30.10.11

kenapa jadi macam ni?

Benda ni jadi lama dah. Tapi aku buat tak ambik pot sebab aku memang jarang buka. Lagipon sebelom ni, Kalau bukak, setakat tengok graf hijau tu je lah. Income memang tak ader langsung.

Tapi, kalau dah sampai berbulan still jadi macam ni, mana boleh jadi..! ada something wrong ka dengan blog aku ni? ­ada sapa yang tau tak kenapa aku punya page ni jadi macam ni? tak boleh nak masuk. Dari mula sampai kiamat keluar bende ni je...


29.10.11

SEGMEN NASZ : PERANG BLOGGER


sebuah segmen dari bro nasz.. saja nak joint sebab sebelom ni aku menyepi sebentar dari berbloging. kali ni, mula nak aktifkan balik. sapa nk joint, klik baner tuh, sebelom 31/10/2011 jam 11.00 malam.

so, akhir kata, selamat datang ke blog budak pening ni... jemputlah masuk. sila la buat macam blog sendiri yer..

apa-apapon, usah biarkan hidup anda diselubungi.........migraine....!!!!

subhanallah...


Kelmarin petang, lepas asar, aku balik rumah dari usm ngan moto ultimo aku. ingat nak balik sekejap. Sebab banyak lagi kerja yang tak siap. Balik 1 malam. Walaupon cuti seminggu

Elok saja keluar dari bilik, Nampak “pokok hujan”.  berkepul-kepul berarak di langit mendung. Apatah lagi dengan kilat sabung menyabung. Memang membuatkan aku berfikir 3-4 kali sebelom balik.

Tapi, mengenangkan adik yang jauh di UM sanggup balik, tak kan aku yang di USM ini tak pulang, walaupon masih dalam negeri yang sama, Penang. Lantas, aku hidupkan enjin moto, dan meluncur laju, selepas doa naik kenderaan habis dibaca.

Masa di awal perjalanan, aku rasa sedikit menyesal sebab memilih untuk balik, apabila membayangkan aku yang basah lencun di atas moto dalam hujan yang lebat. Apatah lagi kesakitan di tangan akibat tujahan-tujahan dari titik-titik hujan. Lagi pon, aku tak puas melalui lebuh raya tatkala hujan lebat. Sebab tak boleh pecut.

Tapi perasaan aku berubah bila aku di pangkal jambatan pulau pinang. Melihat atas, awan di langit yang menggila, melihat bawah, laut biru yang bergelora. Kilat dan guruh saling bertengkar. Dan angin yang kalut bertiup laju. Dalam gusar aku bertasbih, memuji indahnya ciptaan Allah.  
   
Memang cantik. Terutamanya kilat. Mana saja mata aku pergi, kelibat kilat kelihatan. Walaupon dalam side mirror. Tak sempat aku nak ambil gambar, takut henfon basah.

Mungkin ini hikmah perjalanan aku....

Pha is


Segmen Cik Bunny : Jom Blogwalking!


Dah lama tak joint segment. Saja  nak tingkatkan balik semangat nak berblog selepas rasa down.. nak bagi semangat datang balik. Sapa nak joint, jom. Klik di baner tu..


28.10.11

Not Magic, Just Trick..


‎pernah tengok soalan yang macam kat bawah ni tak kat mana-mana wall pesbuk kawan-kawan korang ?

1)firstly key in 3 digit pertama hp anda (tak termasuk 01x)
2)darab 80
3)tambah 1
4)darab 250
5)tambah 4 digit akhir nombor telefon anda
6)tambah lagi 4 digit akhir nombor telefon anda
7)tolak 250
8)bahagi 2

Kalau nak tau macam mana “magic” ni boleh jadi, senang je.  Jawapannya ada kat bawah ni:

Andaikan

~3 no. Pertama hp tu adalah ‘a’
~4 no. Terahir hp tu adalah ‘b’

So, berdasarkan arahan soalah, kalau disusun, kita akan dapat macam ni:

{[(a x 80) + 1] x 250 + b + b – 250} / 2
={250(80a + 1) + 2b – 250} / 2
={20000a + 250 + 2b – 250} / 2
={20000a + 2b} / 2
= 10000a + b........................................................ eq (1)

Then, andaikan no hp tu “1234567”
Maka :
a = 123
b = 4567

subtitude jumlah ni dalan equation (1):
10000(123) + 4567
= 1230000 + 4567
= 1234567     #
SOLVED..!!!



Pha is

27.10.11

Peranginan di Pulau Pinang


Kali ni, aku nak post contoh-contoh pusat peranginan kat pulau pinang. Tujuan aku bukan nak kata aku terrer pasai tempat-tempat area penang ni, tapi Cuma nak membantu. Terutamanya bagi mereka2 yang perlu menganjurkan program-program yang berbentuk santai ala-ala familiday dan sebagainya.

Contohnya, aku dulu masa kena kendalikan pharmiliday (familiday budak farmasi), pening jugak aku nak cari tempat yang sesuai. At least kalau ada yang kena nasib yang sama macam aku nanti, boleh la sedikit-sebanyak entry ni dijadikan pedoman.

Kalau setakat nak pergi saja-saja pon boleh, tak ada masalah. Cuma aku nak bagitau, kat penang ni ada banyak lagi peranginan-peranginan yang boleh dijadikan sebagai tempat aktiviti riadah biasa mahupon aktiviti persatuan. Contoh-contoh kat bawah ni Cuma tempat2 yang aku pernah pergi. 

kebanyakan darinya adalah tempat-tempat yang aku pernah handle program dan tempat-tempat yang aku pernah joint program. So, lets cekidaut....!!!


Kat bawah ni ada sedikit maklumat pasai tempat-tempat tu. Untuk lokasi, bagi sesiapa yang tak tahu jalan, kat bawah ni ada coordinat. Cuma copy coordinat tu, buka google map, paste. Kalau ada install google earth lagi bagus. kalau ada GPS lagi cantek.

1. taman rimba teluk bahang

Coordinat :  5°26'47.34"N 100°13'1.73"E

Kawasan ni ada sungai, tapak khemah, trek jungle trekking (boleh tempah tour guide), asrama (max 40 orang, 1 malam RM10/orang). Ada dewan tertutup dan dewan terbuka. Dewan terbuka kalau nak pakai Cuma kena charge RM 10 untuk elektrik. Dewan yang tertutup (lengkap dengan P.A system dan penghawa dingin) aku tak tau harga berapa.Yang tak best nya cuma ramai orang.  

2. pantai kerachut

Coordinat :  5°27'3.89"N 100°10'56.67"E

Pantai dia memang luas, tapi tak sesuai untuk mandi laut. Kelebihan yang utama, tempat ni ialah kawasan tempat penyu bertelur di pulau pinang. Yes, di Penang pon ada tempat penyu bertelur..! aku pernah joint satu kem kat situ anjuran Jabatan Alam Sekitar dan diorang tunjuk telur penyu menetas.

Yang leceh, kalau nak ke sana, kena jungle trekking lebih kurang 1 jam (free) atau naik bot(konfom kena bayar). Selain pantai kerachut, kat kawasan tu ada lagi beberapa pantai contohnya “monkey beach”. Kat situ pon kalau nak pi kena jungle trekking.

3. pantai teluk bahang

Coodinat : 5°27'46.64"N 100°13'11.38"E

Pantai ni boleh mandi, orang tak ramai sebab tak beberapa popular, infrastruktur (tandas, surau, dsb) pon agak kurang. Sekali tengok macam tempat terbiar. Yang best Cuma pantai luas. Yang paling tak best ialah PANAS sebab pokok kurang. Kalau saja nak pi berjemur, dipersilakan.

4.    pantai batu feringghi

Coordinat : 5°28'41.72"N 100°15'6.07"E

Tempat ni memang tarikan pelancong. Tempat lawa, tapi kalau aktiviti persatuan yang ahlinya sikit, sesuai la. sebab ramai sangat orang. Terutama pelancong asing. Aktiviti pantai macam-macam ada termasuk jet ski, banana ski (yang duduk atas pelampung pisang tu), naik kuda, dan naik “payung terjun” kena tarik dengan bot. Sangat sesuai bagi projek bajet tinggi (banyak hotel kat situ dan setiap hotel ada tawarkan aktiviti masing-masing).

5. Miami beach

Cordinat :  5°28'41.10"N 100°16'6.12"E

Apa korang ingat Miami beach ada kat US je ke? Kat penang pon ada la.! untuk tempat ni, surau dan tandas ok. Ada kedai makan. Juga Sesuai untuk activiti untuk orang yang tak ramai. Aku penah buat BBQ kat situ. Layan.!

6. pusat sukan air tanjung bungah

Cordinat :  5°28'15.40"N 100°16'41.10"E

Tempat ni agak tertutup. Sesuai untu aktiviti yang memerlukan sedikit privacy. Nak guna kena bayar dan kena booking, tapi ada asrama, dewan, tapak khemah, dan pantai. Boleh buat main bola tampar, dragon boat, polo air, dan banyak lagi aktiviti air. very recomended. 

7. taman belia (penang youth park)

Coordinat :  5°25'48.23"N 100°17'51.97"E

Ni tempat rekriasi awam. Ada padang dan ada astaka. Kawasan agak luas.

8. pantai teluk bayu

Coordinat :  5°16'42.48"N 100°14'30.21"E   

Tempat ni selalunya tak ramai orang. Kawasan terpencil. Nak masuk pon jalan agak teruk. Pantai agak luas dan boleh mandi. Surau tak ada tapi masjid tak jauh. Tandas ada tapi kena pandai cari.

9. penang botanical garden

Coordinat :  5°26'14.77"N 100°17'26.15"E

Tempat luas. Boleh joging pusing satu taman tu. Infratsruktur ok.  Ada banyak kera. Kalau nak hiking bukit bendera, boleh mula dari situ.  

10. bukit pancur

Coordinat :  5° 9'37.09"N 100°32'53.01"E

Tempat ni aku tak tau sangat sebab aku Cuma pernah joint program kat tempat ni, tapi tak pernah survey. Kalau yang sebelom-sebelom ni dalam pulau, tempat ni kat kawasan seberang perai. Ada sungai


Rasanya cukup dulu kot 10 tempat ni. kalau nak tengok gambar, korang google je lah. Aku malas.

  


22.10.11

cincin



Daripada Anas bin Malek :
“ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)"
(Hadith Riwayat Muslim)

 Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”.
 (Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai)

 "Tatkala Nabi saw ingin menulis surat kepada orang Rom. Beliau telah diberitahu bahawa mereka(orang Rom) tidak akan membaca mana-mana surat melainkan ada cop keatasnya, maka baginda pun mengambil cincin peraknya, Ia bagaikan seperti aku melihat sesuatu yang berkilat di tangannya, dan diukir dengan perkataan Muhammad Rasulullah"
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).

diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a katanya : "Ali r.a telah berkata: Rasulullah S.A.W telah melarangku memakai cincin dijariku yang ini atau yang ini(maka ia menunjukkan ke jari hantunya dan jari yang mengikutnya iaitu jari telunjuk)."
(hadi riwayat muslim)

Begitu juga, nasihat Nabi Muhammad saw. Kepada Saidina Ali sesudah bernikah  dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad s.a.w. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari).

Menurut Imam Syafie, “Kepada lelaki, pemakaian cincin perak di jari kecil sebelah kanan (kelengking) adalah dibenarkan, dan jika ia mahu dijari kecil sebelah kiri juga dibenarkan,kerana kedua-duanya adalah sah dari Nabi. Namun, yang masyhur adalah sebelah kanan, kerana ianya lebih afdal sebagai perhiasan, dan kanan lebih mulia. Tambah imam Syafie, “memakai cincin di jari tengah dan jari telunjuk adalah dilarang

wallahu a'la wa a'lam...



14.10.11

farmasi oh farmasi


aku ada langgar undang2 farmasi ke? hehehe

atau sebab aku kata "ilmu farmasi ilmu syirik"..?

aku rindu fizik


Setiap hari, asyik2 kuliah yang berbaur biology. Dari cardiovascular system sampai lah ke pharmaceutical analysis. Sebagai mantan student fizik di matrikulasi dahulu, this is too much..!!!  Kalau masuk bab kimia pulak, semuanya yang susah aku nak paham.

Sekarang ni, setiap kali kuliah, aku rasa macam aku kehilangan sesuatu. jiwa aku kosong. Macam ada tak cukup. Ada yang tak kena. Bak kata Dr. Azmi, "Ada something wrong somewhere."

aku rasa sekarang ni, jauh di dasar hati  aku, macam aku kehilangan sesuatu. Membuak-buak. Perasaan yang terkurung dan tertanam jauh di dada. Bagaikan kyubi yang terkurung pada seorang jinchuriki.

Saat tu, aku mula sedar, selama ni aku rindukan sesuatu. Sesuatu yang pernah aku bersama. Sesuatu yang terpaksa aku tinggalkan tatkala masuk ke usm. Aku merindukan FIZIK....!!!

Sampaikan mana2 equation yang keluar masa dalam kuliah, aku relate-kan dengan equation physics. Contohnya, tadi aku tersedar yang Poiseuille's Law yang digunakan untuk kaji kadar aliran darah dalam bab cardiovascular system rupa2nya lebih kurang sama je dengan ohm's law yang digunakan untuk kaitkan antara voltage, current, dan resistence.




7.10.11

smartphone satu keperluan?

aku sebelum ni pakai phone biasa je.phone pertama aku sony ericsson W610i. aku beli jenis "walkman" ni sebab masa tu aku beli sebab nak dengar lagu. lepas tu aku pakai sony ericsson C901i pulak. phone spesis "cyber-shot" ni aku dah sangat2 cukup berpuas hati yang amat. terutama pasai kamera. sebab masa aku beli phone tu, aku beli sebab kamera. lagu dah cemuih dengar dah.

tapi, sejak tahun ni, member aku sorang2 tukar ke smartphone. terutamanya budak2 student farmasi. kata mereka, smartphone bukan lagi kehendak tapi dah jadi satu keperluan untuk student farmasi. terutamanya untuk 4th year student.



ni status fesbuk lecturer aku. klik untuk tumbesaran sempurna.

bukan tu saja, malah siap ada suggestion lagi kepada semua ahli dan bakal ahli (student) farmasi tentang smartphone apa yang paling sesuai untuk profesion ni dari laman web komuniti farmasi malaysia. (www.malaysianpharma.com)

kalau tak caya tengok kat bawah ni : 




untuk lebih jelas klik sini



akhirnya, dengan perasaan yang berbelah bahagi (sebab aku nk simpan duit nk angkat ninja 250), maka, "terpaksalah" aku membeli smartphone dahulu dengan duit simpanan aku tu. tapi aku tak beli la iphone4 macam yg dicadangkan kat dalam laman web tu. tapi aku beli sony ericsson xperia arc.





untuk sem ni, awal sem lagi dah guna banyak duit. dengan duit buku yg setebal 2-3 inci lagi. hujung sem nanti kompom aku kering. tak pe lah.. pharmacy punya pasai. untuk pelajaran jugak. sabor je la....





6.10.11

janggut

sumber



Di zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat yang berjanggut nipis atau jarang-jarang  sekadar sehelai dua. Semasa beliau mengambil wuduk untuk bersembahyang di masjid, Rasulullah tersenyum dan memalingkan mukanya.
Sahabat itu pun merasa hairan dan dia menyangka Rasulullah s.a.w. senyum kerana janggutnya yang nipis itu dan memalingkan mukanya kerana tidak suka kepada janggutnya yang jarang itu.
Keesokkan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak dengan Rasulullah s.a.w, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut…
Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada Baginda…
“Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini?”
Lalu Baginda menjawab..
” Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu di janggutmu wahai sahabat”…..

1.10.11

Lupa Ni'mat



(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. Dia lah yang telah menciptakan manusia; Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu; Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan, Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan; Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain: Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayangDemikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum; Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? 

Manusia memang mudah lupa ni’mat. Sudah memang sifat semula jadi manusia yang pelupa dan alpa. Sebab tu lah kita memerlukan peringatan. Agar kita sedar.

Selain peringatan, ada jugak perkara yang lain yang boleh mengingatkan kita kepada ni’mat Allah iaitu ujian dan musibah. Kalau satu hari, Allah uji kita dengan menarik salah satu ni’mat yang selama ni Allah bagi, baru kita sedar bahawa selama ni kita tak pernah pon bersyukur atas ni’mat tersebut.

Contohnya, ni’mat suara. Pernahkah kita terfikir bahawa selama kita bercakap, berkomunikasi dan berinteraksi dengan ni’mat suara yang Allah kurnia ni, pernahkah kita menzahirkan kesyukuran kepada-Nya?

Selama ni, apa yang kita lakukan pada ni’mat ni? pernahkah kita manfaatkan ni’mat ni di jalan Allah? Bilakah kali terakhir kita manfaatkan ni’mat ini dalam melafazkan kalimah-kalimahNya dalam kitab Al-Quran? Pernahkah kita menggunakannya demi mencegah kemungkaran?

Dari Abu Sa’id Al Khudri r.a berkata : Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Siapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah ia dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut (menolak dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman.

Mungkin, Bila Allah tarik ni’mat suara ni, barulah kita akan sedar. Betapa pemurahnya Allah. Dan betapa sedikitnya kita bersyukur.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur"  

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk golongan hamba-hamba-Mu yang bersyukur..

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.”

p/s : ekceli, sekarang aku tengah sakit kerongkong. Sakit bila nak bercakap. tu je nak bagi tau..