
: aku dan mak dok sembang2 di luar rumah pada waktu petang
Mak
: bla bla bla...
Aku
: bla bla bla...
Mak
: dalam mak dok perhati, mak tengok orang perak ni baguih2. Mak bekenan la kat
orang perak. Hang tak dak ka kawan2 perempuan yang orang perak?
Aku: (=_=")
*memanggil = menjemput ke kenduri kahwin.
Pha is
petua menjaga mata
Sekarang,
Alhamdulillah, aku bersyukur kerana masih lagi belum berkeperluan untuk berkaca
mata. masih lagi dapat membaca tanpa perlu bantuan dari kaca mata. masih lagi
dapat melihat dengan jelas tanpa kaca mata. tapi tahun2 akan datang, siapa yang
tahu.
Aku
seboleh-bolehnya, tak nak berkaca mata sehingga aku tua. Itu pon jika diizinkan
oleh-Nya. insyaAllah. Kalau boleh, aku nak meni’mati setiap keindahan ciptaan
Allah ini tanpa perantaraan apa2 alat.
Sebab
itu lah, aku mencuba apa2 sahaja petua yang aku tahu untuk menjaga mata. yang
pertamanya, aku kerap meminum jus keret susu. Kata orang keret (lobak) banyak
khasiatnya untuk mata.
Yang
keduanya, pesan arwah tok wan aku masa aku form 3, setiap kali mendengar azan,
apabila tiba laungan “asyhadu anna Muhammadan rasulullah”, selepas menjawab
kalimah tersebut, cium (kucup) belakang kedua-dua ibu jari tangan, dan sapu
kelopak mata dengan bahagian tersebut.
Tapi
masa aku form 5, petua yang ke-2 ini disebut pula oleh ustaz di sekolah aku. Sama
seperti apa yang arwah tok wan aku cakap. Cuma ustaz aku tu menambah lagi
dengan sepotong doa. Doanya aku tak beberapa nak ingat.
Yang
ketiga, juga dari pesanan arwah tok wan aku, kata beliau, kalau rasa gatal di mata,
jangan tenyeh (gosok) mata dengan jari. Tapi tenyeh dengan lengan. Bahagian ‘bicep’.
Mata kanan dengan bicep kanan dan mata kiri dengan bicep kiri.
Menurut
beliau, ini petua orang melayu dulu-dulu. Sebenarnya, ada cerita disebalik
petua ni. ceritanya melibatkan satu sumpahan antara mata dan lengan. Arwah tok
wan aku pernah cerita kat aku. Panjang ceritanya. Betul atau tak, wallahu a’lam.
Walaupon
aku tak suka berkaca mata, tapi aku mudah tertarik dan terpegun dengan
perempuan yang berkaca mata. sungguh. Bagi aku , perempuan yang berkaca mata
memang lawa. Kalau boleh, ciri2 calon isteri aku nanti mesti yang berkaca mata.
hehehe....
Pha is
wordless wednesday #WW20
walaupon sepatutnya "wordless", tapi kali ni just nak bagitau yang gambar kat bawah ni sebenarnya dekstop background laptop aku. maklumlah, exam nak dekat. sebagai inspirasi untuk study..
wordless wednesday yang lepas :
12.12.11
Konvo PSSCM zon utara
Baru2
ni aku baru balik dari UUM. Ini dah kali ke-2 aku pi UUM. Dua2 aku pi dengan
moto dari USM. Dan kedua-dua perjalanan aku ke UUM disebabkan program Persatuan
Seni Silat Cekak Malaysia.
Kalau
dulu aku pi sebab menghadiri forum, kali ni sebab majlis konvokesyen PSSCM zon
utara. Walaupon aku dah “grad” sijil rendah tahun lepas, tapi kali ni aku pi
jugak. Saja nak tengok.
dah alang2
pi UUM, sempat jugak kami pusing2 satu UUM. giler luas..!!! asal nampak tempat
elok sikit, kami berdemo bergambar.
Keseluruhannya,
tahniah kepada ajk PSSCMUUM kerana telah Berjaya mengendalikan majlis
konvokesyen kali ini.
Pha is
11.12.11
tunggu masa je...
tadi,
masa perjalanan pulang dari rumah member di jitra ke USM, tiba2 aku migraine di
pertengahan jalan. Dah la naik moto. Lantas, aku memutuskan untuk singgah
sekejap di rumah untuk tidor buat beberapa jam minit.
Bila
aku sampai kat rumah, mak tak ada. Keluar pi pekan ahad (pekan sehari). Yang ada
Cuma adik. So, aku mbil bantal dan terus tidur di ruang tamu.
Dan
bila aku bangun dari tidur, aku ke dapur. Jam dah menunjukkan jam 2.30 petang
dan aku belum makan tengah hari lagi. bila tengok kat atas meja makan, aku Nampak
durian..!!!
Pergh..
time2 aku migraine ni la mak aku beli durian. Siap dengan pulut..!!! buka peti
sejuk pulak, Nampak santan. Lengkap.! Buka tudung saji pulak, Nampak sambal
belacan. Kalau dapat kat aku sambal belacan dengan durian, makan nasi tak ada
lauk lain pon dah tak pa dah.
Kalau
aku tak makan, rasa rugi gila. Kalau aku makan, nanti migraine + demam pulak. Setelah
memikirkan semolek-moleknya, akhirnya, aku memutuskan untuk makan durian.
Apa
nak jadi, jadilah. Aku rela demam, dari melihat durian depan mata yang tak
terusik. Lepas pekena pulut durian, makan nasi dengan sambal durian pulak. Memang
ni’mat.
Lepas
makan, terus bertolak ke usm. Dan bila sampai kat jambatan, hujan lebat pulak. Nak
berhenti berteduh pon rasanya hujan tu lambat lagi nak berhenti. So, aku redah
je la.
Kesimpulannya,
migraine + durian + hujan. Dan sekarang aku batuk dan sedikit selesema. So, sekarang
ni, aku memang tengah tunggu masa je nak demam.
Pha is
9.12.11
hancurnya hati
Sedih.
Betul2 sedih. luluh hatiku bila perangcangan yang telah dirancang selama hampir setahun, tiba2
tak dapat nak di laksanakan. Maka, betullah kata orang, kita hanya boleh merancang, tapi Dia yang tentukan.
Sedih
dan tension. Kerana hanya disebabkan masalah yang kecik, silly mistake,
perangcangan hancur. Setahun aku rancang.
Dah macam2 persiapan dah dibuat, tapi keadaan terjadi tak seperti yang diharapkan.
Walaupon
bibir aku sendiri selalu menyebut “expect
the unexpected, or dying watching it happen”, tapi kali ni, aku termakan
dengan kata2 itu sendiri. Memang sedih. Tapi nak buat macam mana. Terima je lah
apa yang berlaku. Aku redha. Aku percaya,
semuanya ada hikmah disebalik yang
terjadi.
Malam
ni, kami akan bertolak ke UUM dari USM. Berkonvoi
dengan motosikal ke konvokesyen ujian
sijil rendah PSSCM zon utara. Sebenarnya, saat inilah yang paling aku tunggu2
sejak aku beli moto aku tu.
Aku
sangat teringin nak menunggang moto aku
untuk perjalanan yang jauh. Hampir setahun
aku menunggu saat ini. Bagi aku, inilah kesempatan yang terbaik untuk aku “test”
moto kesayangan aku tu. Dan untuk itu, segala persiapan telah dilakukan. Segalanya persedian untuk konvoi kami telah
aku lakukan, kecuali satu.
Hanya
satu perkara yang aku terlupa. Dan disebabkan satu perkara inilah, semua
penantian aku hancur sepertimana hancurnya hati aku ini. Dan adapun, satu
perkara tersebut ialah, aku terlupa nak perbaharui roadtax moto aku..
Pha is
antara dua nafsu...
Kat sini aku nak bagi satu situasi. Katakan, pada
suatu malam yang nyaman, dengan tiupan bayu malam sedingin salju, dan mata
korang rasa mengantuk. Walaupon malam tu tak hujan, tapi sejuk.
Dan dihadapan korang, ada satu katil yang empuk
sedang menunggu. Dengan tilam setebal 5
inci, selimut dari kain yang sangat lembut, bantal kepala yang empuk, dan
ditambah dengan bantal peluk berukuran sesedap rasa.
Dan mata korang memang dah rasa berat. Mungkin sebelum
tu korang baru Berjaya siapkan 1 assignment. Dan mood korang untuk tidur memang
membuak-buak. Dan jam pula dah menunjukkan pukul 3 pagi.
Lantas,
korang menghempapkan badan korang yang gebu tu di atas tilam yang sedari tadi
bagai melambai-lambai kat korang. Setelah selimut ditarik, merekot lah korang
bersama bantal peluk tadi.
Namun, sebelum sempat korang melelapkan mata, tiba2
korang rasa lapar. Lapar yang amat. Tapi tak la sampai tahap gasterik. Dan tiba2
juga, Korang terus mengidam mee goring mamak kat restoran subaidah nasi kandar
24 jam.(contoh)
So, Disini berlaku satu pertembungan antara nafsu
tidur dan nafsu makan. Antara tidur yang enak di malam yang dingin atau keluar
memacu motosikal di malam yang sejuk bagi menghilangkan rasa lapar korang.
Jadi, kalau korang berada dalam situasi ni, apa
korang akan buat?
Pha is
8.12.11
Perjuangan
Bagi aku, Hidup memerlukan perjuangan. Jangan hanya
asyik dalam “confort zone”. Keluar. Cari benda baru. Ekspoitasi. Baru hidup lebih
terisi dan lebih bermakna. Bak kata pepatah arab :
“Air yang tidak mengalir (statik), akan merosakkan
air tersebut. Pemuda yang banyak masa kosong (tidak dinamik), akan dibunuh oleh
masa kosong itu”
Balajar pon dikira sebagai satu perjuangan. Perjuangan membebaskan diri dari kejahilan. Tapi,
proses pembelajaran tak semestinya di bilik kuliah. bak nota kuliah social
marketing, “learning is the changes in
an individual’s behaviour arising from experience.”
Kalau sebelum2 ni, perjuangan aku banyak berkisarkan
silat. Tambah pulak bila dah pegang jawatan dalam persatuan silat. Sikit2
silat. Macam aku masuk usm ni amik kursus major silat minor farmasi.
Tapi sekarang, sejak dah letak jawatan, rasa ringan
sikit bahu aku ni. Sikit je. Selagi tak lepas event malam pendekar, selagi tu
aku terikat dengan janji aku kepada abg munzir.
Sebab tu aku takut nak bagi komitmen kepada kerja2
yang lain walaupon secara rasminya, aku dah tak pegang apa2 jawatan. Terutamanya
gerak kerja yang melibatkan semester depan. Sebab aku masih lagi terikat dengan
silat. Dengan sambutan malam pendekar.
Pha is
7.12.11
berkonvoi ke konvo
Tanggal 9 desember 2011, jumaat ini, maka akan
bermulalah perjalanan aku dan rakan2 yang akan berkonvoi dengan moto masing2 dari
Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang ke Universiti Utara Malaysia, sintok Kedah.
Perjalanan kira-kira 155km.
Kami akan berkonvoi ke konvokesyen ujian sijil
rendah Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) bagi zon utara dengan
bilangan 6 orang, 5 motosikal. Harap2 cuaca elok. insyaAllah...
Pha is
feveret
Tiba2 kawan aku post pasai lagu fevered dia. So, aku
pon terfikir nak kongsi satu lagu yang baru2 ni Berjaya mencuri hati aku. Tapi ni
bukan lagu yang “asli”. Just a “cover”. Macam yang si najwa latif selalu buat
tu, sebelom dia popular dengan lagu cinta muka bulu dia tu...
Apa2 pon, actually, thanks kepada kawan aku yang lagi sorang ni yang
telah mendedahkan aku kepada cover lagu ni. sejak dia post kat pesbuk, terus
aku terpikat. Tajuk lagunya ialah “look at me now”.. penyanyi asal Chris Brown
ft Lil Wayne dan Busta Rhymes.
Tapi aku suka yang cover by KarminMusic. Seriously,
kalau korang tengok dua2 klip video lagu ni (asal dan yang cover), memang jauh
bebenor bezanya. Kalau yang asal, nyanyi ntah apa2.. tak macam lagu langsung. try la tengok sendiri..!!!
yang asal
cover by karmin. yang aku minat.
lagipon, dahsyat giler dia rap kan? aku yang dengar ni pon dah nk berbelit lidah.. hehehe...
Subscribe to:
Posts (Atom)